Selasa, 15 September 2015

Sunglasses untuk orang rabun

Tengok orang pakai Ray Ban, kita pun teringin juga nak pakai. 
Ada yang dah macam Shah Rukh Khan, Faizal Tahir, Neelofa, Nora Danish, dan berbagai artis lagi. 
Apakan daya, rabun ini menghalang cita-cita untuk kelihatan SEPERTI ARTIS.

Takpa, jangan sedih-sedih. Kan orang yang pakai cermin mata ni bijak? Tak bijak dekat sekolah, bijak dalam bisnes, memasak, mahupun dalam urus rumahtangga. Sebab itu saya sentiasa berpendapat setiap orang itu dilahirkan istimewa untuk hidup saling melengkapi antara satu sama lain. 

Berbalik kepada yang mempunyai rabun, terdapat beberapa cara untuk kita memakai kaca mata Hitam supaya boleh la bergaya dengan jenama seperti Ray Ban, Bonia, Alfio Raldo mahupun Adidas sunglasses. 

Jom kita jadi BIJAK dengan tahu apa cara yang ada dan tips-tipsnya :

+ Tukar kanta asal dengan kanta 'tinted' berpower - Kanta ini diwarnakan mengikut kadar gelap yang kita mahukan. Ia paling popular dan 'budget' lah sikit. Harga dalam RM 100 keatas (ikut power juga). Lebih baik jika yang ada versi 'antiglare'.

+ Guna 'contact lens' (CL) - Ini antara alasan kuat kenapa seseorang itu nak pakai CL. Masa drive, keluar makan tengah hari, atau main Golf, tak jadi masalah lagi nak pakai sunglass.

+ Guna kanta Crizal Transitions : Versi kanta boleh bertukar gelap mengikut teriknya matahari. Boleh dipakai setiap masa kerana ia menjadi kanta biasa (jernih) di tempat redup. Cuma ia dalam 60% gelapnya berbanding sunglass 85%. (Dalam kereta tak gelap ya.)

+ Guna aksesori 'Clip On' atau sunglass 'Flip Over' - Alat ini dipasang pada cermin mata sedia ada. Clip On dipasang dihadapan cermin manakala Flip Over adalah sunglass yang disarungkan sekali.

Tahu tak kalau buat cermin mata sunglass bertinted, boleh sakit kepala, pening dan rasa macam 'khayal' bila dipakai? Nanti saya kongsikan tips pilih sunglass untuk letak kanta berpower. Like page Rizal Optometris ya. 

Shahrizal Redwan
smile emoticoShahrizal Redwan. Rizal Optometris.

(Gambar : Shah Rukh Khan dalam cerita apa ni?)

Cermin mata jenis PLASTIK

8 dari 10 orang, memilih FRAME PLASTIK.
--------------------------------------------------------

Saya sendiri memilih frame plastik kerana ia memberi ketahanan sedikit dari anak-anak yang sekarang berada pada fasa 'INGIN TAHU' dan anggap cermin mata adalah 'MAINAN'. 

Bila dapat capai, diusahanya untuk 'membuka' kaki frame seluas-luasnya. Kening saya mula naik ke atas, mulut terlopong luas! ANAKKK!!

Abah saya sentiasa berpesan "Jangan di marah cucu tu, kita yang salah letak merata." Memang Tok Abah lah SUPERMAN anak-anak. Menyelamat ketika susah. smile emoticon

Frame ini boleh dipasang dengan apa jenis cermin. Tetapi ada beberapa perkara perlu dititik beratkan. 

+ Jika hidung jenis penyek, ambil frame versi 'ASIA'. Pelapik hidungnya lebih panjang dan luas. Jika dari jenama yang mahal, hati-hati kerana ada darinya versi 'EROPAH'. Lainlah jika hidung anda mancung berlekuk. smile emoticon

+ Bola mata jenis yang KELUAR dari outline sisi wajah - Ada orang dahinya lebih jauh ke depan berbanding 'soket' matanya. Mereka ini sesuai untuk frame plastik sebab dahi telah bertindak sebagai 'stopper'. Jika sebaliknya, bulu mata akan sentiasa kena pada cermin frame. Dah siap tempahan nanti, nyesal sebab RIMAS. 

+ Berat - Ikut aktiviti harian ya. Jika yang banyak berpeluh, ambil yang ringan dan yang mudah di adjust 'pencangkuk telinga'.
Kalau tak aksi 'melorot' menjadi sahabat baik anda. smile emoticon

+ Warna - Jangan ambil frame plastik yang guna teknik 'spray'. Ambil yang warnanya kekal didalam badan frame itu sendiri. Teknik spray mudah turun warna.

Nak tahu jenis frame plastik apa yang dibuat sejak 1940an dan masih digunakan pada hari ini? Like Page Rizal Optometris. Boleh jadi pakar frame plastik!

Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris.

RAHSIA GAMBAR KAHWIN nampak HEBAT walaupun pakai CERMIN MATA.



Musim perkahwinan sudah bermula. Ramai bakal pengantin sibuk membuat persiapan untuk hari bahagia mereka. Di sini kami kongsikan rahsia supaya gambar perkahwinan nampak cantik dan hebat, walaupun pengantin memakai cermin mata. 



Ada beberapa tips macam mana nak pilih CERMIN MATA nampak lebih SPECIAL pada hari perkahwinan:

+ RIMLESS FRAME : Cermin mata yang tiada ‘frame’ sekeliling kanta. Lebih ringan, tiada gangguan outline wajah dan jika gambar di ambil dari jarak 10 kaki, tak perasan pun pengantin pakai cermin mata (kecualilah power dah tahap gaban).

+ FRAME WARNA SILVER @ GUNN (stainless steel atau titanium) : Tindakan ini menaikkan seri wajah. Sebab itu orang yang bekerja korporat banyak pilih warna ini kerana nampak yakin pada yang melihat. Jadi, pengantin akan nampak lebih berkeyakinan, dan gambar yang di shoot nampak lagi BERSERI. Terutama kepada si lelaki.

+ FRAME PLASTIK - Tak menjadi masalah memilih dari frame jenis ini. Warnanya haruslah gelap supaya nampak lebih GAGAH di depan TOK KADI. smile emoticon . Ya, hitam sahaja, tak boleh design yang dari 3 batu orang dah tahu anda pakai spek baru.

+ ELAKKAN CERMIN AUTOMATIK GELAP - Tak kiralah dari jenis FOTOGREY atau yang lebih baik seperti TRANSITIONS, kanta jenis ini kurang sesuai bila bergambar secara ‘OUTDOOR’. Mata pengantin akan tenggelam dan hilang sedikit sifat ‘natural’ wajah. Cuba tanya fotografer, mereka fokus kamera dekat mata ke atau tempat lain?

+ Pilih KANTA MULTICOATED yang BERKUALITI - Terdapat banyak jenama dipasaran. Saya cadangkan dari pengeluar ESSILOR & NIKON. Cuma elakkan dari jenis ‘blue coat’ yang di cipta khas untuk tapis cahaya berbahaya dari gadjet & komputer. Jenis ini lebih ‘silau’ pada kamera berbanding yang lain.

Saya juga meminati bidang fotografer. Belum lagi mencuba skill saya pada PENGANTIN BARU. Ada sesiapa nak bagi peluang? smile emoticon

“Selamat Pengantin Baru, Semoga Bahagia ke Anak Cucu”

Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris.

Masalah bila pakai cermin mata


PEMAKAI CERMIN MATA : Lakukan INI, anda akan nampak seperti DETEKTIF HEBAT !


Setiap kali berpeluh, cermin mata asyik melorot ke bawah hidung. Nak bernafas pun susah. Ya lah, kalau frame dah PENYEK lubang hidung, macam mana nak bernafas dengan baik? Satu lagi dah nampak macam orang yang berusia. Hanya orang yang pakai cermin mata membaca sahaja letak frame dekat hujung hidung. 

Tapi bukanlah hari-hari kan? Kecualilah pada orang yang memang melakukan aktiviti Outdoor atau memang beliau banyak berpeluh setiap hari. Memanglah ia jadi isu yang besar. Ada masa juga rasa nak campak cermin mata ni ke dinding. Asyik nak kena tolak balik kat atas batang hidung.

Perasan tak kalau dalam drama, bila pelakon tu nak buat keputusan korporat, mesti buka cermin mata atau TOLAK CERMIN MATA bagi rapat ke wajah guna jari telunjuk. Fuhhhh! memang nampak COOL sangat! Penuh YAKIN seperti DETEKTIF ! Jadi, kalau nak bagi nampak konfiden depan sesiapa, buat-buat tolak spek tu ya.

Saya dapat rungutan lebih kerap pada orang yang memilih frame dari jenis plastik. Bila nak di 'servis', framenya sangat berminyak termasuk lah cerminnya. Ada juga keliling cerminnya dah berlumut sehingga bila dicuci dalam mesin 'ultrasonic', air yang jernih tadi bertukar seperti air kolam yang berlumut.

Nak tahu rahsia seorang pelanggan yang speknya nampak baru walau sudah 2 tahun dipakai? Best tips dari seorang pakcik ni. Saya turut lakukan. Terbukti berkesan! 

Insha Allah pada artikel yang akan datang saya akan kongsikan. Jangan lupa LIKE page Rizal Optometris ya. smile emoticon

Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris

Rayban istimewa Edisi Khas


Harga sepasang Ray Ban EDISI KHAS - Boleh beli 3 buah MOTOSIKAL Yamaha Lagenda.

Kalau tengok gambar macam harga 'biasa' Ray Ban di pasaran. Badannya berwarna emas dengan cermin polarized yang amat digemari peminat Ray Ban. 

Ia bukan seperti di pasaran yang menggunakan 'stainless steel', tetapi dihasilkan daripada EMAS !

Harganya pula mencecah RM 16,340 sepasang!

"Luaran Model Aviator Gold 18K ini nampak sangat mengagumkan. Pemakai akan rasa jauh lebih kagum setelah memakainya." kata jurucakap Ray Ban.

Hanya 1200 unit sahaja di keluarkan versi model ini yang menjadikan ia koleksi WAJIB DIMILIKI penggemar Ray Ban.

Adakah anda ingin membelinya? 

(sumber GlamourMagazine)


Pakai cermin mata nampak lebih bijak atau memang bijak?

Adakah si Pemakai Cermin mata lebih BIJAK?



Ada seorang bapa kepada anak yang berumur 7 tahun membuat tempahan cermin mata. Adam namanya. Beliau tidak mempunyai sebarang masalah rabun. Bila ditanya mengapa cermin mata ditempah juga, ayahnya cakap nak bagi anak nampak lebih pandai. Adakah TINDAKAN si ayah itu bijak?

Cuba lihat sekeliling kita. Siapa diantara mereka yang kita rasakan pandai dan bijak. Atau semasa kita belajar dahulu. Cuba tengok balik wajah mereka.

 Adakah mereka memakai cermin mata? 

Jika ya jawapan anda maka ia membuktikan kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Ophthalmology, bahawa 53% pelajar Kolej/Universiti memakai cermin mata. 

Lebih separuh pelajar yang melanjutkan pelajaran memakai cermin mata.

British College of Optometrists juga mendapati bahawa satu per tiga penduduk British bersetuju dengan pendapat bahawa dengan memakai cermin mata, seseorang nampak lebih bijak.

Kajian seperti ini membuktikan tindakan si ayah adalah satu bentuk dorongan yang baik. Ia memberi motivasi kepada anak dan memberi satu perasaan bahawa Adam adalah dari kalangan orang yang pandai dan bijak. Juga dari sudut pandangan rakan-rakannya.

Mengapa pula orang bijak ini memerlukan cermin mata? Kenapa mereka bergantung kepadanya? Kenapa orang bijak lebih banyak mempunyai masalah RABUN?

Nantikan artikel saya tentangnya, dan jangan lupa LIKE page Rizal Optometris.

Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris.

Tips Memilih Cermin Mata

"ALAHAI... Mahal betul cermin mata bini aku," - SUAMI.
--------------------------------------------------------------

Jika isteri ke kedai cermin mata, apa suami akan buat, setelah 5 tahun kahwin mungkin?
A. Main smartphone. (spek isteri bayar)
B. Semua spek yang isteri cuba akan kata "Ok, cantik juga, ikutlah awak." (spek isteri bayar)
C. "Kenapa mahal sangat? Cermin apa mahal sangat ni?". (spek SUAMI BAYAR)
D. "Belilah apa yang you nak, i bayarkan. Biar i jaga anak-anak." 


Orang yang tiada rabun mungkin tidak tahu tentang banyaknya pilihan 'versi' kanta bagi membetulkan rabun.

Power rabun yang tinggi, silau yang berlebihan, pandangan seperti HD dan bertujuan melindungi mata memerlukan teknologi yang terkini . Semestinya ia mempengaruhi harga sesuatu kanta yang dipilih.

Apa pilihan itu? Jom kita jadi PAKAR sikit dengan tahu 'versi' pilihan kanta dibawah. Bolehlah cerita sikit-sikit dekat SUAMI : (saya mengambil contoh kanta CRIZAL dari ESSILOR) :

+ RINGAN & NIPIS - Kepadatan cermin di nilaikan melalui nombor ‘INDEKS’ : 1.5, 1.56. 1.60, 1.67. Lebih tinggi nilai ini, lebih padat dan ringan kanta tersebut. Indeks 1.6 contohnya sangat sesuai bagi rabun -300 ke atas.

+ TAHAN PECAH - Di namakan dengan AIRWEAR Crizal, ia diperbuat dari bahan plastik yang paling kuat iaitu polikarbonat. Bezanya dengan jenama lain, ia tidak menjadikan mata letih untuk digunakan seharian.

+ Nampak macam KRISTAL - saya syorkan AIRWEAR Crizal. Penampilan lebih yakin dan berkarisma bagi yang banyak bertemu dengan pelanggan.

+ Nak kanta berubah GELAP SECARA AUTOMATIK - Teknologi generasi ke 7 digunakan pada kanta Crizal. Dengan nama CRIZAL TRANSITIONS 7. Kanta ini sensitif pada cahaya matahari dan mempunyai 100 % perlindungan dari UV.

+ RABUN JAUH & DEKAT sekali pada satu cermin - Lebih dikenali dengan nama MULTIFOKAL. Menjadi pilihan utama bagi yang telah berumur 40 tahun ke atas. Siri Varilux Essilor memiliki teknologi paling maju.

Essilor adalah syarikat PERTAMA DI DUNIA, mencipta kanta jauh & dekat pada satu cermin (tanpa ada garisan). Ia lebih dikenali dengan kanta MULTIFOKAL.

Mendapat pengiktirafan dari majalah terkenal Forbe’s kerana telah terpilih sebagai syarikat yang PALING INOVATIF dalam menghasilkan KANTA NO 1 di dunia.


Rabu, 9 September 2015

PENGANTIN : PEREMPUAN pilih KANTA SENTUH, LELAKI ?


Minggu depan dah nak kahwin dengan pilihan hati. Baju dah tempah, kenduri da settle, semua kenalan dah bagi kad jemputan, emmm apa lagi ya?

“Oh! Cermin mata tak tukaq lagi. Camna boleh lupa ni? Nanti nak bergambaq tak nampak ummph la!”

Biasanya memang dah last minit baru nak tempah cermin mata. Tapi mana lagi ok ya? Cermin mata ke atau contact lens (CL) ? Kalau yang dah biasa pakai CL pasti tiada masalah, tapi yang jarang pakai atau tak pernah pakai?

Pergolakan berlaku dalam hati sebab tak tahu nak pilih yang mana. Bila dah sampai ke kedai, pergilah try cermin mata baru. Tapi spek untuk kahwin mana sama dengan yang pakai hari-hari. Ini hari penuh bahagia 'SAYA dan DIA’ . 

Aduh sekali lagi, spek ke CL, mana boleh pakai dua-dua skali.

Bila saya cerita dekat orang beza pengantin lelaki dan perempuan JURANGNYA SANGAT BESAR bila time memilih, tak semua percaya. Tak Percaya? Jom tengok alasan di bawah :

PENGANTIN PEREMPUAN - Lebih Suka Contact Lens kerana :
+ Mata boleh ‘bertukar warna’ - dengan CL warna yang terdapat di pasaran mungkin boleh disesuaikan dengan warna baju pengantin. Pilihan paling top : Brown, Green dan Grey. Terdapat juga jenis yang memberikan efek mata hitam menjadi lebih besar. 

+ Serlahkan makeup - Dah cantik-cantik ‘touch up’ wajah, takkan nak pakai cermin mata pula kan? Habislah ‘outline’ wajah nanti.

+ Masalah Bulu Mata - Kalau dah pakai maskara bagi panjang bulu mata, habislah kanta cermin mata cepat kotor. Kacau mood nanti nak berkepit dengan ‘Husband’. Asyik nak lap cermin mata sahaja. 

+ Nak tangkap gambar waktu menjeling kat ‘abang’ - Part menjeling ni best masa atas pelamin atau masa makan beradab. Fotografer nak shoot time ni.

PENGANTIN LELAKI - Lebih suka cermin mata kerana :

+ Mudah, Senang dan masih lagi Bergaya. 

Senang jadi LELAKI kan? 

Kalau pakai cermin mata pula, apa tips nak bagi gambar kahwin nampak lebih BERSERI sehingga menjadi GAMBAR WEDDING of THE YEAR ?

Jangan lupa LIKE page RIZAL OPTOMETRIS untuk tahu tips2 tersebut.

BAHAYA : Jika tersalah memilih bingkai, HIDUNG ANDA BERTAMBAH BESAR !!


Memang setiap orang mempunyai saiz hidung yang berbeza. Ada yang MANCUNG ‘berlekuk’, PENYEK ‘tak bertulang’ mahupun KEMBANG 'semacam’. smile emoticon

“Kenapa gelak saya pakai cermin mata ni? Baru pakai semalam.”

“Kah! Kah! Kah! Lawak la muka ko!” gelak Johan sambil memegang perut dengan kedua-dua tangannya.

Rasa seperti muka aku disimen berkali-kali setebal dinding “The Great Wall of China”.

“Salleh, hidung ko nampak besar, kah! kah! kah!” 

Ramai pemakai cermin mata memilih ‘frame’ dari segi jenama, design, bentuk dan warna. Faktor yang jarang diambil kira ialah bagaimana kesan ‘frame’ terhadap bahagian lain pada wajah. 

Hidung adalah sebahagian anggota pada wajah yang menjadi identiti seseorang. Pada masa kini cermin mata telah dikategorikan sebagai ‘fashionable’ untuk setiap peringkat umur.

Janganlah kerana terlalu mahukan jenama atau fesyen ‘frame’, kita tidak mengambil kira kesannya terhadap ‘anggota wajah’ yang memberikan identiti seperti SAIZ HIDUNG.

Apapun kategori saiz, itulah yang menjadikan kita unik sebagai manusia ciptaan Allah S.W.T. Namun masih ada cara bagaimana hendak ‘mengecilkan hidung’ atau mencegah hidung menjadi ‘lebih besar’. Hanya dengan tips mudah di bawah.

+ Bingkai dengan 'bridge' rendah - Jika dipakai akan menyebabkan cermin mata naik sedikit ke atas. Orang akan lebih menumpukan pandangan kepada bingkai daripada hidung.

+ Bingkai yang lebih 'tebal' - Hanya bingkai plastik boleh menyempurnakannya. Ia akan menjadikan bingkai sebahagian dari 'outline' wajah. 

+ Bingkai bersaiz besar dan lebar - Bukan sahaja memberi kesan kepada hidung, ia juga menjadikan bentuk muka nampak lebih kecil. 

+ Warna lebih gelap - Baju yang bewarna gelap menjadikan tubuh nampak lebih kecil. Ia juga boleh di aplikasikan kepada hidung melalui warna bingkai yang gelap.

+ Design dan corak yang menyerlah - Tips ini paling di gemari oleh seseorang yang menjadikan fesyen cermin mata satu identiti yang tidak boleh di pisahkan. Dengan menyerlahkannya, orang tidak kisah lagi tentang hidung anda!

Lepas ni kalau pergi kedai cermin mata ingat tips-tips ni ya. Share pada kawan-kawan yang anda rasa perlu untuk dia mengawal saiz HIDUNGnya. smile emoticon

Optometris

Kemahiran Melihat Mempengaruhi Prestasi Akademik Pelajar


Sangat menakutkan musuh jika melihat ada apache berada di atas langit. Pasti bertempiaran lari mencari perlindungan. Pemandu mampu melihat di waktu malam sehinggakan jenis senjata dapat dikenalpasti dengan 'mata ketiga'.

Tidak perlu guna orang kedua untuk kawal senjata bagi membidik musuh. Mesingan M230 30mm yang berada di bahagian perut Apache, akan bergerak mengikut pandangan mata Pilot Apache. Tembakan dibuat menjadi lebih tepat dan cepat.

Kawalan pemanduan dan bidikan senjata menjadi KEKUATAN helikopter Apache.

Kawalan teknologi ini menggunakan asas 'Eye Tracking'.

'Eye Tracking' adalah kemahiran yang perlu ada pada setiap orang. Skill ini sangat penting pada atlit sukan seperti Dato Lee Chong Wei kerana ia perlu bagi melihat bulu tangkis yang bergerak laju.

Anak-anak juga perlu ada skill ini. Mereka akan menjadi pembaca yang lambat dan lemah jika tidak diasah skill ini. Inilah antara masalah yang biasa dihadapi individu yang mempunyai Dyslexia.

Kalau dah BACA pun LAMBAT, boleh ke cemerlang dalam akademik? 



Kalau nak asah balik skill ini, ada beberapa cara boleh dilakukan :

+ Baca buku dengan kuat - ini akan melatih otak supaya 'alert' dengan setiap huruf dan perkataan.

+ Gunakan pensel untuk tunjuk perkataan semasa baca. Otak akan mula memahami untuk hasilkan skill eye tracking yang baik.

+ Banyakkan aktiviti melihat imej yang bergerak laju - mulakan dengan bola yang mudah disambut. Badminton juga sukan yang sesuai.

Cara seseorang memproses imej atau MELIHAT, bergantung kepada skill komponen penglihatan yang telah wujud sejak dari lahir lagi.

Tidak semua orang dapat MENGUASAI semua komponen penglihatan ini.

Bila saya berjumpa dengan sahabat lama baru-baru ini, saya jalankan 'simple test' hanya dengan menggunakan tapak tangan. Beliau bekerja sebagai PEMANDU LORI.

Saya teruja lakukan test ini kerana beliau antara pelajar PANDAI dalam kelas, tetapi mengapa hanya setakat Pemandu Lori?

Result : Kemahiran 'Eye Tracking'nya sangat lemah.

Beliau tidak tahu. Hanya mampu terdiam.

Periksa Tahap Kualiti Penglihatan ANAK-ANAK kita.

Masa depan mereka bermula dari SEKARANG.



Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris.

Tahap Kualiti Penglihatan Pelajar mempengaruhi Proses Pembelajaran


Saya percaya tiada siapa yang mahukan anak di kategorikan sebagai LEMBAB, BODOH, TAK PANDAI, atau BENGAP !!

Maaf, sedikit kasar bunyinya.

Siapa tak sedih dan kecewa anak telah masuk ke kategori ini. Psikologi anak jauh lebih besar kesannya dari yang kita sedari.

Apa tindakan kita hari ini?

“Takpa lah sok lusa dia ok la tu.”

“Cikgu boleh ajaq dia bagi pandai skit.” 

“Setiap malam adik kena belajar dengan Papa! Setiap hari !!”

Ada yang mengambil langkah proaktif, ada juga sekadar berharap agar semuanya akan kembali ok.

Apa kata CEK MATA dahulu! Lebih tepat lagi “TAHAP KUALITI PENGLIHATAN”.

Ada beza BESAR keduanya.

Saya cerita sikit pasal LAMPU PICIT. Alat ni tak nampak penting pun kalau ada. Tapi time tiada letrik kat rumah, 

Mana lampu picit nya YANG Oiiiiiiii ! Abang letak kat laci dapur ni dulu !”

KEDEBABOM ! Pinggang mangkuk jatuh bersepah!

Kelam kabut sebab anak umur 2 tahun menjerit macam ada RAKSASA dalam gelap gelita tu. Bila dah jumpa, bateri tak berapa nak power ! Malap je. Mentol pula kejap ada, kejap takda. Cermin depan pun dah pecah.

Bahasa mudah saya untuk terangkan apa TAHAP KUALITI PENGLIHATAN.

Cahaya lampu picit = PENGLIHATAN
Bateri = SISTEM FOKUS
Mentol = KECEKAPAN SARAF MATA

Ibubapa dan guru boleh memainkan peranan yang sangat penting. 
Team saya sentiasa berusaha sedaya upaya mencari pelajar istimewa ini di sekolah.
PERJUANGAN INI BELUM BERAKHIR !

Shahrizal Redwan.
Optometris.

Rabun Jauh di kalangan pelajar

Saya lihat apabila seseorang memegang gadjet, jaraknya agak dekat. Kalau dulu 40cm menjadi jarak normal untuk baca buku, sekarang 20 - 30 cm ‘jarak normal’ untuk menggunakan smartphone. Ini BAHAYA !

Teknologi semakin MAJU, tetapi mata semakin 'STRESS'.

Saya tertarik dengan satu kajian yang dibuat terhadap pelajar di negara Taiwan. Sekumpulan pelajar ini dibahagikan kepada dua. 

Kumpulan A diwaktu rehat, hanya duduk di dalam kelas.
Kumpulan B menghabiskan masa dengan aktiviti luar.
Hasil kajian adalah sama untuk 1 tahun pertama.

Tetapi, hasil MENAKJUBKAN selepas 1 tahun. 

Kumpulan B lebih terkawal power rabunnya!

"Banyak kajian telah dilakukan kaitan antara aktiviti luar dengan rabun jauh. Semua kajian memberikan hasil yang positif. Idea yang sangat bagus apabila kita mendorong anak-anak melakukan aktiviti luar ini. Tinggalkan semua gadjet dan berseronoklah dengan mereka. Ia boleh mengelak mendapat rabun atau memperlahankan kenaikan rabun.”

-Dr Gary Heiting OD, pengalaman 25 tahun pakar dalam kesihatan mata.

Apa perlu buat selain buat aktiviti luar? Apa tipsnya?

+ Cek mata lebih kerap. 3 bulan sekali pun boleh. Baru boleh tahu rabun yang ada cepat naik atau tidak. Dengan teknologi sedia ada, boleh susun strategi terbaik untuk mengawalnya.

+ Gadjet oh gadjet - kurangkan masa menggunakannya. Nanti dalam artikel lain saya akan kongsikan untuk anak kecil yang ketagih dengan teknologi ni.

+ Power dah kurang jangan tunggu bertahun baru nak tukar. Bila power dah naik, mata tidak bekerja seperti sepatutnya. Jangan SEKSA ia bertahun-tahun, akhirnya mata menjadi tidak lagi sensitif. Ramai yang buat cermin mata baru tetapi ‘performance’ penglihatan tidak seperti dulu lagi.


Kalau terer, siapa dalam gambar tu? 😆



Khamis, 3 September 2015

Kos lindungi MATA angkasawan NASA, paling MAHAL untuk sebuah baju angkasa!



Saya sering melihat gambar angkasawan yg berlatar belakangkan bumi yang kebiruan.
Bajunya berwarna putih dengan beg petak dibelakang badan angkasawan. Topinya pula mungkin 3-4 kali ganda daripada topi kaledar motorsikal.
Baru hari ini saya perasan topi angkasawan NASA mempunyai lapisan warna emas. Rupa-rupanya, ia sememangnya lapisan emas sebenar!
Apakah fungsinya? Kenapa perlu guna warna emas? Adakah kerana faktor tiada graviti?
Apabila dikaji, emas tidak mudah rosak berbanding perak atau aluminium. 'Menampal'nya pada topi angkasa jauh lebih mudah.
Mata angkasawan akan terlindung dari sinaran UV yang jauh lebih kuat di angkasa. Jika mata rosak, misi tidak akan berjaya dicapai.
Bagaimana pula penduduk bumi? Perlukah mata mereka dilindungi dari sinaran UV merbahaya ini? Bagi saya, ia wajib dilakukan kerana di Malaysia adalah tempat pendedahan UV yang tinggi.
100% perlindungan mata dari sinaran UV hanya ada pada kaca mata hitam yang berkualiti tinggi seperti Ray Ban.
Kita nak lindung mata dan juga nak bergaya. Peminat Ray Ban dah lama tau feel pakai jenama ni.
Tapi ramai yang dah kena tipu! Beli yang tak ori. Apa bezanya?
Mesti nak tau kan? Masa telah tiba untuk saya berikan tips yang saya gunakan selama 10 tahun untuk tahu ia Ray Ban ori atau tiruan! Jangan tertipu lagi!

Jom kita lihat di bawah.
1. Perhati baik-baik logo Ray Ban - Tulisannya agak timbul, tidak mudah tertanggal dan berada kemas pada kedudukan atas kanan cermin.

2. Kotak yang balut casing - Dicetak dengan kualiti baik dan mempunyai 'sticker' kod bar, negara asal dikilangkan dan model mestilah sama dengan model pada sunglasss Ray Ban.

3. Permukaan cermin yang rata - Letak bawah lampu, perhati semua permukaan cermin. Imej lampu sepatutnya sama bagi yang asli. Imej 'memanjang', tidak sekata, menjadi lebih besar antara ciri Ray Ban tiruan.

4. Skru kepala '+' , juga dikenali sebagai skru kepala 'Philips' - Ray Ban tidak menggunakan skru lain selain daripada ini.

5. Beli dari kedai agen yang di iktiraf oleh syarikat LUXOTTICA - Syarikat ini adalah pengeluar Ray Ban yang terletak di Itali. Sijil agen yang sah akan dipamerkan.

6. Harga yang tak masuk akal - Jika ia baru dan sangat murah, hati-hatilah ya...Ray Ban Gred AAA memang susah untuk dibezakan dgn yang ori.

Mesti kita pelikkan kalau member sungguh-sungguh cakap Ray Ban ori tapi, tips di atas semua tak ada.
Ofis kami di Kuala Kangsar, Chemor, Perak. Semua ori di situ.
"RAY BAN, Genuine since 1937"

Rabu, 2 September 2015

Anak MARAH kerana cek mata di kedai keputusannya NORMAL !


"Mak dah tak sayang Adik! Mak suka marah adik! Adik susah nak tengok! Bila cek kat kedai semua kata mata adik ok! Tapi tak ok Mak! TAK OK!!" rintih hati kecil seorang anak.

Masalah 'melihat' bukanlah satu perkara yang mudah untuk digambarkan. Apatah lagi kalau anak kecil kita yang baru masuk ke dunia persekolahan.

Bola mata adik ke mana? Tu pun tak nampak?!"

Dialog ini banyak digunakan oleh ibubapa apabila sesi mengajar dilakukan pada anak-anak permata hati kurniaan Allah S.W.T ini.

Jika sedikit elemen emosi bernada keras semasa mengucapkannya, keyakinan anak-anak untuk menggambarkan situasinya akan terjejas. Berilah dorongan dengan kata-kata yang positif, lemah-lembut dan tunjukkan kita prihatin dengan aduannya. 

Pandang wajahnya dengan tenang, tunjukkan emosi kasih sayang kita dan dengarlah dengan penuh perhatian.

“Mula-mula adik nampak, lepas tu adik tak boleh nampak. Lepas adik pejam mata kuat-kuat, baru adik boleh baca buku yang Mama belikan. Bukan adik tak suka buku tu.”

Meruntunlah hati si ibu yang menyangka anaknya tidak suka akan hadiah hari lahirnya yang lalu. Sangkaan negatif adalah lumrah kehidupan, namun jika ia tidak dikawal, boleh memberi seribu satu penyesalan.

Catatkan setiap perkataannya dan jangan berputus asa untuk mendapatkan rawatan yang terbaik. Maklumat ini sangat penting kepada insan yang mendedikasikan seluruh hidupnya untuk menjadi PAKAR DALAM BIDANG PENGLIHATAN.

Golongan profesional ini dikenali sebagai OPTOMETRIS. 

Sesetengah ibubapa berasa yakin masalah anaknya tiada pertalian dengan penglihatan. Kerana secara fizikalnya, tiada sebarang kecacatan. Anggapan seperti inilah yang perlu di ubah kerana masa depan mereka terletak pada tangan ibubapa sendiri.

Reaksi ‘terkejut’ banyak ditunjukkan oleh ibubapa apabila proses khidmat nasihat diberikan. Permata hati mereka ini bukan sahaja mempunyai mata yang kurang sensitif, malah ia boleh membawa kepada SAKIT KEPALA yang berterusan jika tidak dirawat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah Benar :

Anis, merupakan seorang pelajar berumur 7 tahun. Sejak dari hari pertama persekolahan, adik ini menunjukkan sikap yang tidak berminat untuk menyiapkan kerja sekolahnya. 

Ibunya mengadu adik ini agak ketinggalan berbanding rakan sekelasnya dari segi akademik. 

Setelah melakukan pemeriksaan penglihatan, Anis mempunyai struktur saiz bola mata yang lebih 'pendek' berbanding normal. 

Sistem fokusnya pula bekerja secara BERLEBIHAN bagi memperolehi imej yang stabil dan jelas.

Akibat dari 'proses' ini, penglihatan Anis mengalami kepenatan yang lebih cepat berbanding rakan sebayanya. Apabila mata menjadi terlalu penat, ia tidak dapat lagi menghasilkan imej yang jelas dan selesa.

Anis juga mengalami gangguan dari segi emosi dan motivasinya sebagai pelajar.

Saya memberikan beberapa pilihan mengikut kemampuan kepada ibunya agar masalah Anis ini dapat dirawati. Setelah dua kali temujanji, Anis menunjukkan respon yang positif dari rawatan yang diberikan. 

Alhamdulillah, hampir sebulan mendapatkan rawatan, adik ini telah kembali 'aktif' dengan dunia persekolahan. 

"Sekarang dia minat sangat mewarna, dan kerja sekolah pun suka buat tanpa di suruh." kata ibu Anis.

Saya perhati, penglihatan mempengaruhi seseorang untuk bersikap lebih positif. Anis dan ibunya memberikan senyuman berharga buat saya sebagai Optometris. Senyuman itu jugalah yang membuatkan hubungan antara ibu dan anak bertambah erat. Ia tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak Tahu

Anis tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan masalah yang dihadapi.

Ujian khas perlu dilakukan, bukan hanya sekadar menyuruh mereka membaca huruf atau nombor untuk mendapatkan 'power' mata.

Ciptakan ruang masa depan yang lebih cerah terhadap anak-anak.

Berjumpalah dengan Optometris bertauliah yang berhampiran dengan anda.

"Penglihatan yang sihat, seribu makna sepanjang hayat."


Optometris

Selasa, 1 September 2015

Cermin mata ‘ANGKASA LEPAS’ pertama diiktiraf oleh NASA !!


Angkasawan NASA - Michael Bloomfield berkata :

"Jika anda menggerakkan kepala anda secara laju/kuat, cermin mata anda mungkin akan terkeluar dari kedudukan wajah - ia tidak berlaku dengan jenama SILLHOUETTE, ia sentiasa disitu : diwajah anda.”

Sejak tahun 2000, bingkai jenama Sillhouette daripada koleksi 'Titan Minimal Art’ telah menjadi cermin mata rasmi untuk semua angkasawan NASA yang berpangkalan di Washington,DC.

Bingkai ini telah berjaya menjalankan tugas dengan jayanya tanpa sebarang masalah setelah melakukan lebih dari 30 misi ke angkasa lepas.

Ia tidak mempunyai sebarang skru dan mempunyai berat 1.8 gram sahaja. ‘Temple’nya yang elastik akan memastikan pegangan yang kukuh walaupun berada pada tempat yang tiada graviti.

Pada tahun 1964, syarikat yang berasal dari negara Austria mula menghasilkan bingkai berjenama ini. Dibangunkan oleh Arnold Schmied, dengan pemikiran berkonsepkan revolusi baru menjangkaui rekabentuk pada zamannya. 

Bingkai yang dihasilkan tidak akan mewujudkan rasa yang tidak selesa dan ia dijadikan ‘aksesori' yang wajib dimiliki. Bukan hanya sekadar ‘medical aids’ untuk merawat penglihatan yang terjejas.

Daripada lima orang pekerja, syarikat ini telah berkembang dan kini mempunyai lebih dari 1,500 orang pekerja di lokasi yang sama di Linz, Austria.

Siapakah antara artis yang memakainya?
# Tom Cruise dalam filem ‘Collateral’ pada tahun 2004.
# Patrick Dempsey, pelakon popular dalam rancangan tv.
# David Caruso, pelakon utama dalam drama bersiri terkenal CSI Miami.



Rasai sendiri pengalaman Sillhouette di wajah anda, hanya di Rizal Optometris.

“Penglihatan yang sihat, Seribu makna sepanjang hayat”

Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Buah Oren Berjejari


Tips mata sihat :

'Buah oren berjejari'

atau 

'Buah oren banyak jari?'

😋😋😋😋

Buah ini mempunyai peratusan Vitamin C yang tinggi.

Baik untuk kesihatan kapilari darah pada RETINA mata.

----------------------

RETINA = Lapisan tisu yang sangat sensitif pada gelombang cahaya.

Gelombang ini ditukar menjadi rangsangan saraf untuk dihantar ke otak.

Otak menukar rangsangan ini kepada imej

'BUAH OREN BANYAK JARI' !!!

Hahahahaha...😝😝😝

Sesiapa yang tau mana nak dapat buah ni, pm admin.

Satu T-shirt Rayban menanti anda !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...