Sabtu, 3 Disember 2016

Jualan 'power' tidak akan kekal, fokus kepada 'Growth'.

  Bila kita nak hasil akhir dalam apa-apa yang kita buat dalam bisnes, pastikan ia menuju kepada 'Growth'.

Saya kongsikan bagaimana saya fokus kepada 3 perkara ini dalam beberapa tahun sehingga ia menjadi bisnes gaya korporat.

1- 'Nilai' yang akan dipandang oleh pelanggan.

Bila bisnes 'segan mati tidak mahu', saya buat sedikit kajian pada pelanggan saya. Pelanggan yang dari dulu setia dengan membeli dengan syarikat saya. Telefon, isi borang survey dan bertanya 'wajah ke wajah'.

Mereka mahu sesuatu apa yang mereka tidak dapat bila membeli ditempat lain. Saya senaraikan ikut keutamaan dan ia dibuat atas kemampuan yang ada pada masa itu.

Pelanggan mula bertambah!
.
.
2. Fokus kepada Keuntungan dalam transaksi bisnes.

Siapa mahu berbisnes tanpa ada untung kan? Walaupun tahun ke 2 seolah tidak nampak duitnya lagi, sebenarnya saya laburkan kembali kepada syarikat. Tambah baik kelengkapan, tambah staff dan kos eksperimen ditambah.

Lagi untung bisnes kita, lebih banyak pelaburan boleh dibuat kepada syarikat.
.
.
3. Organisasi yang terdiri dari pasukan terlatih.

Paling berat pengalaman, adalah mengekalkan kepercayaan mereka, syarikat dalam fasa untuk lebih berjaya. Bayangkan bila hanya ada 'roadmap' menuju jualan hilang akal, dipersembahkan kepada mereka.

Mereka orang-orang biasa yang sanggup bersusah payah bangunkan syarikat. Kerana mereka dipilih dari kalangan orang yang mempunyai matlamat dalam hidup mereka.

Kekal pada hari ini, adalah pasukan yang pendapatan sedikit luarbiasa. Kerana mereka adalah orang 'Badar' syarikat.
.
.
Tiga perkara di atas menjadi pegangan syarikat yang lebih besar ditubuhkan pada hari ini.

Bila telah melalui cabaran sebagai syarikat yang boleh 'survive', kini cabaran baru ditetapkan semula.

Kita sendiri yang akan tetapkan, sejauh mana bisnes kita akan pergi.

Nota : Dalam bisnes, utamakan .Value Propositions', 'Profit Propositions' dan 'People Propositions'.

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...