Ahad, 23 Oktober 2016

7 nasihat orang bisnes yang berjaya.

Pernah dikongsikan oleh seseorang yang amat saya hormati, akan maknanya seorang yang berjaya dalam bisnes.

1. 'Ending' mestilah menghasilkan wang. Kualiti yang terhasil itulah yang terpenting.

2. Bukan untuk selesaikan satu cabaran bisnes. Kita nak selesai sebanyak yang mungkin. Mula-mula kita yang buat... Lepas tu kita latih orang lain pula..

3. Syarikat bukan milik kita. Ia milik setiap orang yang bekerja dibawahnya.

4. Jimat kos bermakna, menghalakan duit syarikat pada aktiviti yang membawa kepada lebih pendapatan. Jimat itu boleh jadi bertambah kos! Hasil yang diutamakan.
 
5. 'Takuk lama' tidak akan bertahan lama didalam bisnes. Tidak dapat disampaikan ke generasi yang lain. Maknanya kita tiada strategi melepaskan bisnes pada orang yang lebih muda.

6. Bila kita pandai berbisnes, menjadi tanggungjawab kita menghasilkan skill yang kita ada, pada orang lain. Amanah. Cari yang sesuai.

7. Bisnes itu sebenarnya suatu seni. Bagaimana rupa lukisannya, bergantung kepada pelukisnya. Gagal atau berjaya bukanlah salah ekonomi, orang sekeliling atau kurangnya modal kita.
.
.
Bisnes pada waktu ini memerlukan perancangan yang rapi.

Semua ahli pasukan kita tahu mengapa kita melakukan sesuatu strategi atau taktik.

Kerana bergerak dalam pasukan, sebagai suatu unit, adalah seni yang perlu dikuasai pada zaman ekonomi ini.

#KursusMembinaPasukanBisnes

#KursusSeniMenjadiCEO

#KursusModelBisnes

Sabtu, 22 Oktober 2016

Kenapa antara idola saya adalah seorang Doktor dari Pakistan, yang kini warganegara Malaysia?

Masa saya mula pindah kedai Optometri saya ke lokasi yang lebih baik (sebelah Maybank), mata saya tak boleh terlepas dari memandang sebuah klinik ini.

Setiap hari Klinik beliau penuh. Kalau malam, sehinggalah jam 11 orang baru reda.

Tapi mereka tidak pernah mengeluh menunggu. Saya sembang dengan seorang Pakcik yang jauh datang dari Sungai Siput (jarak lebih kurang 20km antara rumah dan klinik).

"Saya serasi dengan Doktor ini. Memanglah ubatnya mahal sedikit, tapi berbaloi."

(Berbaloi atas layanannya).

Bila kita pergi dekat kaunter ubat, terpampang arahan-arahan bertulis pada staffnya (ini SOP). Ada satu budaya 'tagline' yang saya tidak boleh lupa. 

Semua staff perempuannya (semua bangsa) dipanggil, 

"Moy!!" 

Singkatan dari Amoy (rasanya perkataan bahasa Cina untuk gadis). 

Bila masuk jumpa Doktor Pakistan ini, sekali dia berdiri, rasa redup bilik rawatan tu. Besar badannya.😅

Tapi bila lihat wajahnya, senyuman  beliau tidak pernah lekang. 

 
Bahasa melayunya memang fasih teratur. Dan paling saya suka, beliau banyak menggunakan soalan-soalan terbuka sehingga pesakit bercerita dari awal sehingga habis, sakitnya itu. 

Ini namanya ubat psikologi!!

Barulah diterangkan dengan gaya sang pencerita, pilihan rawatan, dan ubatan berkualiti yang kita mahukan.

Memberi pilihan itu yang membuatkan orang rasa dihormati. 

Klinik beliau ini 24 jam. Ada sekali tu saya rasa tak sedap badan sehingga bumi ini berputar sangat laju.. Memandu ke klinik dah seperti nak peluk stereng kereta.. 😭

Oh tidak....

Pukul 3 pagi saya masuk ke klinik, Doktor ini dengan muka penat, baru bangun tidur, tersenyum dan masih maintain eye contact-nya.

Kalau psikologinya, kita sebagai manusia tahu signal senyuman dari orang yang amat berdedikasi atas tugasnya.

Secucuk jarum singgah ditubuh pada jam 3 pagi. Lega!!

Beliau tahu saya adalah Optometris dan isteri saya seorang Speech Therapist. 

Banyak bagi galakan untuk buka satu centre speech dan visual. Senang beliau nak refer. 

Beliau nampak lebih jelas apa yang saya buat pada pesakit beliau yang mengadu sakit kepala. Rawatan dan latihan terapi yang diberikan.

Kerana anak beliau mempunyai satu keadaan yang dipanggil Convergence Insufficiency. Berjam-jam saya bagi penjelasan pada beliau. Ya lah, bercakap dengan Doktor kan??😅

Siap kena buat demo lagi. 😆

Beliau juga berkongsi, ada mengambil anak angkat yang mempunyai masalah lambat bercakap. Hah! Isteri sayalah yang berkongsi pula.

Bagi saya, secara keseluruhannya, Doktor ini menggunakan seni membina hubungan, dan mencipta keadaan sebagai sebuah keluarga.

Banyak saya belajar dari beliau secara tidak langsung.

Inilah asas budaya dan nilai yang saya cuba terapkan pada syarikat yang kami bina, bersama dengan orang yang akan menjaganya.

Seperti kata-kata coach, sifu dan CEO ABS Holdings, Tuan Hir Effendy Md Tahir

"Sesuatu yang kekal pada sesebuah syarikat, adalah budaya, dan nilai-nilai baik yang dibawanya."

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

Selasa, 18 Oktober 2016

6 alasan mengapa perlu PECAT pelanggan yang tidak membawa kebaikan jangkamasa panjang.

Bukan setakat kita perlu pecat staff yang membuat kesalahan berat, tetapi pada pelanggan!

Sudah. Mengapa begitu?

Maksudnya kita perlu lebih fokus kepada kelompok pelanggan tertentu, kurangkan (atau pecat) aktiviti bisnes pada kelompok pelanggan yang telah dikenalpasti.

Apa pula alasannya?

Alasannya cukup mudah :

1. Bisnes sekarang adalah kepada berapa cekap kita dapat sampaikan mesej Value kepada pelanggan. Value hanya sebahagian kelompok pelanggan yang menghargainya. 

2. Masa kita amat terhad untuk berkembang. Ramai bijak pandai berkata, apa yang kita bina pada hari ini adalah untuk generasi yang akan datang.

3. Kurangkan kos yang tidak membantu menaikkan jualan syarikat. Jika ada buat marketing, kita rasa hebat, tapi angka jualan buat kita sedih... Ini namanya syok sendiri. Opps!

4. Syarikat lebih kukuh kerana 'follower' (pelanggan) yang sejati. Jika fahami psikologi mereka, generasi baru dari keluarga mereka akan terus menyokong bisnes kita. 

5. Dapat menghasilkan pasukan yang lebih fokus, komited dan kreatif. Mengapa boleh jadi begini? Kerana pasukan ada arah yang lebih jelas : cari pelanggan begini, utamakan pada mereka! 

6. Mewujudkan permintaan yang lebih berkesan. Ambil contoh kawan baik Steve Jobs, iaitu Steve Wozniak. Katanya tiada masa depan komputer yang jenis tidak boleh upgrade (sistem terbuka). Tetapi Steve Jobs percaya, masa depan syarikat Apple bergantung kepada permintaan komputer yang mempunyai 'sistem tertutup'. Ia permintaan untuk keselamatan penggunaan komputer.
 

.
.
Bagaimana nak buat?

Kita perlu belajar untuk fahami bagaimana model bisnes yang akan kita gunakan.

Gunakan kaedah yang paling popular, paling mudah difahami, pantas dirujuk dan terbukti berkesan :

"Busines Model Canvas." atau singkatannya "BMC."

Saya banyak belajar dari sifu-sifu sekolah bisnes ABS.

"Kejayaan bisnes bermula dengan FOKUS!"

* Nota : Kalau mahu kursus BMC spesifik untuk kedai Optometri/Cermin mata, Tuan/Puan boleh pm CikPuan Afiqah Idris.

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...