Rabu, 31 Ogos 2016

Zahul Optometry : Anak didik ABS OptoMedik.


"Pandang lebih ke bawah, dari asyik pandang ke atas."
.
.
Partner saya, bertanya, mengapa hendak susah-susah latih seseorang. Saya kata,

"Supaya jadi orang bisnes yang baik. Membawa kebaikan pada diri dan orang di sekelilingnya."
.
.
Dalam mengejar apa sekalipun, sebenarnya kita mencari sedikit rasa hormat orang lain terhadap apa yang ada pada diri kita.

Saya percaya semua orang berperasaan begitu.

Semalam suatu lagi berita yang membuatkan hari saya lebih bersemangat, anak didik Abs Optomedik, menghantar satu mesej,

"Buat pertama kali Tuan, sejak saya berbisnes, dapat sale sebegini."

Saya senyum. 

"Tim saya hanya menunjuk arah, usaha kejayaan semestinya dari Tuan Zahul sendiri." Kata hati saya.
.
.
Pada permulaan, Tuan Zahul dan tim berulang dari Penang ke Kuala Kangsar. Saya amat terharu dengan kesungguhan beliau untuk bangun kembali dalam bisnes.

Tiga fasa yang dilalui oleh beliau dan tim :

+ Bagaimana 'Growth Mindset' dapat jadikan kita ahli bisnes yang lebih baik.

+ Cara menjual dan teknik close yang lebih baik.

+ Pentingnya Marketing dan Sales yang perlu bergerak seiring.
.
.

Tidak sabar pula saya nak khabarkan pada tim Abs Optomedik akan berita ini. Bagi saya, ia perjuangan agar usahawan Optometris tahu, 

"Kita sebenarnya berbakat dalam bisnes, bila tahu jalan yang mana perlu dituju."
.
.
.
 
Bersama Tuan Zamani (kiri) dan Tuan Zahul (kanan) semasa  Kongres Sekolah Bisnes ABS 2016.


Tuan Zahul. Orangnya lemah lembut, baik budi bahasa.

Hampir 2 tahun saya ikuti beliau di facebook. Saya nampak satu pattern,

"Tuan ni selalu pergi kursus. Banyak kursus. Seperti mencari sesuatu untuk bisnesnya." Kata hati saya.

Semasa Kongres Sekolah Bisnes ABS 2016, saya bertemu dengan beliau. Seperti yang saya jangkakan, beliau mencari arah.

Arah bisnes yang lebih baik.
.
.
Tim Sokongan.

Setelah memberi Coaching hampir 2 bulan, road map bisnes Tuan Zahul lebih jelas. Baru beliau tahu apa itu 'model bisnes'.

Kurangkan risiko, ada arah, dan pelaburan yang membawa hasil.

Tuan Zamani mainkan peranan untuk latih Zahul Optometry, cara menjual dan close dengan lebih baik.

Penerangan SOP oleh CikPuan Afiqah (Customer service) dan Advertising oleh CikPuan Nur Fadhilah, membantu urusan bisnes mereka.

 
Bersama Tim Zahul Optometry ketika RoadTour Abs Optomedik, baru-baru ini.

.
Abs Optomedik adalah sekolah bisnes untuk usahawan yang mempunyai kedai Optometri. 

Ia bukanlah suatu jaminan untuk sale akan naik berganda, tetapi suatu cara untuk berbisnes dengan lebih baik.

Bila cara berbisnes lebih baik, lebih banyak peluang yang akan kita cipta.

Tuan Puan yang mempunyai kedai Optometri, mahu sertai Abs OptoMedik, terus hubungi saya.

Sekolah, ada juga had muridnya. 

Shahrizal Redwan.
Abs Optomedik.





Optometris : Terus berikan cahaya kepada sebuah kehidupan



Saya lebih kepada pengalaman dari segi Optometris swasta. Kadang-kadang kita bekerja pada satu tempoh kerja yang agak lama.

Sampai kita sendiri tidak tahu lagi apa itu kerja yang seronok. Setiap hari buat perkara yang sama.

Wajah yang sama. Kedai yang sama. Sehingga kita nak ubah angin dengan beralih pada kedai yang baru. Mana tahu boleh terubat sedikit perasaan itu.
.
.
Cari kes-kes Optometri yang mudah.

Buat sesuatu yang berbeza setiap hari atau setiap minggu. Buat ujian 'Cover Test' setiap hari, cek status Akomodasi dan mahirkan diri dengan alat yang paling kita geruni : Prism Bar!

Jika kita usahawan, kita mula dengan yang saya nyatakan tadi. Tak perlu lagi untuk keluarkan sejumlah wang yang besar untuk mesin yang canggih. 

Mesin canggih memang memberi satu tambah nilai yang baik, tetapi untuk yang kurang budget, buat ujian mudah ini adalah salah satu pilihan yang baik.

Saya teringat seorang Optometris dari luar negara, beliau berkata, "Dengan tahu bagaimana untuk buat Visual Therapy, sale meningkat 10 kali ganda." Praktis beliau jika tidak salah saya, di Australia.

Pada mulanya tidak dapat saya nak mempercayainya. Tahun 2014, saya berjaya memulihkan semula cash flow bisnes dengan mempunyai nilai dan strategi yang lebih baik.

 

Tenaga Pengajar.

Semasa saya mengajar Optometris yang mengambil pelesenan ABS Optomedik, akan sains Optometri yang boleh digunakan untuk bisnes, mereka kata "Kenapa dulu susah nak faham ya?"

Setiap kali soalan begini di ajukan, saya kata "Kita sebenarnya akan nampak apa yang kita mahu nampak sahaja." Bila kita kata susah, ia akan kekal menjadi satu bebanan pada diri.

Berpandukan kelas sains Optometri khas untuk bisnes, Optometris yang dilatih,akan lebih berani memberi khidmat nasihat yang lebih baik, unik dan profesional.
.
.
Bisnes sebenarnya tidak susah. Kita yang bagi ia rumit. Mulakan dengan bisnes model yang fokus, cipta strategi-strategi baru, cipta pasukan dan hasilkan kejayaan yang berterusan.

Kerana apabila kita percaya kita akan berjaya, sebenarnya kita telah pun melangkah ke dunia usahawan yang berjaya. Insha Allah..

Shahrizal Redwan.
Abs Optomedik
"Asas yang lebih baik."

Selasa, 30 Ogos 2016

Tip simple ke arah menjadi seorang usahawan yang baik



+ Selalu bawa buku nota kecil. 

Selalu kita guna untuk apa kena buat kan? Masukkan juga perkara-perkara yang kita 'risau'. Bila ada sahaja yang mengganggu fikiran (sehingga rasa nak stress), tulis. Ia boleh melatih untuk kita berfikir dengan lebih baik.

+ Set satu time yang sama setiap hari untuk masa "Risau". 

Seorang psikologis, Roland Nathan, berkata, "Kita dapat kurangkan waktu stress untuk setiap hari apabila melatih rasa risau pada waktu yang sama secara spesifik."

+ Selalu kata kepada pada isteri atau ibu kita, 

"Saya akan buat cara saya sendiri. Saya mahu belajar untuk terus buat apa yang saya percaya ia baik untuk hidup saya. Tiada kejayaan yang akan berlaku dalam satu hari."
.
.
.
Sir Dave Brailsford, Jurulatih sukan Cycling British yang memperoleh rekod pingat emas oleh atlitnya dalam 3 kali acara olimpik berturut-turut, mendedahkan satu rahsia :

"Beliau tingkatkan kemahiran atlit, 1% lebih baik dari masa ke semasa."

Kejar akan kemajuan. Bukan sesuatu yang sangat 'Perfect'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...