Ahad, 16 Oktober 2016

Next step dalam bisnes : Mula dengan coaching dahulu.

Setelah melepasi fasa survival bisnes, saya mendapatkan khidmat coaching dari ABS untuk menstrukturkan semula syarikat ke arah yang lebih baik.

Sebelum itu, cuba buat-buat sendiri. Lebih banyak masa, tenaga dan wang ringgit dihabiskan. Hasil pula tidak seperti yang diharapkan.

Masa kita sebenarnya tidak banyak. Gunakan sebaiknya untuk maju dalam bisnes.

 

Terdapat 4 kebaikan yang saya nampak apabila mendapatkan coaching :

1. 'Brainstorming' yang memberi kesedaran.  

Apabila hubungan coaching sampai ke peringkat kedua-dua pihak mulai memahami antara satu sama lain, seolah kita diberi idea 'pintu' mana yang perlu dipilih.
.
.
2. Membawa idea ke satu tahap yang lebih tinggi. 

Seorang coach yang baik akan set berada pada masa sekarang dan banyak mendengar dari kita. Tujuannya untuk bertanya soalan-soalan yang 'power'. Menyebabkan kita sedar sendiri, 'Kenapa tidak pernah terfikir ya?"
.
.
3. Supaya kita bertindak apa yang telah kita sasarkan. 

Bayangkan kalau kita seorang sahaja yang tahu idea kita, lama-lama kita mula tidak menyakininya. Akhirnya jadilah idea yang tiada tindakan. Dengan adanya coach, kita akan lebih mengarah supaya bertindak.
.
.
4. Mendapat panduan dan tip yang sukar diperoleh dari pembacaan. 

Kita kerap berkata akan kembangkan bisnes kita. Harapan yang semakin suram. Apabila kita mahu akan sesuatu, sifat teruja membina bisnes adalah perkara yang penting. 

Mencuba tip-tip baru yang praktikal membuatkan sifat usahawan itu akan lebih terserlah. Barulah kita semakin tahun arah yang kita mahu tuju didalam bisnes.
.
.
Apabila kita mahu lebih berjaya dalam bisnes, terutama bagi yang mengamalkan budaya urus cara korporat, coaching akan memberi 1001 kelebihan.

Timbul satu persoalan,

"Adakah kita sudah bersedia untuk mengambil langkah yang lebih berani dalam bisnes?"

Coaching adalah suatu permulaan yang baik!

Nota : ABS Optomedik juga menyediakan servis coaching kepada yang berminat. Pm CikPuan Afiqah Idris.

Shahrizal Redwan.
CEO ABS Optomedik.

Optometris yang mempunyai 3 skill ini, suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dirasai oleh pelanggan.

Selepas habis belajar 4 tahun kursus Optometri, kuasai 3 skill ini. Baru kita akan rasa setiap pemakai cermin mata itu sebenarnya unik.

Bila ia telah wujud pada diri, barulah kita akan lebih mudah digelar 'pakar' dalam bidang yang mencabar ini.

Jom kita lihat :

1. Kuasai Skill bercerita.

Percayalah, siapa yang tidak suka mendengar cerita. Guna versi baru atau fresh bagaimana mata kita berfungsi. 

Kaitkan dengan kehidupan pelanggan. Masuk sedikit elemen watak hero, watak jahat dan kelakar yang 'fun'. Siapa kata Optometris asyik persembahkan kes gaya saintis sahaja kan?

Cerita lebih mudah difahami apabila disusun plot-plotnya dengan baik. (Cerita tentang penglihatanlah! 😅)

 
.
.
2. Skill membiarkan pemakai cermin mata yang banyak bercerita.

Ini satu skill yang penting. Lagi banyak mereka cerita apa yang dirasai dengan power lama, penatnya mata mereka atau rasa tidak kena dengan cara melihat, lagi mudahlah untuk kita tahu kemungkinan puncanya dan rawatan yang sesuai.

Tipnya, banyakkan soalan-soalan dari yang jenis terbuka.
.
.
3. Skill bercakap dari hati atas ilmu yang dipelajari.

Perlu set awal-awal, kita akan guna ayat yang jujur, tidak menyakiti hati mana-mana pihak dan tahu makna bercakap jujur secara berseni. 

Tipnya, lihat dari sudut pandangan mereka. "Kalau aku ditempat mereka, apa yang mereka sukai dengar, dimasa yang sama mesej dapat disampaikan?"
.
.
Pakar dari sudut pandang masyarakat, bukanlah berapa sains kita boleh menerangkan akan sesuatu.

Tetapi bagaimana kita mengaitkannya dengan mudah dengan kehidupan mereka.

Kerana penglihatan, adalah anugerah sains yang diberikan kepada profesion Optometri.

Shahrizal Redwan
ABS Optomedik.

Jumaat, 14 Oktober 2016

Kesan gadjet kepada mata (penglihatan).



Bila kita lihat anak-anak terlalu taksub degan gadjet mereka, sampai satu masa kita sendiri mulai rasa risau. 


Risau pada perkembangan mereka dimasa akan datang.

.

.

Apa kesan kepada mata pula?


Saya lebih suka membincangkannya dari sudut pengalaman kami sebagai Optometris.  Ada dua keadaan yang selalu dijumpai iaitu :


1. Kanak-kanak yang sedia mempunyai rabun dan bermain gadjet.


Saya masih ingat lagi seorang kanak-kanak yang berumur 7 tahun, bernama Hakim. Baru setahun memakai cermin mata berpower -2.00 DS, telah meningkat kepada -3.50 DS. Ia kategori peningkatan power yang tinggi dalam setahun.


'Siasatan' tidak akan berhenti disitu. Dalam menghasilkan imej yang terang oleh mata kita, disebaliknya terdapat sebuah sistem yang sangat kompleks dalam menjalankan fungsinya. Ia dinamakan 'Sistem Penglihatan'. 


Hakim mempunyai satu keadaan yang boleh mengganggu aktiviti membaca di sekolah pada jarak yang dekat.


Begini. Apabila terlalu banyak masa diperuntukkan menghadap gadjet, mata akan berada pada tahap yang terlalu letih, sehingga matanya mengambil masa sehingga 6-8 saat untuk menjelaskan tulisan buku dan pada papan putih (Sedangkan ahli saintis telah mengkaji, mata manusia mampu menjelaskan imej yang dilihat dalam masa 0.35 saat sahaja).


Keadaan ini tidak bagus semasa sesi pembelajaran.


Bila berterusan, ia boleh membawa kepada potensi peningkatan power rabun yang lebih tinggi.


Paling hampir bagi menerangkannya adalah dari kajian yang dilakukan oleh Dr Francis Young, 'The Developement of Myopia' pada tahun 1971.


Apabila mata monyet sentiasa dirangsang seolah melihat pada jarak dekat (seperti orang yang melihat terlalu lama akan gadjet), terdapat peningkatan saiz bola mata.

 

Dalam kes rabun jauh, lebih panjang saiz bola mata, lagi tinggi power yang diperlukan oleh seseorang itu.


(Dalam program mengawal power rabun jauh, pendekatan secara spesifik akan ditumpukan kepada faktor yang boleh menyebabkannya.)


Beberapa penilaian akan dilakukan dan barulah cadangan akan diberikan. Latihan terapi dan juga cermin mata tempahan khas antara kaedah yang boleh dipilih.


2. Kanak-kanak yang tiada sebarang rabun tetapi bermain gadjet.


Agak sukar melihat kesan kepada kanak-kanak yang tiada power rabun. Kerana apabila mereka mengadu-ibubapa bawa ke kedai cermin mata-keputusannya adalah normal-tidak perlu pakai cermin mata.


Tapi sebenarnya...


Sistem penglihatan mereka telahpun memberi kesan kepada deria melihat. Bukan dengan wujudnya rabun, tetapi perkara lain.


Penilaian khas perlu dilakukan. Jika dibiarkan, tumpuan semasa belajar akan mulai terjejas.


Selama hampir 7 tahun kami fokus kepada kaedah terbaik bagi membantu masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang suka akan gadjet ini. Setiap dari mereka adalah unik.


Ya, diakui. Kita tidak boleh menghalang 100% penggunaan teknologi. Tapi bila kita mulai tahu kesannya terhadap masa depan anak-anak kita, pasti kita akan lebih bermotivasi untuk membantu mereka.


Terutama sekali pada deria yang paling berharga buat seorang kanak-kanak,


"Mata yang memberi rasa deria melihat."


Shahrizal Redwan.

Optometrist.

CEO ABS Optomedik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...