Jumaat, 13 November 2015

Super Duper OPTOMETRIS Malaya!



Kalau dah ada ijazah Optometri, kekalkan semangat 'baju klinik' kita. Jangan biar ia kenangan yang SIA-SIA!
Perjuangkan IMEJ kita sebagai OPTOMETRIS! Betulkan SAF-SAF kita!
Tonjolkan diri menjadi IDENTITI insan bergelar OPTOMETRIS!
IMEJ kita adalah apa yang orang nampak dan simpulkan. 
IDENTITI kita pula apa perlakuan yang kita buat pada semua aktiviti masyarakat.
Semuanya bermula dengan sudut pandangan kita sebagai PAKAR PENGLIHATAN!
.
.
Alahai serius sangatlah ayat kat atas.. Hahaha...
Tapi bila fikir-fikir balik, macam kena buat sesuatu ya dak?
Dulu masa mula-mula buka kedai dulu, kita namakan 'signboard' kita perkataan OPTOMETRIS, 'sure' orang datang punya!
Jadi ke sale meletup-letup? 
Kalau berjayalah, lepas 3-4 bulan dah nampak makin 'slow' sale kita. 
"Oh! Ekonomi meleset ni..." kata hati kecil kita.
Kita salahkan pelanggan tak nak beli yang lebih baik untuk mata anaknya...
Kita salahkan pekerja semuanya nak makan gaji buta...
Kita salahkan pelanggan yang mengada-ngada...
Sehinggakan 'owner' kedai pun kita salahkan!
.
.
Semua keadaan di atas saya sendiri dah buat. Kesannya,
"Sakitnya tuh di sini... Di dalam hatiku..."
Tu lirik lagu ya.. (Saya google tau. Pernah la 2-3 kali dengar lagu ni dalam radio).
Hampir 20 bulan sale saya MERUDUM. 
Saya kena ubah STRATEGI dan TAKTIK. Supaya periuk nasi saya dan staff saya terjamin. Inilah apa yang saya lakukan sejak 4 tahun yang lepas :
+ STRATEGI : Jadi seorang OPTOMETRIS sejati!
Moto saya, sehingga pelanggan berkata,
"Kami tak nak beli kerana murah, kami nak beli kerana khidmat nasihat awak sebagai OPTOMETRIS!"
+ TAKTIK : Belajar bercakap sebagai optom yang ada rasa penuh EMPATI, BERTENAGA, BERSEMANGAT sehingga bangga berkata
"Saya Rizal, OPTOMETRIS yang akan cek mata Tuan hari ni!"
Bergetar jiwa, terpancar sinar dari semua pancaindera!
Semuanya bermula dari diri sendiri.
.
.
Maaf la sahabat-sahabat, ter 'emo' pula nih. Nak ucapkan tahniah pada yang telah berkonvo baru-baru nih.
Terutamanya pada sahabat-sahabat yang ambil bidang Optometri.
Tahniah! TUAN OPTOMETRIS!

Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Selasa, 10 November 2015

Rabun pada Kanak-kanak : Lebih ramai dari jenis MIOPIA. Apakah puncanya?


Cuba bayangkan kita menyuluh cahaya lampu suluh pada objek yang jauh, bulatan cahayanya tidak begitu terang dan tajam kan? Inilah yang berlaku pada struktur bola mata yang lebih jauh ke belakang pada kanak-kanak yang ada MIOPIA.

Miopia adalah sejenis rabun yang paling kerap dijumpai pada kanak-kanak. Jika kita ibubapa yang memang mempunyai rabun, kita akan rasa amat risau, kalau-kalau rabun kita diwarisi oleh anak-anak kita.

Miopia dikategorikan sebagai kesalahan refraktif dimana cahaya yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokuskan. Ini menghasilkan imej yang kabur dan tidak tajam.

Ia berpunca dari struktur bola mata yang lebih memanjang ke belakang.

Cermin mata membantu mengubah cara LALUAN CAHAYA yang masuk sebelum jatuh ke saraf mata (Retina). Imej lebih fokus dan menjadi mudah untuk diproses oleh otak.

Apakah punca Miopia pada kanak-kanak?

Terdapat pelbagai perdebatan mengenai punca rabun ini. Walaupun pelbagai kajian telah dibuat, pengkaji masih TIADA JAWAPAN yang UTUH bagi menerangkan bagaimana rabun ini boleh diperoleh pada kanak-kanak.

Tetapi ada beberapa faktor yang 'mungkin' menyumbang iaitu:

KETURUNAN.
Alasan yang paling banyak ‘diterima’ oleh masyarakat. Ibubapa ada rabun, anak-anak mesti rabun juga. Tidak berapa tepat kenyataan ini kerana ada ibubapa yang tiada langsung memakai cermin mata, anaknya mempunyai rabun juga.

PELAJAR YANG MINAT MEMBACA.
Ada kajian menerangkan kaitan antara rabun ini dengan aktiviti membaca yang lama. Ia ada kaitan dengan kepenatan yang dialami oleh kompenan penglihatan terutamanya pada Sistem Fokus Penglihatan. Sehingga kini ia masih menjadi teka-teki.

DESIGN & POWER CERMIN MATA yang dipakai menyumbang kepada rabun yang lebih teruk.
Kajian yang dibuat baru-baru ini mendapati dengan pemakaian power cermin mata cara konvensional, adalah penyebab pertambahan power rabun menjadi lebih serius. Saintis sedang bekerja keras untuk merekabentuk cermin yang lebih baik untuk kanak-kanak.

(Rujukan dari allaboutvision.com).


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Isnin, 9 November 2015

"ALAHAI... Mahal betul cermin mata bini aku," - SUAMI.



Jika isteri ke kedai cermin mata, apa suami akan buat, setelah 5 tahun kahwin mungkin?
A. Main smartphone. (spek isteri bayar)
B. Semua spek yang isteri cuba akan kata "Ok, cantik juga, ikutlah awak." (spek isteri bayar)
C. "Kenapa mahal sangat? Cermin apa mahal sangat ni?". (spek SUAMI BAYAR)
D. "Belilah apa yang you nak, i bayarkan. Biar i jaga anak-anak." 

Orang yang tiada rabun mungkin tidak tahu tentang banyaknya pilihan 'versi' kanta bagi membetulkan rabun.

Power rabun yang tinggi, silau yang berlebihan, pandangan seperti HD dan bertujuan melindungi mata memerlukan teknologi yang terkini . Semestinya ia mempengaruhi harga sesuatu kanta yang dipilih.

Apa pilihan itu? Jom kita jadi PAKAR sikit dengan tahu 'versi' pilihan kanta dibawah. Bolehlah cerita sikit-sikit dekat SUAMI : (saya mengambil contoh kanta CRIZAL dari ESSILOR) :

+ RINGAN & NIPIS - Kepadatan cermin di nilaikan melalui nombor ‘INDEKS’ : 1.5, 1.56. 1.60, 1.67. Lebih tinggi nilai ini, lebih padat dan ringan kanta tersebut. Indeks 1.6 contohnya sangat sesuai bagi rabun -300 ke atas.

+ TAHAN PECAH - Di namakan dengan AIRWEAR Crizal, ia diperbuat dari bahan plastik yang paling kuat iaitu polikarbonat. Bezanya dengan jenama lain, ia tidak menjadikan mata letih untuk digunakan seharian.

+ Nampak macam KRISTAL - saya syorkan AIRWEAR Crizal. Penampilan lebih yakin dan berkarisma bagi yang banyak bertemu dengan pelanggan.

+ Nak kanta berubah GELAP SECARA AUTOMATIK - Teknologi generasi ke 7 digunakan pada kanta Crizal. Dengan nama CRIZAL TRANSITIONS 7. Kanta ini sensitif pada cahaya matahari dan mempunyai 100 % perlindungan dari UV.

+ RABUN JAUH & DEKAT sekali pada satu cermin - Lebih dikenali dengan nama MULTIFOKAL. Menjadi pilihan utama bagi yang telah berumur 40 tahun ke atas. Siri Varilux Essilor memiliki teknologi paling maju.

Essilor adalah syarikat PERTAMA DI DUNIA, mencipta kanta jauh & dekat pada satu cermin (tanpa ada garisan). Ia lebih dikenali dengan kanta MULTIFOKAL.

Mendapat pengiktirafan dari majalah terkenal Forbe’s kerana telah terpilih sebagai syarikat yang PALING INOVATIF dalam menghasilkan KANTA NO 1 di dunia.

"Crizal Part 2"


Rizal Optometris
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...