Rabu, 9 November 2016

Ini tip bagaimana nak imbangkan gaya hidup peribadi dengan bisnes.

Lagi besar matlamat kita didalam bisnes, lagi rasa sempitlah masa yang ada satu hari itu. 24 jam rasa tidak cukup-cukup. Tekanan! Tekanan!


Sehingga ada orang bijak bisnes berkata.


"Kalau kita bawa sesuatu kerja, pulang ke rumah, bermakna kita bukanlah seorang yang pandai mengurus masa."


Sudah.. Di copnya kita pula yang tidak pandai. Apa kata kita mula buat tip dibawah, supaya masih ada masa kita untuk kita 'enjoy' kehidupan kita sendiri.


1- Tetapkan terus apa sebenarnya maksud 'enjoy' dalam hidup kita. Ada orang nak tidur satu hari tanpa diganggu, ada pula 2 minggu sekali pergi bercuti dan ada pula, janji dapat menonton wayang sebulan sekali. Jadi.. Tetapkan ikut definisi sendiri.


2- Berhenti cakap, "Aku sibuk!"


Bayangkan bila orang hampiri kita, kita kata ayat di atas. Sedihnya lagi, anak kecil kita yang mahukan perhatian, juga kita kata, "Papa sibuk!". Buang jauh-jauh ya.

 

3- Bila kita jauh dari tempat kerja, pastikan kita betul-betul 'jauh'.


Tumpukan pada orang disekeliling selepas kita pulang kerja. Sahabat, anak-anak mahupun pasangan hidup kita. Tinggalkan masalah bisnes!


4- Orang bisnes kalau dapat idea, tulis dahulu cepat-cepat, elak di fikir lebih mendalam.


Bila kita fikir lebih mendalam, fokus kita akan lebih kepada kerja. Sedangkan pada masa itu kita sedang meluangkan masa bersama keluarga. Bersikaplah adil pada mereka ya. Bukan fizikal sahaja, tapi minda sekali.


5- Ada masa sendiri.


Begini, ia masa yang paling kita suka untuk buat sesuatu, secara berseorangan. Baca Novel JK Rowling ke.... 😊

.

.

Mengapa penting sangat untuk imbangkan masa bisnes dengan masa peribadi?


Supaya kita tahu makna untuk terus hidup bahagia sebagai seorang manusia yang normal.


Lagi satu... Barulah lebih keluar idea-idea bisnes yang lebih kreatif dan bertenaga!



Selasa, 8 November 2016

5 cara mudah ubah bisnes kepada yang lebih baik.

Hanya 3 daripada 10 syarikat akan berjaya membawa sesuatu perubahan pada bisnesnya.

Apa yang 3 syarikat ini lakukan?

+ Bila ada sahaja perubahan, mereka akan anggap staff tidak tahu menahu. Mereka aktif memberi penerangan. 

+ Yakinkan pasukan bisnes bahawa perubahan dapat dilaksanakan dengan baik. Ia membuang rasa takut bisnes yang tidak stabil.

+ Galakkan staff terlibat sama dengan perubahan yang ingin dilakukan. Boleh berikan projek-projek kecil untuk mereka uruskan. 

+ Tunjukkan jalan bagaimana perubahan boleh menguntungkan mereka (staff).

 
.
.
Apa nak mula dahulu?

1. Cipta bisnes model dahulu. Kenalpasti yang sedia ada, kelemahan dan bina yang baru bagi meningkatkan pendapatan dan keuntungan.

2. Laksanakan dalam skala yang kecil. Ambil maklumat, perbaiki semula. 

3. Bila dah nampak apa sebenarnya 'problem' yang boleh diselesaikan, jual solusi itu pada skala lebih besar.

4. Sentiasa perbaiki, perbaiki, perbaiki.. 

5. Bersiap sedia untuk buat perubahan!

Isnin, 7 November 2016

Bertindak 10 perkara ini dalam bisnes, untuk kekal berbisnes 5 tahun yang akan datang.

Jika tidak berubah cara berbisnes (pada hari ini) untuk lima tahun yang akan datang.......

Saya cuba mengelak kesilapan sama berulang selama 3 tahun permulaan berbisnes. Mudah sahaja untuk terangkan apa kesilapan itu. 

"Saya tidak tahu bagaimana susunan langkah yang betul. Apa sebenarnya langkah pertama untuk mendirikan bisnes yang berjaya, cara masa sekarang. Bukan cara lama."

Semasa mengikuti penulisan Puan Ainon Mohd , aktivis pendidikan bisnes, mula saya memahami satu persatu langkahan pertama bisnes.

Bagai lagak seorang arkitek (antara impian saya dahulu), saya mula melakarkan idea satu persatu. 

Saya kongsikan bagaimana saya lakukannya :

1. Carta alir untuk pulihkan bisnes dalam tempoh lima tahun. 

Masa ini saya buat turutan : 1. Cipta USP, 2. Persediaan menjadi Leader (perlu pandai beri latihan), 2. Cipta pasukan, 3. Bina organisasi impian, 4. Eksperimen skala kecil, 5. Strategi tiada persaingan dengan 'profit' yang lebih tinggi, 6. Beri fokus setiap masa untuk pendapatan yang stabil.

2. Buat kajian pada syarikat 'start up' yang berjaya dari dalam dan luar negara. 

Saya buat kesimpulan kejayaan mereka (ikut apa yang saya nampak) dan saya failkan. Bila dah banyak, nampak satu corak : "Fokus kepada pasukan yang boleh membawa mesej yang sama dengan syarikat."

3. Strategi Laut Biru. 

Buku paling lama saya kaji untuk disesuaikan dengan industri eyewear. Banyak kertas BMC jadi mangsa. Akhirnya saya nampak sesuatu : "Buat apa yang pesaing tidak akan buat." Contohnya saya pastikan setiap pelanggan diberi maklumat selain rabun, masalah 'Vision Dysfunction' juga ada pada seseorang. Wujudlah servis baru, 'channel' baru untuk pendapatan syarikat.

4. "Konsep jimat pada tempat yang betul, labur banyak pada tempat yang betul." 

Mulanya berpuluh ribu wang dihabiskan untuk R&D bagi mencipta cara terbaik sesuaikan seseorang individu dengan cermin matanya. Lahirlah 'Cermin Tempahan Khas'. Pelaburan yang tepat sehingga ia USP paling berpengaruh untuk syarikat.

5. R&D sentiasa berjalan. Mata-mata gelap syarikat!

Tiga fokus utamanya : 1. Kesan perubahan cara membeli pelanggan, 2. Mengesan sistem dan produk yang tidak bersesuaian dan gantikan dengan yang lebih baik, 3. Cipta dan eksperimen sumber pendapatan baru kepada syarikat.

6. Organisasi impian (lebih efektif) sentiasa diperbaharui. 

Setiap 3 bulan, akan ditentukan sama ada organisasi yang lepas mencapai KPI yang ditetapkan. Jika tidak, ia akan diubah. Perlu jadi leader yang agak kental, bila nak buat keputusan pegawai lama, perlu serahkan tugas pada pegawai baru.

7. 'Alat bantu bisnes' akan cuba dikuasai dan dipilih yang paling bersesuaian. Ada yang diubah sedikit agar pasukan bisnes lebih mudah memahaminya. Sangat membantu.

8. Seni menjual menjadi keutamaan. 

Setiap pegawai berjawatan tinggi perlu melalui fasa menjual dahulu. Beliau perlu tahu bagaimana syarikat beroperasi. Hubungan yang dibina bersama pelanggan dan budaya positif yang dicipta. Supaya mereka faham 'core value' yang syarikat bawa.
 
9. Kajian kelemahan industri, dan cara memperbaiki. 

Hampir 2 tahun saya ambil masa untuk kaji dari pelbagai aspek. 20 kelemahan telah disenaraikan. Sehingga hari ini baru separuh dari senarai itu berjaya diatasi. R&D masih menjalankan tugasnya sehingga ke hari ini.

10. Baca masa depan. 

Ada beberapa kajian dari syarikat yang mengkaji industri eyewear ini. Satu kajian boleh mencecah harga sehingga RM 5,000. Kajian ini memudahkan mengatur kembali 'road map' lima tahun, agar apa yang mahu dicapai, pada arah yang tepat.
.
.
Benarlah apa yang orang bijak pandai bisnes berkata,

"Apabila seseorang itu berkali-kali terjatuh, kejayaan yang lebih bermakna, adalah apabila beliau sentiasa percaya..."

"Beliau boleh dan akan bangkit semula!"

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...