Masa tahun-tahun awal berbisnes, kerap sekalai sataff syarikat saya keluar masuk. Tidak ramai yang mahu bekerja lama.
Banyak sahaja alasannya untuk berhenti.
Dah latih pandai-pandai, berhenti. Dah pandai bercakap, berhenti juga.
Saya pun buatlah sedikit research. Dari pembacaan, 3 cara ini adalah untuk mereka yang mahu kekalkan staff Gen Y yang bagus-bagus kerja dengan kita.
3 tip utama.
1- Bila mahu berikan tugas/projek, sentiasa mulakan dengan big picture. Bila mereka siapkan tugasan ini, apa akhirnya bila mereka fokus sehingga siap? Tunjukkan.
2- Bila mereka menunjukkan hasil kerja yang luarbiasa, naikkan sahaja gaji. Sedikit pun tidak mengapa. Walaupun hanya RM 50. Ia satu bentuk piala bagi mereka. Mereka akan kerja lebih keras lagi.
3- Kotakan janji kepada mereka.
Jangan sampai mereka berkata dalam hati "Tidak boleh percaya bos aku. Projek lepas pun tak dapat reward lagi, dah nak bagi reward baru..." Jika selalu kita buat begini, lama-lama staff yang bagus akan mula jauh meninggalkan syarikat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: