Ahad, 25 Disember 2016

Klien akan berbelanja lebih jika kita mendengar dengan baik.



Ini adalah 8 tip yang boleh kita lakukan :

1. Jika klien mengadu akan produk yang dibeli, pastikan kita menulis aduan beliau dihadapannya. Secara Live!
.

2. Walaupun kita telah faham maksud percakapan klien, ulang semula aduan beliau. Ia memberi kepastian adakah kita faham mengikut kehendak klien.
.

3. Diam sehinggalah klien berhenti bercakap. Tip? Selepas klien diam 3-5 saat baru kita bersuara semula.
.

4. Riak wajah perlu selari dengan 'mood' klien. Bila beliau bersedih, wajah kita perlu seperti ambil berat. Bila klien gembira riak wajah kita juga perlu gembira!
.

5. Elak terlalu banyak pergerakan dibuat semasa mendengar. Jika gatal kepala, dan klien sedang bercakap, tahan!
.

6. Suara kita perlu hampir seperti nada klien. Jika klien pendiam, pastikan kita ikut 'rentak' mereka.
.

7. 'Sraight to the point' bila bercakap. Klien dah kata nak beli yang harga sekitar RM 2000. Kita pula mulakan persembahan jualan dengan yang harga RM 200! Ini kategori tidak mendengar apa yang klien mahu.
.

8. Jika kita tersilap memahami klien (tindakan lain dari kehendak beliau), mohon maaf dengan bersungguh-sungguh.Tundukkan sedikit badan mengarah ke hadapan.
.
.
Apabia kitabuat tip di atas, kita posisikan diri sebagai orang yang disukai klien.

Bila klien dah suka, mereka tidak kisah untuk berbelanja lebih.

Tidak mahukah kita mempunyai klien sebegitu?
.
.

Jumaat, 23 Disember 2016

Bisnes : Zon Selesa pemusnah jualan yang stabil.

Bisnes : Zon Selesa pemusnah jualan yang stabil.

Kita akan jumpa orang sebelah kita yang tidak mahu 'berganjak'. Tolak atau tarik, tidak mahu tinggalkan dimana beliau telah berdiri.

Seolah ada harimau dihadapannya!

Kalau dalam bisnes, ada orang nak buat apa yang beliau rasa selesa sahaja. 

Walau ada jalan yang lebih baik, beliau tetap dengan cara bisnesnya pada hari ini. Individu ini berada pada fasa Comfort Zone (Zon Selesa).

Tidak mahu diganggu akan zonnya itu.

Kalau-kalau kita rasa berada pada zon ini, mungkin ini sebab yang boleh kita pertimbangkan untuk pergi ke zon baru.

1- Bila terlalu lama dalam zon sekarang, kita tidak tahu 'bahaya' yang  akan datang.

2- 'Bahaya' yang datang dalam industri, kita langsung tidak bersedia dan mungkin tidak akan berjaya untuk hadapinya dengan baik.

3- Sukar penuhi kemahuan pelanggan yang berubah dengan masa.
.
.
Tidak salah berada pada zon selesa. Tapi elaklah terlalu lama. Anggap ia umpama tempat R&R setelah penat 'memandu' jauh.

Kemudian teruskan lagi memandu.

Kreatif dalam bisnes hadir bila kita tidak terlalu lama pada zon selesa.
.
.

Selasa, 20 Disember 2016

Tip untuk buat keputusan sebagai seorang Leader

Pantasnya Leader kita buat keputusan.  Apa tipnya? 

Bila kita datang kerja, ada tugasan yang masih belum siap atas meja. 

Pusing ikut mana pun masih tiada jalan. Perlahan-lahan kita pergi jumpa Leader kita. Minta pandangan. 

Dalam masa 10 minit beliau boleh bagi jalannya! Siap bagi coaching untuk kita.

Kita lagi rasa hormat pada beliau, lagilah kita nak 'stay' bekerja dengan syarikat ini.
.
.
Apa yang Leader ini buat? Kalau lah kita Leader sebuah syarikat, mesti kita nak dihormati.

Sehingga staff bagus-bagus suka bekerja dalam organisasi kita.

Ini tipnya :

1. Buat keputusan!

Leader perlu buat keputusan bila ditanya. Terutama lagi apabila ia berkenaan masa depan syarikat.

Gunakan 'alat' yang banyak orang bisnes pakai. Ia asas panduan (BMC contohnya). Lebih banyak buat keputusan, lebih banyak kita belajar darinya.

Jangan tidak percaya, ada yang bagi staff buat keputusan. Bila tidak seperti yang diharapkan hasilnya, staff itulah yang dipersalahkan.
.
.
2- Lihat secara big picture apa hasil akhirnya.

Kurang jelas hasil yang kita mahu berlaku pada syarikat adalah sesuatu yang berisiko.

Sepatutnya kita target pelanggan yang banyak guna fb. Tapi kita edarkan flyers bercetak 50 ribu keping! 

Geleng... Geleng..
.
.
3. Lihat secara 'small picture' kehendak pelanggan.

Maksudnya kita senaraikan kategori pelanggan kita. Dan kita tahu setiap darinya apa yang mereka suka. 

Sehingga kita boleh baca aktiviti seharian mereka secara individu.

Baru kita tahu dimana mahu sesuaikan aktiviti syarikat, supaya mereka membeli akan produk/servis kita.

Keputusan kita ada kena mengena dengan pelanggan yang kita target.
.
.
"Seorang Leader itu tahu dimana jalannya, ikuti jalan itu, dan tunjukkan dimana permulaan jalan itu."

Kita tentukannya!!

Shahrizal Redwan
ABS Optomedik.

Jumaat, 16 Disember 2016

Staff muda, ini tip kita sebagai leader

Jika mahu jadi Leader yang berpengaruh pada pasukan bisnes kita (terutama yang muda dan bertenaga),

+ Beritahu tugas mereka dengan jelas, guna ayat-ayat positif yang berpengaruh dan jaga hubungan profesional. 

+ Masukkan sebahagian idea mereka ke dalam taktik syarikat. Beri pengiktirafan.

+ Berikan motivasi dalam group syarikat yang disertai oleh semua staff.

+ Sebut nama mereka dalam FB personal kita dengan ayat-ayat yang positif.

+ Tunjukkan kepakaran kita di medium yang 24 jam orang boleh capai (Contohnya blog). Kerana staff juga akan membaca.
.
.

Semua ini dapat dicapai dengan lebih mudah dan berkesan, apabila kita mempunyai kemahiran,

"Menulis untuk bisnes."

Ia suatu kemahiran yang boleh kita pelajari.
.
.

Khamis, 15 Disember 2016

Bisnes : Ubah jalan, tapi jangan ubah arah dan kenderaan.

Berapa kali kita gunakan jalan alternatif untuk pulang ke kampung, ketika jalan yang lebih mudah begitu sesak? Banyak kali kan?

Ada kita ubah arah destinasi? Atau tukar kereta yang kita pakai? 

Tidak. 

Kita hanya ubah jalannya.
.
.
Bisnes juga begitu.

1. Bila pelanggan katakan produk kita lebih mahal, lapiskan dengan Value yang tidak diberi oleh pesaing. 

Seth Godin pernah berkata, "Pelanggan tidak lagi membeli produk atau servis semata-mata. Mereka membeli kerana hubungan."

Bina hubungan yang tidak dijangka kepada pelanggan (contohnya sehingga ada kad yang ditulis tangan, ucap terima kasih). Pelanggan (yang kita target) akan mulai beranggapan, harga adalah perkara ke dua.
.
.
2. Marketing kita dah buat pelbagai cara dan teknik. Habis terbakar begitu sahaja kos modalnya.

Tapi kita tahu ada beberapa cara marketing berkesan. Kita mula fokus disitu sahaja. Berterusan.

Sehingga pelanggan berkata, "Saya suka cara awak. Ada masuk kelas ke?" 

Boleh tersenyum panjang kita masa itu.
.
.
3. Kedai di lokasi yang terlindung dari jalan utama. Susah orang nak perasan.

Gunakan 'laluan' yang orang lain boleh nampak. Contohnya, Online!

Tulis cerita tentang bisnes kita, staff-staff kita, aktiviti yang kita buat bersama masyarakat dan selitkan produk/servis kita sesuai untuk atasi masalah apa.

Pelanggan 'tap' sahaja location dalam Waze... Zass! Berdesup sampai depan kedai kita. 
.
.
Apa perasaan kita bila nasi yang dimakan, hanyalah bersama kuah sahaja? Tergugat sedikit tahap selera itu. 😅

Cabaran adalah 'makanan' orang bisnes yang mahu berjaya berdiri atas kaki sendiri.

Cuma kadang-kadang, kita masih perlukan bantuan pihak lain (seperti mentor, kelas coaching ataupun menggunakan brand syarikat lain seperti program perlesenan).

"Mereka adalah 'alat pakatan' untuk kita lebih cepat sampai ke destinasi, menggunakan jalan yang 'tidak sesak'.."

Sepertimana kita guna kemudahan Waze. Waze adalah alat pakatan kita.

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik

5 sebab mengapa orang bisnes perlu menulis setiap hari.

Asalkan apa yang kita fikirkan itu dapat 'diluahkan' dengan terhasilnya perkataan-perkataan  yang menjadi ayat, ia sudah kira menulis.

Seorang penulis tersohor pernah berkata, "Menulis sama pentingnya dengan membaca."

Pada mulanya saya tidaklah begitu percaya, tapi hari ini, saya akui, dengan menulis kita akan peroleh kelebihan ini :

1- Menguatkan apa yang kita faham tentang strategi dan taktik bisnes.

Jangan tidak percaya, ada orang bisnes sendiri tidak memahami strategi bisnesnya sendiri.

Jika beliau faham, pasti tindakan bisnes sentiasa mengarah kepada strategi tersebut. Tetapi sebaliknya yang berlaku. 

Menulis strategi kita, dapat meningkatkan peluang ia dilaksanakan untuk berjaya. Kita tahu langkah-langkahnya, dan telah menyusunnya apabila menulis.
.
.
2- 'Bersihkan' minda yang terlalu banyak isu.

Banyak yang difikirnya orang bisnes ini. Angan-angan, strategi, isu, peribadi... dan senarainya semakin panjang.

Dengan menulis pada kertas kita boleh menghasilkan 'tajuk besar' yang disusun mengikut keutamaan.

Fikiran lebih tersusun dan minda mulai mendapat signal bahawa semua maklumat telah dipindahkan ke kertas tadi. Rasa lebih tenang dan lapang minda kita.
.
.
3- Meningkatkan kemahiran berfikir dan membuat keputusan.

Bila kita dah mula tersusun cara berfikir dengan apa yang kita tulis pada kertas, lama-kelamaan minda akan belajar skill ini.

Sehingga ia mulai menjadi automatik.

Bila tiba sebarang isu yang perlu kita buat keputusan segera, seolah perkara tersebut disusun satu persatu untuk atasinya dan kita boleh buat keputusan yang pantas (tahap ini tidak perlu menulis lagi).

Semua menggunakan minda yang telah dilatih dengan hasil latihan menulis selama ini.
.
.
4- Menulis mempengaruhi cara kita bercakap : Lebih tersusun dan lebih banyak maklumat dan idea.

Apabila mencapai lebih 2000 artikel yang telah saya tulis, percakapan saya lebih banyak menjurus kepada idea (kerana menulis juga perlu membaca).

Selain itu, perkataan dan ayat yang digunakan pada staff, lebih kepada ayat-ayat berpengaruh yang pernah saya tulis.

(Sampai selalu cakap-cakap dalam hati, "Aku ada menulis tentang ini!")

Sebab itu, saya mengajar dan menggalakkan staff juga mula menulis. Kerana ia ada kena mengena kesan bercakap kepada pelanggan.
.
.
5- Mendapat iktiraf kredibiliti dari pembaca dan pelanggan.

Selama saya kaji bentuk penulisan yang popular orang guna, ada satu jenis yang amat kena dengan semua orang bisnes : Nampak dipercayai kerana kredibiliti yang dibina dari menulis.

(Banyak tip-tip sebenarnya..)

Saya ada menyewa kedai di Meru Raya Ipoh, untuk membuka kedai cermin mata ABS Optomedik. Pemilik kedai (yang memiliki aset berjuta-juta) berkongsi tip bisnes ini dengan saya, 

"Bisnes dulu orang tidak kenal siapa pemilik. Bisnes sekarang orang mahu kenal dahulu siapa pemiliknya, baru bisnes lebih bagus." kata Tuan Lee.

Saya amat setuju. Pelanggan syarikat saya ada yang datang jauh, dan tidak kenal saya secara bersemuka. Mereka kenal dari penulisan saya.

Sehingga bila sampai ke kedai, mereka akan selalu bertanya pada staff, "Tuan Rizal ada?".

Staff akan masukkan dalam report, 'Kawan Tuan Rizal datang bertanyakan tentang Tuan.'

"Pelanggan itu tidak pernah saya berjumpa, tetapi beliau adalah sahabat dan pelanggan dari penulisan."
.
.
Mempelajari skill menulis untuk bisnes, adalah salah satu usaha yang sama seperti kita mula-mula nak mula bisnes.

Permulaan kelihatan tidak teratur, lama kelamaan, ia menjadi lebih baik dengan latihan demi latihan.

"Menulis juga satu cabang 'Channel' untuk bisnes kita."

.
.

Isnin, 12 Disember 2016

Staff 'tangkap muat' tidak sesuai di posisi hadapan bisnes profesional.

Kalau staff dibahagian belakang tadbir, mungkin boleh pejam mata lagi. Janji ikut SOP dah mencukupi.

Tapi kalau dibahagian tugasan yang secara terus berhadapan dengan pelanggan, SOP sahaja tidak mencukupi. 

Klien melihat secara keseluruhan cara syarikat itu beroperasi dari pengalaman yang diperoleh. Terutamanya staff di barisan hadapan.

Tip menghasilkan staff yang profesional :

1. Kita senaraikan ciri-ciri dan kebolehan yang kita mahu ada pada staff tersebut. 

Pastikan dalam temuduga, sekurang-kurangnya mereka memiliki 50% dari senarai tersebut.

2. Tempoh percubaan yang diberi, wajib mencapai KPI asas yang kita tetapkan. 

Jika tidak, hantar staff berpengalaman memberi latihan kepada mereka (atau trainer khas).

3. Latihan diberikan secara teori dan praktikal.

Mempunyai elemen bermotivasi, penetapan matlamat, mendorong cara berfikir yang positif, menghormati dan bekerjasama didalam pasukan.

4. Penghormatan dan kata-kata semangat.

Contohnya, tangkap gambar mereka berjaya close sale yang berkualiti, kongsikan dalam Whatsapp group, ucapkan tahniah (ahli pasukan lain)

5. Wujudkan dalam diri mereka menguasai empati. 

Berikan projek yang melibatkan masyarakat. Projek yang mendekatkan mereka dengan rasa 'lebih bertanggungjawab'. Usaha sumbangan atau melawat ke tempat-tempat yang memerlukan servis percuma kita.

6. Penilaian berkala perlu selagi bekerja dengan syarikat. 

Program ini perlu mempunyai seorang pegawai yang dilantik. Beliau akan pastikan yang mempunyai kemahiran dan bakat terserlah, akan segera diberi perhatian. Ia bagi menguatkan organisasi syarikat.

7. Program mentor-mentee lebih berkesan jika melibatkan kerja yang penuh dengan skill dan ilmu 'tacit knowledge'. 

Tidak semestinya seorang sahaja mentornya. SOP yang telah disediakan, membantu mempercepatkan staff baru menguasai kemahiran yang syarikat perlukan.

8. Latih mereka gaya seorang Leader yang banyak mendorong. 

Bukan sebagai bos yang lebih memberi arahan tanpa melihat potensi mereka (yang tersembunyi).
.
.
Klien kita lebih mudah merasai 'connection' kepada bisnes kita apabila staff (yang ditemuinya) terlatih dengan baik.

Mereka akan mula menyampaikan pengalaman ini kepada orang lain. Ia adalah marketing yang paling berkesan dan mampu melonjakkan pendapatan bisnes kita.

*Nota : Jika kita memiliki bisnes praktis Optometri, buat secara 2 tahun berterusan menjaga staff barisan hadapan ini. Nama bisnes kita akan disebut-sebut oleh masyarakat setempat. Tidak perlu bersaing dengan 'ledakan perang harga'.

"Ia kuasa Customer Service."

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

Sabtu, 10 Disember 2016

Urus Idea bisnes.



"Kebetulan saya nampak seorang lelaki ini membeli, terus saya hasilkan produk yang lebih baik dengan IDEA baru."

Pasti kita juga banyak idea kan?
.
.
Kalaulah situasi sama berlaku pada orang lain, mungkin tiada apa-apa yang berlaku jika tanpa usaha dan cara belajar bisnes yang baik.

Jika kita ada idea bisnes, lakukan ini :

1. Buat kajian. 

Kadang-kadang kita rasa idea kita bagus, hebat dan tidak pernah orang lain buat. Tapi pastikah? Buat kajian dahulu. Jika tidak, ia boleh jadi idea yang biasa-biasa sahaja. 

2. Cuba lapisi idea dengan kemahiran yang diperlukan.

Ini perlu kita bayangkan lebih jauh. Katalah kita buat idea kita pada bisnes. 

Paling utama kita mahu hasil yang bagus dengan belian yang berkualiti oleh bakal pelanggan kita. Ia ada kait rapat dengan kemahiran untuk kita menjalankan idea tersebut. 

Kemahiran leadership, organize, people skill dan banyak lagi. Senaraikan apa yang perlu kita kuasai sebelum idea di laksanakan.
.
.
3. Idea perlu direkodkan.

Cubalah usahakan satu buku atau fail khas tentang idea. Ia boleh datang dari idea kita sendiri atau dari pasukan bisnes kita.

Baru-baru ini saya selak semula buku idea saya tahun 2013. Banyak idea kategori 'hilang akal' telah dilaksanakan. (Hooray untuk saya!! 😆)
.
.
4. Idea menghasilkan produk/servis. Tapi adakah ia akan dibeli?

Jawab soalan ini. Kos, cara jual, marketing, training, malah sehingga kepada 'packaging' perlu   kita tahu sedikit sebanyak.

Ukur dengan kemampuan yang kita ada. Kita sudah boleh mula mencari dan memilih partner atau pakatan untuk percepatkan idea menjadi kenyataan (bila kekurangan sumber).

Bila dah nampak 'big picture' prosesnya, adakah ia menghasilkan keuntungan yang kita mahukan? 🤔

Jika tidak... cari idea pula untuk kurangkan kos.. (idea dilapisi idea 😊).
.
.
Idea boleh dikategorikan kepada hasil yang boleh diperoleh untuk masa terdekat dan masa yang lebih panjang.

Bina idea kita dan mula cari jalan untuk laksanakannya. Itulah kerja seorang usahawan bukan? 😊

Ia bermula sejak kita melangkah ke dunia usahawan.
.
.

#tanyaOptomedik tentang rabun dan cermin mata.

#AbsOptomedik.

Mengapa semasa syarikat masih kecil, kita perlu tahu setiap IMPIAN staff.



Antara kelebihan memiliki staff yang tidak ramai, kita dapat mengenali mereka dengan lebih dekat.

Banyak kebaikan yang akan kita peroleh jika dapat merapatkan jurang antara kita (majikan) dan staff.

Ini adalah kesannya jika kita berjaya mengenali staff dengan lebih baik :

1. Staff lebih bermotivasi.

Bila kita berjumpa dengan seseorang yang lebih tinggi jawatannya, pasti kita rasa bangga apabila beliau mengetahui serba sedikit tentang diri kita.

Itu jugalah yang berlaku kepada staff kita. 

Bila kita dapat buat, perbualan kita akan lebih menjurus kepada mendekati, mendorong dan menunjukkan kepada mereka sebagai individu yang kita ambil berat.

Motivasi akan hadir tanpa perlu dipaksa-paksa.

Barulah kita lebih mudah untuk menyusun Road Map kerjaya staff.

Seorang usahawan yang bagus, akan juga serasikan matlamat besar syarikat dengan matlamat peribadi seseorang staff.

Wujudkan tahap-tahap yang perlu dilalui dan KPI dalam mencapai sesuatu jawatan didalam syarikat. Gaji juga dinyatakan. 

Staff yang telah nampak halatujunya, akan bekerja sepenuh hati untuk syarikat. Kerana mereka percaya, apabila syarikat lebih maju, Road Map mereka akan lebih mudah dicapai.
.
.
2. Staff rasa mereka bukan semata-mata 'mesin cetak duit'. 

Bekerja sebagai satu pasukan, memerlukan persefahaman dan pimpinan yang bagus.

Jika tidak mereka mulai rasa usaha  selama ini untuk mengkayakan syarikat tidak membawa kesan pada mereka sendiri. 

Jadi, kerapkan menyebut impian mereka bila kita berjumpa. 

Ia meningkatkan semula darah gemuruh mereka untuk lebih berusaha!
.
.
3. Kita boleh bantu mereka mencapai skill yang diperlukan.

Ada kalangan dari staff kita bekerja untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman. Contohnya, dapat berbisnes suatu hari nanti. 

Kita berikan peluang untuk mereka uruskan projek-projek kecil. Skill akan semakin bertambah.

Jika kita tidak bertanya dan ambil tahu, bagaimana kita hendak tahu impian besar mereka?

4. Tahu kelemahan dan kekuatan staff.

Perkara yang paling utama kita boleh dorong seseorang dengan 'lebih lama', adalah dengan mengubah mindset mereka.

Tahu impian mereka, atau perkara apa yang memberi mereka motivasi, akan lebih mudah untuk kita mengubah mindset kepada orang yang berjaya.
.
.
Tidak menjadi suatu masalah bagi kita untuk teruskan gaya bos dan mereka dianggap semata-mata staff sahaja.

Tetapi, jika kita longgarkan sedikit gaya bos kita, dan lebih mengenali mereka, hasil kerja mereka akan berganda-ganda baiknya.

Belum cuba, belum tahu... 😊
.
.
Shahrizal Redwan,
CEO ABS Optomedik.

Selasa, 6 Disember 2016

Jika kita dalam profesion profesional, pastikan kita memiliki 3 kemahiran ini.

Siapa tidak mahu digelar profesional kan? Tambah lagi bila orang ramai berkata, "Kalau  pergi ke tempat tadi, aku jamin masalah kau boleh dia tolong. Dia pakar."

Pakar ada kait rapat dengan kredibiliti. 

Kredibiliti ini pula banyak dipengaruhi dengan berapa kuatnya seseorang itu percaya kepada kita.

Jadi.. Miliki 3 kemahiran ini untuk mula membina kredibiliti profesional kita :

1- Bercakap seperti orang yang pakar.

Bila kita suruh orang bercakap, semua boleh bercakap kan? Tapi gaya bercakap yang bagaimana dapat menunjukkan kita sebenarnya seorang yang pakar?

Antara tipnya, kurangkan cakap. Cakap bila perlu sahaja. Janganlah bertempuk tampar, dan banyak melakukan pergerakan tubuh.

Jadi juga seorang pendengar yang baik. Biar mereka habiskan bercakap, kira 3-5 saat, baru kita bercakap.
.
.
2- Seorang penulis yang baik.

Bukanlah maknanya kita perlu menulis seperti JK. Rowling yang buat novel Harry Potter itu.

Asas menulis yang baik, menggunakan perkataan penuh, dan menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami oleh pembaca.

Penulisan untuk seorang yang profesional berbeza dengan orang yang mahu buat jualan secara terus.

Menulis untuk membina kredibiliti.
.
.
3- Leader yang baik dengan 'follower' yang baik.

Mengapa pula perlu menjadi seorang leader yang baik? Leader dan bos adalah dua keadaan yang berbeza. 

Bos lebih banyak memberi arahan. Leader adalah cara pimpinan 'bersama-sama' dan mencapai kata sepakat yang menang-menang kedua belah pihak.

Bila kita banyak kuasai skill menjadi Leader yang baik, kita akan mudah memberikan pengalaman yang cukup profesional kepada klien yang berjumpa dengan kita.

Bonusnya, pasukan kita akan turut memberikan 'customer service' yang baik sehingga klien kata berulang kali, 

"Inilah tempat yang dah lama saya cari. Sungguh Profesional."
.
.
Bila kita telah mencapai tahap kredibiliti yang baik, persaingan yang wujud akan mulai berkurangan.Terutama sekali apabila kita menjadikan profesional kita ini sebagai bisnes.

Ramai yang berpendapat, ia sebenarnya suatu cara penjenamaan bagi memperoleh hasil bisnes yang berkualiti.

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

Isnin, 5 Disember 2016

Lemah tapi berkobar kerana 3 kualiti yang dimiliki orang bisnes ini.


Kalau kita lihat hero filem yang wataknya akan mati, macam dia ada rahsia kekal liat putus nyawanya (peminat filem aksi angkat tangan 😆).   

Bila kita dalam dunia sebenar, ada hero yang sememangnya wujud dari kalangan orang bisnes.

Kena 'tembak' banyak kali (gagal dalam bisnes) gigih dia bangun kembali. Tidak serik. Sampai kita nak tanya,

"Kenapa buat lagi?"

Senyum-senyum, sengih-sengih sahaja lihat kita. Kita yang jadi terpinga-pinga. 😅

Selang beberapa tahun ini sempat saya berkenalan dengan orang bisnes jenis ini. 

Sebenarnya mereka telahpun memiliki 3 kualiti ini :

1- Percaya dengan kuat mereka 'telah berjaya' sebenarnya.

Orang bisnes ini banyak bercerita hasil akhir, bila bertemu orang yang sama seperti mereka.

Cakap-cakap mereka itu adalah matlamat yang jelas, dan telah ada idea jalannya. Bukan angan-angan kosong. 
.
.
2- Bisnes bukan kerana duit dahulu. 

Orang bisnes akan dapat dua hasil bila jalankan sesuatu bisnes. Duit dan pengalaman.

Permulaan, mereka tumpukan untuk dapatkan pengalaman sebanyak mungkin. 

Pengalaman menjadikan mereka mahir. Mahir akan membawa kepada keuntungan yang lebih kepada bisnes.
.
.
3- Utamakan orang lain (pasukan) dapat merasai hasil bisnes dahulu.

Ikat perut popularnya. Beliau tangguhkan kemahuan sendiri dari apa yang telah dicapai.

Dapat lebih, dilaburkan semula ke dalam syarikat. 

Terutamanya dari segi kualiti gaji staff yang terlatih, atau kelengkapan yang lebih baik untuk staff gandakan pendapatan syarikat.
.
.
Pasti ramai yang telah kita mengopi bersama dengan orang bisnes yang lain.

Jika mereka banyak bercakap tentang 'jualan' dan 'pendapatan', mereka mungkin orang biasa-biasa sahaja.

Tapi kalau bercakap banyak tentang 'growth', mereka ini orang yang memiliki pemikiran yang dikategorikan sebagai 'think big'. 

Follow rapat orang bisnes jenis ini.

Sabtu, 3 Disember 2016

Jualan 'power' tidak akan kekal, fokus kepada 'Growth'.

  Bila kita nak hasil akhir dalam apa-apa yang kita buat dalam bisnes, pastikan ia menuju kepada 'Growth'.

Saya kongsikan bagaimana saya fokus kepada 3 perkara ini dalam beberapa tahun sehingga ia menjadi bisnes gaya korporat.

1- 'Nilai' yang akan dipandang oleh pelanggan.

Bila bisnes 'segan mati tidak mahu', saya buat sedikit kajian pada pelanggan saya. Pelanggan yang dari dulu setia dengan membeli dengan syarikat saya. Telefon, isi borang survey dan bertanya 'wajah ke wajah'.

Mereka mahu sesuatu apa yang mereka tidak dapat bila membeli ditempat lain. Saya senaraikan ikut keutamaan dan ia dibuat atas kemampuan yang ada pada masa itu.

Pelanggan mula bertambah!
.
.
2. Fokus kepada Keuntungan dalam transaksi bisnes.

Siapa mahu berbisnes tanpa ada untung kan? Walaupun tahun ke 2 seolah tidak nampak duitnya lagi, sebenarnya saya laburkan kembali kepada syarikat. Tambah baik kelengkapan, tambah staff dan kos eksperimen ditambah.

Lagi untung bisnes kita, lebih banyak pelaburan boleh dibuat kepada syarikat.
.
.
3. Organisasi yang terdiri dari pasukan terlatih.

Paling berat pengalaman, adalah mengekalkan kepercayaan mereka, syarikat dalam fasa untuk lebih berjaya. Bayangkan bila hanya ada 'roadmap' menuju jualan hilang akal, dipersembahkan kepada mereka.

Mereka orang-orang biasa yang sanggup bersusah payah bangunkan syarikat. Kerana mereka dipilih dari kalangan orang yang mempunyai matlamat dalam hidup mereka.

Kekal pada hari ini, adalah pasukan yang pendapatan sedikit luarbiasa. Kerana mereka adalah orang 'Badar' syarikat.
.
.
Tiga perkara di atas menjadi pegangan syarikat yang lebih besar ditubuhkan pada hari ini.

Bila telah melalui cabaran sebagai syarikat yang boleh 'survive', kini cabaran baru ditetapkan semula.

Kita sendiri yang akan tetapkan, sejauh mana bisnes kita akan pergi.

Nota : Dalam bisnes, utamakan .Value Propositions', 'Profit Propositions' dan 'People Propositions'.

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

Jumaat, 2 Disember 2016

Cara marketing dalaman tanpa kos yang banyak.

Pagi ini ada mesej masuk, dan staff saya beritahu sesuatu yang buat hari saya penuh dengan senyuman.

Dilaporkan pelanggan berkata,

"Saya akan 'recommend' orang lain datang sini. Layan customer top class!"

Bagaimana mahu hasilkan keadaan seperti diatas? Boleh cuba 7 tip dibawah :

1- Kata-kata empati.

Lebih kepada kita cuba mendengar untuk memahami dan merasai kepayahan yang dialami pelanggan. Elak sampai kita pula simpati. 

Empati ini seperti memujuk mereka secara emosi, agar mereka faham apa yang mereka pilih (produk/servis) adalah terbaik untuk mereka.
.
.
2- Semuanya tentang pelanggan, bukan kerana 'prosedur wajib' kita.

Fokus kita sebagai orang bisnes memanglah kepada jualan. Naikkan jualan. Banyakkan jualan. 

Tapi bila pelanggan kata mahu sekian budget sahaja, mula dari itu dahulu. Bukan terus kata, "Kalau produk harga itu tidak bagus Tuan."

Ini dah ikut kita yang berfikiran orang bisnes.
.
.
3- Elak perkataan yang bersifat tidak yakin.

'Mungkin', 'Kurang pasti', 'saya tidak pasti'... Ini antara perkataan yang perlu kita elak.

Berhadapan dengan pelanggan, kita sememangnya sedang membina hubungan. Binalah keyakinan yang kita adalah orang yang pakar dalam produk/servis kita itu.
.
.
4- Elak ugutan. 

Taktik biasa bagi nak menekan pelanggan untuk terus membeli adalah dengan ugutan. Elak begitu.

Banyakkan tanya soalan terbuka yang bertanyakan pendapat pelanggan. Baru kita tahu dimana hendak mula dan 'close' jualan.

Bukan dengan, "Kalau tidak guna ini Tuan, banyak masalah lain datang..."
.
.
5- Dengar dengan sebenar-benarnya mendengar.

Mudah sahaja, pertama, biarkan pelanggan habiskan kata-kata aduannya. Kedua ulang semula apa yang telah dikatanya.

Baru pelanggan rasa seolah 'lega' ada orang yang ambil serius apa yang diadunya.

Baru mulakan persembahan jualan!
.
.
6- Ambil konsep 'skill bertambah baik'.

Setiap pelanggan yang datang kita akan alami pengalaman baru. Kadang-kadang situasi yang tidak pernah kita alami.

Cuba cari jalan bagaimana nak perbaiki skill kita. Bertanya pada senior atau mentor kita sendiri.
.
.
7- Pasukan kita harus terlatih dalam customer service.

Beri latihan berkala. Adakan modul dan skrip panduan untuk mereka belajar.

Tahu bagaimana hendak mula dan apa yang mahu dicapai. Posisikan orang yang lebih mahir bersama mereka. Barulah budaya customer service yang kita mahukan itu tercapai matlamatnya.
.
.
Pengalaman adalah sesuatu yang mudah diingati oleh pelanggan. Bila kita jadikan ia budaya, kita menghasilkan suatu 'jenama' dimata pelanggan.

Jenama yang baik, lebih banyak membawa keuntungan kepada bisnes.

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

Uruskan idea bisnes dengan 6 langkah ini.

Dalam sekolah bisnes ABS, amat ditekankan akan pengurusan idea bisnes yang kita miliki. Tetapi ada juga dari kita lebih suka ia diuruskan oleh 'agen'. Umpama bagi jutaan ringgit cash untuk orang lain jaga. 😱


Beginilah. Kalau mahu bermula sebagai orang bisnes, kita belajar  :


1- Urus idea kita sendiri.


Kita tidak boleh sesekali berikan idea kita untuk orang lain urus. Jika kita buat juga, bermakna kita kurang 'passion' akannya. 


Idea bisnes ada kait rapat dengan impian yang mahu kita capai dalam hidup. Mana sama dengan orang lain kan?🤔

.

.

2- Cari sumber untuk realisasikannya.


Bila sebut ini, orang kata modal.. modal.. duit.. duit.. Mana mahu cari??


Aduh.. Sumber ini datang dari pelbagai bentuk. Contohnya kita cari ilmu dari jenis 'tacit knowledge' dahulj. Ilmu yang hanya boleh kita peroleh bila menuntut secara 'face to face'.

.

.

3- Cari bantuan kepakaran.


Kita rasa ilmu bisnes kita dah bagus. Tapi adakah kita pasti 100%? Cari kepakaran dari orang bisnes yang memiliki 'Leadership Wisdom'.


Mereka ini tahu setakat mana ilmu kita. Boleh beri mentoring lagi untuk bagi ia lebih mantap!

.

.

4- Cari skill yang perlu ada untuk uruskan bisnes secara fizikal kelak.


Berkuli adalah antara kaedah yang lebih berkesan. Masa inilah diri kita sebagai orang bisnes diuji.


Diuji emosi, cara berfikir, kekuatan fizikal dan rasa percaya atas kemampuan kita untuk berubah dengan lebih baik. Barulah skill akan terbina sehingga kita mahir.


Kalau fasa ini pun tidak boleh dilalui, apalah akan berlaku kalau dah ada bisnes sendiri nanti?

.

.

5- Seni melihat lebih dalam akan 'Value', 'Profit' dan 'People'.


Ini lebih kepada strategis. Cari mentor yang memiliki kemahiran ini. Usahawan 'standard' akan fokus banyak kepada Value (apa yang dipandang unik oleh pelanggan) dan Profit sahaja. 


Skill urus kekuatan 'People' yang ada dalam bisnes kita sering dipandang sebagai kelas kedua pengurusan. Ia tidak sepatutnya berlaku.


Tiga faktor ini penting untuk hasilkan bisnes yang bercirikan 'Growth' yang baik. Barulah idea kita berpeluang menjana bisnes yang kukuh.

.

.

6- Hasilkan 'Unfair Advantage' kita sendiri. Buat kajian.


Lihat bisnes kedai makan Tuan Suhaimi, kita pun kata, "Bisnes ini kalau aku buat, pasti pelanggan ramai."


Tapi bila dah buka, pelanggan lebih kurang sama, tapi kita dah rasa 'beban'. Apa yang tidak kena?


Rupa-rupanya Tuan Suhaimi ada Katering dan agen penghantaran makanan sampai ke rumah. Ini 'unfair advantage' yang kita tiada. Hasilkan sesuatu untuk bisnes kita.


(Masuk perlesenan menggunakan jenama yang dipercayai, juga satu 'unfair advantage')

.

.

Idea yang tiada tindakan akan kekal sebagai idea sahaja. Sebab itu ada yang kita dengar, "Aku dah fikir lama dah idea ini..."


Tapi kekal bangga akan idea tersebut, tanpa ada usaha realisasikannya. Ia satu kerugian 


Usahawan berjaya akan berusaha jadikan idea hebat suatu kelebihan dalam berbisnes. Ayuh mulakan!




4 tanda yang kita cukup bersedia bergelar usahawan.

Kerja depan komputer seolah komputer itu yang lihat kita. Termenung sahaja kita.. Apa yang tidak kena? Adakah kerja dah cukup 'boring'? 


Mula kita fikir, "Apa kata aku buka bisnes?"


Mungkin kita boleh lihat tip ini untuk tahu kita betul-betul bersedia atau tidak.


1- Bila masa seronok bekerja, kita tetap rasa tidak puas.


Ini petanda awal sebenarnya kita sukakan sesuatu yang mencabar. Perkara baru yang memerlukan kita lebih berfikir, lebih teruja dan tidak buat perkara yang sama bertahun-tahun.


Tapi kalau kerana alasan tempat kerja yang tidak 'best', kadang-kadang ia bukan alasan yang cukup kuat untuk berbisnes.

.

.

2- Kita dah lama mengkaji bakal risiko bila berbisnes.


Kajian dari pembacaan, berjumpa dengan usahawan sebenar, dan 'networking' di seminar kursus membantu kita melihat lebih dalam dunia usahawan.


Barulah kita tahu risiko yang bakal kita tempuhi kelak. Bila yakin kita mampu tempuhi risiko, kita sebenarnya telahpun memiliki mindset seorang usahawan.

.

.

3- Kita ada idea bisnes yang buatkan kita sangat teruja untuk usahakannya.


Kadang-kadang kita rasa pelik bila seorang 'engineer', buat bisnes ternakan kambing. Dalam dunia bisnes ia perkara biasa. 


Pasti beliau mempunyai idea untuk menternak dengan sistematik, atau ada cabang bisnes yang mahu beliau hasilkan dari ternakan tersebut.


Idea adalah 'nyawa' usahawan.

.

.

4- Kita tahu apa yang lebih penting dalam hidup.


Ada satu pemisah antara apa yang kita ada sekarang, dengan apa yang kita mahu. Impian.


Pemisah itu mungkin boleh diatasi dengan terjun ke dunia bisnes. Kita sendiri tentukan adakah bisnes jawapan yang kita cari selama ini?

.

.

Jangan sesekali berputus asa apabila yang kita cuba usahakan sesuatu bisnes, ia tidak berlaku seperti yang dirancang.


Dunia bisnes adalah dunia yang 'mudah rapuh' apabila asasnya tidak kukuh.


Selagi kita terus usahakan idea kita dan percaya ia akan berjaya, kita telahpun berjaya memiliki daya fikiran usahawan yang berjaya. Ia 'kejayaan' sebelum kejayaan sebenar.


Bayangkan apabila idea itu sendiri telahpun berjaya... Lebih hampir dengan impian kita selama ini!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...