Dalam sekolah bisnes ABS, amat ditekankan akan pengurusan idea bisnes yang kita miliki. Tetapi ada juga dari kita lebih suka ia diuruskan oleh 'agen'. Umpama bagi jutaan ringgit cash untuk orang lain jaga. 😱
Beginilah. Kalau mahu bermula sebagai orang bisnes, kita belajar :
1- Urus idea kita sendiri.
Kita tidak boleh sesekali berikan idea kita untuk orang lain urus. Jika kita buat juga, bermakna kita kurang 'passion' akannya.
Idea bisnes ada kait rapat dengan impian yang mahu kita capai dalam hidup. Mana sama dengan orang lain kan?🤔
.
.
2- Cari sumber untuk realisasikannya.
Bila sebut ini, orang kata modal.. modal.. duit.. duit.. Mana mahu cari??
Aduh.. Sumber ini datang dari pelbagai bentuk. Contohnya kita cari ilmu dari jenis 'tacit knowledge' dahulj. Ilmu yang hanya boleh kita peroleh bila menuntut secara 'face to face'.
.
.
3- Cari bantuan kepakaran.
Kita rasa ilmu bisnes kita dah bagus. Tapi adakah kita pasti 100%? Cari kepakaran dari orang bisnes yang memiliki 'Leadership Wisdom'.
Mereka ini tahu setakat mana ilmu kita. Boleh beri mentoring lagi untuk bagi ia lebih mantap!
.
.
4- Cari skill yang perlu ada untuk uruskan bisnes secara fizikal kelak.
Berkuli adalah antara kaedah yang lebih berkesan. Masa inilah diri kita sebagai orang bisnes diuji.
Diuji emosi, cara berfikir, kekuatan fizikal dan rasa percaya atas kemampuan kita untuk berubah dengan lebih baik. Barulah skill akan terbina sehingga kita mahir.
Kalau fasa ini pun tidak boleh dilalui, apalah akan berlaku kalau dah ada bisnes sendiri nanti?
.
.
5- Seni melihat lebih dalam akan 'Value', 'Profit' dan 'People'.
Ini lebih kepada strategis. Cari mentor yang memiliki kemahiran ini. Usahawan 'standard' akan fokus banyak kepada Value (apa yang dipandang unik oleh pelanggan) dan Profit sahaja.
Skill urus kekuatan 'People' yang ada dalam bisnes kita sering dipandang sebagai kelas kedua pengurusan. Ia tidak sepatutnya berlaku.
Tiga faktor ini penting untuk hasilkan bisnes yang bercirikan 'Growth' yang baik. Barulah idea kita berpeluang menjana bisnes yang kukuh.
.
.
6- Hasilkan 'Unfair Advantage' kita sendiri. Buat kajian.
Lihat bisnes kedai makan Tuan Suhaimi, kita pun kata, "Bisnes ini kalau aku buat, pasti pelanggan ramai."
Tapi bila dah buka, pelanggan lebih kurang sama, tapi kita dah rasa 'beban'. Apa yang tidak kena?
Rupa-rupanya Tuan Suhaimi ada Katering dan agen penghantaran makanan sampai ke rumah. Ini 'unfair advantage' yang kita tiada. Hasilkan sesuatu untuk bisnes kita.
(Masuk perlesenan menggunakan jenama yang dipercayai, juga satu 'unfair advantage')
.
.
Idea yang tiada tindakan akan kekal sebagai idea sahaja. Sebab itu ada yang kita dengar, "Aku dah fikir lama dah idea ini..."
Tapi kekal bangga akan idea tersebut, tanpa ada usaha realisasikannya. Ia satu kerugian
Usahawan berjaya akan berusaha jadikan idea hebat suatu kelebihan dalam berbisnes. Ayuh mulakan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: