Ahad, 8 November 2015

Harga SUNGLASS di dalam movie terbaru James Bond : SPECTRE 2015!

Ada 3 jenis sunglass yang SUPER COOL bila Agen 007 pakai menjalankan misi bahayanya! Jenama yang sinonim dengan nama James Bond ini mencecah ribuan ringgit!
Saya simpulkan part bila Agen 007 ini memakai sungglass tersebut :

1. Part di Morocco.

Sunglass TOM HARDY Vintage Wayfarer.
Jenama ini terkenal dengan trade mark 'T' disisinya.
HARGA RM 1,699.


2. Part misi menyelamat Madeleine Swann di pergunungan salji Austria.

Sunglass Vintage Glacier oleh Vuarnet.
Jenama ini menjadi penaja untuk sukan olimpik pada tahun 1984 di Los Angeles.
HARGA RM 2,400.


3. Part di Rome.

Sunglass Tom Hardy Snowdon
HARGA RM 1,699.
Pengaruh jenama Tom Hardy ini bukan setakat pada sunglass sahaja. Ia turut digunakan pada aksesori pakaian dan juga kasut.

Jadi mana pilihan sunglass James Bond yang anda rasa paling COOL untuk Agen 007 ini?

Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Rabun bukan PENYAKIT BERJANGKIT!


"Perghhh...tinggi betul power kau ni! Tak boleh aku nak pakai lama-lama. Boleh rosak dan berjangkit nanti rabun kamu ni!"

Terimbas kata-kata member masa kerja dekat Selangor suatu masa dahulu.

Dulu-dulu saya suka ikut kawan-kawan pergi tengok game pasukan Manchester United dekat kedai mamak di Shah Alam.

Order Mee goreng mamak dengan teh ais. Kitaorang mesti ambil 'spot' paling cantik dekat kedai 'anney' ni. Bila tengah makan mee goreng panas-panas, ada satu problem, spek saya 'berkabus'! 

Buka cermin mata letak dekat sebelah. Tak sampai 5 saat member sebelah ambil dan try pakai, dia pun cakaplah ayat di atas tu.

Ramai yang alami situasi begitu kan? Kalau pakai sekejap-sekejap tak apa. Tapi boleh ke tahan sakit kepala yang datang kalau kita main pakai je spek sapa-sapa? 

Bila anak 'rampas' spek saya, dia mesti nak pakai, saya bagi dalam 5-6 saat, baru saya minta baik-baik,

"Dzaheen, Papa nak spek boleh?" Tadah tangan, buat muka sedih. (Teknik yang isteri saya ajar).

Banyak kali juga dia 'attack' saya bila dah geram. Nasib baik frame plastik dari Acetate jenama Ray Ban. SELAMAT!
.
.

Rabun tidak boleh berjangkit. Tidak boleh beri kesan kalau sekali-sekala try cermin mata orang lain. 

Tapi Awas! Kalau kita pakai cermin mata orang lain berterusan, mata akan cuba 'adjust' sehingga akhirnya nampak juga terang. Tetapi kesannya jauh lebih serius :

+ Fiber otot yang mengawal dan mengekalkan kejelasan membaca akan cepat letih. Bila letih, mata tidak boleh lagi digunakan untuk membaca pada waktu malam.

+ Cahaya berlebihan pada waktu malam tidak dapat di kawal dengan efisen. Keselamatan pemanduan anda boleh terjejas!

+ Boleh menyebabkan Juling pendam yang agak serius. Juling ni kadang-kadang je dia muncul. Reaksi? "Wah...! Kau ada juling! Kau ada juling!" 

+ Senak pada bahagian bola mata dan kening, bila melakukan aktiviti menyalin nota. Sakit kepala atau pening di bahagian hadapan kepala juga boleh terjadi.

+ Akan perasan keseimbangan badan tak sebaik dulu. 

+ Tidak cekap bersukan. Imej dari cermin mata yang dipakai boleh menyebabkan kualiti 'depth of perception' (kebolehan nak tahu jarak dan masa bola yang nak ditangkap) tidak berada pada tahap optimum.

"Penglihatan yang rabun memerlukan CERMIN MATA yang cukup terang, tanpa mengganggu cara otot mata itu bekerja."

"TERANG dan SELESA perlu SEIMBANG."


Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris.

Sabtu, 7 November 2015

RAY BAN : 3 alasan mengapa orang BANGGA memilikinya!


Harganya menjadi isu di alam maya. Ia tetap tidak melunturkan semangat peminat Ray Ban untuk terus bercerita dan berbangga kerana memilikinya. Walaupun berpuluh tahun usianya!

Pelanggan saya sangat teruja apabila diceritakan tentang sejarahnya. Memanglah harganya kadang-kadang menjadi penghalang, tetapi 'memori lama' yang terpalit bersamanya jauh lebih bernilai dan dihargai.

Apa 3 alasan itu?

Ia lebih menjurus kepada bagaimana pemilik Ray Ban memberi 'respon' terhadap ikon sepanjang zaman ini.

1. Miliki Ray Ban, anda sahabat baik saya.

Menyatukan perasaan dan minat antara pemilik Ray Ban. Kalau dalam kedai bertemunya dua orang peminat Ray Ban, setiap dari mereka bercerita koleksi model yang mereka miliki. 
Harganya, keasliannya, dan paling best kalau saya dengar, bagaimana mereka jatuh hati pada Ray Ban buat kali pertama.


2. Ray Ban menyatukan CINTA kami.

Pak cik yang dah berumur, berjalan dengan sokongan tongkat pada tangan kanan, dipimpin dengan isterinya penuh cermat. 

Masuk ke praktis saya untuk menempah sepasang cermin mata , Pakcik Hassan, berumur dalam lingkungan 68 tahun. Orangnya suka 'berseloroh' dan sangat romantik dengan isterinya.

Selepas mengambil 'tempat berehat', matanya merenung dalam-dalam pada koleksi Ray Ban Aviator yang tersusun rapi pada sebuah rak ekslusif. Penuh berminat, dan terus berkongsi cerita,

"Pak Cik ada beli satu, masa muda-muda dulu. Masa tu, siapa pakai Ray Ban dengan uniform askar, senang nak cari calon isteri. Tak caya tanya makcik kamu ni ha." 

Bersinar wajah pasangan suami isteri ini. Seperti pasangan yang baru bercinta pula. Hehehe..


3. Ray Ban semangat juang kami mempertahankan Negara!

Veteran askar dan polis tak boleh pisahkan nilai peribadi yang diberi Ray Ban kepada mereka. 

Perjuangan mereka menentang komunis bukanlah sesuatu yang mudah, masuk ke dalam hutan berhari-hari,ramai rakan baik yang terkorban, dan peperangan berbalas tembakan diiringi letupan bom tangan. 

Seolah-olah filem yang ditayang semula setiap kali mereka memakai Ray Ban antik yang telah lusuh dimamah usia. 

Walaupuan telah bertongkat, mereka masih lagi bersemangat untuk mengangkat senjata, andai khidmat mereka diperlukan!
.
.
Apa cerita 'special' tentang Ray Ban yang membuatkan anda rasa berbangga memilikinya?
Saya pasti, memori itu cukup terkesan di dalam hati anda.
"Hanya pemiliki RAY BAN sahaja yang tahu."


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
smile emoticon
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...