Rabu, 31 Ogos 2016

Zahul Optometry : Anak didik ABS OptoMedik.


"Pandang lebih ke bawah, dari asyik pandang ke atas."
.
.
Partner saya, bertanya, mengapa hendak susah-susah latih seseorang. Saya kata,

"Supaya jadi orang bisnes yang baik. Membawa kebaikan pada diri dan orang di sekelilingnya."
.
.
Dalam mengejar apa sekalipun, sebenarnya kita mencari sedikit rasa hormat orang lain terhadap apa yang ada pada diri kita.

Saya percaya semua orang berperasaan begitu.

Semalam suatu lagi berita yang membuatkan hari saya lebih bersemangat, anak didik Abs Optomedik, menghantar satu mesej,

"Buat pertama kali Tuan, sejak saya berbisnes, dapat sale sebegini."

Saya senyum. 

"Tim saya hanya menunjuk arah, usaha kejayaan semestinya dari Tuan Zahul sendiri." Kata hati saya.
.
.
Pada permulaan, Tuan Zahul dan tim berulang dari Penang ke Kuala Kangsar. Saya amat terharu dengan kesungguhan beliau untuk bangun kembali dalam bisnes.

Tiga fasa yang dilalui oleh beliau dan tim :

+ Bagaimana 'Growth Mindset' dapat jadikan kita ahli bisnes yang lebih baik.

+ Cara menjual dan teknik close yang lebih baik.

+ Pentingnya Marketing dan Sales yang perlu bergerak seiring.
.
.

Tidak sabar pula saya nak khabarkan pada tim Abs Optomedik akan berita ini. Bagi saya, ia perjuangan agar usahawan Optometris tahu, 

"Kita sebenarnya berbakat dalam bisnes, bila tahu jalan yang mana perlu dituju."
.
.
.
 
Bersama Tuan Zamani (kiri) dan Tuan Zahul (kanan) semasa  Kongres Sekolah Bisnes ABS 2016.


Tuan Zahul. Orangnya lemah lembut, baik budi bahasa.

Hampir 2 tahun saya ikuti beliau di facebook. Saya nampak satu pattern,

"Tuan ni selalu pergi kursus. Banyak kursus. Seperti mencari sesuatu untuk bisnesnya." Kata hati saya.

Semasa Kongres Sekolah Bisnes ABS 2016, saya bertemu dengan beliau. Seperti yang saya jangkakan, beliau mencari arah.

Arah bisnes yang lebih baik.
.
.
Tim Sokongan.

Setelah memberi Coaching hampir 2 bulan, road map bisnes Tuan Zahul lebih jelas. Baru beliau tahu apa itu 'model bisnes'.

Kurangkan risiko, ada arah, dan pelaburan yang membawa hasil.

Tuan Zamani mainkan peranan untuk latih Zahul Optometry, cara menjual dan close dengan lebih baik.

Penerangan SOP oleh CikPuan Afiqah (Customer service) dan Advertising oleh CikPuan Nur Fadhilah, membantu urusan bisnes mereka.

 
Bersama Tim Zahul Optometry ketika RoadTour Abs Optomedik, baru-baru ini.

.
Abs Optomedik adalah sekolah bisnes untuk usahawan yang mempunyai kedai Optometri. 

Ia bukanlah suatu jaminan untuk sale akan naik berganda, tetapi suatu cara untuk berbisnes dengan lebih baik.

Bila cara berbisnes lebih baik, lebih banyak peluang yang akan kita cipta.

Tuan Puan yang mempunyai kedai Optometri, mahu sertai Abs OptoMedik, terus hubungi saya.

Sekolah, ada juga had muridnya. 

Shahrizal Redwan.
Abs Optomedik.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...