Rabu, 27 Januari 2016

10 perkara tentang ’Pembunuh’ kejayaan PELAJAR CEMERLANG : Convergence Insufficiency.


Convergence Insufficiency sangat suka pada orang yang suka buat kerja dekat.. lama-lama, sekejap-sekejap atau kadang-kadang buat kerja dekat pun boleh ada problem ni. Sakit kepala MENGHANTUI hidup bertahun-tahun.

Bukan suatu penyakit, ia kecelaruan kemahiran yang boleh di atasi dengan teknik rawatan yang di design khas mengikut tahap convergence insufficiency nya itu.
.
.

Daripada pengalaman selama 10 tahun kendalikan kes convergence insufficiency ini, apa yang saya dapat simpulkan adalah :

+ Masalah ini PENGARUHI AKTIVITI seseorang untuk laksanakan sesuatu kerja dengan baik. Selalunya ia memusnahkan motivasi tersebut. Bila mata tidak dapat bertahan buat kerja dekat,  sistem tubuh akan memaksa kita berhenti melakukannya. 

+ PEMALAS adalah apa yang orang lain akan gelarkan individu yang punyai Convergence Insufficiency ini.

+ Setiap tempoh fasa pemulihan seseorang itu, ia berbeza-beza mengikut tahap kemahiran mata/penglihatannya. Ada yang 3 bulan sudah berjaya atasi, ada juga yang sudah 3 tahun masih lagi dalam rawatan.

+ Orang yang punyai convergence insufficiency, adalah seorang yang bijak, rajin dan kreatif. Sebelum rawatan diberikan, mereka telah bertahun-tahun lakukan aktiviti dalam keadaan 'stress' atau terbeban. Selepas dirawat, mereka akan lebih pantas belajar, lebih banyak berfikir dengan 'smart' dan lebih memahami apa yang dibacanya. Sebab kemahiran otak memproses maklumat dari penglihatan, menjadi sangat mudah. 

+ Rawatannya adalah berkaitan 'training'. Latihan demi latihan, sehingga pancaindera mata yang menghasilkan penglihatan akan bekerjasama dengan sangat efisien dengan arahan yang diberikan oleh pusat kawalan tubuh (otak).

+ Convergence Insufficiency boleh diibaratkan sebagai PEMUSNAH KEJAYAAN secara SENYAP! Setiap kes yang saya jumpa, rata-ratanya telah gagal dalam satu-satunya peluang untuk mereka peroleh kehidupan yang lebih baik. Ada yang terpaksa tukar kursus kedoktoran, ada yang langsung tak suka kerja yang pakai komputer, dan ada juga yang telah dilabelkan sebagai PELAJAR BODOH dan LEMBAB. Keadaan Convergence Insufficency akan mengarahkan mereka kepada keadaan tersebut.

+ Sahabat baik mereka yang alami kecelaruan ini adalah SAKIT KENING, SAKIT KEPALA, SUSAH BERI TUMPUAN. Pada tahap yang lebih serius, IMBANGAN BADAN TERJEJAS dan KERAP MUNTAH akan warnai sepanjang kehidupan mereka.

+ 'Scan' otak (MRI) tidak boleh mengesan masalah Convergence Insufficiency. Ia melibatkan kepada masalah KEMAHIRAN, bukan cacat fizikal. Saya nyatakan kerana rata-rata yang alami masalah ini, telah lakukan MRI (kerana sakit kepala yang serius), dan tiada apa-apa kecacatan pada fizikal otaknya. Last-last, perkataan "Awak ada MIGRAIN!" sinonim selepas itu. 

“Saya beri perumpamaan, kalau kita tahu seseorang itu tidak pandai memandu kereta, mereka perlulah berlatih cara nak memandu kan? Inilah yang saya maksudkan KEMAHIRAN.”

+ KUAT TIDUR. Bukanlah mereka ni betul-betul suka tertidur. Tidur atau terlelap adalah satu anugerah dari pencipta kita. Bila dikaji-kaji, sebenarnya tidur adalah satu alat komunikasi antara otak dan mata. Otak salah satu fungsinya adalah untuk melindungi fizikal tubuh dan sistem 'pengurusannya'. Bila seseorang itu punyai masalah Convergence Insufficiency, SISTEM PENGLIHATANnya dalam keadaan sangat terbeban. Otak akan aktifkan FASA TIDUR supaya mata yang hasilkan penglihatan boleh berehat.

"Sebab itu orang yang ada Convergence Insufficiency, lebih kerap tertidur atau terlelap, walaupun mereka telah tidur secukupnya di malam hari. KUAT TIDUR adalah label yang selalu kita berikan."

+ Purata 3 daripada 10 kes punyai MASALAH SEBELAH MATA YANG TIDAK BERFUNGSI (bila buat aktiviti tertentu). Selepas fasa sakit kepala pada satu tempoh masa (bertahun-tahun), otak telah tahu bagaimana cara nak kurangkan sakit kepala ini. 

"Otak akan ‘putuskan’  sementara hubungan saraf pada sebelah mata. Umpama tekan satu suis, apa-apa maklumat imej dari satu mata tidak akan diterima oleh otak. Hanya imej dari sebelah mata sahaja akan diproses. Ia mungkin pada waktu tertentu sahaja. Kemahiran ini dipelajari oleh otak bertahun-tahun, untuk satu tujuan : menghalang sakit kepala yang berterusan. Ia dinamakan SUPPRESSION. Boleh menjadi punca JULING sekejap-sekejap dan akhirnya menjadi kekal."
.
.
.

Convergence bermakna kedua-dua mata mengarah ke dalam atau perkataan lainnya MENUMPU.

Insufficiency bermaksud TIDAK CUKUP.

Kesimpulannya, Convergence Insufficiency adalah :

“Satu kecelaruan yang berlaku kepada DERIA, pekaitan antara saraf dan otot (Neuromaskular) yang tidak cekap semasa penglihatan dihasilkan dengan penggunaan kedua-dua mata. Ia dikategorikan kekurangan kemahiran untuk mata mengarah pada satu sama lain atau kekalkan kemahiran menumpu.”

.
.

Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar.

Ahad, 24 Januari 2016

“Dulu ok sekarang hanya 20 minit boleh baca buku..”



Walaupun tiada kajian yang di lakukan, tapi di kawasan Kuala Kangsar dan Ipoh, peningkatan berganda akan suatu masalah penglihatan yang semakin SERIUS : Pelajar mengadu seperti MASALAH PENGLIHATAN ORANG TUA!

Apa maksudnya?

Orang yang telah berumur akan punyai kemahiran membaca yang sukar pada jarak yang dekat. Kerana otot mata yang telah lemah akibat dari peningkatan usia. Ia adalah proses semulajadi yang normal dan boleh diatasi dengan pembetulan refraksi (cermin mata, kanta sentuh).

Tetapi individu muda yang dah ambil pembetulan refraksi, masalah ini tidak akan selesai atau pulih seperti biasa. Ia melibatkan KEMAHIRAN, yang bermaksud bagaimana otot mata :
+ Dikawal, 
+ Bekerja, 
+ Rehat,
+ Berdaya tahan.

Dan,

Bagaimana OTAK proses dan seterusnya hasilkan 
+ Penglihatan yang berdaya tahan 
+ Imej yang berkualiti.
+ Kemahiran penglihatan yang lebih tinggi (Visual spatial, Visual Analysis, Visual Motor dan Visual Auditory)

Tak fahamlah! Secara mudahnya masalah apa ni?

“Apa-apa yang mata cuba lihat lama-lama jarak yang dekat, seseorang itu tidak akan ada tumpuan yang baik! Boleh lihat sekejap sahaja. Banyak ‘rasai’ keadaan yang tidak selesa.”

Kita ambil contoh jika beliau seorang PELAJAR. Dahulunya pintar, pandai dan rajin, telah berubah jadi pelajar yang tidak lagi pintar, tidak lagi pandai dan nampak seperti pemalas.

“Dia dah berubah!” Kata ibubapa yang pernah berjumpa dengan saya.

Kalau cek mata secara biasa-biasa sahaja (macam nak tempah cermin mata), masalah ini TIDAK AKAN DAPAT DIKENALPASTI!

Pemeriksaannya lebih spesifik dengan teknik khusus khas untuk individu yang punyai masalah ini.

Apa kesan kalau tak di rawat?

“Mahu berjaya perlukan tumpuan yang baik dan dapat dilakukan dengan konsisten. Bila berlaku ‘gangguan’ masalah ini, pintu-pintu kejayaan akan semakin tertutup. Kejayaan memang banyak bergantung kepada berapa kualiti maklumat yang diterima oleh manusia melalui pancainderanya, paling penting ialah penglihatan kita.”

Kita masih lagi ambil contoh jika seseorang itu adalah pelajar…

Pelajar tak tahu nak mengadu dekat mak ayah dan guru (tentang masalah tumpuan masa membaca)..

Mereka pun tak tahu nak mula dari mana..
+ Mereka sakit di kawasan dahi.
+ Sakit kepala, pening
+ Tak boleh salin nota dalam kelas lama-lama.
+ Tak boleh buat kerja sekolah lama-lama dekat rumah.
+ Cukup tidur pun masih rasa mengantuk.
+ Selalu rasa nak termuntah.
+ Ada masa tulisan buku jadi kabur, ada masa yang jauh pun kabur.
+ Tidak sedar otak proses maklumat dengan gaya yang sangat perlahan.

Kalau tidak dirawat pelajar tiada lagi motivasi nak belajar bersungguh-sungguh, kalau dari darjah satu dah ada masalah ini, mungkin anak kita di kategorikan sebagai PELAJAR YANG TIDAK PINTAR!

Sebenarnya mereka adalah BIJAK!

Ada juga yang telah dikenalpasti seperti ada Dyslexia, ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder), ADD (Attention Deficit Disorder) dan Migrain.

Ada beberapa kes, sebenarnya.. Mereka hanya punyai masalah penglihatan. 

Apa perubahan yang akan berlaku kalau ambil rawatan dengan segera?

“Baru satu bulan anak saya dapatkan rawatan, tapi dia dah jadi orang lain. Dulu tak pernah dia baca buku cerita (atas kehendak sendiri). Sekarang 3-4 buah buku seminggu! Saya nampak ada peningkatan akademik dalam Exam tahunan baru-baru ini.”  

Kata Cikgu Johari. Anaknya berumur 9 tahun.

Selepas 3 tahun baru Cikgu Johari tahu punca sebenar kenapa Aisyah tiada tumpuan dalam pembelajarannya. 

Bukan punyai ‘Dyslexia’ (kecelaruan pembelajaran) seperti.

Ini kisah benar, ada saya masukkan video temuramah dengan Cikgu Johari dalam Facebook Rizal Optometris.
.
.
“Sakit kepala saya ni dah dua minggu, terpaksalah MC 2 minggu ni. Dah pergi bermacam klinik, tapi sakit lagi.”

Encik Khalid, 33 tahun dan bekerja sebagai engineer membina terowong di negeri Pahang. Dah dua kali beliau bertukar spek kerana ingat powernya telah naik.

Keadaan Encik Khalid sama seperti adik Aisyah, tetapi mata kiri beliau kadang-kadang nampak mengarah keluar.

“Patutlah time saya nak tengok ‘plan’ projek, kena kuat-kuatkan pejam mata baru boleh nampak selesa sikit. Tambah lagi bila dah rasa letih.” balas Encik Khalid

Beliau ambil rawatan, otot matanya lebih kuat 'memegang' bola matanya, agar tidak 'lari' keluar lagi.

Apa cara rawatannya?

Bergantung kepada penilaian cara mata melihat, rawatan akan diberikan berdasarkan kepada 2 perkara :

+ Komponen mata yang digunakan dalam menghasikan penglihatan.
+ Pusat kawalan penglihatan (otak) yang mengawal bagaimana penglihatan itu di 'proses'.

Semua cara ini akan di awasi oleh Optometris berpengalaman.

Apa nama saintifik keadaan ini dan cara mudah nak dapatkan maklumat lanjut dalam 'Google' ?

Convergence Insufficiency.

.
.
Wujudkan 'persekitaran' yang selesa untuk anak-anak kita belajar..

Beri peluang pada diri kita untuk lebih berjaya dalam kerjaya..

Mulakan dengan penilaian cara mata anak dan kita sendiri (pemeriksaan mata intensif).

Apabila penglihatan semakin selesa dan berdaya tahan, kita akan lebih fokus dan lebih mudah kecapi sebarang kejayaan.

"Kerana Kejayaan bermula dengan Penglihatan yang baik."
.
.
Shahrizal Redwan, Optometris.
Kuala Kangsar, Perak.
Temujanji : Whatsapp 019-4477963

Rabu, 20 Januari 2016

Jika selalu SAKIT KEPALA, stori ini sesuai untuk anda! Kisah Benar BERJAYA ubah HIDUP!



2 tahun yang lepas seorang lelaki, lewat 20an datang berjumpa dengan saya. Datang temani isteri nak buat spek baru. Beliau pun nak cek mata juga. Bila saya test time nak baca pada jarak dekat, kadang-kadang dia pakai SEBELAH MATA SAHAJA!
Terkejut kawan!
Terkejut pula saya bila berkerutnya muka dia!
Seolah ‘tamparan’ hebat padanya!
Mata kirinya telah di ‘OFF’ bila membaca. Saya tunjuk dekat beliau teknik yang saya gunakan, dan barulah beliau faham.
Suasana jadi hening seketika…
Seolah berat beliau nak ceritakan, tapi saya seolah tahu beliau ingin bercerita pada saya..
Beliau tengah cari di mana hendak bermula..
Dekat 11 saat beliau memalingkan muka dan menundukkan sikit kepalanya. Seolah berfikir masalah yang sangat berat.
“Dulu saya tahu ada yang tak kena dengan saya. Paling ketara masa saya dekat Universiti dulu. Dah macam-macam klinik saya pergi, siap scan otak lagi. Masa tu saya tak boleh nak baca lama-lama. Sakit kepala tu yang tak tahan. Pening berpusing sampai rasa nak muntah.”
“Awek pun putus dengan saya…”
Hahahaha… Ingat serius sangat lah brader ni.
Mungkin nak pujuk hatinya yang tengah bersedih.
.
.
Rupanya beliau ambil jurusan perubatan pada masa tu, boleh jadi doktor lah sepatutnya hari ini.
Tapi, masuk tahun ke 2, matanya dah tak boleh terima bebanan ketika membaca. Beliau sendiri tak tahu puncanya mungkin kerana mata. Akhirnya beliau mengalah! Mengalah bukan kerana tidak pandai, tapi tahu dah tak boleh ‘bawa’ jurusan doktor ni.
Al-Maklumlah, belajar nak jadi doktor ni kena banyak study, banyak membaca.
Beliau tukar jurusan lain. Beliau tak cerita pula dekat saya jurusan apa.
Saya lihat dekat rekod yang telah diisi, saya pula rasa terkesima, beliau kerja biasa-biasa sahaja.
“Sekarang semua kerja nak kena guna komputer, saya tak tahan hadap lama-lama.”
“Sakit kepala guna komputer tu sama macam saya belajar dahulu.”
Terjawab persoalan mengapa beliau sendiri memilih kerja yang tiada kaitan dengan komputer.
.
.
Saya berikan ikhtiar yang saya boleh bantu sebagai seorang Optometris. Banyak pula beliau bertanya pada saya profesion ni, katanya saya macam TUKANG TILIK. Macam tahu-tahu je dulu beliau selalu sakit kepala membaca dan pening tengok komputer.
Ia bermula dengan SIASATAN KUALITI PENGLIHATAN dan jawapan dari 5 soalan.
Sebab 5 soalan yang saya tanya, jawapan beliau adalah ‘YA’.. (nanti saya kongsi apa soalan yang saya tanya tu nanti.)
Apa yang saya lakukan?
Saya mudahkan apa yang saya bantu pada penglihatan beliau. Hanya 2 teknik asas iaitu,
+ Baiki komponen mata bekerja supaya EFISEN dan KONSISTEN.
+ Rangsang, rawat dan pulihkan pusat kawalan (otak) yang mengawal cara komponen mata bekerja.
.
.
Cerita ni dah 2 tahun yang lepas. Bulan lepas beliau datang bersama famili, daftarkan sekali 2 orang anaknya untuk masuk ke
“Program Mudahkan BELAJAR dengan Terapi Penglihatan Mata.”
Dianjurkan oleh Rizal Optometris Kuala Kangsar.
Anaknya akan ambil EXAM tahun ini, seorang SPM, seorang lagi akan duduki PT3.
Jika lebih awal diberikan rangsangan, lebih mudah membaca dengan PANTAS, LEBIH LAMA, dan lebih FOKUS.
Pada pengalaman saya, sekurang-kurangnya 3 bulan diperlukan untuk mencapainya.
Kemampuan syarikat setakat ini hanya boleh ambil lagi 80 orang sahaja lagi.
.
.
Bila saya tanya Tuan Azlan (baru nak beritahu nama dia ya, asyik ‘beliau’, ‘beliau’, ‘beliau’ je! Hahahaha..😆), beliau buat apa sekarang,
“Saya dah buka kedai sendiri, buat percetakan grafik.”
Sekali lagi saya terkesima! Kalau grafik, bukankah beliau perlu guna komputer lama-lama?
Sakit kepala guna komputer lama-lama dah jadi lipatan sejarah!

Shahrizal Redwan, Optometris.
Terapi Penglihatan Mata Rizal.
Kuala Kangsar, Perak.
Whatsapp 019-5052194.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...