Ahad, 28 Februari 2016

Jika kita GADGET GUY, kita perlu memilih kanta khas untuk aktiviti ini!



Ladies pun boleh..😆

Kita lihat apa kesan baik produk ini yang banyak saya prescribe di praktis saya.

+ Sistem fokus tidak terbeban.

+ Kontras yang lebih baik pada paparan skrin digital.

+ Kawalan cahaya yang masuk kedalam mata lebih cekap.

+ Tumpuan lebih baik semasa membaca.

+ Boleh melakukan lebih lama aktiviti gadget ini.

+ Stamina otot mata akan lebih berdaya tahan untuk aktiviti harian. 

+ Mengurangkan risiko juling dan masalah kemahiran sistem penglihatan seperti Accomodative Dysfuntions dan Vergence Dysfuntions.

+ Pelajar sekolah tidak begitu penat semasa menyalin nota atau membaca (setelah malam sebelumnya bermain gadget dengan lama).
.
.
.

Cermin ini mempunyai  4 teknologi terhebat yang DIGABUNGKAN sekali pada satu cermin iaitu :

1- Kanta UV blue Protection iaitu Crizal Prevencia. (Tulisan hitam pada skrin nampak lebih hitam. Seperti skrin HD).

2- Kanta dengan design 'antifatigue lens'

3- Teknologi W.A.V.E (biasanya ada pada kanta Essilor yang harganya ribu-ribu)

4- Lapisan E-SPF sebanyak 25 kali ganda (Pertama kali diletakkan pada kanta cermin mata)
.
.
Layaklah Essilor di nobatkan oleh majalah berprestij 'FORBES', sebagai antara syarikat yag paling Inovatif dalam industri optikal.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

FRAME PASAR MALAM bukan langkah bijak.

15 Kelemahan pada frame pasar malam.
==============================



+ Mudah patah.

+ Spring senang rosak.

+ Spare part tidak standard (terutamanya skru).

+ Material petroleum yang bahaya untuk kulit.

+ Bingkai penuh : Cermin mudah tertanggal.

+ Mudah berkarat sehingga merebak pada kanta berpower.

+ Bingkai separuh (half Frame) : Kanta berpower mudah ‘serompeh’ dan retak.

+ Tidak boleh di adjust jika bengkok.

+ Tidak boleh dicuci dengan mesin Ultrasonik untuk pembersihan spek yang lebih baik.

+ Tidak semua kedai menerima lagi bingkai pasar malam, kerana risikonya terlalu besar dari sudut pemberian servis yang terbaik untuk pelanggan.

+ Saiz ruang untuk letak kanta berpower, kadang-kasang tidak sama antara satu sama lain.

+ 'Dummy' lens pada bingkai pasar malam, tidak mengikut saiz yang sepatutnya. Ada yang terlalu 'longgar' dan ada pula yang terlalu ketat. Mengambil masa yang lebih lama untuk adjust parameter pada mesin pemotong.

+ Lekatan berlainan bahan, antara plastik dan besi tidak kuat dan kemas. Semasa kanta berpower cuba dimasukkan, kawasan pertemuan lekatan ini akan mudah tertanggal/pecah. Kebiasaannya pekedai akan disalahkan.

+ Washer pada pemegang kanta (frame jenis separuh) tidak menggunakan dari jenis plastik/silikon. Kesannya, kanta mudah 'terserompeh' atau retak.

+ Alur skru mudah haus, menyebabkan skru mudah tertanggal.
.
.
.
Dulu kami ada juga menerima tempahan kanta berpower menggunakan frame pelanggan. (frame pasar malam). Atas niat ingin membantu pelanggan yang kekurangan budget.

Tetapi kini tidak lagi, kerana frame jenis ini lebih membawa banyak keburukan pada pelanggan dan juga kepada syarikat.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Apa perlu buat masa cek mata dengan optometris?

Masa cek mata, Optometris akan banyak gunakan perkataan atau dialog ini : 

"Mana nampak lagi terang, satu ke dua.... Sekali lagi ya, satu ke dua lagi terang?"

Kadang-kadang satu step cek mata berkali-kali asyik cakap satu-dua-satu-dua.... ðŸ˜…

Apa kita nak buat time Optometris asyik tanya kita satu-dua nih. Kalau ikut petua ni, tak perlu lama-lama duduk dalam bilik cek mata tu.. Hehehe...

Ini petuanya kalau ditanya soalan tu :

+ Pilih secara jujur mana yang kita rasa nampak lebih jelas penglihatan kita.

+ Kalau konfius, jelasnya nampak macam sama, pilih yang mata kita nampak SUKA tengok. 

+ Masih konfius lagi, bandingkan warna tulisan pula. Kalau perasan nampak lebih hitam sedikit, itulah yang jelas sikit.

+ Ambil kira imej yang berbayang.. Kurang berbayang adalah yang ok juga.

+ Kalau ditanya kita suka letak kanta (tambah) atau tidak, ambil kira sakit atau senak bola mata kita. Ambil pilihan yang kurang senak.

+ Terangkan apa kerja anda selalu buat. Kadangkala power yang sedikit tak perlu jika diambil faktor 'VERGENCE'.

+ Nampak kabur disebabkan apa? Power bertambah atau ceemin yang rosak.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris.

Soalan Puan F;


1- Adakah bacaan mesin cek mata di kedai adalah tepat?
2- Waktu operasi Rizal Optometris Ipoh Klebang?
3- Perlukah anak pakai spek dengan bacaan power rabun seperti gambar.
4- Kenapa bacaan setiap kedai tidak sama?
5- Apa masalah anak saya ya?
6- Adakah ianya boleh di rawat?
.
.
.
Puan F, terima kasih kerana sudi bertanya.

Saya cuba menjawab soalan Puan.

1- Pendapat tentang power anak Puan.
Jika cek mata hanya menggunakan mesin, ianya adalah secara kasar dan tidak boleh dijadikan sumber utama untuk penentuan power yang tepat. Jika yang baru ketepatan bacaan power adalah berketepatan sebanyak 70-80% sahaja. Cek mata manual diperlukan. 

2- Waktu Operasi kedai klebang :
Isnin-Sabtu (Ahad tutup)
Buka jam 11 pagi hingga 930 malam.

3- Adakah perlu untuk anak pakai spek?
Bagi saya ianya adalah wajib jika powernya seperti yang di cek dengan komputer tersebut.

4- Bacaan tidak sama.
Setiap mesin mempunyai tahap sensitiviti yang berlainan. Ia juga boleh di pengaruhi oleh kepenatan mata pada waktu bacaan di ambil.

5. Diagnosis Awal.
Anak Puan, kebarangkalian besar mempunyai :
+ Lazy Eye (Amblyopia)
+ Rabun jenis Hiperopia
+ Astigmatisma (silau) yang sangat tinggi.

6. Kejayaan rawatan.
Pemakaian cermin mata dan pengawasan sensitiviti mata berkala perlu dilakukan. Jika dengan cermin mata ia tidak membantu, latihan (Visual Theraphy) akan di syorkan untuk mengaktifkan semula sensitiviti mata. Teknik secara 'BINOKULAR' jauh lebih berkesan dari teknik 'MONOKULAR'. Perkhidmatan ini ada disediakan oleh pihak Rizal Optometris. 

Kebanyakan kes, ia boleh dipulihkan. ðŸ˜Š

Semoga Puan mendapat sedikit info dan saya menjawab segala soalan-soalan Puan.

Sekali lagi, terima kasih kerana bertanya ya Puan. ðŸ˜Š


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris.

Bagaimana nak pastikan POWER yang diberi oleh 'TUKANG CEK MATA', adalahBENAR-BENAR SESUAI untuk kita (pelanggan).



Biasanya kita akan serah percaya 100% pada orang yang cek mata kita kan?

Ada yang mempunyai pengalaman 'sakit kepala' kerana power yang diberi tidak sesuai dengan cara mata kita bekerja. 

Okey. Jom kita tengok apa 5 tip mudah yang boleh kita lakukan untuk pastikan power itu ok. Masa tengah cek mata tu juga kena buat : 

+ Cuba membaca tulisan kecil. Kalau macam susah nak bagi terang, tandanya power macam terlebih sikit.

+ Alihkan imej yang dilihat dari dekat-jauh-dekat semula, berkali-kali. Jika rasa macam penat, nak pejam-pejamkan mata, tandanya power tu mungkin mengganggu kepantasan sistem fokus.

+ Minta nak tengok di luar. Pencahayaan semulajadi dari matahari (kalau yang kedainya boleh nampak matahari la), yang di lihat boleh dijadikan panduan adakah mata kita juga bekerja secara sihat dan semulajadi.

+ Minta nak cuba bangun dan berjalan. Ini ada kaitan dengan imbangan badan. Cermin mata mempunyai kesan 'prismatik'. Jika terlebih dari yang boleh diterima oleh mata, akan terasa seperti 'terhuyung hayang'.

+ Gerakkan kepala seolah-olah mengeleng-geleng (dengan gerakan yang perlahan). Tip ni agak penting kalau kita diberitahu power silau ada penambahan. Tidak semua orang serasi dengan penambahan power jenis ini. Jika perasaan seperti lantai 'bergelombang', minta kurangkan sedikit.
.
.
.
Kalau yang cek mata kita tu memang 'Otai', beliau akan pastikan power itu adalah yang terbaik untuk kita.

Sebab itu antara faktor utama kita kerap pergi ke kedai yang sama, adalah kerana kita percaya akan kredibiliti orang yang cek mata kita itu.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Tahun ni dah 3 kali tukar power! Kenapa malam SILAU lagi?!



AWAS! Mata mungkin telah KEJANG!!
.
.
Jika anda bekerja atau hobi anda banyak menggunakan jarak dekat pada tempoh yang lama-lama.. 

Bertahun-tahun...

Keupayaan mata untuk kekal flexible boleh fokus pada jarak jauh dan dekat bertukar ganti, telah terjejas.

Saya banyak temui kes pada yang banyak bekerja komputer dan pekerja kilang, yang menghabiskan lebih dari 5 jam sehari.

Bila dah lama-lama bekerja (pada jarak dekat), sistem fokus pada jarak dekat seakan dah TERKUNCI.

"Bila kita nak tengok jauh, contohnya bila hendak pulang dari ofis, mata kita masih lagi nak fokus atau bekerja pada jarak dekat. Sepatutnya ia telah berada pada fasa rehat untuk mula fokus pada jarak jauh. Jika ini berlaku, sistem yang mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata tidak akan cekap. Sebab itu antara ciri orang yang mempunyai masalah ini, adalah sangat sensitif dengan cahaya. Terutama ketika memandu pada waktu malam."

.
.
.

Optometris memanggilnya, 'Accomodative Spasm' atau, 'Accomodative Inertia'.

Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Khamis, 25 Februari 2016

Tip Elak Spek cepat rosak (episod 3) : Elak tinggal Spek dalam kereta yang PANAS.

Pergh... Berpeluh nyebutnya..
Terasa bahang kereta yang di parkingkan bawah matahari yang terik.

Apa jadi pada spek kita kalau tinggalkan dia dalam kereta yang 'panas'?
.
.

Kantanya akan :
+ 'Mengembang' yang akan sebabkan rekahan halus pada satu lapisan yang dinamakan HARDCOAT.

+ Nampak seperti ada calar halus yang panjang.

+ Silau dan rasa letih memandang dengan spek yang dah rosak akibat suhu keterlaluan ini.

+ Kanta seperti 'kembung' dan mula terkeluar dari badan spek.
.
.

Frame pula :
+ Salutan bahan plastik pada badan asal spek (besi) akan mula tunjukkan seperti nak tertanggal. Terutama pada bahagian sendi kaki spek. Sebab bila kena panas, plastik dan besi tidak mengembang pada darjah yang sama.

+ Tulisan, logo atau hiasan pada spek (terutama frame plastik) akan mula tertanggal.

+ Jika spek dari plastik, jika kerap di 'panaskan', warnanya akan mula berubah kepudaran akibat dari proses 'oksidasi'.

+ Bahan spek semakin keras, susah nak di adjust di masa akan datang (terutama frame plastik).

.
.

Gambar : Calar halus akibat suhu panas dari kereta.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris.

3 kualiti yang perlu ada pada sistem AUTOFOCUS mata.


Sistem-sistem perlu bergabung (Wah!! Rasa macam iklan susu tepung pulak... Hahahaha..) dengan harmoni dan wajib mempunyai kemahiran ditahap yang baik.

Sistem Fokus antara sistem yang terpenting bagi menghasilkan rangsangan imej yang jelas agar ia boleh diproses oleh otak.

3 Ciri penting yang wajib ada pada SISTEM Fokus mata kita :

+ Dapat melihat objek dengan jelas pada jarak yang sangat dekat mengikut standard umur. Contohnya jika seorang pelajar sekolah, beliau sepatutnya boleh fokus dengan jelas pada jarak kurang dari 10 cm.

+ Dapat mengekalkan terang sesuatu imej dalam jangkamasa yang sepatutnya. Contohnya pada waktu malam, seorang pelajar masih lagi dapat membaca dengan jelas pada waktu malam.

+ Dapat fokus dengan pantas dari satu jarak imej ke jarak imej yang lain. Jika mengambil masa untuk nampak jelas memerlukan masa lebih dari 2 saat, sistem fokus mungkin tidak berada pada standard yang sepatutnya.
.
.
Pemeriksaan intensif, 20 hingga 40 minit diperlukan untuk mengenalpasti masalah sistem fokus ini.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

9 tips PENAMPILAN KONFIDEN dengan berkaca mata.


Kalau kita nak nampak hebat dan berketrampilan menawan dan konfiden, jom buat tip di bawah :

+ Pastikan ada Antireflactive coatings pada permukaan kanta. Satu lapisan yang menjernihkan kanta spek kita.

+ Elak warnakan kanta spek (tinted), kecualilah ianya bertujuan untuk melindungi mata hitam (juling).

+ Pastikan jurujual memberikan kanta stok baru. Kalau cermin nampak kekuningan, tandanya ia cermin stok yang lama.

+ Pertimbangkan material polikarbonat berkualiti tinggi (contoh Crizal Airwear). Kantanya lebih jernih.

+ Gunakan frame 'rimless'. Ia sejenis frame yang hanya mempunyai kaki sahaja dan 'disambung' kepada kanta dengan teknik skru atau teknik 'washer'.

+ Ambil warna frame yang lebih kepada warna silver. Kalau tidak mahu menonjol sangat, ambil warna GUN, ia seperti warna silver yang kurang sedikit kilat dan cerahnya.

+ Pastikan saiz cermin mata ideal. Jika tidak, nampak seperti orang yang memakai baju dengan saiz yang tidak sesuai. Kalau besar sangat nampak 'gedoboh'. 😅

+ Hujung kaki spek (bahagian 'temple tip') di adjust dengan rapi agar tidak mudah jatuh melorot ke hujung hidung. Nampak tua nanti!

+ Elak memakai cermin yang telah/calar, atau gantikannya dengan yang baru. Kualiti fizikal cermin mata boleh menggambarkan peribadi kita. 
.
.

Dengan 9 tips ini kita akan mudah didekati oleh orang yang kita 'minati' ...😆😆😆


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

"Tuan Rizal Menipu!!"

"Anak saya sangat yakin Encik Rizal ni menipu.." kata ibu seorang pelajar darjah 4, saya panggil Fitrah.

Saya memang tersentap! 

Peluh pula rasa nak terpercik keluar!

Nak tahu juga kenapa pelajar yang telah buat cermin mata dan rawatan dengan saya ini berkata sungguh-sungguh!

Bila tanya-tanya ibunya, juga seorang cikgu, anaknya tidak percaya matanya ada masalah. (Beliau mempunyai Accomodation Dysfunction dari jenis Accomodative Infacility, satu skill berkaitan dengan proses untuk bagi terang sesuatu imej)

Masuk bulan ketiga, pakai ke...tak pakai ke.. rasa sama sahaja! 

Pulak dah!!

Masa appointment, skill fokus Fitrah semakin baik.
.
.

Aduh!! Apa saya dah buat ni? Takkan salah kot diagnosis saya?

Ok.. Kalau saya yang silap, saya akan cuba perbaiki balik.
.
.
Tiba-tiba, kata-kata keramat lahir dari mulut ibunya,

"Masuk bulan ke-4 saya nampak ada perubahan besar pada Fitrah. Balik dari sekolah, tak adalah dia asyik nak tidur sahaja. Dah tak nampak penat sangat seperti dulu-dulu."

Fuhh! Lega!

Time ni rasa nak berlari dah dekat tepi pantai sambil jerit ALHAMDULILLAH!!

Terima kasih cikgu, bagi excercise jantung saya ni dengan berdegup kencang!!!



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Fakta Mengarut (1) : Lagi gelap sunglass, lebih bagus halang Gelombang UV.


Buang jauh-jauh pendapat ini ya.

Lebih gelap cermin sunglass, ia akan mengurangkan lagi cahaya yang masuk ke dalam mata.

Menjadikan kita lebih selesa dalam keadaan cuaca yang panas.


Ia tidak boleh melindungi mata jika sunglass ini tiada UV protection.
.
.

Hanya sunglass yang ada lapisan perlindungan UV dapat memelihara mata dari sinar berbahaya tersebut.

Cermin mata yang jernih (yang berpower) juga boleh dilapisi dengan 'UV protection' ini.


Kalau kita beli sunglass di kedai, cari yang ada tertulis '100% UV protection' atau 'UV 400 protection'.
.
.
Pendapat saya kalau kita rabun pula, pilihan siri cermin automatik bertukar gelap dan berkualiti (contohnya Crizal Transitions), adalah pilihan yang terbaik.

Ia dapat lindungi UV jenis A dan B dengan jaminan 100 % perlindungan!


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Fakta Mengarut (2) : Pelajar sekolah yang pakai power lebih rendah dari power rabun sebenar, dapat elak powernya semakin bertambah.

Elakkan percaya dengan kenyataan ini.

Sebagai ibubapa, anak kita yang mempunyai rabun harus dinilaikan mata mereka oleh Optometris paling tidak 6 bulan sekali.

Jika dinasihati agar kantanya di 'upgrade' powernya, lakukan tanpa berfikir seperti di atas. 

Tidak salah memilih kanta yang lebih murah (jika kekurangan 'budget'), yang lebih penting anak-anak ini dapat melihat dengan jelas sewaktu belajar.

Jika terbukti sekalipun powernya terkawal (tidak pernah lagi saya temui) banyak skill melihat akan terjejas dengan beredarnya masa.

Ia akan memberi kesan kepada kejayaan anak-anak itu sendiri.

Lebih parah, anda meletakkan anak anda dalam keadaan risiko yang lebih tinggi untuk matanya menjadi JULING.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar



Rabu, 24 Februari 2016

Kalau tak nak menyesal, jangan beli Kanta BLUE COAT.





Dah lama saya nak review pasal cermin yang agak TOP sekarang ni. 

Kanta Blue Coat Protection..
Kanta UV Blue protection..
Blue Lens....

Semuanya merujuk kepada kanta blue.. Ia boleh protect dari gelombang cahaya biru (UV Blue) yang banyak terpancar dari paparan digital berskrin.

Memang bagus teknologinya, banyak juga poin-poin yang boleh yakinkan pelanggan untuk beli kanta jenis ini.

Saya mencubanya dan dapatkan review dari pelanggan-pelanggan saya sendiri. 

Kena dedahkan juga.. Saya nak semua orang yang pakai cermin mata tahu tentang kekurangan pakai kanta biru ini.

Kalau kita pergi ke kedai cermin mata untuk menempah, kemungkinan besar mereka akan 'suggest' cermin ini dekat kita.

Ya lah! Nampak canggih!

Jom kita tengok 7 kekurangan pada kanta blue coat yang saya dapat simpulkan :

+ Pandangan nampak sedikit 'brown'  atau keperangan sedikit. Bagi yang ingin menghayati warna asli sesuatu imej, kanta biru ini akan mencacatkan sedikit kemahuan anda.

+ Penggunaannya semasa memandu malam agak sedikit silau terutamanya ketika memandu di atas highway pada waktu malam. Saya dapati kanta EyeZen yang digabungkan dengan lapisan Crizal Prevencia (dari Essilor) kurang mempunyai isu ini. Mungkin kerana teknologi 'WAVE' yang disertakan sekali membantu mengatasi pandangan rasa silau. 

+ Kalau selfie, gambar kita nampak macam tak natural sangat sebab permukaan kanta spek kita nampak biru sangat. Mata pun macam terlindung sikit dengan warna biru tu. Bagi saya,  agak kecewa sikit tengok gambar tu nanti.

+ Kanta spek kita cepat kotor. Terpegang sikit dah bercap jari kat permukaan kanta biru ni. Kadar 'Hidrofobik' kanta jauh lebih rendah.

+ Orang yang tidak tahu menahu kewujudan kanta ini, akan membuat andaian, anda seorang pelik kerana pakai kanta yang diwarnakan kebiruan. ("Hek ele.... Tak ada warna lain dah ke?" kata-kata orang yang memandang anda).

+ Kalau anda bekerja dalam bidang profesional, atau pekerjaan yang  banyak berjumpa orang, jangan beli kanta ini. Warna birunya seakan mengganggu tumpuan orang yang sedang berurusan dengan kita.

+ Kalau tangkap gambar IC, photographer banyak kali suruh kita adjustkan kepala. Photographer nak kurangkan nampak biru pada permukaan kanta spek kita. 
.
.
Bagi saya, ia bukan isu yang sangat besar. Tetapi menjadi isu besar pada sesetengah orang yang amat mementingkan penampilan dan keselesaan.

Ada juga pelanggan saya menempah kanta UV blue untuk kerja-kerja menghadap paparan skrin sahaja.

Di waktu lain, beliau memakai cermin mata yang lebih jernih untuk nampak lebih berpenampilan menarik dan konfiden. Contohnya siri kanta Crizal Airwear.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Fakta Mengarut (3) : Upgrade kanta yang lebih padat (high index), hanyadapat NIPIS & RINGAN sahaja. Sebenarnya ada 11 kelebihan lagi!



Perkara yang paling 'takut' pada seseorang yang mempunyai power rabun yang tinggi, adalah bila pakai spek, kantanya nampak sangat tebal.

Tetapi ada juga yang langsung tak kesah. Dia ok dengan tebal cermin tu. Baginya buat apa nak beli kanta yang lebih mahal kalau setakat bagi nipis dan ringan sahaja kan?

Tak salah pilih cermin yang lebih tebal, tapi kanta yang lebih padat, mempunyai banyak kelebihan lain selain hanya bagi nipis dan ringan sahaja.

Kita lihat apa 11 kelebihan itu : 

+ Pandangan nampak LEBIH LUAS. Ini kerana lebih nipisnya kanta, lebih banyak ruang yang boleh diihat oleh mata kita melalu kanta tersebut.

+ Kurang kesan mata letih bila pergerakan mata kerap dilakukan. Kanta berpower mempunyai ketebalan yang tidak sama. Ia menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai 'kesan Prismatik'. Lagi nipis kanta yang dipilih, jurang ketebalan yang berbeza-beza pada permukaan kanta dapat dikurangkan. 

+ Jurang perbezaan power dari kawasan tengah dan sisi kanta dapat direndahkan perbezaannya. Jika memakai cermin power -200 DS, tidak semua permukaan cermin mempunyai power yang sama. Di kawasan tepi cermin, powernya lebih tinggi dari yang tengah. Lebih nipis kanta, jurang ini menjadi kecil dan sistem fokus mata dan pergerakan bola mata menjadi lebih efisen.

+ Respon kanta yang 'automatik gelap' lebih pantas pada cermin yang lebih nipis. Lebih pantas berubah gelap dibawah matahari, dan cepat berubah semula ke jernih di dalam rumah/ofis. Kanta ini juga dikenali dengan nama kanta fotokromik. (Kecuali kanta Crizal Transitions, kepantasannya berubah gelap dan jernih tidak dipengaruhi oleh ketebalan kanta).

+ Mata kita nampak lebih natural. Power yang tinggi boleh menyebabkan mata kita nampak lebih 'kecil' bila orang lain memandang mata kita (melalui kanta spek yang tebal tu). Tak moleklah kan?

+ 'Eye contact' yang kita lakukan pada orang yang kita temui, akan menjadi lebih berkesan. Orang yang melihat mata kita, tidak berasa penat kerana cermin yang nipis, seronok untuk dipandang. Jika cermin kita tebal, mereka akan kerap mengalihkan pandangan ke tempat lain.

+ Kanta lebih keras. Lebih keras kerana bahannya lebih padat. Ia akan beri ketahanan dari tekanan yang tidak mampu diterima oleh kanta yang biasa. 

+ Lebih banyak pilihan frame yang boleh dipilih dengan kanta yang lebih nipis. Kalau tebal sangat cerminnya, pilihan frame akan menjadi terhad pada segelintir jenama sahaja.

+ Penampilan nampak lebih meyakinkan berbanding spek yang tebal dan nampak berat. Seperti berjumpa dengan orang yang pakai smart dan orang yang pakai t-shirt sahaja dalam meeting.

+ Frame tidak mudah menjadi rosak bila kanta yang lebih nipis menjadi pilihan.

+ Spek tidak mudah terlucut dari wajah jika kita sukakan aktiviti lasak. (Salah satu ciri yang dititikberatkan dalam penghasilan Frame Sillhoutte, frame paling ringan didunia).

.
.
Walau apapun kelebihan yang ada, budget juga menjadi perkara yang penting. Pilihannya terletak ditangan kita sendiri.

Kalau kita jenis yang menunggu bertahun-tahun, baru tempah spek yang lain, ambil jenama kanta yang terbukti berkualiti. Contohnya kanta original JENAMA NIKON.

Nikon terkenal sebagai jenama paling dipercayai dalam mengatasi cermin yang tebal dan berat.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Selasa, 23 Februari 2016

SUNGGUH TAK SANGKA sejarah CERMIN MATA! No 3 PALING WIN!




+ Kanta pertama yang mula-mula dicipta adalah untuk  rabun dekat. Ia dibuat dari sejenis batu seperti sfera kristal yang membesarkan imej yang ingin dilihat dengan menindihkan ia pada objek yang ingin dilihat. Dicipta pada 1000 AD.

+ Cermin mata pertama sekali dicipta antara tahun 1285 hingga 1289 dengan menggunakan kanta KUARTZA yang jernih. Ianya dilekatkan kepada tulang, besi atau kulit. 

+ Dulu-dulu zaman seperti 'pirate of carribeans', pelayar kapal percaya dengan memakai subang Emas, penglihatan mereka  akan menjadi lebih jelas! (Rujuk gambar iklan sebenar tentang perkara ini!).

+ Kaki spek ada yang dicipta dari 'ribbon' di Swedish. Tetapi ianya tidak begitu popular.

+ Spek yang digunakan dalam filem Transformers (atuk Sam Witwicky), diilhamkan dari model ciptaan awal cermin mata yang sebenar.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar

10 sebab cermin mata lebih baik dari kanta sentuh untuk sesetengah orang.



Kena faham ya, saya betul-betul maksudkan untuk 'sesetengah' orang. Kalau  kita tanya mana lagi ok, kawan kita yang pakai kanta sentuh, akan cakap kanta sentuh lah lagi baik. Tanya yang pakai spek, spek pula yang direkomennya adalah yang lebih baik.

Bagi saya, keduanya mempunyai kelebihan masing-masing. Dalam post kali ini saya nak ceritakan kenapa seseorang itu lebih sesuai memakai cermin mata berbanding kanta sentuh.

1- Rabun yang tinggi tetapi penggunaan 'Pupil Diameter' (PD) yang tidak tepat.
Bila penetapan ukuran PD tidak selari dengan titik fokus kanta pada spek lama, cara mata bergerak telah terbiasa dengan keadaan yang dinamakan 'kesan prismatik'. Kanta sentuh tidak memberikan keadaan ini. Mata akan cepat hilang tumpuan dan letih.

2- Mempunyai masalah Konvergen. 

Konvergen adalah kemahiran yang perlu ada untuk melihat sesuatu dengan kedua-dua mata (terutamanya pada jarak dekat). Kekurangan kemahiran ini akan memberi masalah untuk mata bertahan lebih lama ketika melakukan kerja-kerja dekat. Cermin mata dapat membantu mengurangkan masalah ini dengan tempahan khas.

3- Mempunyai mata yang juling nyata atau tersembunyi.

Kanta cermin mata boleh diwarnakan sedikit gelap (boleh digunakan waktu siang dan malam). Tujuannya untuk 'melindungi' sedikit mata yang juling, agar orang yang melhat tidak begitu perasan.

4- Mata sepek atau nampak sembam.

Masa belajar dahulu, cubalah juga pakai satu hari. Ramai yang menegur, wajah saya seperti orang yang baru bangun tidur. Mata pula nampak lagi sepet. Tapi yang peliknya, kenapa perempuan pakai nampak cute je? Haish! 

5- Mata rasa kering / kesat terutamanya yang bekerja dalam keadaan beraircond.

Kanta sentuh akan 'mengusik' sedikit cara air mata mengalir dan menyerap oksigen dari udara. Udara aircond yang kering akan memburukkan lagi keadaan kepada individu yang mempunyai kekurangan air mata. Cermin mata adalah pilihan yang lebih tepat.

6- Bukan seorang yang mementingkan kebersihan.

Kebanyakan kes jangkitan mata akibat kanta sentuh, berpunca dari segi kebersihan cara mengendalikannya. Kalau kita rasa kita tak cukup 'kental' jaga kebersihan, cermin mata pilihan yang lebih baik.

7- Bukan seorang yang berdisiplin.

Tidak berdisiplin dari segi syarat-syarat ketat yang tidak boleh dilakukan ketika memakai kanta sentuh. Contohnya tidak boleh dibawa tidur walaupun sekejap sahaja.

8- Bila tengok je wajah kita, respon member yang tak kenal kalau pakai kanta sentuh.

Kadang-betul-betul terasa dihati bila ada beberapa orang ingat saya ni 'orang asing' bila pakai kanta sentuh. Hahahaha..Tambah lagi kalau kita diam tak bercakap, lagilah mereka tak kenal kita dari jauh. 

9- Melakukan aktiviti pada persekitaran yang tidak terjamin akan faktor kebersihannya.

Contohnya, kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah.

10- Mempunyai masalah Akomodasi.

Akomodasi adalah satu sistem pada mata kita yang bekerja untuk bagi terang imej yang kita lihat. ia juga dikenali dengan nama Sistem Fokus. Masalah ini boleh dibantu dengan cermin mata khas.
.
.

Di praktis saya sendiri kanta sentuh lebih popular dari kalangan wanita. 


Cermin mata pula lebih banyak dipilih oleh golongan lelaki yang handsome ataupun yang sedang meningkat hansomenya.


Tidak salah juga kalau kita nak gunakan kedua-duanya dalam tempoh satu hari.


Shahrizal Redwan

Rizal Optometris Kuala Kangsar

Ahad, 21 Februari 2016

8 fungsi SPRING pada KAKI CERMIN MATA!


Sebut je spek ada spring, kita rasa jenis macam nilah yang paling kuat dan lasak. Sehingga kita campak-campak merata kerana kita ingat ada spring mestilah dia bersifat ELASTIK!

Tidak! Ia bukan elastik. Maksudnya, ia bukan boleh menerima tekanan yang kuat (atau dipakai, ditanggal dan diperlakukan dengan sadis! Hahaha, kejam sikit bahasa ðŸ˜†).

Kegunaan utama spring pada spek kita ialah :

+ Beri 'lekapan' pada wajah dengan kemas.

+ Tidak memberi tekanan yang kuat pada sisi wajah (tak nampak bekas kaki spek bila tanggal).

+ Jarak antara kedua-dua kaki spek dapat 'dibesarkan' untuk pemakai yang berwajah lebar (tembam-tembam tu la.. ðŸ˜Š)

+ Kaki spek tidak terbuka dan bergoyang-goyang jika ditanggal untuk disimpan.

+ Tak mudah terlucut keluar dari poket baju kerana kaki spek yang berspring bertindak seperti 'penyepit'. Sesuai untuk seseorang yang selalu pakai - buka - pakai. Contohnya yang guna spek untuk baca sahaja.

+ Kedudukan spek di wajah kita lebih kemas untuk jangkamasa yang lebih lama kerana spring 'menarik joint' spek (iaitu antara kaki dan 'badan' utama spek kita).

+ Aksesori ni sangat penting, dan perlu wajib ada pada seseorang yang minat spek besar-besar tetapi memiliki wajah yang kecil dan comel-comel... (lelaki pun boleh, usah riso ðŸ˜†)

+ Tidak mudah terjatuh spek atau sunglass kalau kita suka letaknya di atas kepala. (Tapi AWAS! Kadang-kadang kita terlupa spek kita kat atas kepala, mencari satu rumah pun tak jumpa lagi.. Saya pun dah terkena! Hehehe..)

Masa kita nak beli spek, dan mahukan yang ada spring, pilih lah yang ada kualiti baik sikit.

Biasanya spring yang ok ni harga frame sahaja dalam RM 180 ke atas (mengikut standard bingkai di Rizal Optometris).

Tip paling mudah, tengok kat spring tu kemas atau tak, rupa dia. Gerakkan serentak dua-dua kakinya, adakah lajunya sama terkatup? 

Dalam artikel akan datang saya cuba cerita tip nak tengok spring spek yang ok!

Ada cadangan atau soalan tentang cermin mata, boleh tanya ya.. Saya cuba jawab sebaik mungkin.. ðŸ˜Š


- Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...