Isnin, 9 November 2015

WAJIB TAHU : Kanta CRIZAL ESSILOR, iklan di TV3. (Part 1)


Kenapa Crizal ni kalau dah pakai, orang dah TAK NAK TUKAR YANG LAIN?! Boleh kata semua pelanggan siap bagi WARNING !!

"Saya nak macam CERMIN DULU! Jangan CERITA brand yang lain !"

Hari ahad lepas saya menonton TV rancangan Melodi. Ada iklan Crizal dari ESSILOR yang diselitkan. 

Abah saya tanya “Betul ke ada cermin macam tu? Hebat sungguh!”

Saya jawab memang ada. Tapi iklannya agak keterlaluan sikit. Patutnya tak boleh pakai ‘ANTIdebu'.

ANTI maksudnya tiada langsung. Contohnya kalau ANTIgravity maknanya tiada graviti langsung. Elok gantikan REDUCE to 80% ke atau 3 kali ganda lebih baik ke. Syarikat besar seperti ESSILOR ini menggunakan ‘ayat penangkap’ untuk orang membeli dan memilih produk CRIZAL ini.

Tapi yang menarik sekali adalah kerana teknologi penapis UV matahari sebanyak 25 KALI! Tiada dalam pasaran sebaik Crizal. Sebab itu produk ini perlu ada di Rizal Optometris kerana ia menjaga kesihatan mata pelanggan.

Kenapa nak lindung dari UV sampai 25 kali? Apa kebaikan pada pemakai kanta Crizal ini? Saya berikan 3 KESAN UV pada mata:

+ Mata putih nampak kuning - Cuba bandingkan mata putih iaitu di bahagian sisi mata hitam pada orang yang kerja di ofis dan petani. Pekerja ofis nampak lebih putih.

+ Tidak sesuai lagi untuk pakai kanta sentuh - UV yang banyak menjadikan lapisan atas mata putih tidak rata. Kanta sentuh akan mudah tertanggal. 

+ Kanta mata rosak - Berada di dalam struktur bola mata, kanta ini pada permulaannya adalah jernih. Apabila serapan UV semakin banyak, ia menjadi ‘berkelodak’ seperti sungai yang dikocak airnya. Nama saintifik keadaan ini ialah KATARAK. 

Sampaikan maklumat ini kepada si pemakai cermin mata. Mungkin sahabat, keluarga, atau saudara anda.
Mereka akan menghargainya. 


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Ahad, 8 November 2015

Pelapik hidung seperti KUSYEN yang empuk.

Udara boleh masuk dan keluar dari lubang khas pelapik hidung. Ia bertujuan sebagai KUASA penyerap hentakan dan menyediakan permukaan yang lembut untuk hidung berasa SELESA.



Aksesori ini sangat sesuai untuk :

+ Cermin yang tebal dan berat.

+ Suka berpeluh.

+ Bingkai yang berat terutama bersaiz besar dan dari bahan stainless steel.

+ Riadah - suka berlari dengan cermin mata.

+ Rasa rimas dan sakit atas hidung bila dah satu hari pakai cermin mata.

+ Ada anak kecil yang suka main guling-guling dan 'attack' cermin mata anda.

+ Selalu bersin.

+ Selalu ambil barang dari tempat yang tinggi. Kalau kena muka, selamat. Hahaha..

+ Suka bersukan contohnya main bola sepak. Tambah lagi kalau jadi posisi penjaga gol. 

Dan semakin panjang listnya...... smile emoticon


Team Rizal.
Rizal Optometris

Ray Ban : Keluarga AVIATOR.

Ada 3 jenis model dalam keluarga Aviator. bentuk yang sama. Tetapi terdapat 'trademark' yang unik bagi setiap model yang dihasilkan. Aviator, OUTDOORSMAN dan SHOOTER.

Jom kita tengok sikit cerita mengenai keluarga ini yang diiktiraf sebagai kaca mata hitam LAGENDA sepanjang zaman.
1. AVIATOR - (Abang Long)
Fuh! Nama pun dah Abang Long. smile emoticon
+ Dia lah model pertama yang menjadikan Ray Ban satu jenama yang besar sehingga ke hari ini. 
+ Asalnya adalah sebagai alat penting untuk juruterbang, kini ia menjadi ikon fesyen yang berpengaruh.
+ Bentuknya diiktiraf sebagai bentuk kaca mata hitam yang boleh dipakai oleh semua jenis bentuk muka dan jantina.
+ Aviator dari nama spesis serangga yang boleh terbang.

2. OUTDOORSMAN - (Abang Ngah)
+ Masa mula-mula dikeluarkan, nama sebenarnya ialah 'SKEET GLASSES'. 
+ Di Malaysia, ia digelar 'Ray Ban BERTANDUK'. 
+ Asalnya ditujukan kepada kumpulan pembeli tertentu seperti pemburu, pemancing dan penembak. 
+ Paling popular kerana tanduknya dibaluti dengan kulit haiwan (versi plastik lebih murah). Ia bertindak untuk menyekat peluh didahi mengalir ke mata ketika aktiviti lasak. 

3. SHOOTER - (Adik Bongsu)
Adik paling bongsu dan manja. Hahahaha..
+ Gegelung 'ring' nya adalah untuk memegang rokok ketika menembak. Kalau saya, campak aje ke tanah! Hehehe..
+ Model yang paling cepat habis di kedai.
+ Mempunyai tanduk seperti 'Abang Ngah'.
.
.
Semoga anda dapat membezakan serba sedikit keluarga 'Aviator' bila terserempak dengan individu yang memakainya.
Terutama sekali yang baru nak berjinak-jinak dengan jenama yang sangat dihormati oleh peminat tegar Ray Ban.
Gambar : Beckham pakai model apa tu?


Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...