Ahad, 8 November 2015

SURIRUMAH : 9 pekerjaan sehari tanpa upah! Gembira kerana SAYANG

Surirumah adalah profesion yang wajar kita hormati. Hari ini, kerja mereka semakin 'bertambah' seperti bekerja dalam pelbagai sektor!

WAKTU PAGI.
'Menguruskan Kantin Sekolah.'
Pagi-pagi dah bangun. Anak pertama nak roti bakar, anak kedua nak nasi + telur goreng + kicap, anak ketiga nak cucur manis sepinggan. Suami pulak nak roti + 2 biji telur separuh masak.

'Car wash'.
Mandikan semua anak-anak hingga stokin pun nak dipakaikan.

'Hotel Cleaner'.
Bila dah tak ada sesiapa dalam rumah, "Jom kemas semua yang tak kemas! Yey!"

'Landscape Specialist'.
Bunga nak kena siram. Nak 'touch up' pokok bunga kertas. Menyapu daun kering, cuci longkang....


WAKTU TENGAH HARI.
'Taxi Driver'.
Jemput anak-nak pulang dari sekolah. Seorang keluar pukul 12.30, seorang lagi 1.30 dan seorang lagi pukul 2.30. Petang sekolah agama pula.....


WAKTU PETANG 
'Pengawal Keselamatan'.
Lihat dan pantau anak dekat taman permainan. Banyak sangat dah kes culik-culik ni. Kena berhati-hati!

'Warden Asrama'.
"Anak! Balik! Dah senja ni!"


WAKTU MALAM.
'Restoran Tomyam'.
Sediakan makan malam, basuh pinggan, mop lantai sebelum tutup lampu.

'Kedai Dobi'.
Basuh baju kotor, lipat semua baju yang dah diangkat dari ampaian, iron baju....
.
.
Abang-abang kalau sayang isteri, ingat-ingat cerita ni ya. Kesian mereka. (Kaum Hawa suka dengar ni. Hehehe...).

Mata boleh menjadi sangat penat sehingga sakit kepala berlarutan berhari-hari. 

Cara mata isteri kita melihat mungkin dah sampai ke tahap memerlukan bantuan.

Kalau isteri dah bertahun guna cermin mata yang sama, hadiahkanlah satu yang baru.

Buat surprise!

Ia akan jadi hari-hari yang indah buat pasangan anda. smile emoticon

Gambar : Koleksi frame 'Monalisa'.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

3 tip bila anda pergi buat cermin mata baru.


Biasanya kalau kita pergi cek mata, kita serahkan bulat-bulat pada orang lain yang bagi power kan? Ikut 3 tip ni dan anda akan puas hati dengan power yang diberikan.

1. Kalau diberitahu power RABUN JAUH NAIK.
Beritahu padanya kita nak try tengok dekat luar bilik. Kalau rasa mata senak, minta kurangkan power '25' berperingkat.


2. Bila diberitahu POWER SILAU NAIK.
Minta nak try jalan-jalan sikit. Kalau rasa lantai bergoyang-goyang, minta dia kurangkan power silau '025' berperingkat sehingga kita rasa ok. 


3. Jika power mata 'BEZANYA' lebih 150.
Contohnya mata kanan power -200, mata kiri power -350, bezanya adalah 150. 
Kalau daripada kecil lagi kita dah biasa power ni, ia tidak menjadi masalah. 
Kalau tidak biasa, mungkin mata rasa susah nak melihat lama-lama sesuatu objek.
.
.
.
Kita boleh jadikan 3 tip ini sebagai satu kemestian bila nak tempah cermin mata baru.

"Cara melihat seseorang itu berbeza-beza, yang menjadikan Ia mempunyai PERSONALITI yang UNIK."

Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Kategori rabun jauh Jenis Myopia.


Perasan tak kalau orang yang rabun jauh ni, kalau tak pakai cermin mata, dia akan mengecilkan bukaan kelopak matanya seperti dah nak tertutup. Terkenyit-kenyit dua-dua matanya. smile emoticon

Mungkin sebab itulah ia digelar Myopia yang bermaksud 'menutup mata'. Nama ini diambil dari perkataan GREEK lama.

Power yang diberikan oleh Optometris, adalah jumlah power yang diperlukan oleh mata untuk menghasilkan imej tertumpu pada saraf mata. Saiz saraf ini pula lebih kecil dari sebiji KACANG HIJAU!

Proses 'imej tertumpu' adalah seperti kanta pembesar yang diletakkan di bawah cahaya matahari sehingga cahaya menjadi tertumpu dengan terang. Cahaya ini boleh membakar kertas dan rumput kering. 

SERIUS! Macam ALIEN yang terbang sedang menembak LASER dari atas! Habis terbakar semua penempatan manusia di bumi!
.
.
.
Oklah, saya nak beritahu 3 jenis kategori rabun jauh yang biasa diklasifikasikan di Rizal Optometris :

+ Sehingga power -300 - POWER RENDAH

+ Antara -325 hingga -600 - POWER SEDERHANA

+ -600 ke atas - POWER TINGGI

Kategori Power Tinggi boleh memberi kesan yang lain terhadap mata. Ia dikenali sebagai 'Phatological Myopia' atau 'Degenerative'.

Tetapi ia tidaklah berlaku pada semua orang dalam kategori ini. Pengesanan awal, amatlah disyorkan.


Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...