Rabu, 25 November 2015

Pembahagi jalan GHAIB!


Seorang Ustaz datang berjumpa saya. 
Sembang punya sembang, beliau cerita sesuatu yang menarik minat saya.
"Kalau saya nak masuk sesuatu simpang jalan, saya kena drive slow-slow... Tapi selalu juga nak terlanggar 'pembahagi jalan'."
.
.
Daripada ceritanya saya dah syak sesuatu yang tidak kena dengan penglihatannya.
Saya lakukan beberapa test, buat ukuran berkali-kali, dan nilaikan keadaan cara Ustaz melihat ketika letih.
Jauh tersasar hasil penilaian 'cara melihatnya', jika nak dibandingkan dari tahap yang sepatutnya.
.
.
Beliau memilih bingkai plastik dari jenama CHEETAH bersaiz 51mm. 
Kantanya pula dari TEMPAHAN KHAS, istimewa untuk mengurangkan masalah yang Ustaz hadapi.
.
.
Semua orang boleh memakai cermin mata yang biasa-biasa. 
Tetapi....
Ada masa dan ketika, dengan sedikit 'adjustment', kualiti penglihatan seseorang dapat dipertingkatkan.
Ia dapat memberi 1001 makna pada kehidupan seseorang.
.
.
Shahrizal Redwan.
Optometris.

Mata PEMBURU bersinar bila BERGELAP!!


Bila kita memandu kereta di waktu malam yang gelap, ada daripada kita pernah terlihat sepasang mata bercahaya mengalihkan padangannya ke arah kita! MEREMANG BULU KENING!

Bila kereta makin dekat ke arahnya, barulah kita nampak ia haiwan comel berbulu lebat yang baru terjaga dari tidurnya. 

"Oh! Kucing!" Lega.... Hehehehe..

Mengapa matanya bersinar terang tidak seperti manusia diwaktu malam? (tak sama ya dengan 'red eye' manusia bila kena flash kamera).

Kucing adalah pemburu yang hebat!
Mereka boleh menangkap tikus dalam keadaan gelap gelita tanpa ada masalah.

Mereka sangat cekap kerana matanya mempunyai 'design' mata sebagai pemburu!
(Kalau kucing yang makan friskies tu mungkin slow sikit jadi pemburu nih..kih kih kih..)
.
.
.
Pada matanya terdapat satu lapisan istimewa yang dinamakan TAPETUM LUCIDUM.

Bila dalam keadaan yang sangat gelap, tidak semua sumber cahaya akan terjatuh pada saraf mata kucing (pada fotoreceptor). 

Dengan adanya lapisan Tapetum Lucidum ini, cahaya tadi dipantulkan agar mengenai semula pada saraf reseptor buat kali kedua.

"Haiwan yang aktif pada waktu malam, mempunyai mata yang bersinar. Ini terjadi kerana terdapat satu lapisan boleh pantul di belakang retinanya." Kata Dr Cynthia Powell, Veteranary Ophthalmologist, di Colorado State of University.

Warnanya yang bersinar juga dipengaruhi oleh pigmen yang terdapat pada mata haiwan tersebut.

Walaupun pada spesis yang sama, jenis kucing juga memberikan warna bersinar yang berlainan. 

Kucing biasa mempunyai warna bersinar kehijauan, manakala kucing SIAM warna bersinarnya lebih kekuningan.
.
.
Walaupun mata manusia tiada lapisan ini, kepentingan melihat pada waktu telah dikaji sehingga menghasilkan pelbagai alat dan teknologi seperti kamera Infrared dan Night Vision Goggles.

Pada waktu panas yang terik pula, penciptaan lapisan cermin mata polarize sangat membantu mengurangkan silau yang berlebihan. Contohnya Kanta XPERIO POLARIZED CRIZAL dari Essilor.
.
.
"Pemburuan dengan Penglihatan"


Shahrizal Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar.
Rizal Optometris Klebang Ipoh.

Jumaat, 20 November 2015

Kasihnya SUAMI pada yang sudah pergi...


Masuk sahaja ke praktis saya di Kuala Kangsar, sudah menunggu seorang pakcik dengan kopiah putih, kemas di atas kepalanya. Raut wajah yang bersih dan tenang mengingatkan saya pada arwah ayah saya. "Pak cik ada masalah ni, dah JADI DUA!"
Beliau angkat cermin matanya dengan kedua-dua tangan. Tersenyum menampakkan giginya yang telah berusia.
Saya duduk di sebelahnya, hampir bertemu lututnya dengan saya. Saya capai cermin mata lusuh itu dari genggamannya. 
Saya kira amat berusia 'teman hidupnya' ini. Badannya banyak 'terluka' sehingga menampakkan warna kulit asalnya.
"Haji, patah dekat tengah-tengah ni. Saya cuba dulu apa yang boleh dibuat."
Berlalu saya pergi membawa cermin mata yang terpisah itu bersama saya.
.
.
.
Saya tahu ia tidak boleh dibaiki lagi...
Saya tahu ia amat berharga buat dirinya..
Saya juga tahu banyak kenangan dan memori indah yang tercalit pada 'temannya' itu....
.
.
.
"Haji, saya dah cuba, dah tak boleh dibaiki lagi cermin mata ni." kata saya.
Tertunduk wajahnya sehingga mata dipejamkan perlahan-lahan...
Sedihnya tidak tertahan sehingga sayu nada suaranya,
"Inilah cermin mata yang terakhir yang pakcik beli bersama-sama dengan arwah isteri dulu. Takkan sama dengan yang lain..."
Saya hanya mampu diam menghormati kata-katanya.
.
.
.
Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris
Kuala Kangsar.
Klebang Ipoh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...