Cuba bayangkan kita menyuluh cahaya lampu suluh pada objek yang jauh, bulatan cahayanya tidak begitu terang dan tajam kan? Inilah yang berlaku pada struktur bola mata yang lebih jauh ke belakang pada kanak-kanak yang ada MIOPIA.
Miopia adalah sejenis rabun yang paling kerap dijumpai pada kanak-kanak. Jika kita ibubapa yang memang mempunyai rabun, kita akan rasa amat risau, kalau-kalau rabun kita diwarisi oleh anak-anak kita.
Miopia dikategorikan sebagai kesalahan refraktif dimana cahaya yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokuskan. Ini menghasilkan imej yang kabur dan tidak tajam.
Ia berpunca dari struktur bola mata yang lebih memanjang ke belakang.
Cermin mata membantu mengubah cara LALUAN CAHAYA yang masuk sebelum jatuh ke saraf mata (Retina). Imej lebih fokus dan menjadi mudah untuk diproses oleh otak.
Apakah punca Miopia pada kanak-kanak?
Terdapat pelbagai perdebatan mengenai punca rabun ini. Walaupun pelbagai kajian telah dibuat, pengkaji masih TIADA JAWAPAN yang UTUH bagi menerangkan bagaimana rabun ini boleh diperoleh pada kanak-kanak.
Tetapi ada beberapa faktor yang 'mungkin' menyumbang iaitu:
KETURUNAN.
Alasan yang paling banyak ‘diterima’ oleh masyarakat. Ibubapa ada rabun, anak-anak mesti rabun juga. Tidak berapa tepat kenyataan ini kerana ada ibubapa yang tiada langsung memakai cermin mata, anaknya mempunyai rabun juga.
PELAJAR YANG MINAT MEMBACA.
Ada kajian menerangkan kaitan antara rabun ini dengan aktiviti membaca yang lama. Ia ada kaitan dengan kepenatan yang dialami oleh kompenan penglihatan terutamanya pada Sistem Fokus Penglihatan. Sehingga kini ia masih menjadi teka-teki.
DESIGN & POWER CERMIN MATA yang dipakai menyumbang kepada rabun yang lebih teruk.
Kajian yang dibuat baru-baru ini mendapati dengan pemakaian power cermin mata cara konvensional, adalah penyebab pertambahan power rabun menjadi lebih serius. Saintis sedang bekerja keras untuk merekabentuk cermin yang lebih baik untuk kanak-kanak.
Kajian yang dibuat baru-baru ini mendapati dengan pemakaian power cermin mata cara konvensional, adalah penyebab pertambahan power rabun menjadi lebih serius. Saintis sedang bekerja keras untuk merekabentuk cermin yang lebih baik untuk kanak-kanak.
(Rujukan dari allaboutvision.com).
Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: