Tim bisnes kita boleh bahagi kepada beberapa kategori. Tapi saya lebih suka tumpu kepada yang ada ciri 'high performance'.
Mereka ini sanggup berkorban apa sahaja untuk bagi berjaya sesuatu projek. Kumpulan inilah yang akan saya bagi 'coaching' secara individu.
Tapi tidak semua ahli pasukan kita yang akan berada di level yang kita mahu. Pasti akan ada seorang yang tertinggal jauh ke belakang.
Ini tip yang boleh dilakukan :
+++ Lihat kepada spesifik kemahiran pada setiap individu.
Ada part dia mahir. Ada part pula beliau tidak mahir. Tunjukkan pada ahli yang rasa 'down', bahawa semua orang ada kelemahan. Terima. Paling penting tanya soalan, "Apa tindakan seterusnya?" Follow mereka lebih rapat dari yang lain.
.
.
.
+++ Buat sesuatu yang lain.
Ada penyakit bila sesebuah tim itu merasa telah puas mencapai kejayaan yang lepas. Tiada lagi adrenalin tenaga seperti dulu-dulu.
Atasi dengan bagi projek yang baru. Contohnya saya cabar pada tim marketing, buat 3 cara marketing yang tidak pernah buat, dalam tempoh 14 hari. Tenaga mereka seolah telah turun dari langit!!
.
.
.
+++ Beri penghargaan kepada seseorang yang belum dihargai (atau rasa tidak dihargai).
Kalau kita coach yang baik, kita boleh kenal ahli pasukan kita yang betul-betul tengah down. Beri tepukan ramai-ramai bila mereka berjaya siapkan kerja, lebihkan pujian, makan percuma atau tambahan elaun prestasi.
Mereka akan mula bangkit semula.
.
.
.
Pengalaman bukanlah sesuatu imbauan yang kita tidak boleh perbaiki di masa hadapan. Ia permulaan untuk mula melangkah.
Langkahan yang lebih bermakna, apabila ia disertai dengan orang-orang yang mempunyai pegangan impian yang kuat seperti kita.
"Mahu berjaya dan terus berjaya."
Shahrizal Redwan,
Abs Optomedik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: