Selasa, 6 Disember 2016

Jika kita dalam profesion profesional, pastikan kita memiliki 3 kemahiran ini.

Siapa tidak mahu digelar profesional kan? Tambah lagi bila orang ramai berkata, "Kalau  pergi ke tempat tadi, aku jamin masalah kau boleh dia tolong. Dia pakar."

Pakar ada kait rapat dengan kredibiliti. 

Kredibiliti ini pula banyak dipengaruhi dengan berapa kuatnya seseorang itu percaya kepada kita.

Jadi.. Miliki 3 kemahiran ini untuk mula membina kredibiliti profesional kita :

1- Bercakap seperti orang yang pakar.

Bila kita suruh orang bercakap, semua boleh bercakap kan? Tapi gaya bercakap yang bagaimana dapat menunjukkan kita sebenarnya seorang yang pakar?

Antara tipnya, kurangkan cakap. Cakap bila perlu sahaja. Janganlah bertempuk tampar, dan banyak melakukan pergerakan tubuh.

Jadi juga seorang pendengar yang baik. Biar mereka habiskan bercakap, kira 3-5 saat, baru kita bercakap.
.
.
2- Seorang penulis yang baik.

Bukanlah maknanya kita perlu menulis seperti JK. Rowling yang buat novel Harry Potter itu.

Asas menulis yang baik, menggunakan perkataan penuh, dan menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami oleh pembaca.

Penulisan untuk seorang yang profesional berbeza dengan orang yang mahu buat jualan secara terus.

Menulis untuk membina kredibiliti.
.
.
3- Leader yang baik dengan 'follower' yang baik.

Mengapa pula perlu menjadi seorang leader yang baik? Leader dan bos adalah dua keadaan yang berbeza. 

Bos lebih banyak memberi arahan. Leader adalah cara pimpinan 'bersama-sama' dan mencapai kata sepakat yang menang-menang kedua belah pihak.

Bila kita banyak kuasai skill menjadi Leader yang baik, kita akan mudah memberikan pengalaman yang cukup profesional kepada klien yang berjumpa dengan kita.

Bonusnya, pasukan kita akan turut memberikan 'customer service' yang baik sehingga klien kata berulang kali, 

"Inilah tempat yang dah lama saya cari. Sungguh Profesional."
.
.
Bila kita telah mencapai tahap kredibiliti yang baik, persaingan yang wujud akan mulai berkurangan.Terutama sekali apabila kita menjadikan profesional kita ini sebagai bisnes.

Ramai yang berpendapat, ia sebenarnya suatu cara penjenamaan bagi memperoleh hasil bisnes yang berkualiti.

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...