Saya lebih kepada pengalaman dari segi Optometris swasta. Kadang-kadang kita bekerja pada satu tempoh kerja yang agak lama.
Sampai kita sendiri tidak tahu lagi apa itu kerja yang seronok. Setiap hari buat perkara yang sama.
Wajah yang sama. Kedai yang sama. Sehingga kita nak ubah angin dengan beralih pada kedai yang baru. Mana tahu boleh terubat sedikit perasaan itu.
.
.
Cari kes-kes Optometri yang mudah.
Buat sesuatu yang berbeza setiap hari atau setiap minggu. Buat ujian 'Cover Test' setiap hari, cek status Akomodasi dan mahirkan diri dengan alat yang paling kita geruni : Prism Bar!
Jika kita usahawan, kita mula dengan yang saya nyatakan tadi. Tak perlu lagi untuk keluarkan sejumlah wang yang besar untuk mesin yang canggih.
Mesin canggih memang memberi satu tambah nilai yang baik, tetapi untuk yang kurang budget, buat ujian mudah ini adalah salah satu pilihan yang baik.
Saya teringat seorang Optometris dari luar negara, beliau berkata, "Dengan tahu bagaimana untuk buat Visual Therapy, sale meningkat 10 kali ganda." Praktis beliau jika tidak salah saya, di Australia.
Pada mulanya tidak dapat saya nak mempercayainya. Tahun 2014, saya berjaya memulihkan semula cash flow bisnes dengan mempunyai nilai dan strategi yang lebih baik.
Tenaga Pengajar.
Semasa saya mengajar Optometris yang mengambil pelesenan ABS Optomedik, akan sains Optometri yang boleh digunakan untuk bisnes, mereka kata "Kenapa dulu susah nak faham ya?"
Setiap kali soalan begini di ajukan, saya kata "Kita sebenarnya akan nampak apa yang kita mahu nampak sahaja." Bila kita kata susah, ia akan kekal menjadi satu bebanan pada diri.
Berpandukan kelas sains Optometri khas untuk bisnes, Optometris yang dilatih,akan lebih berani memberi khidmat nasihat yang lebih baik, unik dan profesional.
.
.
Bisnes sebenarnya tidak susah. Kita yang bagi ia rumit. Mulakan dengan bisnes model yang fokus, cipta strategi-strategi baru, cipta pasukan dan hasilkan kejayaan yang berterusan.
Kerana apabila kita percaya kita akan berjaya, sebenarnya kita telah pun melangkah ke dunia usahawan yang berjaya. Insha Allah..
Shahrizal Redwan.
Abs Optomedik
"Asas yang lebih baik."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: