Selasa, 2 Ogos 2016

Ekonomi Gawat (Recession), 8 tip ini yang saya buat.

Saya bukanlah pakar ekonomi, tapi ini yang saya tetapkan dalam mindset dan cara, untuk keluar dari gawat 2007-2009. Sekarang ia seolah-olah berlaku sekali lagi.... 

Tetapkan dalam mindset :

+ Masa pulih yang lebih lama.
Mat saleh gelar 'recovery'. Saya jangka kesan gawat hanya beri kesan dalam 1 tahun. Jangkaan saya meleset. Ia mengambil masa hampir 5 tahun untuk syarikat pulih kembali. 

+ Kesannya hanya baru sedikit.
Kalau kita rasa kesannya buat kita bimbang, sebenarnya ia mungkin baru permulaannya. Jika lebih buruk kesannya, apa kita akan buat? Pre-Mortem.

+ Cari jalan. Di mana tempat rujuk.
Ini kira 'back up plan'. Senaraikan nama, organisasi atau mana-mana pihak yang expert. Lebih baik, jika beliau telah berjaya melaluinya. Apa yang beliau buat hari ini dalam bisnes, pastinya bagi mengurangkan kesan gawat bisnes yang seterusnya.
 

.
.
INI TIP YANG SAYA BUAT 2007-2012 :

1. Duit keluar (outflow), kurangkan dengan bijak. Senaraikan semua perbelanjaan. Duit keluar mana yang boleh dikurangkan atau dihapuskan? Pinjaman? Kereta? Sewa lebih rendah? Staff berlebihan? Utiliti? Bertindak!

2. Bayar bulanan, elak cash! Ya. Beli cash memang untung. 
Tapi dalam gawat, aliran duit dalam bisnes itu lebih penting. Jika dengan supplier, dari 3 bulan, saya panjangkan sehingga 5-6 bulan.

3. Call supplier. 
Bincang. Jangan lari. Jangan bagi alasan tidak munasabah, tunjuk usaha akan bayar hutang. Daripada 30 supplier yang saya call dan bincang, 26 daripadanya memberi kerjasama yang baik. Minta bayar lebih rendah bulanan. Sehingga hari ini saya 'support' produk mereka. Jadi sahabat baik lagi. 4 yang lain? NO ENTER!!

4. Duit masuk lebih pantas (cara pertama) : Cari pelanggan. Jual di tempat mereka. Harga lebih munasabah. Stok lebih cepat keluar.

5. Duit masuk lebih pantas (cara ke dua) : Deposit ambil lebih banyak
Saya ambil 50-70% deposit bagi tempahan cermin mata.

6. Laburkan duit pada customer sedia ada.
Program customer survice yang 'awesome'. Ia jauh lebih rendah kosnya dari mencari pelanggan baru. 90% saya tumpu pada pelanggan sedia ada.

7. Persiapan kemahiran diri untuk mencari, melatih dan mempengaruhi pasukan yang akan dibina. 
Bila saya banyak tumpu pada customer service, saya perasan sesuatu yang akan beri hasil yang lebih baik : customer servis yang konsisten. Ada program special berkala, kad hari lahir, promosi kad ahli, dan banyak lagi. Sehinggaaya perlukan team untuk urus.

8. Saya tubuhkan pasukan yang mengambil masa 3 tahun untuk dilatih. 
Bakat baru. Jurujual baru. Semuanya dari asas yang saya percaya ia membawa kebaikan kepada syarikat. Sehingga masalah pekerja berhenti, bukan satu isu. Baru saya dapat fokus untuk bangunkan kembali bisnes. Semuanya untuk lebih bersedia seandainya gawat datang kembali.
.
.
Mentor saya pernah berpesan,

"Usahawan yang baik, beliau sentiasa bersedia. Tetapi yang lebih baik, adalah tahu mengambil peluang di masa kuasa membeli semakin kurang."

Shahrizal Redwan.
Usahawan Optometris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...