Ahad, 13 Mac 2016

Jika 4 kemahiran penglihatan ini tidak cekap, TUMPUAN BELAJAR anak kitaakan terganggu.


Ada masa bila kita nak membaca, seolah-olah rasa 'kosong' dan tak faham apa yang kita baca. Ia boleh menjadikan tumpuan kita telah terjejas untuk mendapatkan sesuatu maklumat dari apa yang kita lihat.

Maklumat yang dimaksudkan adalah ciri-ciri yang terdapat pada imej itu. Kejelasan, kualiti warna, bentuk, mahupun kedudukan imej tersebut.

Bila maklumat yang diterima berkualiti, barulah otak dapat memprosesnya dengan pantas dan menghasilkan tindakan untuk memahaminya dengan baik. Dengan kata lain, mempunyai tumpuan yang lebih baik.

Ini adalah 4 kemahiran tersebut yang perlu seseorang itu ada :

+ Melihat sesuatu objek dengan arah yang tepat. (Fixation)

+ Dapat mengikut objek yang bergerak atau pergerakan mata dibuat mengikut turutan yang tepat. (Following)

+ Apabila telah kenalpasti apa yang mahu dilihat, mata akan bekerja untuk bagi terang imej objek tersebut. (Focus)

+ Boleh menggabungkan imej yang terhasil dari mata kanan dan mata kiri, kepada satu imej 3D. (Fusion)
.
.
.
Paling banyak kes masalah penglihatan yang saya temui adalah daripada pelajar. Mereka amat memerlukan TUMPUAN untuk memahami apa yang mereka belajar di sekolah mahupun semasa mengulangkaji pelajaran di rumah.

TUMPUAN boleh dibantu dengan meningkatkan  4 kemahiran di atas, agar mereka cemerlang di dalam pembelajaran.

Kes kedua paling banyak pula, individu yang banyak menggunakan komputer dan gadjet.

-Shahrizal Redwan, Optometris.

Jumaat, 11 Mac 2016

7 jenis orang cek mata yang akan anda jumpa! Serius ke ni?!



Dekat bawah, saya senaraikan apa yang saya rasa orang yang cek mata ni, boleh jadi. Ada yang ok, ada yang kurang ok.. Hehehehe..

Sebelum tu, ilham artikel ini ditulis adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sebelum saya bergelar Optometris lagi.

+ Bekerja di makmal.
Suka ambil masa yang lama untuk buat keputusan power kita yang sesuai. Kalau lama dalam keadaan fun ok jugakkan?

+ Jentolak 'man'.
Masa kita pakai spek yang boleh tukar-tukar power tu, cara dia masukkan kanta tu dah rupa jentolak! Main tolak masuk kanta power tu sampai sakit-sakit hidung nih!

+ Jeneral Askar Wataniah.
Kalau dapat type ni, pengalaman 'garang' adalah sesuatu yang akan anda tempuhi. Ikut je arahan beliau! Kalau tidak, 'pam ping' 100 kali! 😁

+ Mak Bedah sebelah rumah.
Alahai! Kenapa lah cakap tak berhenti-henti ni. Nak cek mata je kot.

+ Lawak King
Ada yang kita jumpa dia pandai cuit hati kita. Inilah yang kita panggil terapi emosi. Bagaimana jenaka beliau buat kita tersenyum lepas keluar dari bilik cek mata.

+ Chef kali pertama masuk rancangan TV.
Prosedur cek mata tu dah macam resepi yang perlu ditunjukkan cara memasaknya. Satu demi satu langkah cek mata dilakukan. 😁

+ "Stress control" consultant.
Kalau kita kenal dengan perwatakan orang yang cek mata tu pendengar yang baik, luahkan je lah masa cek mata tu. Hilang sikit stress. Tapi pada yang kita percaya je lah ya. 😊
.
.

Itu serba sedikit pengalaman saya. Saya percaya, pasti ada yang mengalami pengalaman yang lebih berbeza.

Paling penting, kita suka orang layan kita dengan baik.

Best lagi, beli cermin mata harga RM 100 sahaja, tapi layanannya macam kita beli harga RM 1,000!

Kalau saya pun akan jadi pelanggan kedai tersebut.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Pakai spek kejap-kejap, boleh kontrol power rabun jauh tak?


Secara asasnya cara ini TIDAK BOLEH di amalkan tanpa sebarang penilaian cara mata bekerja. Tapi, ada sesetengah kes ianya BAGUS untuk mata.
.
.

Ahh sudah… Kejap tak boleh, kejap bagus.. Mana satu ni? 
Sebenarnya ia ikut kepada keadaan.
.
.
Keadaan yang TIDAK BOLEH pakai sekejap-sekejap (kena pakai sekerap yang mungkin) :

+ Apabila power rabun jauh yang dipakai membantu mengawal sistem penglihatan yang lain dengan lebih baik.

+ Sistem kawalan untuk mata bekerja sebagai satu unit adalah normal dan lebih berdaya tahan ketika spek dipakai.

+ Sistem Fokus dalam keadaan yang lebih efisen dan berdaya tahan ketika spek dipakai.
.
.

Keadaan yang BAGUS spek sedia ada ditanggalkan (kebanyakan kes ketika buat kerja-kerja dekat) :

+ Bila cermin mata yang dipakai adalah power yang terlebih. (individu itu sendiri tidak sedar power beliau terlebih)

+ Sistem fokus menjadi lebih cekap dengan menanggalkan spek yang dipakai.

+ Kedua-dua mata bekerja lebih baik sebagai satu pasukan.
.
.
Sebenarnya sehingga hari ini, saintis masih berusaha mencari cara atau teknik untuk mengawal power rabun dengan lebih berkesan.

Malangnya, masih tiada cara yang betul-berul berkesan untuk semua orang.

Tetapi dalam proses mencari cara/teknik tersebut, saintis menemui salah satu punca yang menyebabkan rabun jauh semakin naik powernya. 

"Jika mata sentiasa dalam keadaan 'stress' (penat/terbeban), ia akan mengganggu sistem-sistem penglihatan kita. Bila berterusan, power rabun perlu ditambah kerana sistem penglihatan tidak lagi cekap menghasilkan imej yang terang."

Bila spek dipakai sekejap-sekejap, sebenarnya ia telahpun mengganggu sistem penglihatan kita. Bukan kontrol power dah, tapi bagi naik lagi power rabun adalah!
Jadi hati-hati ya..😊
.
.
Bagus tidak semesti ianya normal atau kebanyakan orang lain buat seperti apa yang kita buat.

"Membaca (buat aktiviti dekat) dengan menanggalkan cermin mata, bukanlah sesuatu tanda yang baik. Ia antara kesan pemakaian power rabun jauh yang berlebihan dari sepatutnya."

Saya yakin, adanya antara kita, memakai power yang terang, tapi tidak sedar, powernya terlebih dan merosakkan sistem penglihatan yang lain.

Lakukan penilaian cara mata kita melihat, dan kita 'set' cukup 6 bulan sekali kita buat.
Ada berani? Hehehehe..😊


-Shahrizal Redwan, Optometris.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...