Sabtu, 10 Disember 2016

Mengapa semasa syarikat masih kecil, kita perlu tahu setiap IMPIAN staff.



Antara kelebihan memiliki staff yang tidak ramai, kita dapat mengenali mereka dengan lebih dekat.

Banyak kebaikan yang akan kita peroleh jika dapat merapatkan jurang antara kita (majikan) dan staff.

Ini adalah kesannya jika kita berjaya mengenali staff dengan lebih baik :

1. Staff lebih bermotivasi.

Bila kita berjumpa dengan seseorang yang lebih tinggi jawatannya, pasti kita rasa bangga apabila beliau mengetahui serba sedikit tentang diri kita.

Itu jugalah yang berlaku kepada staff kita. 

Bila kita dapat buat, perbualan kita akan lebih menjurus kepada mendekati, mendorong dan menunjukkan kepada mereka sebagai individu yang kita ambil berat.

Motivasi akan hadir tanpa perlu dipaksa-paksa.

Barulah kita lebih mudah untuk menyusun Road Map kerjaya staff.

Seorang usahawan yang bagus, akan juga serasikan matlamat besar syarikat dengan matlamat peribadi seseorang staff.

Wujudkan tahap-tahap yang perlu dilalui dan KPI dalam mencapai sesuatu jawatan didalam syarikat. Gaji juga dinyatakan. 

Staff yang telah nampak halatujunya, akan bekerja sepenuh hati untuk syarikat. Kerana mereka percaya, apabila syarikat lebih maju, Road Map mereka akan lebih mudah dicapai.
.
.
2. Staff rasa mereka bukan semata-mata 'mesin cetak duit'. 

Bekerja sebagai satu pasukan, memerlukan persefahaman dan pimpinan yang bagus.

Jika tidak mereka mulai rasa usaha  selama ini untuk mengkayakan syarikat tidak membawa kesan pada mereka sendiri. 

Jadi, kerapkan menyebut impian mereka bila kita berjumpa. 

Ia meningkatkan semula darah gemuruh mereka untuk lebih berusaha!
.
.
3. Kita boleh bantu mereka mencapai skill yang diperlukan.

Ada kalangan dari staff kita bekerja untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman. Contohnya, dapat berbisnes suatu hari nanti. 

Kita berikan peluang untuk mereka uruskan projek-projek kecil. Skill akan semakin bertambah.

Jika kita tidak bertanya dan ambil tahu, bagaimana kita hendak tahu impian besar mereka?

4. Tahu kelemahan dan kekuatan staff.

Perkara yang paling utama kita boleh dorong seseorang dengan 'lebih lama', adalah dengan mengubah mindset mereka.

Tahu impian mereka, atau perkara apa yang memberi mereka motivasi, akan lebih mudah untuk kita mengubah mindset kepada orang yang berjaya.
.
.
Tidak menjadi suatu masalah bagi kita untuk teruskan gaya bos dan mereka dianggap semata-mata staff sahaja.

Tetapi, jika kita longgarkan sedikit gaya bos kita, dan lebih mengenali mereka, hasil kerja mereka akan berganda-ganda baiknya.

Belum cuba, belum tahu... 😊
.
.
Shahrizal Redwan,
CEO ABS Optomedik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...