Harganya menjadi isu di alam maya. Ia tetap tidak melunturkan semangat peminat Ray Ban untuk terus bercerita dan berbangga kerana memilikinya. Walaupun berpuluh tahun usianya!
Pelanggan saya sangat teruja apabila diceritakan tentang sejarahnya. Memanglah harganya kadang-kadang menjadi penghalang, tetapi 'memori lama' yang terpalit bersamanya jauh lebih bernilai dan dihargai.
Apa 3 alasan itu?
Ia lebih menjurus kepada bagaimana pemilik Ray Ban memberi 'respon' terhadap ikon sepanjang zaman ini.
1. Miliki Ray Ban, anda sahabat baik saya.
Menyatukan perasaan dan minat antara pemilik Ray Ban. Kalau dalam kedai bertemunya dua orang peminat Ray Ban, setiap dari mereka bercerita koleksi model yang mereka miliki.
Harganya, keasliannya, dan paling best kalau saya dengar, bagaimana mereka jatuh hati pada Ray Ban buat kali pertama.
2. Ray Ban menyatukan CINTA kami.
Pak cik yang dah berumur, berjalan dengan sokongan tongkat pada tangan kanan, dipimpin dengan isterinya penuh cermat.
Masuk ke praktis saya untuk menempah sepasang cermin mata , Pakcik Hassan, berumur dalam lingkungan 68 tahun. Orangnya suka 'berseloroh' dan sangat romantik dengan isterinya.
Selepas mengambil 'tempat berehat', matanya merenung dalam-dalam pada koleksi Ray Ban Aviator yang tersusun rapi pada sebuah rak ekslusif. Penuh berminat, dan terus berkongsi cerita,
"Pak Cik ada beli satu, masa muda-muda dulu. Masa tu, siapa pakai Ray Ban dengan uniform askar, senang nak cari calon isteri. Tak caya tanya makcik kamu ni ha."
Bersinar wajah pasangan suami isteri ini. Seperti pasangan yang baru bercinta pula. Hehehe..
3. Ray Ban semangat juang kami mempertahankan Negara!
Veteran askar dan polis tak boleh pisahkan nilai peribadi yang diberi Ray Ban kepada mereka.
Perjuangan mereka menentang komunis bukanlah sesuatu yang mudah, masuk ke dalam hutan berhari-hari,ramai rakan baik yang terkorban, dan peperangan berbalas tembakan diiringi letupan bom tangan.
Seolah-olah filem yang ditayang semula setiap kali mereka memakai Ray Ban antik yang telah lusuh dimamah usia.
Walaupuan telah bertongkat, mereka masih lagi bersemangat untuk mengangkat senjata, andai khidmat mereka diperlukan!
.
.
.
.
Apa cerita 'special' tentang Ray Ban yang membuatkan anda rasa berbangga memilikinya?
Saya pasti, memori itu cukup terkesan di dalam hati anda.
"Hanya pemiliki RAY BAN sahaja yang tahu."
Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
smile emoticon
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: