Jumaat, 13 November 2015

Rabun Kanak-kanak : Tip membeli cermin mata untuk si MANJA.


Pemilihan cermin mata yang baik dan sesuai akan membuatkan anak-anak lebih terdorong untuk memakainya setiap masa. Sehinggalah ia dibawa tidur. Barulah terang bila BERMIMPI! smile emoticon

Ramai ibubapa yang bertanya apakah cermin mata yang sesuai untuk anak-anak untuk pemakaian kali pertama. 

Walaupun ia bergantung kepada RABUN JAUH dan RABUN SILAU, sesuatu yang boleh kita belajar secara asas dari tip dibawah,

+ KETEBALAN CERMIN.
Pastikan ia ketebalan yang munasabah. Maksudnya ia tidak akan dijadikan ejekan rakan anak di sekolah.Jika power melebihi 300, gunakan indek cermin (kepadatan cermin) yang lebih baik seperti indek 1.6.


+ BINGKAI ADA FESYEN

Minta pandangan dari anak sendiri apa yang beliau suka akan cermin matanya nanti. Warnanya, saiz dan jenis material frame yang disukai. Kebanyakan pelajar cenderung mengikut fesyen yang diperagakan oleh rakan sekelas.


+ KANTA ADA PERLINDUNGAN DARI CAHAYA UV.

Kanta jenis ini sudah menjadi keperluan untuk anak-anak, kerana mata sangat penting untuk dilindungi dari awal. Pendedahan berlebihan boleh mengakibatkan komplikasi lain, contohnya pembentukan kanta mata yang semakin ‘berkeladak’ (tidak jernih) pada kanta di dalam mata.


+ Bingkai PLASTIK atau BESI (stainless steel)

Pilihan sekarang lebih menjurus kepada bingkai yang diperbuat dari plastik. Kini ia hadir dengan bahan yang lebih lasak dan ringan seperti PLASTIK ULTEM. Jika memilih dari bahan ‘stainless steel’, pastikan ianya hipoalergik (bahan aloi yang tidak mengandungi nikel).


+ BAHAN KANTA

Mata anak-anak adalah satu kewajipan bagi kita untuk melindunginya. Jika mereka agak aktif, pilihan kanta dari jenis polikarbonat seperti AIRWEAR JUNIOR (dari ESSILOR), adalah satu pilihan yang bijak. Ia mempunyai ketahanan 12 kali ganda lebih keras dari cermin biasa. Cermin jenis ini tidak mudah pecah dan ‘serompeh’.


+ CERMIN MATA ‘BACK UP’.

Jika mempunyai budget yang lebih, beli sepasang cermin mata ke dua sebagai langkah persediaan andakata cermin mata hilang atau rosak. Ini sangat penting bagi yang mempunyai power yang ‘istimewa’. Minta pada OPTOMETRIS harga istimewa kerana anda ingin membeli 2 pasang sekaligus.


+ PILIH BINGKAI YANG ADA SPRING.

Banyak kelebihan yang akan diperoleh dengan menggunakan frame dari jenis ini. Jika tertidur semasa masih memakai cermin mata, tekanan tidak begitu kuat terhadap badannya. Ini menjadikannya tidak mudah bengkok. Selain itu, jika tertarik atau tersadung dengan sesuatu, ia tidak mudah terjatuh dari kedudukan wajah.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...