Selasa, 1 Disember 2015

8 perkara boleh menyebabkan spek anda CEPAT ROSAK.


Siapa tak nak spek yang kita beli tu boleh pakai lama sikit kan? Paling ok pun 1 tahun ke. Tapi ada juga yang baru beberapa bulan sahaja pakai, rasa nak tukar baru je. Dah luntur semangat dengan spek kita tu.

Ok, jom kita elak buat kesalahan ni, supaya boleh lah pakai lama sikit spek kita tu. 

1- Selalu letak atas kepala. Bila kita buat macam ni, bentuknya berubah menjadi 'longgar'. Kaki spek akan cepat terkangkang.

2- Tinggalkan spek dalam kereta, dan dibiarkan pada 'panas' terik cahaya matahari. Banyak kes berlaku bila pemilik spek buat cermin mata baca sahaja dan yang hanya memakainya untuk 'drive' malam. Ia akan merosakkan 'lapisan dalam' cermin. Seolah-olah ada calar halus yang mengganggu pandangan.

3- Membiarkan kotoran 'terlalu lama' berada pada cermin mata. Kalau kita jenis buat kerja yang lasak, contohnya 'pomen', habis kerja kena terus basuh spek dengan air dan sabun. Kotoran (contoh minyak) boleh merosakkan lapisan antisilau kanta spek tersebut.

4. 'Adjust' spek sendiri. Di kedai Optometris, terdapat beberapa alat khas untuk adjust spek dengan selamat. Peralatan dari kedai 'hardware' tidak semua boleh digunakan. Lebih buruk, ia menyebabkan spek anda rosak dan tak boleh di 'adjust' lagi.

5- Masa solat berjemaah,letak spek di lantai (bawah sedikit dari tempat sujud). 'Time' orang nak lalu, tak perasan, renyuk habis spek kita dipijaknya. Hati kita pun remuk. Hehehe.. Sangkut spek kita dekat 'colar' belakang atau pakai spek di belakang tengkuk kita. (Pelanggan yang berkongsi tip ni.)

6- Pakai spek bila nak pakai minyak rambut atau masa nak spray minyak wangi. Boleh rosakkan bingkai dan permukaan kanta. Tanggalkanlah dulu ya.

7- Tidak adjust secepat mungkin ke kedai optometris. Bila pakai dah rasa macam tak selesa, jangan tunggu lama-lama. Kalau frame plastik, sampai satu masa badannya dah 'keras'. Kalau adjust time ni, boleh patah. Parah lagi bila spek longgar, ia boleh terjatuh ke tempat yang tak sepatutnya, contohnya LUBANG TANDAS!

8- Lap spek dengan apa jua yang boleh dicapai. Baju, tudung dan tisu selalunya jadi pilihan utama. Kanta spek akan cepat calar! Hati kena kental sikit kalau dah terbiasa. Beli kain mikrofiber banyak sikit. Lap hanya dengan kain ini. Letak kat kereta, rumah, ofis dan tempat-tempat lain yang dirasakan sesuai. 

Tak susah nak buat baik dengan spek kita sebenarnya, tapi susah nak tukar 'habit' sedia ada.

Tapi saya percaya, kalau kita ada keinginan yang sangat kuat untuk berubah, apa jua yang kita nak akan tercapai dengan jayanya.

Barulah spek sentiasa nampak 'kelass' dan seronok untuk dipakai setiap hari!
.
.
"Kejayaan dengan Penglihatan"
Shahrizal Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.

Otot mata ‘PECUT LAJU’ bila tonton TV sambil MAIN SMARTPHONE!



Kalau tanya saya drama Melayu apa yang saya ingat, mungkin nama pelakon je yang saya ingat. Aaron Aziz, Nor Danish, Fizo Kamal….. Alaaa.. Saya memang tak berapa nak ambil ‘port’ sangat retis-retis ni. Hahahaha.. 
Tapi wife saya selalu ‘complain’ susah nak baca Whatsapp kalau menyambil tengok drama! Lepas tu dia pula yang ‘berdrama’ sakit kepala.
Alahai isteriku...
Tak adalah rabun sangat macam saya, tapi isteri saya banyak guna komputer dekat ofis. Berjam-jam sehingga pakai 2 komputer dalam satu-satu masa! Hebat betul wanita moden zaman sekarang! Hehehe..
.
.
Bila difikirkan kembali, aduannya agak serius.
.
.
Kabur melihat tulisan di smartphone. Umur isteri saya baru 30 an. Belum ada rabun dekat lagi.. Ada kes yang saya jumpa, ada yang matanya sedang ‘kejang’ sehingga nak cek powernya pun kena ‘set’ hari lain.
.
.
Sakit dekat kening. Pengalaman saya kalau bahagian ni sakit, itu antara tanda kedua-dua matanya tidak cekap untuk ‘bekerjasama’.
Saya betul-betul ambil serius aduannya..
.
.
Bila penglihatannya dinilaikan....
Matanya seperti sentiasa berlari pecut tanpa henti, dari pagi sampailah ke malam..
.
.
.
Dah setahun saya rawat isteri saya sendiri (berdiri atas bukit, angkat dua-dua tangan, tarik nafas panjang-panjang. Bangga… Bangga… Hehehe).
Gurau je..
Bukan bangga.. Tapi kita rasa puas bila dapat membantu kehidupan seseorang. Isteri saya dapat melihat lebih lama di komputer. Balik rumah pun dah jarang sakit-sakit kepala.
Tapi ada satu problem pula…
Saya dipaksa tengok sekali drama-drama yang ‘hot' dekat TV tu.
Wajib kena teman isteri saya tengok! Kalau saya tertidur.. Dia tepuk tangan saya seraya berkata,
“Merajuklah macam nih!”
Aduhai… Join jugalah sekali drama paling best tu..
.
.
Macam saya cakap tadi, saya tak ingat nama drama tu.. Hahahahaha..!

.
.
.
“Kejayaan dengan Penglihatan”
Shahrizal Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.

MENGGELETAR kerana 800 BIJI MATA!




Dekat 3 tahun saya tak pegang 'microphone'. Bila dapat pegang, tangan MENGGELETAR sehingga saya terpaksa pegang dengan dua-dua tangan saya! 
Siapa-siapa pun kalau dah lama tak cakap depan 400 orang, saya gerenti, darah gemuruh akan menular masuk ke JANTUNG bagai nak pecah dinding-dindingnya!
Tambah-tambah lagi waktu tengah hari dan ceramah pula tentang MOTIVASI!
.
.
"Good Luck Abang." kata wife saya bila dijemput oleh Cikgu Mahd Amir untuk memulakan bicara.
Saya ambil 'mic', dan mulakan langkah bicara melihat berpasang-pasang mata mengunci pandangan saya!
Gementar saya hanya berlaku 5 minit yang pertama sahaja kerana saya telah lakukan persediaan rapi dengan tip di bawah :
+ Sudah berlatih lebih dari 10 jam untuk bercakap tentang tajuknya.
+ Bersembang-sembang santai dengan guru-guru dan pelajar dahulu, untuk melancarkan percakapan saya.
+ 'Pecahkan ais' - keadaan yang tegang dengan suruh mereka memanggil saya 'Abang Rizal', bukan PAKCIK (perasan muda .... Hik hik hik..).
+ Anggap mereka semua staff saya (Saya dah biasa berjam-jam bagi motivasi dekat mereka). 
+ Dah buat 3 jenis skrip iaitu skrip panjang, skrip 'keypoint' dan skrip 'keynote'.
.
.
Saya kaitkan CITA-CITA, KERJAYA, dan USAHAWAN OPTOMETRIS. 
Inilah usaha kecil saya untuk anak muda berjiwa besar seperti mereka.
Saya tak sangka mudahnya mereka mengalirkan air mata bila disebut-sebut pengorbanan ibu & ayah.
Kerana saya percaya, KASIH SAYANG merupakan DORONGAN yang paling kuat dihati kita.!
Terima-kasih pelajar SMK Tun Perak, Padang Rengas.......😊
Terima kasih juga kepada Team Rizal!
(Nanti saya kongsikan video yang saya tayangkan, memberi kesan sehingga bergenang kelopak mata mereka).


Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris Kuala Kangsar.
Rizal Optometris Klebang Ipoh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...