Isnin, 15 Ogos 2016

Orang berjaya digelar "Super Produktif."


Selepas Kevin Krusse menemuramah 200 orang yang sangat-sangat berjaya dan kaya, beliau membuat kesimpulan mengapa mereka ini digelar orang yang "Super Produktif".

1- Sentiasa membawa buku nota kecil.
Richard Branson akan bawa ke mana-mana beliau pergi. "Isi buku ini bernilai berjuta ringgi." Kebanyakannya adalah idea bisnes.

2- Fokus kepada minit. 
Bukan berapa jam masa yang diperlukan. Sangat menghargai masa.

3- Fokus pada satu matlamat paling besar.
Mereka fokuskan aktiviti yang dibuat, adalah bagi mencapai satu matlamat ini. Konsisten.

4- Setiap hari akan makan malam bersama keluarga.
Ini adalah rutin wajib. Masa untuk keluarga, orang-orang yang mereka sayang.

5- Guna peraturan 80/20.
Aktiviti yang dibuat akan fokus kepada yang membawa hasil paling banyak. Konsep Pareto.

6- Waktu pagi adalah rutin 'pagi yang sihat'.
Persediaan untuk melakukan sesuatu yang hebat pada hari itu. Senaman, bacaan buku motivasi dan juga meditasi.

7- Lebih banyak berkata 'tidak'.
Apabila sesuatu itu memberi kesan untuk mereka lambat mencapai sesuatu matlamat. Mereka jenis orang yang Super Fokus!
.
.
7 perkara di atas, bukan untuk orang yang kaya sahaja. Kita latih diri mulai saat ini. 

Kerana kejayaaan itu tiada rahsia, ia melibatkan konsisten akan perkara mencapai satu matlamat dalam hidup kita.

"Aku akan berjaya!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...