Selasa, 1 November 2016

7 kesilapan ketika memulakan bisnes bidang profesional.

Bila kita membina perniagaan dari profesion profesional kita, akan ada beberapa kriteria yang kita terlepas pandang.

Pengalaman saya dari segi profesion Optometris, diawal permulaan bisnes, saya telah banyak melakukan beberapa kesilapan.

1- Tiada 'Business Plan'.

Masa itu hanya fikirkan bagaimana nak dapat modal, lokasi dan perkara nak mencantikkan praktis sendiri. Sedangkan banyak lagi perkara yang perlu dilihat jika kita mempunyai business plan. Bila tiada, ia umpama berjalan di tempat gelap tanpa 'torch light' yang terang.

2- Takut untuk mengenakan bayaran atas khidmat nasihat dan harga produk yang lebih baik.

Masa itu saya terperangkap dengan fahaman bahawa, kuantiti lebih baik dari kualiti. Dalam profesion profesional, ia adalah sebaliknya jika di permulaan perjalanan keusahawanan kita. Khidmat nasihat yang berkualiti dicipta secara bertulis, agar ia boleh diubah kepada satu bentuk harga yang sesuai.
 
3- Tidak bersedia untuk menerima pesakit/pelanggan yang sangat ramai.

Saya hanya memiliki seorang pembantu ketika di awal bisnes. Agak lama pada fasa itu. Semua kerja marketing, sales, customer service, semua saya yang buat. Ia tidak begitu praktikal dan hasilnya kurang berkesan. Sejak tahun 2012 saya ubah konsep ini kepada cara urus korporat. Barulah lebih bersedia menerima pesaikt/pelanggan yang lebih ramai.

4- Tidak buat 'pre-mortem' dan 'exit plan'.

Pre mortem ini menjangka perkara yang buruk atau cabaran yang akan berlaku kepada praktis kita. Setelah jelas, kita mula fikirkan jalan-jalan untuk atasinya. Bukan satu sahaja.

5- Tiada 'book keeping'.

Akaun syarikat tidak teratur. Duit syarikat duit saya, duit saya pula adalah duit syarikat. Jauhlah cara begini. Susah syarikat nak berkembang. Banyak belajar dari pegawai kewangan No 1 di ABS, Puan Irnee Ismail.

6- Urus bisnes gaya taw-key.

Kita anggap kita sahaja yang boleh bagi arahan dan pandai kita sahaja yang layak. Saya mula buat 'research' untuk laksana gaya korporat. Mula ikuti tip-tip bisnes dari mentor Puan Ainon Mohd . Barulah saya boleh fokus bagaimana untuk kembangkan bisnes. Tugas lain, banyak diserahkan kepada pegawai-pegawai yang telah dilantik.

7- Persyarikatan masih gunakan Enterprise.

Saya terus ambil khidmat nasihat dari Puan Armiati Mohd Ismail , pakar persyarikatan dari ABS. Syarikat saya di 'upgrade' ke Holdings dan anak-anak syarikat disusun atur secara korporat. Ilmu yang tidak ternilai jika kita seorang CEO muda.

Benarlah orang bijak bisnes berkata,

"Semua orang boleh buat bisnes. Tetapi apabila permulaannya salah, bisnes akan 'melekat' pada diri sendiri sehingga ia tidak mampu untuk lebih berkembang."

Saya sudah ubah cara saya urus berbisnes dengan mengambil langkah yang pertama : Ambil khidmat nasihat dari yang lebih berpengalaman.

Kerana kita tidak mampu untuk terus bergerak secara sendirian, kalau mahukan lebih kejayaan.

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

Sabtu, 29 Oktober 2016

Optometris : Bina kredibiliti dengan langkah utama ini....

Ada beberapa pelajar tahun akhir menyatakan dengan hasrat yang tinggi, akan praktikkan apa yang telah belajar di Universiti dalam dunia pekerjaan.

Teringat saya yang dahulu di tahun akhir. Mahu buka kedai. Ambil pengalaman.

Dunia nyatanya, hanya sekadar pengalaman untuk menjadi seorang pekerja yang lebih mahir. 

Kalau kita mahu buka praktis sendiri, perlu faham satu perkara : Kita perlu jadi USAHAWAN. Sebenar-benarnya!

Barulah apa yang kita mahu praktikkan itu akan lebih membawa makna kepada masyarakat. Dihargai. Kita akan lebih yakin mengorak langkah sebagai Optometris yang berjaya!
 
Kita perlu pergi kepada skop yang lebih besar, mengapa saya berkata begitu. Ia berdasarkan kepada pendapat ini :

1. Usahawan yang sebenarlah, akan mengubah budaya masyarakat. Jika mahu berjuang atas nama Optometris, bawa 'senjata' usahawan sekali. 

2. Cara lama tidak akan sama dengan cara yang baru. Usahawan yang berpandangan jauh, tahu bagaimana untuk beradaptasi dengan keadaan. Barulah masyarakat sentiasa nampak 'fresh' profesion Optometri itu sendiri.

3. Kita 'berlawan' dengan pesakit yang lebih canggih pemikirannya. Sebab itu pengkaji berkata, jika mahu menang akan sesuatu yang melibatkan servis, pastikan cara kita adalah sesuai dalam mencari orang yang 'Obsessed' dengan khidmat nasihat kita. 

Baru kita boleh sampaikan mesej, Optometris itu 'EyeSight Specialist".

4. Budaya kita perlu diubah. Orang tidak lihat pada 'title'. Berapa lama kita belajar. Orang mahu seseorang yang mahir. 

Kita mahir apa yang kita belajar di Universiti, tapi kita sebenarnya tidak mahir 'menjual' ilmu yang kita tahu. Seolah pesakit bercakap dengan saintis. 

Bila pandai menjual seperti usahawan, kita akan lebih mudah kuasai khidmat nasihat yang pesakit suka. Percaya dari pengalaman.

6. Kita tidak fleksibel dengan pandangan pesakit jika tidak mahir sebagai usahawan. Pemahaman mereka tentang penglihatan, tidak sebaik dengan orang dari negara luar. 

Gunakan seni membina hubungan. Kuasai. Bersabar. Dan akhirnya, kita boleh menawarkan khidmat-khidmat Optometri secara profesional, dengan lebih baik.

7. Orang yang datang di Hospital tidak sama dengan orang yang berjumpa dengan kita di kedai Optometri. 

Cara cek mata kita perlulah tidak bersifat klinikal. Ikut susunan langkah yang bijak. Paling berkesan, gunakan teknik secara empati. Barulah pesakit tahu, kita ini betul-betul mahir dengan apa yang kita buat. 
.
.
ABS Optomedik telah mewujudkan Akademi Usahawan Optometri.

Optometris yang berminat untuk bekerja sambil belajar menjadi usahawan yang mahir, boleh menghubungi CikPuan Afiqah Idris.

Terdapat 5 kekosongan. Berpeluang juga menjadi strategik partner suatu hari nanti untuk sepanjang tahun 2017.

"Satu negeri, satu Pusat Optometri ABS Optomedik."

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

Khamis, 27 Oktober 2016

Setelah gagal perniagaan Kedai Optometri buat kali ke-3, rupanya 12 langkah ini boleh mencipta bisnes yang lebih baik!!

'Usahawan Optometri : 80 jam praktikal untuk bergelar 'Specialist'  dan usahawan berbakat.'


Isu kedai cermin mata dengan kedai Optometri tiada perbezaan menjadi isu yang 'senyap'. Ada yang akui. Ada yang rasa tidak penting.


Ada yang cakap, "Oh! Nama syarikat saya dah ada 'Optometri'. Mestilah orang tahu saya pakar. Belajar 4 tahun tau nak dapat 'title ni.."


Tiada salah beranggapan begitu. 'Specialist' dari sudut pandang usahawan, bukanlah bermakna kita jadi super pandai dalam bidang ini. Tapi seni-nya itu.


Mungkin seni ini yang kita perlu ada sebelum orang mulai memanggil kita 'specialist' dalam penglihatan, dan usahawan yang disegani.


1- Seni mewujudkan budaya positif kepada staff.


Perlu bermula dengan kita sendiri dahulu. Layanan baik dengan layanan secara empati nampak seperti sama. Tapi ia membawa perbezaan kesan yang jauh berbeza.


Empati sebenarnya hanya dapat dikuasai apabila kita atau staff dapat menggunakan emosi positif dalam tutur kata dan tindakan. Disampaikan dengan penggunaan ayat yang tersusun, jelas dan nada suara yang sesuai.


Bagi Optometris, khidmat nasihat dengan empati, adalah senjata yang menjadikan kita pakar pada pandangan masyarakat.


 


2- Seni 'memudahkan' sesuatu yang sukar dan kompleks.


Cuba terangkan masalah 'Convergence Insufficiency' yang dihadapi oleh cucu kepada seorang Nenek. Bagaimana mahu fahamkan secara mudah kepada neneknya?


Teknik 'storytelling' yang mempunyai plot-plot yang tersusun dapat membantu menerangkannya.


Banyak pakar mengatakan, jika seseorang itu dapat menerangkan sesuatu dengan mudah, dan dari pelbagai sudut pemahaman, beliau sebenarnya adalah pakar yang diiktiraf oleh masyarakat. Teknik metafora antara yang agak berkesan.


3- Menguasai teknik mewujudkan marketing secara 'mulut ke mulut'.


Bidang profesional kesihatan, marketing jenis ini meningkatkan kepercayaan masyarakat ke atas kita.


Kredibiliti adalah perkataan yang tepat untuk menggambarkannya. Lebih banyak kita tunjukkan ada 'nilai' atas servis kita, lebih tinggi tahap kredibiliti yang akan kita miliki.


4- Kuasai seni menjual dengan baik.


Saya biasanya akan memberi tip kepada Optometris yang mahu menguasai cara menjual yang baik. Pertamanya, kuasai teknik 'softselling'. Teknik yang tidak nampak sangat kita mahu menjual. 


Keduanya, gunakan pihak ketiga (seperti testimoni) menguatkan penerangan kita ketika menjual. 


Ketiganya pula, gunakan teknik storytelling. Ada watak 'Villians' dan watak 'Hero'.


Menjual juga melibatkan kemahiran fleksibiliti kita bila berhadapan dengan pelanggan yang berlainan keperluannya.


5- Seni membina syarikat terletak kepada asas membina pasukan bisnes.


Orang yang bekerja dengan kita digelar staff. Tapi sebenarnya, walaupun mereka bekerja dengan kita, sebenarnya akan wujud dua jenis kumpulan pekerja : Tim staff dan Tim Bisnes.


Tim bisnes adalah orang yang sukar dicari kerana merekalah yang akan banyak membantu membangunkan syarikat. Tim staff pula adalah pelaksana yang membantu melancarkan operasi kedai atau syarikat kita.


Latihan kepada mereka dan cara kita coach, membantu melahirkan suasana yang harmoni pada setiap pekerja dibawah syarikat kita. Termasuk juga seni 'menggugurkan' staff dari jawatannya. 


6- Cara menjawab soalan. 


Jawapan yang nampak matang dan puas kepada orang yang bertanya.


Biasa dua teknik akan digunakan: teknik bertanya soalan terbuka dan teknik memberi jawapan dengan 3 fakta yang kukuh.


7- Tahu buat pre-mortem dan 'exit plan' bisnes.


Pre-mortem adalah suatu keadaan yang kita jangka jika apa yang dirancang tidak menjadi. 


Contohnya selama 3 bulan jumlah jualan tidak mencapai sasaran. Jalan-jalan dan sumber untuk menghadapinya telah dirancang dari awal. 


8- Tahu urus kewangan. Budget sebelum berbisnes, selepas berbisnes dan dimasa hadapan.


Paling penting kita tahu urus duit syarikat. Bezakan dengan duit peribadi. Sebab itu pentingnya kita tetapkan gaji sendiri. 


9- Tahu 'tools' bisnes yang sesuai untuk memudahkan kita membuat keputusan bisnes.


Perlu ambil tahu bagaimana membuat model bisnes dengan strategi dari 'Business Model Canvas'. Ia sangat berguna dalam membuat keputusan yang betul terhadap kelompok pelanggan yang kita sasarkan.


Terdapat banyak tools yang lain boleh digunakan, seperti 'Scorecard' untuk staff, Value Propositions Canvas, dan lain-lain lagi.


10- Tahu bagaimana memiliki Growth Mindset, dan belajar cara menguasainya sebagai satu kelebihan.


Sebagai contoh, apabila datang cabaran bisnes, orang yang mempunyai Growth Mindset akan anggap ia hanyalah satu langkah (atau proses) dalam berjaya.


Akan dibuat penambahbaikan akan strategi dan taktik-taktik bisnes. Tiada cepat mengalah. Sentiasa!


11- Tahu secara asas membangunkan arahan yang perlu diikuti staff, secara bertulis (SOP).


Ia bagi melancarkan operasi dan aktiviti yang berlaku dalam syarikat. Kerja sebenarnya lebih seronok dan staff sudah tahu bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu isu.


SOP adalah tempat rujukan untuk semua staff yang terlibat.


12- Tahu mencipta strategi bisnes dan taktik-taktik yang sentiasa sesuai dengan keadaan semasa.


Sesuatu strategi yang dibuat biasanya tidak akan berubah. Perubahan biasanya dilakukan pada taktik. Taktik adalah cara bagi mencapai strategi (matlamat/impian/visi) syarikat.


Ramai usahawan terperangkap dengan taktik yang banyak, akan hasilkan kejayaan bisnes. Malangnya, kebanyakan taktik yang digunakan, kurang membawa hasil yang bermakna pada syarikat.


.


Kita sebenarnya mempunyai pilihan dalam menentukan apa yang akan kita kecapi di masa akan datang.


Sebagai usahawan Optometri, memiliki praktis dan bisnes yang berjaya, adalah saat manis yang telah lama kita nantikan.


"Biar kita yang mengawal keadaan, agar kita berjaya mencapai segala impian!"


Shahrizal Redwan.

Optometry Business Trainer.

ABS Optomedik.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...