Ahad, 8 November 2015

SURIRUMAH : 9 pekerjaan sehari tanpa upah! Gembira kerana SAYANG

Surirumah adalah profesion yang wajar kita hormati. Hari ini, kerja mereka semakin 'bertambah' seperti bekerja dalam pelbagai sektor!

WAKTU PAGI.
'Menguruskan Kantin Sekolah.'
Pagi-pagi dah bangun. Anak pertama nak roti bakar, anak kedua nak nasi + telur goreng + kicap, anak ketiga nak cucur manis sepinggan. Suami pulak nak roti + 2 biji telur separuh masak.

'Car wash'.
Mandikan semua anak-anak hingga stokin pun nak dipakaikan.

'Hotel Cleaner'.
Bila dah tak ada sesiapa dalam rumah, "Jom kemas semua yang tak kemas! Yey!"

'Landscape Specialist'.
Bunga nak kena siram. Nak 'touch up' pokok bunga kertas. Menyapu daun kering, cuci longkang....


WAKTU TENGAH HARI.
'Taxi Driver'.
Jemput anak-nak pulang dari sekolah. Seorang keluar pukul 12.30, seorang lagi 1.30 dan seorang lagi pukul 2.30. Petang sekolah agama pula.....


WAKTU PETANG 
'Pengawal Keselamatan'.
Lihat dan pantau anak dekat taman permainan. Banyak sangat dah kes culik-culik ni. Kena berhati-hati!

'Warden Asrama'.
"Anak! Balik! Dah senja ni!"


WAKTU MALAM.
'Restoran Tomyam'.
Sediakan makan malam, basuh pinggan, mop lantai sebelum tutup lampu.

'Kedai Dobi'.
Basuh baju kotor, lipat semua baju yang dah diangkat dari ampaian, iron baju....
.
.
Abang-abang kalau sayang isteri, ingat-ingat cerita ni ya. Kesian mereka. (Kaum Hawa suka dengar ni. Hehehe...).

Mata boleh menjadi sangat penat sehingga sakit kepala berlarutan berhari-hari. 

Cara mata isteri kita melihat mungkin dah sampai ke tahap memerlukan bantuan.

Kalau isteri dah bertahun guna cermin mata yang sama, hadiahkanlah satu yang baru.

Buat surprise!

Ia akan jadi hari-hari yang indah buat pasangan anda. smile emoticon

Gambar : Koleksi frame 'Monalisa'.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...