Jumaat, 11 Mac 2016

23 perkara kita rasa "Tak ada apa-apalah!" tapi sebenarnya SERIUS, ia akan merosakkan satu demi satu kemahiran SISTEM PENGLIHATAN!


+ Nak elak power rabun lebih bertambah, pakai sahaja power lama. Tindakan ini akan merosakkan sensitiviti sistem penglihatan sedikit demi sedikit.

+ Pakai spek kejap-kejap, boleh 'control' power. Ini bukan caranya.

+ Kita larang anak kita pakai spek setiap masa, dengan anggapan tindakan tersebut bagus untuk elak power rabun lebih naik.

+ Selagi mana spek sekarang ni masih nampak terang, tak perlu tukar atau cek mata. 

+ Nampak objek jadi dua, pejam mata - geleng kepala sikit-sikit, jadi ok balik. Makin lama, makin kerap.

+ Kita lihat mata anak kita, atau seseorang, kadang-kadang lari 'keluar'.

+ Tulisan nampak semakin kabur dari minggu ke minggu ketika membaca atau melihat skrin komputer/smartphone.

+ Sakit kepala bila buat kerja dekat. Makin lama makin kerap.

+ Mata rasa berpinar/penat dan rasa nak muntah yang boleh ditahan/dikawal bila buat kerja-kerja dekat.

+ Tidak boleh membaca dalam kenderaan yang bergerak. Walaupun sekejap.

+ Kemahiran sukan yang sangat lemah. Nak menangkap bola yang dibaling ke atas pun sukar.

+ Silau yang agak keterlaluan. Sehinggakan melihat lampu panjang putih (lampu Flourescent) di rumah, dah seperti melihat di bawah matahari yang terik.

+ Bawa kenderaan selalu nak terlanggar sesuatu halangan di hadapan. 

+ Ada masanya, suka tutup sebelah mata bila membaca atau mengadap komputer.

+ Tak boleh 'scroll' Whatsapp/FB lama-lama kerana mata terasa 'berat'.

+ Dah lama mata sebelah nampak kabur dan tak pakai pun spek yang sepatutnya. Bila pakai spek nanti, confirm mata terang semula macam biasa. (Tidak semestinya. Bila dah terlalu lama mata dalam keadaan kabur, mata agak susah untuk kembali jelas.)

+ Kita kerap rasa mengantuk dan keletihan. Balik sekolah atau balik dari ofis, keletihan itu semakin dirasai. Kita ingat orang lain pun macam itu. Sebenarnya tidak!

+ Bila memandu malam, rasa silau yang agak keterlaluan, walaupun dah tukar cermin mata baru.

+ Kadang-kadang pandangan nampak kabur, (jauh atau dekat atau keduanya sekali).

+ Ada masa kena betul-betul 'tenung' (fokus) benda yang kita nak lihat. Lewat petang semakin terasa sehingga kita percaya, "Ahh! Aku dah rabun!". Sebenarnya tidak.

+ Anak kata susah nak nampak bila cikgu ajar. Bila cek mata dekat kedai (yang tak amalkan khidmat nasihat Optometris), hasilnya tiada power rabun. Lulus ujian baca huruf kecil-kecil tu. Kita pun terus percaya dan menidakkan penglihatan anak kita bermasalah. Kalau cek power sahaja, power sahaja lah dapat. Perlu cek paling kurang 4 jenis 'test' khas.

+ Jika kita kali pertama pakai spek 'Pinhole glassess', mungkin kita akan nampak imej menjadi dua. Lama kelamaan imej menjadi satu semula! Awas! Ada kes saya temui, dulu beliau boleh guna dan kawal kedua matanya dengan baik. Kini pada kebanyakan masa, beliau hanya guna sebelah mata.

+ Tidur dengan spek membantu anda melihat dengan lebih terang dalam MIMPI.. Hehehehe (Gurau je..😆😆😆)
.
.
.

Semua kes di atas saya temui dengan agak kerap di praktis saya..

-Shahrizal Redwan, Optometris.

Juruaudit TIDAK dapat buat AUDIT kerana SAKIT KEPALAnya!

Pekerja saya yang tak kahwin lagi, ketuk pintu bilik cek mata.

Ketika itu saya tengah memberi latihan kepada Hanun, Optometris yang baru 6 hari diambil bekerja.

“Tuan, ada customer nak cek mata ya.”

- “Ok. Fendy panggilkan ya.” Balas saya. Saya cepat-cepat pesan dekat Hanun, ‘take note’ bila saya cek mata.

“Tuan Yusoff, kita cek mata sekali lagi dalam bilik ya.” Panggil Fendy umpama nurse klinik di hospital swasta. Hehehe..

Tuan Yusoff diekori oleh seorang wanita muda lewat 20 an, kelihatan sarat mengandung, berusaha mempercepatkan langkah. Pastinya isteri Tuan Yusoff.

- “Tuan Yusoff jemput duduk ya.” Kata saya sambil melapangkan tangan menunjuk ke arah kerusi yang dikhaskan.

Selepas Tuan Yusoff mengambil tempat di kerusi sebelah kanta berpower yang banyak tersusun tu, Fendy beritahu saya Tuan Yusoff kerap sangat sakit kepala. Minggu ini sakit kepala beliau boleh dikatakan setiap hari.

Tuan Yusoff bekerja sebagai Juruaudit dan banyak menghadap komputer dan laptop. 

Saya faham sungguh kerana AUDIT sesuatu yang tidak sama dengan kereta AUDI. Hehehehe..

Saya mengambil tempat, dan bertanya beberapa soalan yang akan menentukan ujian apa yang patut saya pilih untuk Tuan Yusoff.
.
.

Selepas 20 minit dengan 4 jenis ‘test’ yang telah selesai saya lakukan, saya beritahu pada Tuan Yusoff,

- “Mata Tuan tidak seperti orang lain. Mata tak sepatutnya bekerja 3 kali ganda lebih kuat dari biasa.”

Bermulalah soalan-soalan yang keluar dari mulut Tuan Yusoff dan isteri beliau, kerana ia sesuatu info yang sangat baru untuk mereka.

Ini part yang buatkan pasangan suami-isteri yang bahagia ini mengerutkan muka,

- “Mata Tuan kadang-kadang PAKAI SEBELAH MATA sahaja ketika membaca.” kata saya.
Sekali lagi.. Soalan demi soalan. Bertubi-tubi ditanya oleh Tuan Yusoff dan isterinya.

Lagak seperti saya tetamu jemputan dalam rancangan Nasi Lemak Kopi-O. ðŸ˜†
.
.
Tuan Yusoff mempunyai daya sifat ingin tahu yang kuat. Hanun yang duduk di sebelah saya, tak berhenti-henti mencatat setiap poin penerangan mudah saya pada Tuan Yusoff.

Akhir sekali, sebelum Tuan Yusoff keluar….. (Dengan info yang banyak kaitan antara penglihatan dengan sakit kepalanya),

Saya berikan solusi dengan mengatakan, 

“Cara yang terbaik adalah dengan merawat sistem penglihatan yang paling bermasalah dahulu. Ini dapat membantu sistem fokus Tuan Yusoff bekerja dengan cara yang sepatutnya.”

Tuan Yusoff mempunyai masalah ACCOMODATIVE EXCESS.
.
.
.

Jika kita sakit kepala yang agak kerap, seperti yang dialami oleh Tuan Yusoff, keseluruhan 4 sistem penglihatan perlu dinilaikan.

Penilaian ini akan dibuat setiap kali saya temui kes SAKIT KEPALA - menggunakan KOMPUTER, atau BELAJAR, iaitu :

+ Power rabun yang serasi (supaya tidak memburukkan lagi keadaan).

+ Sistem Fokus (Daya tahan, kepantasan, flexibiliti dan tindakan yang efisen).

+ Interaksi yang baik antara dua mata.

+ Kemahiran penting yang dihasilkan setelah imej diterima oleh otak. Contohnya kemahiran ‘menganggar jarak’.
.
.

Habis sesi Tuan Yusoff, Hanun kata dia puas, dapat belajar banyak perkara baru.


Gambar :
Hanun seorang Optometris graduan dari Universiti Bradford, United Kingdom. (Seorang yang sangat minat bermain dengan SALJI!)


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

9 perkara yang dijanjikan oleh CERMIN MATA yang banyak lubang-lubang : PINHOLE GLASSESS.


1- Tidak perlukan preskripsi.

     Benar. 
Kerana ia tidak pernah diiktiraf sebagai alat bantuan perubatan (medical aid) dan sebab      itu ia tidak perlukan preskripsi.

2- Tidak perlu untuk cek mata.

     Benar. 
Hanya lubang-lubang kecil dibuat, dan boleh dipakai oleh sesiapa pun. Tidak seperti spek berpower, ia hanya dibuat khas untuk anda. Special!

3- Menghalang peningkatan power rabun jauh dan rabun silau.

     Tidak benar. 
Cermin mata yang paling canggih dengan kajian sebenar pun hanya dapat mengawal power sehingga 30% sahaja. Contohnya produk Myopilux, dari Essilor Malaysia.

4- Meningkatkan Kejelasan dan resolusi imej.
     Tidak Benar: 
Lepas pakai Spek Pinhole, mata tidak akan nampak lebih jelas. Ia tidak akan berlaku kerana spek Pinhole tidak meninggalkan kesan selepas ia ditanggalkan.

5- Menghilangkan rasa mata yang penat.

    Tidak Benar. 
Mata yang penat hanya boleh dihilangkan dengan memejamkan mata.

6- Menjaga mata agar tidak rosak.

    Tidak benar. 
Bagaimana nak halang dari kerosakan mata, contohnya akibat dari selaput/katarak yang disebabkan oleh UV matahari dengan hanya memakai spek PINHOLE sekejap sahaja? Spek ini pun tiada lapisan penghalang UV sepertimana yang ada pada sunglass dan cermin mata.

7- Penglihatan akan menjadi lebih jelas pada semua jarak.

     Tidak benar. 
Selepas spek Pinhole ditanggalkan, penglihatan tidak akan nampak lebih jelas pada semua jarak.

8- Meningkatkan ‘brightness’ sesuatu objek.

      Tidak Benar. 
Ia tidak meningkatkan brightness objek, ia hanya memberi kesan seperti keluar dari tempat yang gelap ke tempat yang cerah. 

9- Bila pakai tidak akan bergantung kepada cermin mata lagi.

      Sangat tidak benar. 
Spek Pinhole ini tidak meninggalkan sebarang kesan kepada rabun yang telah ada. Ada seorang pelanggan saya menggunakannya untuk membaca (beliau mempunyai rabun dekat), terkesan dengan penglihatan yang rasa penat sehingga sakit kepala.
.
.
.

Perkara di atas adalah apa yang betul-betul dijanjikan oleh pembekal mahupun penjual 'Pinhole Glassess' ini. (saya rujuk dalam satu website terkenal yang menjualnya atas talian/online)

Saya rasa terkilan bila ramai pelanggan saya yang berumur 40 an ke atas, duduk dikampung, dimanipulasi pemikiran mereka, dengan kata-kata 'closed sale' yang tidak bertanggungjawab seperti dibawah :
"Jika makcik pakai cermin mata ini ketika membaca, lama-lama rabun dekat boleh hilang."

Berbulan makcik ini pakai untuk membaca. Beliau mengalami sakit kepala yang agak serius sehingga dibawa oleh anaknya ke praktis saya. 

Rupanya beliau membaca hanya menggunakan 'Pinhole Glasses' dan bukan dengan cermin mata membacanya.

Harapan beliau, rabun dekatnya akan hilang.

Malangnya, ia tidak berlaku seperti yang diharapkan.


-Shahrizal Redwan, Optometrist.
Rizal Optometris Kuala Kangsar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...