Selasa, 29 Disember 2015

Staff di ajar menjadi USAHAWAN, supaya mereka lebih menghargai PELANGGAN.


15 Disember 2015 : 
Pagi ni diskus tentang 'homework' yang dah diberi minggu lepas. Semangat betul mereka lakukan kerana telah lebih dari setahun diberi training untuk jadi usahawan.
Saya nak suatu hari nanti mereka berfikir 
Bagaimana ..
buat marketing cara yang jimat...
teknik menjual gaya empati..
handle 'training' untuk staff..
pandai buat budget..
Tapi hari ni agak berbeza..
Saya mahu mereka sendiri hasilkan 
VISI..
MISI..
untuk setiap 'department' berdasarkan bidang tugas yang diberi.
.
.

Bila mereka cuba buat sendiri,
Visi dan Misi itu sendiri pun mereka kurang jelas maksudnya. Asyik duk kata
"Erm... Erm..."
Tapi oklah, ada juga mereka berusaha memberikan jawapan. ðŸ˜Š
Saya perjelaskan pada mereka.
Saya diskus dengan pergi pada setiap 'group department.'
.
.
Bila melakukan sesuatu 'projek' dengan adanya panduan apa yang nak dicapai (Visi), barulah segala tindakan (Misi) kita lebih fokus kepada sesuatu KEJAYAAN yang kita impikan.
Hari ini lebih kepada bagaimana nak gembirakan pelanggan dan bakal pelanggan Rizal Optometris.

-Shahrizal Redwan, Optometris.

Lebih selesa memandu kereta di Eropah, berbanding Malaysia.


Baru kejap tadi pelanggan kongsi stori menarik dekat saya. Pertama kali dengar dalam hidup saya sepanjang bergelar Optometris.
Bukan calang-calang pelanggan saya ni. Dalam tempoh 12 hari beliau memandu lebih dari 3000 km. 
Bermula dari UK, Spain, France hinggalah ke Italy..
Hanya dengan memandu kereta!
Rupanya beliau seorang pemandu pelancong persendirian. Tapi trip yang di luar negara sahaja.
Saya memandu 300km pun dah rasa nak patah pinggang.. Hahahaha..
.
.
"Kalau 'drive' dekat tempat sejuk, mata tak cepat letih. Steady je. Tapi kalau panas macam dekat sini, tak boleh tahan. Meter kereta pun nampak kabur-kabur." Kata Tuan Yusof, seorang bekas 'Navy'.
Adakah dalam keadaan sejuk mata jadi lebih kuat dan selesa?
Sebab itu kah orang putih boleh pandu kereta jauh-jauh sehingga ada 'Van rumah bergerak'
yang digelar 'Caravan'?
Tapi.... Kalau kita sakit otot ka, terhantuk sampai lebam-lebam, mesti kita letak ais. 
Hurmm.. macam logikkan? Mungkin sebab keadaan sejuk itu boleh jadikan otot mata kita lebih kuat? 
Andaian saya sahaja. ðŸ˜Š
Mungkin kena buat kajian lebih lagi untuk confirmkan.
Atau saya kena rasa sendiri memandu di tempat yang sejuk? Hahahaha.. Kalau berpeluang, mungkin nak sewa 'Caravan' tu. Pakat tidur ramai-ramai satu famili. Adventure!
.
.
Kadang-kadang cara kita melihat tidak semestinya sama.
Ada yang kuat, ada yang lemah. 
Cuaca yang sejuk di Eropah juga boleh mempengaruhi mata. Kadang-kadang mungkin lebih baik.
Adakah mata Mat Saleh lebih 'kuat' jika datang ke Malaysia pula? ðŸ˜Š
.
.
Shahrizal Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang, Ipoh.

RABUN SEMBUNYI : Punca pelajar TIADA TUMPUAN dalam belajar.

Fuh! Main sembunyi-sembunyi pula rabun ni ya. Ia digelar begitu kerana, ia tidak akan mudah dijumpai dengan pemeriksaan mata yang biasa!

Ramai dari kita yang ada rabun jauh, adalah dari jenis bola mata yang bersaiz lebih panjang dari biasa, digelar Miopia. 

Tapi kes yang selalu dipandang sebelah mata, adalah rabun dari jenis bola mata yang lebih 'pendek', dinamakan Hiperopia Facultative. 

Kebiasaannya ada pada kalangan individu berumur kurang dari 40 tahun.

Pelajar adalah golongan yang paling banyak saya temui di praktis saya.
.
.

Tujuan power cermin mata diberi, bertujuan menolak kembali cahaya yang 'terfokus' ke atas titik saraf melihat (retina) di belakang mata. 

Lagi banyak perlu 'ditolak', lebih tinggi power diperlukan. Secara tak langsungnya memberi kesan pada ketebalan kanta.

Oklah, ayat buku betul dekat atas tu.. Hehehe..

Saya nak kongsi kenapa saya ambil berat tentang rabun Hiperopia ni.
.
.
Saya teringat kisah adik Hani yang baru berusia 7 tahun. 

Masa penilaian cara melihatnya dibuat, beliau mempunyai Hiperopia, sehingga namanya dicadangkan ke 'kelas LINUS', iaitu kelas pemulihan!

10 bulan pertama persekolahan..
Beliau rasa 'terpaksa' belajar dan siapkan kerja sekolah. 

Tidak tunjuk minat belajar seperti rakan sekelasnya. Sehinggakan aktiviti mewarna pun tidak disukainya.

Bulan Oktober, 2014, matanya dinilai oleh saya. 

Masa itu saya ingat lagi, syarikat saya menganjurkan penilaian cara mata melihat, di Sauk, Kuala Kangsar.

Ibunya ada bersama-sama ketika penilaian ini dilakukan.

Selepas beberapa minit bercakap dengan ibunya, saya dapat simpulkan secara kasar, 'perlakuan' adik Hani lebih menjurus kepada
+ Tidak boleh melihat bukunya lebih lama.
+ Kurang tumpuan ketika pembelajaran di sekolah.
.
.
Bila di bawa untuk cek mata di tempat lain, penglihatannya memang jelas! Sehinggakan ada yang berkata, tidak perlu pakai cermin mata.

Ya. Memang adik Hani boleh nampak jelas, tapi 'proses' sistem otot matanya terpaksa bekerja 'keras' berganda-ganda daripada rakan sebayanya.
Seperti,
"Beliau sentiasa berlari laju sehingga cepat penat berbanding orang lain!"
.
.
Adik Hani punyai keadaan rabun jenis tersembunyi, iaitu Hiperopia Facultative. 

Ujian khas dengan hanya teknik tertentu sahaja dapat mengesan rabun ini.
Dalam masa 2 minggu dalam tempoh rawatan, perubahan ketara pada adik Hani. 
"Balik dari sekolah pun dia nak mewarna juga!" 
Kata ibu adik Hani sambil terukir senyuman di wajahnya.
.
.
Daripada pemerhatian saya, pelajar sekolah rendah, tidak tahu bagaimana hendak 'cakap' masalah yang di hadapinya.

Ada yang,
tidak menunjukkan sakit kepala.
tidak ada sakit di kening.
tiada rabun.

Tetapi, semua di atas akan 'muncul' bila mata mulai penat kerana rabun jenis Hiperopia Facultative ini. 

Terutamanya selepas buat aktiviti dekat.

Sebab itu ia juga digelar RABUN SEMBUNYI.



.
.
"Kejayaan dengan Penglihatan"

Shahrizal Redwan.
Optometris.
(Pakar Cara Melihat).

Wajah SUGUL, diakhiri dengan CERIA.


Tadi baru sahaja selesai interview sebuah keluarga. Bersetuju untuk dijadikan testimoni mengenai kisah mereka.

Seronok sangat dengar mereka bercerita tentang perkembangan anak mereka.

Cara mata anaknya bekerja boleh disimpulkan,
4 kali ganda lebih baik.

Anaknya punyai masalah untuk imbangkan badan. Bila dinilaikan oleh saya setahun yang lalu, ia berpunca dari 'kekeliruan' kedua-dua matanya apabila melihat sesuatu.
Bila keliru, ia mempengaruhi imbangan badannya.
.
.

Hari ini kali ketiga temujanji beliau.

Saya tumpang gembira kerana masalah anaknya, yang selalu 'tersepak' barang, telah berjaya diatasi.

Bukan satu cerita rekaan.
Bukan juga cerita yang ditambah-tambah.

Ia cerita berkenaan KEJAYAAN yang mengubah kualiti kehidupan seseorang.

Anaknya kini lebih yakin, lebih berdikari dan akan lebih berjaya dalam akademiknya.

Teringat wajah anaknya yang sugul dahulu, kini telah semakin ceria setiap kali datang untuk temujanji.

Stori tentang adik Nur Ainnina ini, akan saya update di masa akan datang.

"Kejayaan dengan Penglihatan"

Shahrizal Redwan.
Optometris.
(Pakar Cara Mata Melihat)

Khamis, 24 Disember 2015

Kejayaan bermula dengan penglihatan

Tingkatkan kemahiran CARA MELIHAT ketika belajar, tumpuan akan lebih fokus dalam AKADEMIK.
"Saya tidak pernah tahu kerana PENGLIHATAN, dia boleh jadi MALAS untuk belajar." 
Kebanyakan respon dari ibubapa yang baru mengetahui status penilaian cara melihat anak mereka.
Tonton video di sini.


Team Rizal

Kalau setiap pagi kita tak sabar nak pergi berjumpa seseorang..
Bersemangat dari dalam sehingga terserlah luaran diri kita...
Baju kemas terpakai agar si dia merasa selesa..
Menyikat rambut di cermin atau membetulkan tudung sambil berkata di hadapan cermin,
"Hari ini nak jumpa dan senyum padanya!"
Seolah-olah bertahun tidak jumpa.
Galas beg & melangkah keluar dari rumah dengan gaya jiwa yang kental...
"Ayuh!!!"
.
.
.
Jika anda rasa perasaan seperti ini....
Maknanya anda sudah menyayangi STAFF anda sendiri..
Bukan sorang perseorangan...
Tetapi semua ahli Team itu sendiri...
Perasaan ini sukar dicari ganti...


Lagi setahun Doktor Perubatan kelulusan Mesir.


Bila tiba giliran satu famili untuk buat penilaian power mata, staff saya yang paling 'energetik', Tuan Ijal, memanggil Tuan Aiman, dan 'pasangannya' CikPuan Maisara. Saya hairan mula-mula, kerana MUKA SAMA keduanya!
Rupa-rupanya adik-beradik. smile emoticon
Ramahnya mereka berdua.
.
.
Tuan Aiman dah 6 tahun pakai cermin mata yang sama.
"Setakat ni rekod paling lama pakai dengan keadaan cermin yang tak banyak calar lagi nih." 
Tersenyum beliau bila saya memujinya.
.
.
Tuan Ijal memberitahu, CikPuan Maisara ini bakal Doktor Perubatan.
"Setahun je lagi!" Bersemangat bila saya bertanya berapa lama lagi untuk habis belajar.
Teringat saya bila mengisi borang permohonan untuk masuk ke Universiti dahulu, pilihan pertama adalah,
DOKTOR PAKAR BEDAH MAYAT.
Fuhh! Lega tak dapat.. Hahahaha..
.
.
Tuan Aiman mahukan yang 'lasak'. Kanta lebih tahan calar disamping boleh tingkatkan kejelasan semasa 'drive' diwaktu malam.
Power beliau sedikit sahaja perubahan. Tetapi penilaian cara melihat bila gunakan komputer, agak terbeban. Tapi masih terkawal. Perlu 3 bulan sekali untuk dinilaikan.
Tuan Aiman tertarik dengan video iklan Crizal di ruang niaga Rizal Optometris.
"Oh! Saya nak yang macam tu!"
Tuan Ijal pun tunjukkan 'sampel' kanta tersebut.
Rekod : "Pelanggan yang dah cuba kanta Crizal, tetap mahukan jenama yang sama bila menempah spek yang baru."
.
.

Shahrizal Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.

Setahun simpan FLYERS.

"Dah lama saya nak datang sini. Pergi dekat sana, kata power naik. Pergi tempat lain kata silau naik. Tak tahu nak percaya yang mana."
Kata Puan Zainab, seorang guru dari Taiping. Kebetulan balik dari tempat peranginan Port Dickson, terus singgah ke praktis saya. Dua anaknya juga menempah cermin mata.
Seronok masa menilai power mata mereka. 
Ceria...
Gelak-tawa..
Usik-mengusik antara mereka..
Seperti 'feel' mandi-manda di Port Dickson tak habis lagi. Hehehe..
.
.
Mula-mula tu terkejut juga, jauhnya mereka datang. Rupanya dah lama mereka bercadang nak datang, sebab Puan Zainab masih ada flyers Rizal Optometris setahun yang lalu, di dalam begnya.
.
.
Power beliau ada penambahan pada power jarak dekatnya. 
Dua orang anaknya pula lebih teruja kerana diberi pilihan untuk memilih frame ikut kesukaan sendiri. 
Tersengih sahaja..
.
.

Gambar :
Puan Zainab memilih Frame MONALISA,
anak lelakinya pula koleksi LUMBERJACK'S
dan anak perempuannya dari jenama GOGGLES.


Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris.
Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.
Perak.

BIG BOSS pancung saya!


Lepas lampu traffic light hijau, lepaskan hand brake dan tekan minyak slow-slow..
Bergeraklah 'kami' sekumpulan kereta yang nak pergi ke tempat yang dituju.
Tiba-tiba kereta di hadapan saya cuba mengelak lori kontena yang tiba-tiba masuk ke ruang kanan jalan (jalan 2 'lane').
"SREEEEEEET.....!!!!" bunyi tayar!
Berdegup jantung! 
"Fuh!! Nasib baik!"
.
.
.
Kita boleh buat perumpamaan.
Kereta = bisnes kita yang kecil & biasa-biasa
Lori kontena = 'Big Company'
.
.
Ada masa, mereka boleh 'pancung' kita sesuka hati.
Sebab mereka mempunyai banyak kelebihan. Kewangan, staff yang ramai, sale juta-juta dan nampak 'menakutkan' bila dia berniaga di sebelah kita.
Percayalah pada diri kita sendiri..
Percaya juga akan kebolehan dan kelebihan yang ada pada kita...
Jika mereka Lori kontena, mereka lambat nak kejar kita dipermulaan PERLUMBAAN. 
Mereka juga ambil masa yang lama untuk 'membrekkan' lori mereka.
.
.
Gunakan kelebihan yang kita ada, walaupun kita SEBUAH KERETA yang KECIL!
Nota : Saya berketurunan JDT! Hehehehe...

Shahrizal Bin Redwan
Rizal Optometris
Kuala Kangsar & Klebang, Ipoh

Sakit kepala dekat KENING. Punca?


Soalan yang akan saya tanya pada pelanggan jika ada mengadu sakit kepala, "Sakit tak pada kawasan KENING?" Kalau YA jawapannya, perlu buat UJIAN KHAS!

Apa punca sakit dekat kening ni?
Banyak punca sebenarnya. Tapi saya nak kongsi 3 punca yang paling banyak saya kendalikan kes ini di praktis saya.

1- Ada rabun sembunyi, Hiperopia Facultative.
Bila suruh baca huruf VA dalam bilik refraksi, LULUS! Tak perlu pakai power apa-apa. 
Tapi GAGAL dengan ujian khas. Mata 2-3 kali ganda lebih cepat letih berbanding orang lain.
.
.
2- Mata tidak lagi bekerja sebagai satu pasukan, jenis ESOFORIA.
Mata kanan dan kiri perlu 'bekerjasama' bergerak melihat satu objek yang sama. (Terutamanya ketika melihat komputer atau buku).
Barulah kita boleh hasilkan imej yang stabil, jelas, dan tidak bergerak-gerak. Rangsangan imej akan dihantar ke otak dan seterusnya memudahkan imej itu di 'proses'.
Bila ini sistem ini gagal, kesan 'sakit' dikening akan mula terasa.
.
.
3- Sistem otot mata yang telah KEJANG, Accomodative Spasm.
Bukan otot kaki je yang boleh kejang, mata pun boleh kejang!
Paling banyak kes yang saya jumpa adalah kerana KURANG TIDUR. Ada yang bila ditanya, cukup tidur atau tak, 
"Semalam saya tidur 2 jam sahaja."
Oh! Sebab itulah power mata yang dicari kejap nak yang ini, kejap nak yang itu.
Ada pula yang kata sampai nampak objek jadi 4!
😅😅😅
.
.
Ada pelanggan sehari sahaja sakitnya, ada juga yang berhari-hari. Panadol dah jadi sahabat baik mereka.
Sakit kepala akan menyusul kemudian dan menjadi 'trigger' keadaan sakit kepala yang lebih serius, iaitu MIGRAIN.
Jika anda ada mengalaminya, ada cara mengurangkan sakit ini. Tapi perlu ujian khas untuk tahu puncanya.
Rawat pada puncanya, bukan pada 'kesannya'.
.
.

"Kejayaan dengan Penglihatan"

Shahrizal Redwan.
Optometris.
(Pakar Cara Mata Melihat)
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.

3 tips jika SPEK anda BERMINYAK.


Siapa yang dah bertahun-tahun pakai spek akan faham masalah cermin spek berminyak ni. Kalau dah kerap sangat kotor berminyak, malas dah nak lap bagi bersih, buat don't No sudah! 

Ada yang selalu bawa kain lap cermin ke mana-mana. Ada pula yang 'ikut dan' guna segala benda yang lembut untuk lap spek. Sehinggakan TALI LEHER pun jadi! Hehehe.. 

Apa nak buat?

1- Guna kain Mikrofiber berkualiti tinggi.
Kalau yang berkualiti rendah, ia tak mampu nak serap minyak dengan baik. Kanta spek boleh jadi lebih kotor. Terpaksa lap banyak kali.

2- Basuh cermin mata di waktu malam.
Bila kita lap sahaja spek, ia hanya bersihkan permukaan kanta. Bahagian lain masih lagi berminyak. Guna air suam dan sabun baby. Elak guna sabun yang 'kuat' kerana bahan amonia boleh merosakkan lapisan 'antiglare' spek kita. Bila dah bersih, esok nak pergi kerja terus boleh pakai dengan bergaya.

3- Kalau ada bercadang nak tukar spek, pilih kanta yang permukaannya licin dan ada 'antismudges'.
Lebih mudah minyak dibersihkan disamping melindungi mata dari UV matahari yang berbahaya. Contohnya CRIZAL dari ESSILOR.
Bila tidak mudah berminyak, kuranglah kita mengelapnya. Barulah cermin lebih berdaya tahan!
.
.

Orang yang mukanya lebih berminyak perlu ambil lebih perhatian, ketika menempah cermin mata yang baru. 
Kerana pilihan yang tepat akan memberikan kejayaan dalam kita menjaga spek kesayangan kita.
.
.
"Kejayaan dengan Penglihatan"

Shahrizal Redwan.
Optometris.

FIFA 2015


Pemuda lewat 30an.
Saya panggil Faisal.
Suka sangat main 'FIFA'.
Ala.. Game bola dalam smartphone tu.
Kaum Adam banyak tahu game nih.. 😅

Sabtu haritu beliau cuti.
Satu hari main.
Sakit sendi Ibu jari.
Banyak betul 'score'!
Peminat Team MU macam saya. Hehehe..
.
.
Semalam pun main juga.
Seronok tak ingat.
Seronok sekali lagi hari ni.
Sebab dapat MC.

Tapi...

Mata kanan beliau JULING.
Tapi sekejap-sekejap dia datang.

Itupun Faisal sendiri tak tahu.
Kerana...
Tahupun bila isteri yang tegur.
Matanya tidak lagi dikawal dengan baik.

Datang ke praktis saya..
Risau sebab takut power yang naik.
Tapi power ok lah bro Faisal.

Beliau setuju,
melatih menguatkan otot matanya.
10 sesi dengan 3 teknik.

Masih dalam rawatan..

Kerana jika otot mata lebih baik,
bermain FIFA lama-lama tanpa problem,
juga kejayaaan.

kerana..

"Kejayaan dengan Penglihatan"
.
.
Shahrizal Redwan.
Optometris.
Pakar Penglihatan.

Ini survey yang dibuat pada pelanggan Rizal Optometris tahun 2015.


Daripada 10 orang yang mendapatkan rawatan bagi memulihkan cara melihat ketika belajar, hampir 8 daripadanya menunjukkan perubahan POSITIF terhadap 

+ Minat membaca.

+ Menumpukan perhatian di dalam kelas.

+ Menyalin nota lebih pantas.

+ Tulisan lebih cantik dan tersusun.


.
.

"Kejayaan dengan Penglihatan"



Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.
Perak.

Pelajar & Sukan


Jika pelajar itu tidak minat bersukan,
mungkin beliau ada masalah untuk melihat objek yang bergerak laju.
Contohnya, bila bola dibaling untuk ditangkap, beliau tidak dapat lakukannya dengan baik. 
Ini salah satu tanda kemahiran melihat objek yang bergerak laju, berada pada tahap yang lemah.
Ia boleh mempengaruhi seseorang pelajar untuk menulis dan membaca dalam keadaan yang terbeban.
.
.

Shahrizal Redwan.
Optometris.

Anak lebih PINTAR : Tingkatkan Kemahiran membaca MENGIKUT TURUTAN perkataan.



Dalam hidup kita, kebanyakan perkara ada aturannya, 'step'nya dan procedur. Macam seorang Chef yang nak sediakan masakan terhebatnya. Ada resepi dan turutan cara buatnya. Begitu juga membaca, ada turutan dari perkataan demi perkataan. Supaya faham apa yang dibacanya.

Jika sesorang yang banyak membaca, kemahiran yang paling penting, adalah melakukannya dengan turutan yang baik, pantas, dan berdaya tahan mengekalkan kejelasan setiap huruf dan perkataan.

Kebiasaannya, apabila kita memilih untuk menilai kemahiran ini, kita hanya menyuruh mereka membaca kepada kita, ibubapa.

Jika boleh, lakukannya ketika mereka dalam keadaan agak penat. 

Jika masih dapat membaca ikut turutan baris demi baris (walaupun sedikit lambat), ia petanda mereka masih punyai kemahiran membaca ikut turutan ini dengan baik.

Jika tidak, ia akan memberikan masalah untuk mereka ulangkaji pelajaran dirumah.

Kenapa kemahiran ini sangat penting?

1- Motivasi.

Apabila seorang pelajar membaca, beliau perlukan jawapan untuk memahami apa yang dibelajarnya. 
Bila membacanya lebih baik dan pantas, lebih cepat beliau akan peroleh jawapannya. Lebih bersemangat beliau untuk teruskan untuk lebih membaca.

2- Mempengaruhi Minat membaca.

Ada seorang pelajar yang pernah datang ke praktis saya, seorang yang sangat minat membaca dari umur 5 tahun lagi. 

Baru-baru ini, beliau tidak menunjukkan minat lagi untuk membaca. Kalau dulu seminggu 3-4 buah buku habis dibacanya, sekarang sebuah buku pun susah untuk dihabiskannya. 

Bila dinilaikan cara melihatnya, kemahiran membaca secara turutannya terlalu lemah. Ia punca utama pembacaannya semakin merosot.

3- Pelajar lebih pintar.

Pintar bukan kerana banyak membaca, tetapi lebih banyak difahaminya dengan membaca. 
Lebih mudah difahami lebih fokus pelajar ini semasa belajar.
Fokus ini diperoleh dengan penggunaan kesemua deria kita yang perlu berada pada tahap yang baik. Terutamanya, deria penglihatan yang digunakan ketika membaca.

4- Lebih rajin.

Semasa menemuramah seorang bapa yang anaknya berumur 9 tahun, perkara pertama yang beliau kongsikan pada saya adalah result 'exam' anaknya. Lebih banyak 'A' dari yang sebelumnya.

Berseri-seri dan bersungguh-sungguh beliau bercerita satu persatu perubahan pada anaknya.

Anaknya semakin rajin 10 kali GANDA! Siap mengajar dan membaca buku cerita pada adiknya yang baru berumur 4 tahun.

5- Lebih banyak berfikir.

Jika anak-anak kita sukar membaca, sistem tubuh akan berusaha bekerja lebih supaya mereka dapat membaca. 

Ini akan mengganggu untuk mereka membaca sambil berfikir. 

Mereka lebih banyak menghafal dari melakukan aktiviti yang lebih penting, iaitu berfikir semasa belajar.
.
.

Jika kita mempunyai perasaan macam ada sesuatu perubahan yang 'tak kena' pada cara belajar, terutamanya cara mereka membaca, lakukan langkah awal dengan mengesannya.

Dapatkan khidmat nasihat dari Optometris yang berpengalaman.

Lebih awal dikesan dan dirawat, lebih berpeluang untuk mereka menguasai kemahiran membaca ini dengan lebih baik.

Kerana kejayaan masa depan anak-anak kita di masa hadapan, menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa yang mithali.
.
.

"Kejayaan dengan Penglihatan"

Shahrizal Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.

Berkali-kali buat cermin mata, SAKIT KEPALA tetap ada! Perlu buat UJIAN KHAS!



Kalau time sakit sangat kepala, kita sanggup lakukan apa sahaja. Benda yang takut-takut kita buat, kita buat juga. Dah tak peduli apa-apa dah. 
Sehinggakan kita berani tak nak jawab kertas soalan PEPERIKSAAN!

Ibu-ibu, ayah-ayah....

Sakit kepala boleh berpunca dari cara mata anak kita melihat. Cara mereka gunakannya. Kuat ke, lemah ke, atau ada isu-isu lain yang berkaitan dengan sistem penglihatan.

Mereka sendiri kadang-kadang tidak tahu ia berpunca daripada matanya, lebih tepat lagi PENGLIHATAN mereka.

10 orang yang datang ke praktis saya dan mengadu sakit kepala, 9 daripadanya boleh disebabkan oleh masalah penglihatan.

Orang lain nampak tulisan LEBIH HITAM pada buku, tapi dia nampak tulisan menjadi kabur. Ada yang kejap-kejap je terangnya. Ada pula yang kerap sangat kabur.

Ibu-ibu, ayah-ayah...

Anak-anak takut sebenarnya nak cerita mereka ada masalah ini. Takut dilabelkan sebagai pemalas. Takut dilabelkan sebagai pemberi alasan No 1! Takut mereka bukan lagi anak kesayangan kita juga.

Mereka juga nak berjaya. Mereka juga mahu dipuji akan rajinnya. Dapat 'A' banyak, lagilah mereka rasa bangga dapat harumkan nama kita.

Tapi ada halangan besar yang mereka sendiri pun tidak tahu. Kalau kita dah banyak mencari ikhtiar, cuba pula lakukan penilaian, cara melihat mereka.

Mungkin itulah satu-satunya punca yang mencetuskan semuanya.

Ibu-ibu, ayah-ayah...


Seperti keluarga Tuan Sahudin, dulu ada dua anak mereka mempunyai sedikit 'kekacauan' yang berlaku pada cara mata mereka melihat ketika belajar.

Seorang daripadanya telah mendapatkan rawatan, manakala seorang lagi hari ini baru mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari Rizal Optometris.

Jom kita CONFIRMKAN cara melihat anak-anak kita!

"Kejayaan dengan Penglihatan"
.
.

Shahrizal Bin Redwan.
Optometris.
Pakar Cara Melihat untuk Belajar.

Ahad, 20 Disember 2015

Spark Plug Leader


Kita ada memiliki sebuah kereta. Tapi satu sahaja yang tiada, SPARK PLUG! Enjin tak boleh start tanpanya. Tersadai sahaja tanpa boleh pergi kemana-mana. Tiada arah! Lama-kelamaan menjadi besi buruk untuk dilupuskan! 

Seperti itulah BISNES kita!

Jika kita ada staff dibawah, gunakan pendekatan bersembang santai dengan mereka. Sekali sekala muncul ke tempat ruang kerja mereka, tanya perkembangan, ada masalah tak, apa yang kita boleh bantu, dan kena perhati adakah mereka masih dalam aura positif.

Ingat ya, sembang secara santai.. :)

Jika kita lihat mereka 'moody', 'tension', dan tidak bermaya, tukarkan keadaan ini dengan menjadi SPARK PLUG!

Percikkan api ENERGETIK, TERUJA, dan INSPIRASI.

Bagaimana?

ENERGETIK - Kita kena cakap bersemangat dengan suara yang kuat. Tanya dan puji kerja yang mereka sedang lakukan!

TERUJA - Riak muka yang ceria sambil tanya perkembangan kerja mereka. Minta juga pandangan bagaimana nak bagi mudah lagi kerja mereka. Puji pandangan mereka. Perasaan hormat yang kita tunjukkan, akan bertambah teruja untuk mereka siapkan!

INSPIRASI - Cerita betapa kita suka mereka bekerja dengan kita. Tanpa mereka, susah syarikat nak lebih berjaya. Ungkit kejayaan yang pernah mereka lakukan sebelum ini, dan kita nak mereka lebih berjaya kali ini. Puji!

Puji untuk mereka rasa dihargai!
.
.
Tiada rahsia yang lain, kita hanya perlu jadi pendorong mereka. Mereka akan cuba mengikut kita bila kita mula tunjukkan 'percikkannya'.

Staff akan jadikan kita sebagai model!
.
.

"Kejayaan dengan Penglihatan"

-Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris

Spek BUKAN HAK ORANG RABUN sahaja



Kalau kita tengok filem Hollywood, karakter yang nampak cool, mesti ada yang kena pakai cermin mata.  Ada juga yang pelik-pelik, boleh pula sunglass dijadikan BOM dalam filem Mission Impossible 2! Filem... Filem.. Macam-macam!

Lama dah kita perhati dekat drama-drama. Kalau pelakon pakai gaya spek yang 'fesyen', semua nak ikut. STYLE katanya.

Siap 'screenshot' lagi.

“Abang, tolong la order kan macam ni…" 

Ini kena ikut pada pembekal ya. Kalau ada permintaan, saya cuba cari sebaik mungkin.
.
.
Ada juga yang TIADA RABUN, sikit pun tak ada. Cuba bagi pun mata dia tak nak. Hehehe..

Tapi...

Dia nak pakai cermin mata juga. Nak nampak ada personaliti hebat sikit.

'Perlakuan ini TIDAK SALAH' ya.. 😆

Tak ada kena mengena boleh jadi RABUN pula. Kita tengok kelebihan orang yang pakai cermin mata tak ada power ni :

1- Nampak wajah lebih bagus. 
Macam kasut, baju dan seluar yang kita pakai. Mesti nak yang lawa-lawa kan?

Tapi bila wajah, kita dah mekap tebal-tebal, lelaki pula dah 'trim' semua helaian misai dan janggut, tapi tengok cermin... ADE YANG TAK KENA!

Sarungkan spek, YES! Ini wajah yang saya mahu!!
.
.

2- Perlindungan UV Matahari.
Jika kita bercadang nak bergaya dengan spek yang tak ada power, ambil cermin yang baik, yang boleh lindung mata dari UV matahari. Boleh kurangkan risiko untuk dapat selaput mata. 

100% perlindungan dari kanta CRIZAL TRANSITIONS dari Essilor.

Lebih best lagi, mata lebih berseri sebab tak nampak kekuningan pada mata putih!
.
.

3- Perlindungan dari Objek bergerak laju.
Macam-macam ‘benda’ bergerak laju yang boleh masuk dalam mata kita.

Contohnya, kalau bawa motor ‘time’ senja-senja, ‘visor’ pula tak ada, spek akan banyak membantu. 

Kalau serangga ni masuk mata, Ya Allah! Tuhan je yang tau.
.
.
.
Ramai yang telah buat spek tanpa ada power. Lebih kepada aksesori fesyen yang akan menyerlahkan lagi watak kita dan personaliti kita di tahap maksimum!

Kalau dah lama pasang niat, jom pergi try-try design spek dekat kedai cermin mata yang berdekatan.

Time inilah nak ‘merasai’ perasaan orang yang rabun! Hehehe..
.
.

Shahrizal Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang, Ipoh

Perbezaan GAYA MELIHAT tahun 2015: 67% punyai potensi SAKIT KEPALA.


Tiada kajian yang dibuat secara menyeluruh sebenarnya. Tetapi jika setahun beratus orang pelanggan menceritakan perkara yang sama, aduan yang sama, sakit 'cara melihat' yang sama, saya buat 'survey' gaya melihat mereka. Hasilnya, ada kriteria yang berbeza gaya dulu dan sekarang. Umpama KASET dan MP3!

Sejak tahun 2013 gaya melihat setiap individu telah mula berubah. Perubahan yang saya maksudkan itu ialah dengan 'jarak melihat'. 

Mungkin kerana jarak penggunaan 'smartphone' yang terlalu hampir dengan mata. Ini membebankan cara mata melihatnya.

Walaupun survey saya ini tidak diiktiraf oleh mana-mana badan berwajib, ia cukup memberi satu dorongan pada saya untuk melakukan sesuatu yang wajib setiap kali melakukan pemeriksaan mata.

Saya lebih suka tukarkan 'pemeriksaan mata' kepada PENILAIAN KUALITI CARA MELIHAT (PKCM) sesorang itu.

Bila kita telah sedar akan perubahan gaya melihat masyarakat, kalau dulunya ada beberapa teknik penilaian melihat tidak wajib dilakukan, kini ia telah menjadi sesuatu prosedur yang wajib dibuat.

Sebab itu PKCM ini memerlukan masa yang lebih lama berbanding pemeriksaan mata. 

Kalau cek power mata sahaja, 5-10 minit dah boleh selesai. Tetapi bila dilakukan PKCM, ia boleh mengambil masa sehingga 30-40 minit untuk seorang. 

Bukan bermakna saya menggunakan mesin yang harga beratus ribu, tetapi menggunakan alatan mudah, disertai dengan teknik dan kemahiran yang telah berpuluh tahun digunakan oleh PAKAR PENGLIHATAN yang lain, iaitu OPTOMETRIS berpengalaman.

Penerangan saya adalah sangat mudah. Kerana saya percaya, semua orang inginkan perkara yang MUDAH. 
.
.

Tahun 2015 hanya tinggal beberapa minggu lagi, saya simpulkan kepada 2 kategori dibawah bezanya cara melihat dari tahun 2007 :

Jika PELAJAR,

+ Kemahiran MENYALIN NOTA di dalam kelas semakin lemah. Purata 67% daripada survey kasar.

+ Kemahiran MEMBACA pada waktu malam yang tidak mampu bertahan lebih dari 1 jam.

+ Peningkatan POWER RABUN yang lebih kerap. 

+ SAKIT KEPALA
.
.
.


Jika kita TELAH BEKERJA,

+ Selalu berlaku PENGLIHATAN KABUR pada masa tertentu dan mungkin pada jarak tertentu, jauh atau dekat, atau kedua-duanya sekali.

+ Cermin mata baru tidak membantu, kadang-kadang lebih memburukkan lagi keadaan.

+ Banyak isu 'LETIH' Bila guna komputer. Sakit dekat leher, sakit dekat kening, kena pejam mata beberapa ketika selepas guna beberapa jam, mata rasa pedih dan ada perasaan tak suka guna komputer!

+ Lebih suka buka cermin mata, untuk buat kerja-kerja dekat.

+ SAKIT KEPALA.
.
.


Bila orang lain mendengar kita mengadu sakit kepala, penerimaan mereka seperti ia perkara biasa.

Kadang-kadang tuduh kita MENIPU pula. Kata kita alasan tak nak buat kerja. Tak kisahlah kerja sekolah ke ataupun kerja-kerja dekat ofis!

Pedih hulu hati bila orang tak percaya.

Sebab itu setiap kali PKCM dibuat, soalan inilah yang wajib ditanya,

"Ada sakit kepala tak? Berapa kerap? Ganggu buat kerja tak? Buat apa untuk hilangkan sakit kepala?"

Sakit kepala boleh mengganggu sistem penglihatan untuk kita berjaya melakukan aktiviti tersebut dengan jayanya. Ia mungkin juga berpunca dari SISTEM PENGLIHATAN itu sendiri.
.
.

"Kejayaan dengan penglihatan"

Shahrizal Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.
Perak.

Pakai FRAME yang boleh bertukar jadi SUNGLASS BERPOWER! - CLIP ON


Baru-baru ni 'trend' frame clip on dah makin femes balik. Ya lah, siapa lah orang rabun yang taknak pakai spek berpower yang boleh bertukar kepada sunglass berpower pada BILA-BILA MASA, DI MANA JUA kita berada!

Clip On ni maksudnya ada aksesori tambahan yang boleh di 'klip' pada cermin mata kita yang ada power tu.
.
.

Model paling hot sekarang ni dari jenis frame plastik yang ringan dan 'klip' sunglass yang melekat kemas dengan adanya sistem magnet.

"Seolah-olah dah macam sunglass yang sebenar."

'Clip on' nya dihasilkan menggunakan teknologi polarize. Ia memberikan perlindungan dari UV dan mengurangkan silau sehingga 3 kali ganda.
.
.
Macam nak jual pula ya? Hehehe.. Kongsi cerita..

Bukan apa, kadang-kadang kita tak tahu pun frame macam ni ada wujud. 

Orang yang selalu drive, banyak buat kerja 'outdoor', dan yang suka pergi cuti-cuti tu, memang sesuai kalau anda nak mencubanya.

Kalau disesuaikan dengan kanta jernih seperti 'kristal' iaitu CRIZAL dari Essilor, lagi cun! Berganda perlindungan untuk mata kita.

Pssst.. Kalau nak tahu seseorang tu banyak buat aktiviti 'outdoor', mata putihnya akan nampak kekuningan sikit. Kadang-kadang ada macam lelemak timbul atas permukaan mata putih. 
.
.

Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh, Perak.

Jumaat, 18 Disember 2015

Banyak yang bertanya, "Kenapa cara saya melihat tidak seperti orang lain?"


Pelanggan hari ini banyak yang bertanya. Sehingga berkali-kali cakap,
"Maaf la tanya banyak-banyak ni, ganggu kerja Tuan pula."
Saya balas tidak mengapa. Saya lebih suka orang yang betul-betul nak tahu apa masalah yang berlaku pada penglihatannya.
.
.
Ada seorang pelajar dari Universiti yang dulunya boleh buat kerja menaip hingga 3 jam tanpa masalah. Sekarang sekejap je boleh buat! Tak boleh lama-lama.
Dah pergi klinik, doktor cakap, kena pakai cermin mata. Tapi dulu, beliau ada pakai juga, tapi sama sahaja!
Bila saya nilaikan caranya melihat, beliau selalu tersilap nak membaca baris bawah sesuatu perenggan. 
"Selepas satu baris ayat, nak tengok baris ayat seterusnya menjadi sukar."
Beliau perlu 'mencari' dimana mahu menyambungnya.
Saya beri khidmat nasihat apa yang diperlu dilakukan, dengan satu tujuan, otot matanya perlu dikuatkan semula. 
Supaya beliau tidak terlalu cepat sakit kepala, seterusnya dapat belajar dengan lebih baik.
Insha Allah, setiap masalah ada cara untuk merawatnya.
.
.

"Kejayaan dengan Penglihatan"

Shahrizal Redwan.
Optometris.

Kadang-kadang kita rasa SAKIT KEPALA tu berpunca dari OTAK yang tengah sakit.

Kadang-kadang kita rasa SAKIT KEPALA tu berpunca dari OTAK yang tengah sakit.
Ya ke??
.
.
Sebenarnya OTAK tak SAKIT..
Fungsi otak untuk memberitahu di mana bahagian badan kita yang rasa sakit. 
Dia tak sakit pun.. Hehehehe..😆
Ok...
Tapi kenapa sakit kepala?
Sebab sakit kepala itu berlaku pada bahagian 
SARAF...
SALUR DARAH...
dan...
OTOT di sekeliling kepala dan leher..
.
.
dan ia tidak sama jika orang itu
SAKIT OTAK sebab tak siap lagi KERJA dia.
😆😆😆
PENING.... Bila nak siap ni?!! ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­
Anak dah bising nak main...
.
.

"Kejayaan dengan Penglihatan"

Shahrizal Bin Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.
Perak.

Khamis, 10 Disember 2015

Teruskan Cita-citamu Ain Balqis


Kadang-kadang kita perlu sediakan PERSEKITARAN yang baik untuk anak kita belajar.

Cara mata digunakan ketika BELAJAR juga adalah 'persekitaran' yang membantu anak-anak kita lebih berjaya mengejar cita-citanya.

Nilaikan cara mereka 'melihat'. Sebelum semuanya menjadi seribu penyesalan..

Baca selanjutnya di sini...

"Kejayaan dengan Penglihatan"

Rabu, 9 Disember 2015

Kata-kata Motivasi

"Tolak diri kita sendiri ke HADAPAN , 
kerana tiada sesiapa yang akan melakukannya untuk kita."
.
.
.

Bila kita pilih untuk BERJAYA...

Bila kita memilih untuk lebih BERJAYA....
Ia akan SAKIT!
Ia akan ambil MASA!
Ia akan perlukan DEDIKASI!
Ia akan perlukan TENAGA!
.
.

Kita wajib memilih PILIHAN jalan yang SIHAT!
Kerana....
Ia akan perlukan PENGORBANAN!
Ia juga perlukan KESABARAN!
PERCAYALAH.....
Ia tidak akan menjadi SIA-SIA!

-Shahrizal Redwan.

Ahad, 6 Disember 2015

3 TIP buat OPTOMETRIS mudah jadi calon MENANTU!


Siapalah yang tak tersentuh hatinya jika kita menunjukkan betapa kita ambil berat dan menghargai beliau sebagai pelanggan yang istimewa. Sehingga nak jadikan kita MENANTU!

Kalau dah sampai pelanggan nak jadikan anda suami/isteri kepada anaknya, itu pencapaian Level Empati sangat tinggi dah tu!

Cepat ngaku sapa yang pernah dapat OFFER nih? 😆😆😆

Hahahaha....
.
.
Saya nak kongsi 3 tip EMPATI gaya sentuhan ni.

1- Salam guna kedua-dua tangan. Genggam erat seolah-olah ingin alirkan tenaga padanya! Hanya lepaskan genggaman bila pelanggan mula melepaskan dahulu.

2- Bila pelanggan dah beli sesuatu daripada kita, sentuh barang yang dibeli tu dengan 'kasih sayang' dan rasa hormat. Kalau cermin mata, tak salah buat-buat betulkan kedudukan spek yang dipakai oleh pelanggan kita. Sentuh secara lembut badan frame tu.

3- Kali pertama mengucapkan salam, atau setiap kali memberi pandangan, hala badan kehadapan dan kepala sedikit tunduk. Ini sebagai penghormatan 'sentuhan' secara psikologi padanya.
.
.
Tak salah mencuba sehingga kita rasa dah terbiasa.

Pelanggan akan nak terdatang-datang lagi ke kedai kita kerana EMPATI yang telah kita berikan kepadanya.

Best lagi yang belum berpunya, mudah nak buat 'pilihan' nanti,siapa bakal calon teman seumur hidup! Hehehehe..
.
.

"Kejayaan dalam Penglihatan"

Shahrizal Bin Redwan.
Optometris.

Selasa, 1 Disember 2015

3 KELEBIHAN memilih KANTA yang LEBIH NIPIS.


Ini memang dilema pada orang yang rabunnya boleh dikira tinggi. Ada yang tak kesah tentang tebalnya kanta spek, ada juga yang sangat sensitif tentang isu ini. Kerana mereka percaya, LEBIH NIPIS, LEBIH KONFIDEN!

Beberapa tip sebelum ini, saya ada stori bagaimana nak nampak lebih nipis kanta spek kita. Ia mempunyai kaitan dengan saiz bingkai, kepadatan cermin yang dipilih, dan cara simple 'menyorokkan' sedikit ketebalan kanta yang tebal ini.
.
.
Post kali ni saya nak kongsikan kalau kita memilih cermin yang lebih padat, ada 3 kelebihan yang akan kita peroleh.

1- Sudut pandangan lebih luas.
Sesiapa yang punyai rabun jauh, kekurangan memakai spek, penglihatan anda akan terhad kepada keliling sisi spek anda. Anda perlu buat gerakan kepala yang lebih untuk melihat ke sisi. Lebih padat cermin, lebih LUAS PANDANGAN kita ke sisi.

2- Kesan 'PRISMATIK' berkurangan.
Prismatik ni wujud sebab ketebalan kanta untuk rabun jauh tidak sekata. Contohnya, dalam rabun jenis MIOPIA, bahagian tengah kanta lebih nipis daripada sisinya. Bola mata akan cepat letih bila membuat gerakan melihat. Kesan letih ini akan berkurangan dengan cermin yang lebih nipis.

3- Kanta akan lebih KERAS.
Ini adalah kelebihan yang akan menjadikan spek anda berdaya tahan disamping memberi ciri keselamatan pada mata kita. 
Lebih padat kanta, ia akan memberi kesan kanta yang lebih keras dan kuat. Sesuai untuk aktiviti harian yang mencabar.
.
.
Kepadatan cermin diukur menggunakan nama 'High Index' dengan menggunakan kod nombor.
Saya akan kongsikan pada post yang akan datang, tip memilih HIGH INDEX yang sesuai dengan power rabun kita.
Like Page Rizal Optometris ya. ðŸ˜Š

"Kejayaan dengan Penglihatan "

KEBOLEHAN vs KEPAKARAN.


Michael Jordan seorang atlit yang sangat hebat di dalam sukan bola keranjang. 

Jika beliau beraksi, lawannya pasti berasa gerun kerana kecekapan dan kelincahan beliau beraksi.

Selepas tamat satu perlawanan yang pasukannya menangi, tanya seorang wartawan kepadanya,

"Apa rahsia KEJAYAAN encik?"

"Sebenarnya setiap dari diri kita semua mempunyai KEBOLEHAN, tetapi untuk menjadi PAKAR, USAHA yang amat GIGIH diperlukan! Ia bukan suatu yang mudah!"
.

KERETA KEBAL Hitler setinggi RUMAH 3 TINGKAT!


Siapalah yang tak kenal Hitler kan? Ketua yang memulakan perang dunia dengan menakluk negara-negara berhampirannya. Pelbagai teknologi dicipta sehinggalah kepada kereta kebal terbesar di dunia!!

Kenapa la perlu nak cipta besar-besar ni? Kan Hitler nak takluk satu Dunia! Kenalah canggih-canggih.

Sebab itu Hitler suruh saintis dia realisasikan konsep kereta kebal ini!

Kenderaan perang ini boleh memuatkan seramai 20 orang tentera pada satu-satu masa.

Paling menarik adalah meriam utamanya. Dianggarkan ia boleh menembak sejauh 25 batu dengan peluru yang seberat 317 kilogram!

Kebiasaannya, setiap kereta kebal mempunyai satu meriam, tetapi kereta kebal yang dinamakan 'The RATTE' ini dilengkapi 2 meriam yang berfungsi sepenuhnya.

Kereta kebal mula-mula digunakan semasa peperangan dunia pertama, bertujuan memberi perlindungan kepada askar dari dihujani peluru dari musuh.

Saiznya bertambah besar dari masa ke semasa seiring dengan teknologi yang dihasilkan.

Walaubagaimanapun, projek 'The Ratte' terpaksa dibatalkan kerana kekurangan sumber. Ia juga kerana peperangan dunia yang telah berada di penghujungnya.

Jika ia berjaya dihasilkan, beratnya boleh menghampiri 1000 tan!
Berat tu!!
.
.
.
"Tak nak rasa berat seperti kereta kebal!"

Perumpamaan yang boleh saya berikan jika pelanggan mempunyai power rabun yang tinggi.

Mereka mahukan spek yang ringan dan selesa barulah aspek fesyen dipertimbangkan.

Ini 3 cara mudah untuk kurangkan rasa berat cermin mata :

1- Pilih cermin yang lebih padat.
Bahasa cermin matanya 'High Index'. Padat bermula dengan index 1.6, 1.67 dan 1.74.
Lagi tinggi nilai index, lagi padat dan ringan cermin tersebut.

2- Pilih bahan buatan frame yang ringan dan saiz yang sesuai.
Bahan seperti Ultem, TR 90 dan Titanium pilihan yang sesuai untuk anda.
Elak ambil bentuk terlalu besar. Lebih besar saiz frame, lebih tebal dan berat cermin anda.

3- Pelapik hidung lebih besar. Jika frame plastik, ambil versi 'Asia' dan jika dari frame besi 'stainless steel' tukar pelapik hidung yang lebih besar. Ini mengurangkan tekanan pada hidung anda.

Kadang-kadang kalau spek berat , kita boleh rasa seakan menyesal membelinya.

Tak salah ambil masa sedikit membuat pilihan semasa menempah spek baru anda. Boleh gunakan tip seperti di atas.
.
.
"Kejayaan dengan Penglihatan"
Shahrizal Redwan.
Optometrist.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...