Asalkan apa yang kita fikirkan itu dapat 'diluahkan' dengan terhasilnya perkataan-perkataan yang menjadi ayat, ia sudah kira menulis.
Seorang penulis tersohor pernah berkata, "Menulis sama pentingnya dengan membaca."
Pada mulanya saya tidaklah begitu percaya, tapi hari ini, saya akui, dengan menulis kita akan peroleh kelebihan ini :
1- Menguatkan apa yang kita faham tentang strategi dan taktik bisnes.
Jangan tidak percaya, ada orang bisnes sendiri tidak memahami strategi bisnesnya sendiri.
Jika beliau faham, pasti tindakan bisnes sentiasa mengarah kepada strategi tersebut. Tetapi sebaliknya yang berlaku.
Menulis strategi kita, dapat meningkatkan peluang ia dilaksanakan untuk berjaya. Kita tahu langkah-langkahnya, dan telah menyusunnya apabila menulis.
.
.
2- 'Bersihkan' minda yang terlalu banyak isu.
Banyak yang difikirnya orang bisnes ini. Angan-angan, strategi, isu, peribadi... dan senarainya semakin panjang.
Dengan menulis pada kertas kita boleh menghasilkan 'tajuk besar' yang disusun mengikut keutamaan.
Fikiran lebih tersusun dan minda mulai mendapat signal bahawa semua maklumat telah dipindahkan ke kertas tadi. Rasa lebih tenang dan lapang minda kita.
.
.
3- Meningkatkan kemahiran berfikir dan membuat keputusan.
Bila kita dah mula tersusun cara berfikir dengan apa yang kita tulis pada kertas, lama-kelamaan minda akan belajar skill ini.
Sehingga ia mulai menjadi automatik.
Bila tiba sebarang isu yang perlu kita buat keputusan segera, seolah perkara tersebut disusun satu persatu untuk atasinya dan kita boleh buat keputusan yang pantas (tahap ini tidak perlu menulis lagi).
Semua menggunakan minda yang telah dilatih dengan hasil latihan menulis selama ini.
.
.
4- Menulis mempengaruhi cara kita bercakap : Lebih tersusun dan lebih banyak maklumat dan idea.
Apabila mencapai lebih 2000 artikel yang telah saya tulis, percakapan saya lebih banyak menjurus kepada idea (kerana menulis juga perlu membaca).
Selain itu, perkataan dan ayat yang digunakan pada staff, lebih kepada ayat-ayat berpengaruh yang pernah saya tulis.
(Sampai selalu cakap-cakap dalam hati, "Aku ada menulis tentang ini!")
Sebab itu, saya mengajar dan menggalakkan staff juga mula menulis. Kerana ia ada kena mengena kesan bercakap kepada pelanggan.
.
.
5- Mendapat iktiraf kredibiliti dari pembaca dan pelanggan.
Selama saya kaji bentuk penulisan yang popular orang guna, ada satu jenis yang amat kena dengan semua orang bisnes : Nampak dipercayai kerana kredibiliti yang dibina dari menulis.
(Banyak tip-tip sebenarnya..)
Saya ada menyewa kedai di Meru Raya Ipoh, untuk membuka kedai cermin mata ABS Optomedik. Pemilik kedai (yang memiliki aset berjuta-juta) berkongsi tip bisnes ini dengan saya,
"Bisnes dulu orang tidak kenal siapa pemilik. Bisnes sekarang orang mahu kenal dahulu siapa pemiliknya, baru bisnes lebih bagus." kata Tuan Lee.
Saya amat setuju. Pelanggan syarikat saya ada yang datang jauh, dan tidak kenal saya secara bersemuka. Mereka kenal dari penulisan saya.
Sehingga bila sampai ke kedai, mereka akan selalu bertanya pada staff, "Tuan Rizal ada?".
Staff akan masukkan dalam report, 'Kawan Tuan Rizal datang bertanyakan tentang Tuan.'
"Pelanggan itu tidak pernah saya berjumpa, tetapi beliau adalah sahabat dan pelanggan dari penulisan."
.
.
Mempelajari skill menulis untuk bisnes, adalah salah satu usaha yang sama seperti kita mula-mula nak mula bisnes.
Permulaan kelihatan tidak teratur, lama kelamaan, ia menjadi lebih baik dengan latihan demi latihan.
"Menulis juga satu cabang 'Channel' untuk bisnes kita."
.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: