Ahad, 28 Ogos 2016

8 tip lahirkan Leader pada pasukan bisnes.

Beberapa tahun yang dulu, idea melahirkan lebih banyak pelapis Leader dari kalangan staff sedia ada, kelihatan seperti agak mustahil.

Bila saya tuliskan kelebihan dan kekurangan mereka, saya nampak beberapa orang mempunyai pattern yang sama. Ikut sahaja apa-apa yang diarahkan dan akan buat dengan bersungguh-sungguh!!

Maka bermulalah program untuk lahirkan lebih banyak Leader di masa akan datang. 

Pada hari ini ia mula menampakkan hasil. Bila mereka bersama tim, mereka mulai faham mengapa perlu 'kawal' agar semuanya bergerak dalam satu unit. Ada tugas masing-masing.
 

Tiga kualiti yang wajib ada pada pelapis Leader : Guna lebih banyak dorongan positif, suka belajar sesuatu yang baru, terus bertindak tidak berlengah-lengah.
.
.
Saya kongsikan tip program yang di maksudkan :

+ Halatuju syarikat harus jelas. Menuju ke arah yang lebih baik. Berikan signal-signal tersebut dengan kejayaan-kejayaan kecil. 

+ Perlu beritahu budaya, pencapaian dan sikap yang bagaimana syarikat mahukan. Ulang banyak kali dalam sesi mentoring.

+ Tidak semua orang layak menjadi Leader. Utamakan yang berpotensi dan mentoring mereka lebih kerap. Pilih.

+ Tanya soalan ini pada diri kita, "Apa yang kita mahu bakal leader ini capai pada masa hadapan?" Sentiasa sampaikan mesej ini.

+ Matlamat yang kita tetapkan, haruslah sesuatu yang logik. Jika tidak, kepercayaan mereka akan hilang. Percaya apabila bertindak, amat penting untuk mendapat hasil yang baik.

+ Staff yang bagus, tidak semestinya seorang Leader yang baik.

+ Perlu melatih mereka untuk menjadi leader di masa akan datang, walaupun jawatan itu tiada kekosongan. Bila tiada latihan untuk majukan diri, staff akan mula beralih arah kepada syarikat lain yang menawarkannya.

+ Bakal Leader juga perlu dilatih oleh seorang Leader yang ada rekod yang baik. Baru mereka yang dilatih mudah untuk belajar dan bermotivasi.
.
.
Saya perasan sesuatu yang lebih mahal dari program Leadership pada staff sedia ada : mereka lebih bermotivasi untuk buat sesuatu projek sales dengan idea-idea yang sangat kreatif.

Bila kita lihat status ekonomi yang seakan tidak menyebelahi, laksanakan program leadership ini. 

Ia antara jalan terbaik selepas model bisnes yang kita gunakan adalah betul dan fokus.

Shahrizal Redwan.
Abs Optomedik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...