Selasa, 17 November 2015

Projek 'INTERN' : Mencari calon PELAPIS sebagai PAKAR JUALAN OPTIK & PAKAR REFRAKSI MATA!

Nama hebat dan serius kan? Tapi kami memang maksudkannya.
Sehingga hari ini dah 12 orang kami INTERVIEW, masih tiada calon yang sesuai.
Saya nak cerita bagaimana Tuan Fendy adalah calon yang telah lulus dengan jayanya sehingga pendapatan beliau menghampiri RM 2000. 
Orangnya biasa-biasa, bekerja kampung dan kini seorang yang LUARBIASA!
Beliau berjaya lakukannya dalam tempoh setahun sahaja!

Tuan Fendy:

Baru berusia 22 tahun. Berkelulusan hanya SPM, beliau telah berjaya mengubah hidupnya sehingga memegang jawatan sebagai PLANNER EXECUTIVE ( dan pakar jualan optik).

Beliau lulus dalam 3 ujian khas yang menjadi syarat UTAMA untuk menjadi Executive di Rizal Optometris.

Beliau seorang yang :
+ Rajin, kuat berusaha.
+ Berdisiplin (tak pernah lewat tanpa sebab yang kukuh)
+ Bersungguh-sungguh belajar subjek 'OPTIK'.
+ Minat menjadi USAHAWAN.
+ Mempunyai skill ramah, sopan dan tutur bahasa yang baik bila bercakap.
+ Tidak kisah gaji permulaan RM 600 sebulan, asalkan dapat belajar selok belok perniagaan cermin mata.
+ Boleh bekerja dalam satu pasukan.
+ Bukan 'pembodek', tidak suka menghina orang dan bersikap sangat profesional dengan pelanggan dan pekerja lain.
+ Jujur dan AMANAH semasa bercakap yang selari dengan perbuatan.

Bila ditanya, mengapa beliau kata pekerjaan sekarang ini adalah yang PALING BEST, beliau nyatakan sebabnya :
+ Suka suasana kerja yang sentiasa positif,
+ Training & Planning mencungkil bakat sedia ada untuk menuju KEJAYAAN HIDUP!
+ Tiada BUDAYA MARAH, Tutur bahasa KESAT antara pekerja dan majikan.
+ Kelas MOTIVASI dan TRAINING setiap minggu yang santai sehingga satu hari pun tak bosan!
+ Ada pelan Kenaikan PANGKAT dan GAJI yang jelas.
+ Terlalu banyak yang positif......... Hehehehe..
.
.
Kami mencari calon pelapis yang BETUL-BETUL ingin ubah HIDUP sekarang.
'KAMI AMAT MENANTI KEDATANGAN ANDA'
"CALON-CALON PROJEK INTERN!"
Tempat adalah AMAT TERHAD!
.
.
Puan Zuraida Ahmad Shahime.
COO Rizal Optometris Holdings Sdn Bhd.
Telefon : 019-4477963.


Gambar : 

Tuan Fendy
"Nak BBQ ayam pun kena teratur, mesti ada PLAN! Hehehehe.." Pandai beliau berseloroh.😆

Jumaat, 13 November 2015

Mudahkan cara BELAJAR bidang OPTOMETRI.

Dalam kelas, akan ada rakan kita yang tercorot. Ni kira paling tak pandailah. Tapi ada kajian buat, merekalah sebenarnya akan lebih berjaya menjadi USAHAWAN!

Dulu masa belajar dulu, saya betul-betul tak nampak apa nilainya untuk belajar semua subjek yang payah-payah time tu.

Bila saya tak nampak, tiada DORONGAN, saya menjadi hilang arah dan tiada matlamat.

Asyik fikir,

"Kalau tak belajar betul-betul ni, tak lepas exam nanti."

Itulah saya masa belajar. Asyik fikir belajar untuk lulus sahaja. 

Niat tak betul.. Niat tak betul... Hehehehe..

Dalam kelas saya dulu, saya tengok rakan-rakan sekelas hebat-hebat belaka. 

Result 'power-mower' sampai masa hari pertama jumpa mereka, malu nak cakap 'pointer' matrikulasi saya. 

Rasa nak sebut sambil balut kepala dengan 'PAPER BAG'! Hahahaha..

Ini apa yang perhati jenis rakan-rakan saya masa tu :

+ Rakan yang hebat MENGHAFAL
+ Rakan yang cepat FAHAM 'KONSEPNYA'
+ Rakan yang susah HAFAL dan susah nak FAHAM. (saya jenis yang ini.. mungkin saya sahaja rasanya..😆)

Setelah bekerja sendiri, barulah saya tahu ilmu asas yang kita belajar, mempunyai nilai 'marketing' untuk usahawan OPTOMETRI yang berjaya.

Definisi Kejayaan saya amat mudah,

"BANTU orang BIASA-BIASA, ajar mereka asas OPTOMETRI, walaupun kelulusan hanya SPM."

Saya ajar ikut standard orang SPM. Nampak mudah kan? Tapi sebenarnya mencabar kerana satu bab (yang beratus muka surat tu), diringkaskan kepada sebuah papan putih bersaiz sederhana.

Mereka amat membantu saya dalam proses jual beli bila berhadapan dengan pelanggan.

Bila saya tulis dekat rekod pelanggan,

'CI' 

Mereka dah tahu, 'signal' STRATEGI telah di beri, laksanakan TAKTIK penuh bergaya!
OPTOMETRIS juga kena menjual namanya untuk mendapat kepercayaan orang ramai. 

Barulah kesedaran 'penglihatan' dapat disalurkan dengan mudah. 'Marketingkan' NAMA dan PROFESION kita!


*Ekor gajah adalah NAMA & PROFESION kita. Bahagian lain adalah cara 'MARKETING'nya. (Seekor gajah diumpamakan BISNES OPTOMETRI kita).

Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Rabun Kanak-kanak : Tip membeli cermin mata untuk si MANJA.


Pemilihan cermin mata yang baik dan sesuai akan membuatkan anak-anak lebih terdorong untuk memakainya setiap masa. Sehinggalah ia dibawa tidur. Barulah terang bila BERMIMPI! smile emoticon

Ramai ibubapa yang bertanya apakah cermin mata yang sesuai untuk anak-anak untuk pemakaian kali pertama. 

Walaupun ia bergantung kepada RABUN JAUH dan RABUN SILAU, sesuatu yang boleh kita belajar secara asas dari tip dibawah,

+ KETEBALAN CERMIN.
Pastikan ia ketebalan yang munasabah. Maksudnya ia tidak akan dijadikan ejekan rakan anak di sekolah.Jika power melebihi 300, gunakan indek cermin (kepadatan cermin) yang lebih baik seperti indek 1.6.


+ BINGKAI ADA FESYEN

Minta pandangan dari anak sendiri apa yang beliau suka akan cermin matanya nanti. Warnanya, saiz dan jenis material frame yang disukai. Kebanyakan pelajar cenderung mengikut fesyen yang diperagakan oleh rakan sekelas.


+ KANTA ADA PERLINDUNGAN DARI CAHAYA UV.

Kanta jenis ini sudah menjadi keperluan untuk anak-anak, kerana mata sangat penting untuk dilindungi dari awal. Pendedahan berlebihan boleh mengakibatkan komplikasi lain, contohnya pembentukan kanta mata yang semakin ‘berkeladak’ (tidak jernih) pada kanta di dalam mata.


+ Bingkai PLASTIK atau BESI (stainless steel)

Pilihan sekarang lebih menjurus kepada bingkai yang diperbuat dari plastik. Kini ia hadir dengan bahan yang lebih lasak dan ringan seperti PLASTIK ULTEM. Jika memilih dari bahan ‘stainless steel’, pastikan ianya hipoalergik (bahan aloi yang tidak mengandungi nikel).


+ BAHAN KANTA

Mata anak-anak adalah satu kewajipan bagi kita untuk melindunginya. Jika mereka agak aktif, pilihan kanta dari jenis polikarbonat seperti AIRWEAR JUNIOR (dari ESSILOR), adalah satu pilihan yang bijak. Ia mempunyai ketahanan 12 kali ganda lebih keras dari cermin biasa. Cermin jenis ini tidak mudah pecah dan ‘serompeh’.


+ CERMIN MATA ‘BACK UP’.

Jika mempunyai budget yang lebih, beli sepasang cermin mata ke dua sebagai langkah persediaan andakata cermin mata hilang atau rosak. Ini sangat penting bagi yang mempunyai power yang ‘istimewa’. Minta pada OPTOMETRIS harga istimewa kerana anda ingin membeli 2 pasang sekaligus.


+ PILIH BINGKAI YANG ADA SPRING.

Banyak kelebihan yang akan diperoleh dengan menggunakan frame dari jenis ini. Jika tertidur semasa masih memakai cermin mata, tekanan tidak begitu kuat terhadap badannya. Ini menjadikannya tidak mudah bengkok. Selain itu, jika tertarik atau tersadung dengan sesuatu, ia tidak mudah terjatuh dari kedudukan wajah.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...