Ahad, 29 Mei 2016

Optometrist VS Speech Therapy.

Bertahun saya perhati seorang speech therapy melakukan sesi terapinya. 

Dalam satu terapi,
"Permainan bola yang digunakan dalam terapi, kerap dirapatkan ke wajah pesakit."

Bila saya tanya mengapa dilakukan, ia bertujuan untuk menarik perhatian supaya mata memandang mainan tersebut.
"Supaya tumpuan dapat diberikan oleh pesakit." Balas beliau.

Sehingga ke hari ini, saya bekerjasama dengan beliau untuk mengaitkannya dengan penglihatan.
Agar mendapat gambaran yang lebih jelas kaitannya dengan penglihatan.
.
.
Dalam beberapa tahun memerhatikan 'watak' pesakit ini, saya boleh membuat kesimpulan secara kasar, masalah penglihatan adalah satu keadaan 'samaran' sehingga mereka digelar ADHD atau Dyslexia.

Kebanyakannya mempunyai tahap konvergen yang agak lemah dan mudah penat apabila melihat objek berjarak dekat.

Sebab itu 'tumpuan' mereka tidak seperti orang lain.

4 faktor kemahiran penglihatan ini akan dinilaikan oleh Optometris :

+ Kecekapan otot luaran bola mata.
+ Kepantasan dan daya tahan otot dalaman bola mata.
+ Penghasilan imej dengan maklumat yang bermakna.
+ Kemahiran bertindak atas maklumat visual yang diterima.
.
.

"Rizal Vision & Speech Therapy."

Sangat beruntung pelajar jenis B bila menjadi CEO!





Setiap kali lawatan di sekolah, team Rizal Optometris akan menemui 2 jenis pelajar :
+ Pelajar A
Belajar secara proses, dari A hingga Z. Kemudian diberi kesimpulan selepas tamat setiap subjek. (Digelar Pelajar Sequential)

+ Pelajar B
Pelajar ini hanya faham dan minat apabila diceritakan kesimpulan dahulu, tujuan kenapa perlu belajar dan cara belajar yang betul, mengikut minatnya. Mereka ini jenis yang melihat 'hutan' dahulu, bukan pokok-pokoknya.
.
.

Dengan sistem persekolahan yang biasa, pelajar ini di anggap pemalas dan sering ketinggalan dari segi tahap pemahaman.

Bila telah dewasa, pelajar B akan lebih berjaya dalam seni, teknologi dan bisnes kerana cara mereka berfikir, adalah secara 'Big Picture'. 

Mereka juga mahir membaca gerak bahasa tubuh dan psikologi bila bertemu dengan orang lain.

Dalam bidang Optometris, pelajar ini mempunyai Vision Perceptual Skill yang hebat. Terutamanya skill :

"Visual Spatial"
Ada terapi untuk tingkatkan kemahiran ini.

Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Jumaat, 27 Mei 2016

10 cara membina pasukan setia untuk bisnes kecil.


Semasa saya berjumpa sebahagian rakan Optometris, ada yang berkata pada saya, marketing itu tidak berapa penting.
Paling penting, produk kena strong, mesin kena hebat, kedai juga kena ada 'feel' hebat.

Anggapan itu tidak salah. Ia bergantung sejauh mana kita mahu bisnes kita itu 'digayakan'.

Ada sahabat saya, seorang yang memegang jawatan tinggi di dalam organisasi SME Corp, bercerita tentang ayahnya.

Berniaga nasi lemak tepi jalan. Dari dahulu hingga ke hari ini, tetap sama. Bila dicadang buka restoran, ayahnya menolak. Jiwanya tetap dengan cara perniagaan sekarang.
.
.
Kita tidak boleh memaksa seseorang. Kalau kita sudah selesa dengan tahap perniagaan sekarang, mungkin tidak perlu lagi meneruskan pembacaan. Tapi kalau mahu teruskan, berbesar hati saya dan hormat tertinggi untuk sahabat sekalian. :)

Bagi sahabat yang mempunyai semangat untuk maju ke hadapan, cita-cita yang sangat besar, ingin mengembangkan lagi perniagaan sehingga ke taraf luarbiasa, andalah pembaca yang saya ingin tujukan penulisan ini.
.
.
Saya mahu kongsi pengalaman saya, bagaimana saya membina pasukan bisnes sendiri. Bagi saya ia bukanlah perkara yang mudah, tetapi ia tidak mustahil.

Ini 10 perkara yang saya lakukan :

+ Tetapkan dahulu department apa yang kita mahu.
Masa sale tidak sampai belas ribu sebulan, saya sudah tetapkan. Ia membantu saya berangan-angan pasukan yang bagaimana saya mahukan. Marketing, Sales, Advertising, Customer service, R&D dan Operations.

+ Senaraikan tugas yang akan dilakukan oleh setiap department.
Boleh tampal sticker note dekat dinding, tambah dan ubah apa yang dirasakan sesuai.

+ Senaraikan apa ciri-ciri staff yang kita mahu untuk memegang jawatan itu.
Contohnya kalau department 'offline' marketing, saya letakkan syarat mesti berumur 30 tahun ke atas, dan wajib seorang lelaki. Sebab beliaulah akan buat 'kerja-kerja berat' diluar, dan percakapan yang matang.

+ Kaji bagaimana untuk menjadi Leader yang di sukai oleh pasukan.
Saya senaraikan kemahiran yang saya ada. Kemahiran yang kurang atau tiada, saya akan mencari cara untuk memahirkannya. Dulu saya tidak pandai bercakap di hadapan orang dengan baik, saya berlatih setiap hari di depan cermin. 

+ Saya tetapkan matlamat yang jelas. 
Belajar menetapkan Visi dan Misi adalah sangat penting. Pada permulaan Visi saya adalah untuk menjadi No 1 di Perak dengan cara berpasukan. Misi (cara nak capai Visi) sentiasa dibincangkan.

+ Saya design sistem mentor-mentee.
Antara caranya, saya mesti jelas apa impian peribadi setiap ahli pasukan saya. Antara persamaan ahli pasukan saya adalah, mahu dihormati oleh orang disekeliling mereka. 

+ Latihan dengan melantik ketua projek.
Ada projek sekolah, projek kampung, projek pameran, projek persatuan dan banyak lagi. Saya mahu kenalpasti bakat yang mereka ada dengan melihat cara mereka menjalankan projek-projek tersebut.

+ Setiap minggu diaturkan kelas motivasi.
Sangat berbeza semangat mereka selepas kelas motivasi mingguan. Banyak diceritakan gambaran angan-angan apa yang akan berlaku pada diri sendiri, keluarga dan cara kerja kita bila telah berjaya. Semuanya bermula dengan satu kepercayaan, "semakin berjaya syarikat, semakin berpeluang mencapai impian diri sendiri."

+ Suasana kerja profesional dan seronok. Seperti sahabat baik dengan rasa hormat yang tinggi.
Panggilan wajib bermula Tuan, Puan atau CikPuan. Sehingga ketua yang mahu menegur, wajib memberitahu dahulu kebaikan orang yang mahu ditegurnya dahulu. Mesti ada positif.

+ Berikan harapan, kotakan janji-janji yang kita telah beri.
Kita kata kepada staff kita, "Kalau Tuan berjaya capai, syarikat akan naikkan gaji Tuan." Setelah berjaya dicapai, kita wajib kotakan janji ini. Kita akan lebih berpeluang mendapat pekerja yang bagus dan akan lebih setia.
.
.
Tanda aras yang kita sebenarnya telah memiliki pasukan yang baik, adalah apabila mereka seronok berjumpa dengan kita (pemilik bisnes). Kita sendiri juga berperasaan demikian!😊


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Jumaat, 20 Mei 2016

Mata kita guna teknik 'Convergence'.


Masa kecil dulu, time Superman keluarkan laser dari mata dia, habis dinding kapal tu dia 'welding'. Cerita Superman lama dululah. 😅

Tapi perasan tak, laser dari dua-dua mata fokus pada satu titik sahaja?

Bila kita melihat sesuatu guna 2 mata, mata kanan dan kiri akan bergerak menghampiri hidung. Sehinggalah 'mereka' bersama-sama melihat pada satu titik, pada satu satu masa.

Proses inilah yang Optometris panggil sebagai Convergence.

Bila pantas dan tepat gerakan kedua mata ini, barulah otak dapat anggar jarak sesuatu yang kita lihat.

Bila bawa kereta, barulah tahu berapa jarak selamat kereta yang berada di hadapan.

Ujian paling mudah untuk kita 'test' pada anak kita yang berumur seawal 3 tahun, adalah dengan membaling bola ke arahnya. (Bagi anak kita tangkap).

Kalau tangkap terlalu awal, atau terlalu lambat, kebarangkalian besarnya, anak kita mungkin mempunyai masalah dengan skill Convergence.

Optometris boleh buat penilaian akan keadaan ini. Ia boleh jadi Convergence yang terlalu kuat (Convergence Excess) atau tidak mencukupi (Convergence Insufficiency).

Program rawatan meliputi khidmat nasihat, cermin mata tempahan khas, dan program terapi berkala.

Pakar juga mengkaji dan telah terbukti, keadaan masalah skill penglihatan Convergence ini, antara penyebab power rabun jauh (jenis Functional Myopia) semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Kebiasaan yang saya jumpa di praktis saya, masalah convergence ini telah sampai ke tahap anak tersebut digelar pemalas, ADHD, Dyslexia, dan pemalas di dalam kelas.

Mereka hilang tumpuan untuk melihat sesuatu, terutamanya pada jarak yang lebih dekat.

Adakah kita pasti anak kita tiada masalah ini?


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Khamis, 19 Mei 2016

Stamina mata lemah : Drive tak sampai 30 minit, dah start mengantuk!



Masuk alam pekerjaan, kebanyakan dari kita dah ada kenderaan untuk untuk ke tempat kerja.

Ada yang 'office hour' ada yang bekerja sehingga matahari dah terbenam.

Bila drive, kita cepat sangat mengantuk, ada sesetengah kes boleh berpunca dari kualiti penglihatan yang kurang baik. Ia bukan kerana rabun sahaja.

Sebab itu ada yang rasa pelik, rasa dah cukup banyak tidur, tapi tetap mengantuk.

Penglihatan bukan sekadar nampak jelas sahaja. Ia melibatkan :

+ Cara bekerja untuk Otot luaran dan dalaman bola mata. Adakah terdapat sebarang kecelaruan dalam buat sebarang aktiviti?

+ Sistem fokus imej berapa pantas beri jelas di samping dapat bertahan untuk satu hari.

+ Kualiti maklumat yang diperoleh dari mata, dan diterima oleh otak. Adakah baik untuk hasilkan koordinasi yang baik untuk pergerakan tubuh. Contohnya : Boleh tak beliau anggar jarak kereta di hadapan, dan pantas tekan pedal brek tepat pada masanya?

+ Stamina mata untuk terus bekerja guna dua-dua mata. 

Ujian Binokular Vision perlu buat.
.
.
Susah kita nak bezakan mengantuk sebab badan yang letih, atau mata kita sendiri yang letih.

Otak akan hasilkan horman untuk tidur bila imej bermasalah terpaksa diterima oleh otak untuk diproses.

Program rawatan khas boleh diatur mengikut tahap masalah penglihatan seseorang itu.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Isnin, 16 Mei 2016

Makanan apa yang bagus untuk orang Rabun?

Kalau ditanya soalan ini pasti kita akan menjawab 'Carrot'!

Jawapan itu tidak salah. Carrot ada Vitamin A yang sangat bagus untuk mata kita beradaptasi dari tempat bercahaya terang kepada tempat yang lebih gelap. 

Kerana dalam keadaan pencahayaan perbezaan ini masing-masing memerlukan reseptor saraf yang berlainan.  

Sebab itu bila kita tutup lampu bilik, beberapa saat diperlukan untuk bagi terang sedikit pandangan kita.

Masa itu digunakan untuk ubah dari satu reseptor ke reseptor saraf yang lain.
.
.
Pakar pemakanan mencadangkan makanan yang mempunyai Chromium yang banyak. 

Makanan yang kaya dengan Chromium ini boleh membantu mengawal rabun dari jenis 'Functional Myopia' selain daripada program kawalan rabun dari Optometris berpengalaman.

Saya listkan 5 jenis makanan yang banyak dengan kandungan Chromium (sumber dari FDA) :

1. Brokoli.
2. Barli.
3. Oat.
4. Kekacang Hijau.
5. Tomato.

Chromium juga bagus untuk mengawal kandungan gula di dalam darah.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Sabtu, 7 Mei 2016

Otot mata bertindak bersama antara satu sama lain.



Mata mempunyai 2 jenis otot :

+ Berada luar dari bola mata. 

+ Berada di dalam bola mata.
.
.
Otot di luar untuk melakukan pergerakan bola mata, manakala otot di dalam berfungsi untuk menjelaskan sesuatu imej (fokus).

Kualiti kecekapannya boleh ditentukan.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Kerap pejam mata...


Apabila terasa letih, mata antara deria yang memerlukan rehat.

"Lega bila dapat pejamkan mata."

Sampai nak terlelap pun ada.😅

Seseorang yang terlalu kerap memejamkan mata, untuk fokus sesuatu imej (contoh seperti membaca berjam-jam), cara melihat perlu dinilaikan.

Mata mungkin mempunyai stamina yang lemah untuk terus guna 2 mata dalam satu masa.

Kes paling kerap : "Vergence Dysfunction."


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Lebih berjaya dengan 'Feedback'.


Apabila digandakan jumlah keadaan yang gagal, semakin pantas kita menuju ke arah kejayaan.

Seperti kata CEO IBM, Tuan Thomas J. Watson ST ;

"Kejayaan berada jauh sedikit dari garis sempadan kegagalan."

- Thomas J. Watson ST, CEO IBM

.
.
Tidak pernah ada perkataan gagal bagi seorang usahawan yang cekal.

Mereka menukar perkataan gagal kepada 'feedback'.

Tetap berusaha untuk ubah 'feedback' kepada yang lebih baik.

Sentiasa!


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Orang kreatif : "Boleh tak buat begini?"


Masa hantar tugasan tesis pada seorang profesor, seorang pelajar membawa idea 'penghantaran surat dalam sehari'.

Gred C diberikan oleh profesor tersebut sambil berkata,

"Idea awak ini tidak logik."

Kerana pada masa itu, paling cepat, mengambil masa selama 3 hari.
.
.
FedEX adalah syarikat pertama yang merealisasikannya. 

Kerana CEO FedEX, Fred Smith, sentiasa bertanya, "Boleh tak ia diterima dalam sehari?"

Pelajar yang mendapat Gred C itu sebenarnya adalah Fred Smith sendiri!


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Pemimpin bisnes berbaju 'pengaruh'.


Bila pengaruh berjaya dilakukan kepada pengikut di bawah, lebih banyak ganjaran dan wang yang akan bakal diterima.

Pengaruh yang berjaya, apabila seseorang itu :

+ Berpengalaman luas. Kalau buka restoran, tebar roti canai pun beliau tahu.

+ Peribadi baik yang dihormati. Tiada tengking-menengking. Sentiasa guna konsep mendorong.

+ Menghargai masa orang lain dan tahu bila perlu untuk bertoleransi.

+ Mempunyai karisma (sikap baik yang sentiasa bermotivasi).
.
.
Pengikut akan mula percaya pada pemimpin, bila pemimpin itu sendiri mempercayai pengikutnya.

"Kerana pemimpin yang hebat, lahir dari pengikut yang setia."


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Khamis, 5 Mei 2016

Tanggalkan spek untuk berwuduk, sakit kepala ya amat sangat!



Seorang pelajar tahfiz mengadu akan perkara ini.

Beliau mempunyai tahap stamina melihat yang rendah pada jarak dekat.

Satu sesi rawatan terapi berkala diaturkan iaitu ;

+ 10 kali sesi terapi (Fasa satu)

+ Sekali sesi sehari dan diselang sehari untuk sesi seterusnya.

+ Selepas 5 sesi, stamina beliau akan diukur semula.
.
.
.
Stamina beliau semakin kuat dan boleh beberapa 'puluh minit' tidak memakai spek.

Sakit kepala juga tidak mudah dialami.

Sama seperti otot tubuh kita yang lain, otot mata juga memerlukan 'senaman' untuk kekal cergas!


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Mata & Optometris


Mata adalah sifat fizikal yang orang lain boleh lihat.

Penglihatan pula adalah proses aktiviti mendapatkan maklumat.

Orang lain tidak tahu apa yang kita lihat,
dengan hanya melihat mata kita!

Wujudlah profesion Optometris, pakar akan penglihatan seseorang.

Fikir cepat! Fikir lambat!


Menurut Daniel Kahneman, penulis buku 'Thinking, Fast and Slow' :

+ Jika perkara yang tidak penting, macam "Kita nak makan dekat mana ni sayang?", boleh guna cara berfikir cepat untuk buat keputusan.

+ Tetapi perkara penting, terutamanya untuk jangkamasa panjang, wajib ambil style fikir lambat!
.
.
Tip orang 'push' kita buat keputusan dengan cepat, cakap seperti ayat di bawah :

"Kalau nak jawapannya sekarang, saya akan katakan TIDAK. Tapi kalau awak bagi saya masa untuk berfikir, jawapannya mungkin akan berbeza."

😉

Pelajar : Pandangan berubah-ubah.


Kalau anak kita seorang pelajar, beliau memerlukan skill melihat sesuatu pada jarak yang berlainan dengan baik.

Skill ini banyak digunakan semasa menyalin nota di dalam kelas.
.
.
Kajian ahli saintis, manusia berkebolehan untuk untuk melihat jelas (fokus) hanya dalam masa 0.35 saat.

Saya teringat seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun, beliau mengambil masa sehingga 6 saat untuk melihat jelas apabila ujian dilakukan.

Sakit kepala, lambat menyalin nota dan kurang tumpuan antara kesan skill fokus yang kurang cekap.

Satu program rawatan khas telah disyorkan pada beliau.
.
.
Mata yang terang tidak semestinya mampu melakukan aktiviti sebagai seorang pelajar dalam seharian. 

Otot mata (luaran dan dalaman) perlu dinilaikan oleh Optometris yang berpengalaman.

Ia dapat membantu pelajar yang akan mengambil peperiksaan besar pada tahun ini.

"Kejayaan dengan Penglihatan"

Senyuman anak, pengubat letih bekerja.


Kalau anak masih baby, tak sabar nak sayang peluk dia kan? Tambah lagi yang bam-bam tu.😆

Kalau yang besar tadika pula, nak tanya apa dia buat dekat tadika..

Bila mereka senyum ketawa, cukuplah! Itulah 'ubat' yang kita mahu untuk hilangkan letih dan stress. Ubat yang tiada nilainya.
.
.
Part dalam profesion saya, iaitu Optometri, ia mengenai cara melihat seseorang itu.

Anak-anak di tadika tidak terkecuali.

Kadang-kadang kita rasa risau anak kita mungkin rabun. Kita suruh baca papan tanda yang jauh tu. 

"Boleh baca! Maknanya (anak) tiada masalah." Kata hati kecil kita.

Tapi Tuan/Puan, ibu dan ayah yang amat menyayangi permata hati kita ini...

Apa kata bila buat ujian ni, minta anak tutupkan sebelah mata. Maknanya baca guna sebelah mata dalam satu-satu masa. 

Kalau kualiti mata anak tidak sama antara kiri dan kanan, cepat-cepat dapatkan rawatan.
.
.
Projek Tadika Rizal Optometris : 

"2 mata sihat dan cergas, membaca lebih pantas!"

(Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping)

-Shahrizal Redwan, Optometris.





Mudah cara 'Order'.



Buat sesuatu yang mudah, bukanlah perkara yang biasa bagi seseorang.

Jika berangan ia akan menjadi mudah, kita perlu betul-betul mahukannya agar ia dapat direalisasikan!

Seperti restoran terkenal yang mempunyai hingga berpuluh jenis makanan.

Restoran yang berjaya apabila :

Cara 'order' diambil, disiapkan dan dihantar, sentiasa guna cara yang mudah.
.
.
"Sesuatu yang kompleks, sentiasa dikalahkan dengan cara yang mudah."

-Edward De Bono.

ABCD

"ABCD : Always Be Connecting Dots"
-Danny Meyer.
.
.
Sains di sebalik sistem yang berlaku pada penglihatan kita.

Terdapat beberapa konsep perkaitan antara satu sistem dengan sistem penglihatan yang lain.

Kita perlu tahu perkaitan untuk menyambung titik-titik konsep itu.

Baru mudah untuk memahaminya.
.
.
Contohnya, bila kita melihat menggunakan dua mata dalam keadaan yang normal, Sistem Pergerakan Bola Mata  dan Sistem Fokus berlaku pada masa yang hampir sama.

Bergerak 'seiring'..

Ia di namakan 'Sistem Vergence'.

Idea hebat kita cerita sedikit?



Kalau kita dah ada cara hebat nak majukan bisnes, kita pun cerita dalam FB untuk tawarkan  khidmat nasihat kita. Kira nak jadi konsultan hebat suatu hari nanti.😊

Tapi kita keluarkan artikel atau post yang kualitinya berstatus 'second hand'. Kita rasa idea begini adalah cara yang betul.

Sebenarnya, audien rasa tidak puas akan maklumat yang cuba kita sampaikan, sehingga mereka malas dah nak tengok post-post kita.

Post kita yang dapat membantu orang lain, seperti memberi satu sudut pandangan baru yang lebih positif, kesannya lebih berpengaruh. Mungkin ini tip yang boleh kita jadikan panduan :

+ Belajar menulis secara profesional, bukan dengan emosi.

+ Ceritakan langkah yang kita buat, bukan 'larangan' demi 'larangan'.

+ Kongsikan bagaimana kita selesaikan satu masalah. Bukan 10 masalah nak diselesaikan dalam satu post ya.😅

+ Perkara yang rahsia itulah yang audien nak tahu!

+ Guna ayat dorongan, bukan ayat suruhan.

+ Kenali siapa audien sasaran kita. Tulis post khas untuk mereka.
.
.
Paling penting sekali kita bina identiti dan imej kita dahulu. Kita pastikan ianya sama dalam dunia sebenar mahupun di alam maya.

😉

Ahad, 1 Mei 2016

Guru Takraw angguk kepala sahaja!

Masa saya sekolah dulu, ada seorang guru yang ajar pasukan Takraw kami.

Lipat gulung, servis cara tajam, dan taktik-taktik tak terkalah. (Macam Power je kan? Hehehe.. Mainan ayat je tu..😊)

Beliau tak pernah marah-marah, herdik dan beri kata-kata yang melemahkan semangat.
Ya lah. Sekolah kami pun masa tu duduk dekat hulu.. Serba serbi tiada pendedahan.
.
Paling tak boleh lupa, setiap kali kami nak mulakan servis, beliau berdiri tepi gelanggang,
Kami pandang beliau lepas tekong dah siap kekudanya...

Beliau mengangguk seolah-olah berkata,

"Lepaskan SENJATA HEBAT! Taktik hebat kita!"

Lepas tu tekong melepaskan servisnya!
.
.
.
Paling best, kami tetap Kalah.. Hehehehe.
Konfiden kena ada bro! ðŸ˜†ðŸ˜†ðŸ˜†
Gambar ; Team Rizal berada di Institut Perguruan Guru di Ipoh.

Empat orang ahli Team bertugas hari ini! Good Job Team!


"Mata dan Penglihatan sesuatu yang berbeza Tuan.." Mungkin itulah kata-kata dari Tuan Kamil. Nampak pro lah!
Tuan Saleh mendengar 'luahan hati' pengunjung booth. Cayalah Tuan!

Sehingga hari ini, belum mampu lagi buat skill 'lenturan badan' ni.


Yang melaporkan,
-Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar, Ipoh Klebang.

Mata bola senak, bila beralih pada FRAME yang BESAR.


Ada kesan 'serotan imej'.

Sebenarnya, Tidak semua permukaan cermin mata kita powernya adalah sama, kerana ketebalan cermin yang tidak sama pada keseluruhan permukaan.

Kalau rabun jauh (jenis myopia), kantanya lebih tebal di bahagian sisi (lebih berpower dari permukaan tengah cermin).

Mata lebih penat kerana perlu 'membetulkan' cara fokus setiap kali memandang ke sisi. 

Sangat terkesan bila dulu pakai frame kecil, kini beralih arah pada frame yang lebih besar dan lebar.

Beberapa kompenan sistem penglihatan kita perlu belajar semula (di 'reboot') untuk membiasakannya.

Sebab itu sesetengah orang yang pakai spek baru, rasa mata seperti senak sedikit dan kadang kala sakit kepala yang tidak keterlaluan.

Ia hanya sementara dan masih dalam 'mood' boleh diterima untuk dipakai.


Shahrizal Redwan, Optometris.

Okey, saya memang rabun, apa nak buat lepas pakai cermin mata baru ni?



7 perkara yang boleh kita buat ya ;

+ Jangan malu nak pakai cermin mata. 
Fikirkan ini adalah cara supaya dapat membantu mata supaya tidak dalam keadaan stress. 
Tidak serius memakai cermin mata, boleh menyebabkan risiko kenaikan power lebih banyak, dan cara mata respon untuk melihat sesuatu, seperti 'CD calar' yang dimainkan dalam DVD player. 
Tersekat-sekat, tersangkut-sangkut.

+ Selepas sebulan pakai cermin mata, akan perasan, dulu tak pakai spek nampak ok lagi, tapi sekarang tanpa spek nampak kabur berganda-ganda. - Ini normal. 
Sebab otak telah diberikan isyarat, " Oh, dah ada bantuan rupanya, tak payah kerja kuat nak bagi terang lagi." 
Ini sebenarnya satu tanda yang POSITIF.

+ Kena nilaikan semula berapa bagus sistem penglihatan kita sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. 
Ada juga yang perlu dinilaikan semula dalam tempoh 1-3 bulan sekali, mengikut kes-kes khas.

+ Rasa rimas pakai spek, sakit dekat situ, sakit dekat sini. 
Pergi semula ke kedai dan beritahu masalah kita, mungkin sedikit adjustment perlu dibuat.

+ Jaga cermin mata kita, kurangkan calar yang berlaku, basuh dan ELAK TINGGAL DALAM KERETA YANG di parking tengah panas. 
Jika tidak, akan berlaku 'calar' halus pada lapisan dalaman kanta.

+ Sediakan cermin mata 'spare'. Murah pun tak apa. 
Terutama jika kita ada buat aktiviti lasak atau persekitaran kita yang sedikit 'ganas' (ada anak lelaki yang matanya menjadi 'tajam' tiap kali melihat spek anda!).

+ Cuci kain yang dibekalkan untuk lap cermin mata seminggu sekali. 
Kalau ada budget lebih, setiap kali kain dah kotor, boleh beli yang baru!
.
.
Cermin mata yang kita pakai, bukan kerana powernya yang bagi kita nampak terang. 
Tapi kerana power spek MENGUBAH cara cahaya yang masuk ke dalam mata. Barulah kita dapat melihat dengan JELAS.
"Bukan sebab SPEK BERPOWER yang bagi MATA kita jadi lebih POWER. ðŸ˜†"
.

Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris, Kuala Kangsar.

Cermin Mata BARU, mata rasa LARI.




SOALAN :
"Saya rasa susah nak pakai cermin mata baru. Rasa seperti tak selesa, macam mata bengkak dan mata rasa macam ada lari."
"Terutama sekali mata kanan saya. Boleh terangkan sedikit? Terima-kasih Tuan."

JAWAPAN ;
Pernah beberapa kes yang memberi aduan seakan sama dengan CikPuan.
Ada 3 perkara yang boleh menyebabkan ia terjadi.
Power pada mata kanan yang diberi memberi kesan terhadap :
+ Bagaimana mata hendak bagi jelas apa yang kita nak lihat. Boleh jadi mata kanan tak dapat bagi terang, mata kiri pula boleh bagi terang sesuatu objek.
+ Mata tidak boleh bekerja sebagai satu pasukan lagi. Ada kes yang sebelah mata beliau lari sedikit keluar dari yang sepatutnya. (boleh berounca dari power yang baru).
+ Kesalahan dalam menentukan balancing power untuk mata kanan dan mata kiri.
.
.
Ada beberapa faktor lain seperti stamina otot mata, skill di tahap lebih tinggi (cara otak kawal mata) perlu juga dinilaikan.
Dapat cari 'ibunya' (punca penyebab terbesar) baru kita boleh susun cara memperbaiki penerimaan power baru oleh mata kita.

Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar.

Soalan : Dipetik dari Facebook Tuan Azemi Ali.

Jawapan dari pakar optomeris Tuan Shahrizal Redwan berkenaan pertanyaan saya mengenai mengawal power kacamata.
Terima kasih tuan Rizal, saya post di sini untuk rujukan saya di masa depan. Kredit kepada tuan Rizal.
Tuan Azemi Ali, 
Soalan ini yang paling banyak saya terima.
Saya pernah diperkenalkan akan beberapa teknologi yang di khabarkan dapat mengawal power rabun. Terutamanya kepada kanak-kanak.
Ada yang saya mencubanya pada pelanggan saya, dan hasilnya tidak seperti diharapkan.
Malah ia mengganggu salah satu sistem penglihatan kita iaitu :
+ Cara mata anak kita bagi jelas sesuatu perkataan.
+ Cara mata anak kita mengawal dan guna dua-dua mata.
+ Cara mata anak kita 'gabungkan' imej mata kanan dan kiri menjadi satu imej 3D.
+ Skill bagaimana mata dan penglihatan itu sendiri dikawal oleh otak.
.
.
Pengalaman saya, setiap orang yang serius mahu mengawal power rabun jauh, adalah penting menilaikan dahulu ke empat-empat perkara di atas tadi.
Bila dinilaikan, baru tindakan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, dirancang dan dinilaikan sehingga power telah mula menjadi stabil memgikut suatu tempoh masa.
Stabil maksudnya naik/turun power dalam lingkungan -0.50.
Pengalaman saya juga Tuan Azemi, dalam pecahan rabun jauh jenis dari 'Functional Myopia' paling banyak yang saya 'handle' berbanding dari jenis yang 'diwarisi'.
Jika anak Tuan dari jenis Functional Myopia, ada cara yang kita boleh ikhtiarkan.
Perlukan Optometris yang betul-betul mahir.
Saya kongsikan sedikit, walaupun ada kes kita telah berusaha mengawal power rabun seseorang, namun power beliau tetap juga naik.
Tetapi, kemahiran menggunakan mata (penglihatan) menjadi lebih baik berganda-ganda.
Tetap ada kesan yang positif.
Contohnya dahulu, boleh guna komputer/belajar 1-2 jam, kini dah berganda-ganda lebih lama.
Lebih baik dari segi produktif di masa hadapan.
Harap dapat membantu soalan Tuan. ðŸ˜Š

Cermin mata baru-Sakit Kepala & Tidak Selesa.


Dari sudut pandangan saya, 3 pendapat kenapa perkara ini boleh berlaku ;

Pendapat pertama:
Dalam satu part penting dalam profesion Optometrist, ia ada kaitan dengan bagaimana tubuh kita berinteraksi dengan perubahan power ini.

Konsultasi amat penting diberikan kepada pelanggan yang mempunyai masalah adapt.

Ia berkaitan dengan pemahaman kita kenapa terdapat sedikit pengalaman 'kurang selesa' di peringkat awal.

Optometris perlu memberi pemahaman pada 'minda' pelanggan/pesakit, supaya kejayaan pemakaian adalah lebih tinggi.


Pendapat kedua :
Saya banyak temui, selain konsultasi, power yang kita beri, sebenarnya tidak mengambil kira akan keadaan :

+ Sistem Fokus

+ Skill menggunakan dua-dua mata menjadi satu pasukan yang baik.

+ Skill menyatukan imej dari dua mata menjadi satu imej 3D.

+ Skil-skill penglihatan berkaitan dengan aktiviti harian.

Contohnya dengan penambahan power rabun jauh, menyebabkan seseorang itu mempunyai darjah juling yang lebih besar.

Mata akan 'reject' keadaan ini, dan lebih memilih power yang lama.

Parah lagi, ia menyebabkan peningkatan power dari tahun ke tahun.


Pendapat ketiga :

Perubahan design. 

+ Saiz kanta (contoh, dulu frame kecil, sekarang pakai besar-sudah semestinya ada kesan prismatik).

+ Design permukaan (aspheric, double apsheric).

+ Material.

+ Kepadatan cermin.

*Tidak digalakkan untuk tukar-tukar dengan cermin mata lama, ia akan ganggu cara otak menyimpan sesuatu memori. 

Ia boleh menyebabkan otak semakin susah untuk pantas belajar sesuatu yang baru (kurang Neuroplasticity).

Mata (Penglihatan) kita juga mempunyai STAMINA!


Di kelas,

"Arman, kenapa mengantuk sangat ni? Pergi basuh muka!" Cikgu Hatta mengarahkan Arman, pelajar tahun 2.

Bila balik sekolah,

"Balik sekolah nampak sangat letihnya. Makan pun tak sempat, terus nak pergi tidur dulu. kenapalah dengan anak saya ni?" Seorang ibu berkata dalam hatinya.
.
.
Situasi di atas banyak saya temui di praktis saya. 

Bila setiap kali saya bertanya pada ibubapa, mereka sebenarnya dah lama sedar.Tapi tak pernah terfikir ia disebabkan oleh mata (penglihatan).

Klinik dah pergi, Hospital pakar pun dah pergi. Sakit kepala dan mengantuk ini pula semakin kerap datang.

Bila hati kita cakap ada perkara yang tidak kena dengan anak kita, kita kena ambil serius. Kerana kita bertanggungjawab terhadap masa hadapan mereka.

Kerana bila belajar, ia memerlukan mata (penglihatan) yang baik.
.
Saya teringat seorang pelajar perempuan berumur 9 tahun, keletihan bila balik dari sekolah. Sekolah agama di sebelah petang memang selalulah beliau tidak pergi.
Beliau tidur untuk mengelakkan sakit kepala.
.
Dalam profesion Optometris, stamina ini dapat diukur tahap kualitinya, agar sebarang rawatan yang diberi, memberikan hasil yang berkesan.

Stamina adik ini sebenarnya sangat lemah. 

Keputusan dibuat oleh saya setelah menilai cara adik ini melihat.

Penglihatan beliau memerlukan 'kombinasi 2 kaedah' untuk ditingkatkan semula staminanya.

+ Cermin mata tempahan khas.
+ Latihan Visual Theraphy.
.
Selepas 3 bulan, pelajar ini mendapat reaksi positif yang ditunjukkan. Balik sekolah siap boleh makan-makan dulu, buat kerja sekolah.

Perubahan yang melegakan kita sebagai ibubapa.

Jika kita perasan anak kita seperti keadaan di atas, kemungkinan besar penglihatan mereka tidak berada pada tahap STAMINA yang baik.


-Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optomertis Kuala Kangsar.

Adik comel main 'Hi-5' datang dari Pulau Pinang.


Semalam saya singgah kat cawangan saya atas satu urusan 'interview'. Adakah dia calon yang saya cari?
Tiba-tiba handphone bunyi "Keting ting.. ting.."
Bunyi email masuk.
Ada satu report yang di emailkan oleh Team saya di Kuala Kangsar, ada appointment pelanggan dari Pulau Pinang. Nak confirmation available tak esok (hari ini).
"Esok saya tak ke mana. CikPuan Afiqah call balik pelanggan tu ya." Saya terus call untuk maklumkan.
Pelanggan ini mempunyai anak berusia 5 tahun. Agak susah nak bekerjasama bila cuba di bawa di kedai lain.
Part ni isteri saya terus handle. Daripada beliau juga lah saya belajar bagaimana nak beri dorongan pada budak 5 tahun untuk suka dekat kita.
Bila dah suka, barulah kita boleh jalankan tugas sebagai seorang Optometris.
Tengah main 'Hi-5' (cara nak bagi budak seronok), kebetulan anak pelanggan lain juga datang,
"Nak juga!!" Tangan dah siap angkat. 
Sebab siapa 'Hi-5' dia dapat sticker comel.
Riuh satu kedai telatah anak-anak ni.
.
.

Terima kasih pada yang Like dan share page saya. (FB : Rizal Optometris).
Kerana tindakan anda menyebabkan ibubapa adik Aina, 5 tahun, lebih tahu apa yang berlaku dan isu-isu berkenaan penglihatan anak mereka.
"Rawatan awal, adalah jalan yang terbaik."

-Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris, Kuala Kangsar.

Tips elak rimas pakai cermin mata.

Rimas!

Masa saya tingkatan-tingkatan dulu, usah cerita spek di baling ke katil, ke bantal, ke ‘toto’. Perasan tak? Semua kat tempat lembut-lembut je. ðŸ˜†

Tu tandanya rimas tetapi sayang. Punca? Geram!!! ðŸ˜¤

Masa dulu 2 tahun sekali je boleh buat cermin mata baru. Bab patah, pandai-pandailah baiki sendiri.

Memanglah tak dapat nak atasi secara 'direct' rimas ni.

Tapi mestilah ada tipnya kan?

Jom kita tengok 4 isu yang selalu diluahkan pelanggan dan cara untuk atasinya ;

+ Spek ‘melorot’ ke hujung hidung macam orang berusia pakai - Lap sedikit permukaan spek dekat yang kena hidung dan kakinya. Lap sekali permukaan hidung dan belakang telinga kita juga. Peluh hasilkan minyak. Minyak itu pula bagi licin. Senang cerita pakai EAR HOOK aksesori untuk atasi masalah ni.

+ Cermin cepat kotor. - Basuh sedikit dengan air dan syampu baby. Minyak yang terkumpul di sekeliling kanta, boleh sebabkan kotor bila kita lap, ia makin kotor.

+ Sakit pada hidung. - Pelapik hidung perlu ditukar 6 bulan sekali. Ambil material dari silikon-ia memang akan mengeras, seterusnya tidak lagi melekat.

+ Senget - tak dapat nak tolong. Kena pi bawa kedai untuk adjust.




Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Sakit' sebab cermin mata 1 - Ketika memakainya.



Aduan sakit bila pakai cermin mata selalunya pada bahagian telinga.

Terutamanya pada bahagian belakang telinga yang sedikit tertonjol keluar. Ia di gelar kawasan 'tulang mastoid'.

Satu lagi pada kawasan paling atas 'sambungan' antara sisi wajah dan cuping telinga (atas telinga).

Apa yang perlu buat?

'Adjustment' pada kaki cermin mata :

+ Buat lekukan khas supaya tiada tekanan pada tulang Mastoid (Mastoid Process).

+ Darjah lengkungan kaki frame dikurangkan agar tidak tekanan pada belakang telinga dapat dikurangkan.

+ Guna aksesori tambahan. Penambahan getah silikon atau 'shrink tube'.

.

"Kejayaan dengan Penglihatan"


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris


"Perasaan ni, bila ada anak je boleh tahu bro!"

Pagi semalam saya buat 'cover test' dengan tangan saya sahaja. Sebab masa tu tengah tunggu Van sekolah di hadapan rumah.
Saya terus buat test ni sebab masa tengah sembang-sembang, anak saya cakap,
"Papa, Tasneem kadang-kadang susah nak menulis."
Bergetar hati, berdebar perasaan. 
6 bulan sekali, saya akan cek mata permata hati sulung saya ni. 
Memang kuat membaca. Satu lagi suka menulis macam-macam stori.
.
Ujian ini sangat simple, ada juga saya ajarkan pada pelanggan yang datang jauh dari negeri Pahang. Dia bawa hanya seorang anak untuk dinilaikan oleh saya. Saya 'suspect' anaknya yang lain mungkin mengalami masalah yang sama.
Jangkaan saya tepat. 3 daripada 5 anaknya hadapi isu yang sama.
.
Berbalik pada anak saya tadi. 
Saya tutup mata belah kiri Tasneem (5-6 saat), sambil mengarahnya memandang hujung jari telunjuk saya (jarak dalam 40cm).
Bila saya 'buka' supaya Tasneem guna dua-dua matanya, mata kiri tadi masih mengarah keluar.
Masa inilah satu perasaan yang 'lain' dapat saya rasakan. Perasaan yang sama bila saya dapat tahu saya sendiri mempunyai 'Convergence Insufficiency'. Sebab itu masa belajar-belajar dulu, saya tak dapat 'perform' seperti orang lain. 
Tapi itu sejarah.
Bila anak saya pulang dari sekolah, saya siasat dengan lebih 'detail'. Satu persatu test saya buat untuk tahu sistem penglihatan mana yang mencetuskannya.
Ni kira 'ibu' dia. Dapat ibu dia, baru boleh susun cara rawatan untuk latih 'ketuanya' (otak), bagaimana nak 'adapt' dengan satu keadaan yang sangat berbeza ini.
Sebelum saya nilaikan penglihatan anak saya, saya bagi 'task' ni pada Hanun, Optometris muda yang semakin 'matang' mengikut cara Optometri saya.
Sah!
Penilaian sistem penglihatan Tasneem, oleh Hanun dan saya, adalah 90% sama.
Saya 'happy' dengan 'performance' Hanun, tapi perasaan terhadap anak saya ia jauh lebih hebat terasa.
Tanyalah siapa-siapa, kalau tentang anak, kita sanggup lakukan apa sahaja.
Ibu bapa sanggup datang jauh-juah, balik hari, semata-mata nak luangkan masa sejam dua hanya untuk cek mata anaknya dengan saya.
Tapi ikatan ini tidak pernah putus, kerana ada satu kepuasan pada mereka, 
"Mereka telah faham dengan sebenar-benarnya faham, kenapa anak mereka tidak lagi minat membaca seperti dulu. Penyesalan berlaku kerana mereka menggelar sendiri permata hati mereka, sebagai seorang anak yang pemalas."
.
.
Saya peluk anak saya, sambil kata,
"Kita buat cermin mata yang Tasneem suka ya."
"Lepas ni nanti, Tasneem boleh baca dan tulis macam dulu-dulu tanpa ada masalah."
Terus di balasnya, "Tasneem nak warna purple!"
Saya pun dah tetapkan latihan apa yang patut dilakukan. 
Satu persatu, khas untuk Tasneem.
.
Sehingga saat stori ini ditulis, 'perasaan' lain ini sentiasa bermain-main dalam jiwa dan perasaan saya sendiri.
Kalau member lelaki saya tanya, saya akan jawab,
"Perasaan ni, bila ada anak je boleh tahu bro!"
.
Tindakan kita sebagai ibu bapa? Nilaikan kemahiran mata anak kita semasa melakukan aktiviti membaca dan menulis.
Lebih awal kita tahu, lebih mudah untuk kita bantu permata hati kita.
Semoga terbuka pintu hati kita untuk sentiasa mengambil berat kesihatan anak kita. 
Termasuklah bagaimana anak kita melihat.
"Kejayaan dengan Penglihatan"


Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris, Kuala Kangsar.

Latihan demi latihan, demi mencari bakat baru..

AJAR sehingga mereka boleh mengajar..
NILAI agar ia berada pada 'tahap standard' yang kita mahukan..
"Belajar sesuatu bakat yang baru, agar tindakan bermakna 'bergerak laju' "
-Shahrizal Redwan.
Leader pula ada Exam.. Ini peringkat tinggi dah ni.. Tahniah! Tahniah! "Masa ada lagi 5 minit! Pastikan tulis nama, dan dari kelas mana."😆

CikPuan Shafika memulakan kelas Edging.. Ada 5 SOP yang wajib dipatuhi. ðŸ˜Š



Kenapa selalu mengantuk bila membaca???

Soalan menarik! - Rugi tak baca. ðŸ˜†

1- Bila buat kerja dekat, asyik rasa mengantuk dan mata rasa sakit. Adakah sebab power rabun dah tak cukup? 

2- Apa puncanya?

-Soalan dari Puan EA.
.
.
Jawapan soalan 1 ;
Mengantuk suatu tindakan fungsi tubuh untuk merehatkan sebahagian tubuh kita.

Otot mata juga tidak terkecuali.

Sesetengah kes, ia bukan disebabkan oleh power yang kurang.
.
.

Jawapan soalan 2 ;
Ok, saya terangkan dulu bagaimana cara mata kita melihat.

Katalah kita baru bangun dari tidur. Celik sahaja mata, kita nak tengok jam di dinding. Inilah yang akan berlaku :

1- Bola mata akan diselarikan dengan tepat pada jam itu.

2- Tindakan sistem fokus (adjustment ketebalan kanta dalam mata, 'kanta kristalin', mengikut jarak jam tersebut) - Nombor pada jam akan nampak jelas.

3- Imej dari mata kanan dan kiri 'digabungkan' menjadi satu imej 3D, suatu tindakan dari pusat kawalan otak.

4- Imej terhasil dengan terang, penuh berinformasi, warna, keterangan, jarak kedudukannya, dan kita tahu, "Oh! Sudah pukul 6!"
.
.
Bila kita mula melihat pada jarak yang lebih dekat, 4 step ini akan berganda-ganda perlu bekerja.

Tidak semua orang dapat berdaya tahan bagi sentiasa menjalankan step-step ini.

Sehinggalah imej yang dihasilkan, menjadi kurang berkualiti (contohnya jika membaca), seperti tulisan menjadi kabur, bergerak-gerak, berbayang, berganda dan kita kerap 'memaksa' mata untuk melihat.

Proses ini menyebabkan otak 'menjadi letih' untuk asyik mengawal berkali-kali 4 step ini dan mula menunjukkan ciri-ciri TIADA TUMPUAN untuk memahami apa yang dibaca.

Inilah yang akan mengaktifkan 'MODE MENGANTUK', kerana otak rasa amat terbeban. Mata mula terasa 'sakit' seperti senak dikeliling bola mata, pedih, berair dan sakit di bahagian kening.

Ia tindakan automatik.

Terdapat cara bagaimana untuk mengurangkan bebanan yang dialami oleh sistem penglihatan ini.😊

-Shahrizal Redwan, Optometris.

Panadol SEPAPAN sehari : Encik Razak, "Buat apa nak pi tebang LALANG, jalan dah ada!"



Saya kenal dengan Encik Razak ni masa beliau meniaga nasi ayam di pasar malam Klebang Restu. Seorang yang ramah, tapi bila wayar dah bersambung untuk bersembang, payah nak 'putuskan' balik! Hehehehe..

Dua kali dah anak beliau buat cermin mata dengan saya. Katanya kali ini nak buat cermin mata fesyen ala-ala Kpop. Besar dan bulat!

"Boleh jadi tak, sebab power tak cukup, anak saya boleh sakit kepala? Sekarang dekat sepapan panadol sehari dia telan."

Sepapan?! Fuhh.. Sakit betul adik ni. Saya cakap, kita akan cek mata dulu untuk ketahui punca sebenar. Mungkin bukan sebab mata.

4 perkara yang saya akan cek kalau pelanggan mengadu sakit kepala ;

+ Berapa sensitif mata setelah dibetulkan power rabun.

+ Berapa kuat mata boleh melihat dekat, dengan jarak serapat yang mungin.

+ Bagaimana mata kanan dan kiri berinteraksi antara satu sama lain.

+ Berapa kuat stamina mata dapat buat kerja yang kita selalu buat.
.
.
Hasil saya cek, ada dua isu daripada 4 perkara di atas. Penerangan mudah diberi dan saya telah mencadangkan beberapa alternatif untuk menanganinya.

Lepas 2 bulan, anak perempuan Encik Razak dah tak bergantung pada sepapan panadol!

Lega lah sikit, sebab dah boleh bantu time Encik Razak meniaga. Dalam interview masa nak 'shoot' video testimoni, Encik Razak kata,

"Dulu saya tak tahu yang mata (penglihatan) ni boleh sebabkan sakit kepala. Bayangkan hari-hari saya kena sediakan sepapan panadol."

"Nasihat saya, cek mata di sini. Saya dulu macam-macam cara ikhtiar nak pulihkan sakit kepala anak saya. Jangan buat macam saya, nak kena TEBAS-TEBAS LALANG nak buat jalan. Sekarang ni ikut je jalan yang dah ada."
.
.
-Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris, Kuala Kangsar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...