Siapa tak nak spek yang kita beli tu boleh pakai lama sikit kan? Paling ok pun 1 tahun ke. Tapi ada juga yang baru beberapa bulan sahaja pakai, rasa nak tukar baru je. Dah luntur semangat dengan spek kita tu.
Ok, jom kita elak buat kesalahan ni, supaya boleh lah pakai lama sikit spek kita tu.
1- Selalu letak atas kepala. Bila kita buat macam ni, bentuknya berubah menjadi 'longgar'. Kaki spek akan cepat terkangkang.
2- Tinggalkan spek dalam kereta, dan dibiarkan pada 'panas' terik cahaya matahari. Banyak kes berlaku bila pemilik spek buat cermin mata baca sahaja dan yang hanya memakainya untuk 'drive' malam. Ia akan merosakkan 'lapisan dalam' cermin. Seolah-olah ada calar halus yang mengganggu pandangan.
3- Membiarkan kotoran 'terlalu lama' berada pada cermin mata. Kalau kita jenis buat kerja yang lasak, contohnya 'pomen', habis kerja kena terus basuh spek dengan air dan sabun. Kotoran (contoh minyak) boleh merosakkan lapisan antisilau kanta spek tersebut.
4. 'Adjust' spek sendiri. Di kedai Optometris, terdapat beberapa alat khas untuk adjust spek dengan selamat. Peralatan dari kedai 'hardware' tidak semua boleh digunakan. Lebih buruk, ia menyebabkan spek anda rosak dan tak boleh di 'adjust' lagi.
5- Masa solat berjemaah,letak spek di lantai (bawah sedikit dari tempat sujud). 'Time' orang nak lalu, tak perasan, renyuk habis spek kita dipijaknya. Hati kita pun remuk. Hehehe.. Sangkut spek kita dekat 'colar' belakang atau pakai spek di belakang tengkuk kita. (Pelanggan yang berkongsi tip ni.)
6- Pakai spek bila nak pakai minyak rambut atau masa nak spray minyak wangi. Boleh rosakkan bingkai dan permukaan kanta. Tanggalkanlah dulu ya.
7- Tidak adjust secepat mungkin ke kedai optometris. Bila pakai dah rasa macam tak selesa, jangan tunggu lama-lama. Kalau frame plastik, sampai satu masa badannya dah 'keras'. Kalau adjust time ni, boleh patah. Parah lagi bila spek longgar, ia boleh terjatuh ke tempat yang tak sepatutnya, contohnya LUBANG TANDAS!
8- Lap spek dengan apa jua yang boleh dicapai. Baju, tudung dan tisu selalunya jadi pilihan utama. Kanta spek akan cepat calar! Hati kena kental sikit kalau dah terbiasa. Beli kain mikrofiber banyak sikit. Lap hanya dengan kain ini. Letak kat kereta, rumah, ofis dan tempat-tempat lain yang dirasakan sesuai.
Tak susah nak buat baik dengan spek kita sebenarnya, tapi susah nak tukar 'habit' sedia ada.
Tapi saya percaya, kalau kita ada keinginan yang sangat kuat untuk berubah, apa jua yang kita nak akan tercapai dengan jayanya.
Barulah spek sentiasa nampak 'kelass' dan seronok untuk dipakai setiap hari!
.
.
"Kejayaan dengan Penglihatan"
.
.
"Kejayaan dengan Penglihatan"
Shahrizal Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: