Kenapa Crizal ni kalau dah pakai, orang dah TAK NAK TUKAR YANG LAIN?! Boleh kata semua pelanggan siap bagi WARNING !!
"Saya nak macam CERMIN DULU! Jangan CERITA brand yang lain !"
Hari ahad lepas saya menonton TV rancangan Melodi. Ada iklan Crizal dari ESSILOR yang diselitkan.
Abah saya tanya “Betul ke ada cermin macam tu? Hebat sungguh!”
Saya jawab memang ada. Tapi iklannya agak keterlaluan sikit. Patutnya tak boleh pakai ‘ANTIdebu'.
ANTI maksudnya tiada langsung. Contohnya kalau ANTIgravity maknanya tiada graviti langsung. Elok gantikan REDUCE to 80% ke atau 3 kali ganda lebih baik ke. Syarikat besar seperti ESSILOR ini menggunakan ‘ayat penangkap’ untuk orang membeli dan memilih produk CRIZAL ini.
Tapi yang menarik sekali adalah kerana teknologi penapis UV matahari sebanyak 25 KALI! Tiada dalam pasaran sebaik Crizal. Sebab itu produk ini perlu ada di Rizal Optometris kerana ia menjaga kesihatan mata pelanggan.
Kenapa nak lindung dari UV sampai 25 kali? Apa kebaikan pada pemakai kanta Crizal ini? Saya berikan 3 KESAN UV pada mata:
+ Mata putih nampak kuning - Cuba bandingkan mata putih iaitu di bahagian sisi mata hitam pada orang yang kerja di ofis dan petani. Pekerja ofis nampak lebih putih.
+ Tidak sesuai lagi untuk pakai kanta sentuh - UV yang banyak menjadikan lapisan atas mata putih tidak rata. Kanta sentuh akan mudah tertanggal.
+ Kanta mata rosak - Berada di dalam struktur bola mata, kanta ini pada permulaannya adalah jernih. Apabila serapan UV semakin banyak, ia menjadi ‘berkelodak’ seperti sungai yang dikocak airnya. Nama saintifik keadaan ini ialah KATARAK.
Sampaikan maklumat ini kepada si pemakai cermin mata. Mungkin sahabat, keluarga, atau saudara anda.
Mereka akan menghargainya.
Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: