Jumaat, 20 November 2015

Kasihnya SUAMI pada yang sudah pergi...


Masuk sahaja ke praktis saya di Kuala Kangsar, sudah menunggu seorang pakcik dengan kopiah putih, kemas di atas kepalanya. Raut wajah yang bersih dan tenang mengingatkan saya pada arwah ayah saya. "Pak cik ada masalah ni, dah JADI DUA!"
Beliau angkat cermin matanya dengan kedua-dua tangan. Tersenyum menampakkan giginya yang telah berusia.
Saya duduk di sebelahnya, hampir bertemu lututnya dengan saya. Saya capai cermin mata lusuh itu dari genggamannya. 
Saya kira amat berusia 'teman hidupnya' ini. Badannya banyak 'terluka' sehingga menampakkan warna kulit asalnya.
"Haji, patah dekat tengah-tengah ni. Saya cuba dulu apa yang boleh dibuat."
Berlalu saya pergi membawa cermin mata yang terpisah itu bersama saya.
.
.
.
Saya tahu ia tidak boleh dibaiki lagi...
Saya tahu ia amat berharga buat dirinya..
Saya juga tahu banyak kenangan dan memori indah yang tercalit pada 'temannya' itu....
.
.
.
"Haji, saya dah cuba, dah tak boleh dibaiki lagi cermin mata ni." kata saya.
Tertunduk wajahnya sehingga mata dipejamkan perlahan-lahan...
Sedihnya tidak tertahan sehingga sayu nada suaranya,
"Inilah cermin mata yang terakhir yang pakcik beli bersama-sama dengan arwah isteri dulu. Takkan sama dengan yang lain..."
Saya hanya mampu diam menghormati kata-katanya.
.
.
.
Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris
Kuala Kangsar.
Klebang Ipoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...