Ahad, 20 Disember 2015

Perbezaan GAYA MELIHAT tahun 2015: 67% punyai potensi SAKIT KEPALA.


Tiada kajian yang dibuat secara menyeluruh sebenarnya. Tetapi jika setahun beratus orang pelanggan menceritakan perkara yang sama, aduan yang sama, sakit 'cara melihat' yang sama, saya buat 'survey' gaya melihat mereka. Hasilnya, ada kriteria yang berbeza gaya dulu dan sekarang. Umpama KASET dan MP3!

Sejak tahun 2013 gaya melihat setiap individu telah mula berubah. Perubahan yang saya maksudkan itu ialah dengan 'jarak melihat'. 

Mungkin kerana jarak penggunaan 'smartphone' yang terlalu hampir dengan mata. Ini membebankan cara mata melihatnya.

Walaupun survey saya ini tidak diiktiraf oleh mana-mana badan berwajib, ia cukup memberi satu dorongan pada saya untuk melakukan sesuatu yang wajib setiap kali melakukan pemeriksaan mata.

Saya lebih suka tukarkan 'pemeriksaan mata' kepada PENILAIAN KUALITI CARA MELIHAT (PKCM) sesorang itu.

Bila kita telah sedar akan perubahan gaya melihat masyarakat, kalau dulunya ada beberapa teknik penilaian melihat tidak wajib dilakukan, kini ia telah menjadi sesuatu prosedur yang wajib dibuat.

Sebab itu PKCM ini memerlukan masa yang lebih lama berbanding pemeriksaan mata. 

Kalau cek power mata sahaja, 5-10 minit dah boleh selesai. Tetapi bila dilakukan PKCM, ia boleh mengambil masa sehingga 30-40 minit untuk seorang. 

Bukan bermakna saya menggunakan mesin yang harga beratus ribu, tetapi menggunakan alatan mudah, disertai dengan teknik dan kemahiran yang telah berpuluh tahun digunakan oleh PAKAR PENGLIHATAN yang lain, iaitu OPTOMETRIS berpengalaman.

Penerangan saya adalah sangat mudah. Kerana saya percaya, semua orang inginkan perkara yang MUDAH. 
.
.

Tahun 2015 hanya tinggal beberapa minggu lagi, saya simpulkan kepada 2 kategori dibawah bezanya cara melihat dari tahun 2007 :

Jika PELAJAR,

+ Kemahiran MENYALIN NOTA di dalam kelas semakin lemah. Purata 67% daripada survey kasar.

+ Kemahiran MEMBACA pada waktu malam yang tidak mampu bertahan lebih dari 1 jam.

+ Peningkatan POWER RABUN yang lebih kerap. 

+ SAKIT KEPALA
.
.
.


Jika kita TELAH BEKERJA,

+ Selalu berlaku PENGLIHATAN KABUR pada masa tertentu dan mungkin pada jarak tertentu, jauh atau dekat, atau kedua-duanya sekali.

+ Cermin mata baru tidak membantu, kadang-kadang lebih memburukkan lagi keadaan.

+ Banyak isu 'LETIH' Bila guna komputer. Sakit dekat leher, sakit dekat kening, kena pejam mata beberapa ketika selepas guna beberapa jam, mata rasa pedih dan ada perasaan tak suka guna komputer!

+ Lebih suka buka cermin mata, untuk buat kerja-kerja dekat.

+ SAKIT KEPALA.
.
.


Bila orang lain mendengar kita mengadu sakit kepala, penerimaan mereka seperti ia perkara biasa.

Kadang-kadang tuduh kita MENIPU pula. Kata kita alasan tak nak buat kerja. Tak kisahlah kerja sekolah ke ataupun kerja-kerja dekat ofis!

Pedih hulu hati bila orang tak percaya.

Sebab itu setiap kali PKCM dibuat, soalan inilah yang wajib ditanya,

"Ada sakit kepala tak? Berapa kerap? Ganggu buat kerja tak? Buat apa untuk hilangkan sakit kepala?"

Sakit kepala boleh mengganggu sistem penglihatan untuk kita berjaya melakukan aktiviti tersebut dengan jayanya. Ia mungkin juga berpunca dari SISTEM PENGLIHATAN itu sendiri.
.
.

"Kejayaan dengan penglihatan"

Shahrizal Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.
Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...