Dekat 3 tahun saya tak pegang 'microphone'. Bila dapat pegang, tangan MENGGELETAR sehingga saya terpaksa pegang dengan dua-dua tangan saya!
Siapa-siapa pun kalau dah lama tak cakap depan 400 orang, saya gerenti, darah gemuruh akan menular masuk ke JANTUNG bagai nak pecah dinding-dindingnya!
Tambah-tambah lagi waktu tengah hari dan ceramah pula tentang MOTIVASI!
.
.
.
.
"Good Luck Abang." kata wife saya bila dijemput oleh Cikgu Mahd Amir untuk memulakan bicara.
Saya ambil 'mic', dan mulakan langkah bicara melihat berpasang-pasang mata mengunci pandangan saya!
Gementar saya hanya berlaku 5 minit yang pertama sahaja kerana saya telah lakukan persediaan rapi dengan tip di bawah :
+ Sudah berlatih lebih dari 10 jam untuk bercakap tentang tajuknya.
+ Bersembang-sembang santai dengan guru-guru dan pelajar dahulu, untuk melancarkan percakapan saya.
+ 'Pecahkan ais' - keadaan yang tegang dengan suruh mereka memanggil saya 'Abang Rizal', bukan PAKCIK (perasan muda .... Hik hik hik..).
+ Anggap mereka semua staff saya (Saya dah biasa berjam-jam bagi motivasi dekat mereka).
+ Dah buat 3 jenis skrip iaitu skrip panjang, skrip 'keypoint' dan skrip 'keynote'.
.
.
Saya kaitkan CITA-CITA, KERJAYA, dan USAHAWAN OPTOMETRIS.
.
.
Saya kaitkan CITA-CITA, KERJAYA, dan USAHAWAN OPTOMETRIS.
Inilah usaha kecil saya untuk anak muda berjiwa besar seperti mereka.
Saya tak sangka mudahnya mereka mengalirkan air mata bila disebut-sebut pengorbanan ibu & ayah.
Kerana saya percaya, KASIH SAYANG merupakan DORONGAN yang paling kuat dihati kita.!
Terima-kasih pelajar SMK Tun Perak, Padang Rengas.......😊
Terima kasih juga kepada Team Rizal!
(Nanti saya kongsikan video yang saya tayangkan, memberi kesan sehingga bergenang kelopak mata mereka).
Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris Kuala Kangsar.
Rizal Optometris Klebang Ipoh.
Rizal Optometris Kuala Kangsar.
Rizal Optometris Klebang Ipoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: