Selasa, 15 Mac 2016

Bertudung Aidijuma dengan beg selimpang, ibu kepada dua anak ini bersuara lantang!


Akak sorang ni bawa 2 orang anaknya. Seorang bersekolah menengah, seorang lagi bersekolah rendah. Saya yang masa tu perhati dari dalam bilik cek mata, agak terkejut, akak ini bersuara agak tinggi.

"Saya tak nak anak saya dipaksa-paksa belajar. Sekarang punya belajar pun dah macam apa. Ni sekarang nak bagi UPSR ada 6 'paper' pula!"

Saya yang duduk dalam bilik cek mata yang agak kedap bunyi, masih dapat dengar sebutir-sebutir akak tu bercakap.

Dua-dua anak akak ni nak cek mata.
.
.

"Nur Kamalina, dan.. Nur Syazwani. Kita cek mata sekali lagi dalam bilik ya. Puan boleh ikut sekali ya.." saya panggil sambil berdiri di hadapan pintu bilik cek mata sambil melemparkan senyuman.
.
.
Dalam bilik cek mata, ada perkara yang merunsingkan akak ni (lebih suka dipanggil Kak Jah).

Anak-anaknya selalu sakit kepala yang agak kerap dalam sebulan ni.

Minggu ni saja dah 3 kali pergi klinik yang berlainan. Hinggalah pergi ke klinik Dr Azhar, cawangan Kuala Kangsar, Doktor di sana yang telah syorkan mata anaknya di cek di Rizal Optometris.
.
.
Baru saya nak minta Kamalina baca barisan huruf yang terakhir, Kak Jah menerpa dengan kata-kata agak kuat,

"Lina kalau tak nampak CAKAP! Laju lah sikit baca!"

Agak tegas cara Kak Jah melontarkan suara. Tapi dari sudut hatinya, saya tahu, agak risau melihat anaknya yang membaca 'merangkak-rangkak'.
.
.
Setelah selesai saya menilai cara anak Kak Jah melihat, saya simpulkan dengan sedikit perbandingan antara penglihatan yang sihat dan penglihatan yang mempunyai skill yang kurang baik.

"Tunjukkan pada saya!"

Satu persatu Kak Jah nak tahu sehingga beliau percaya. Saya rasa macam dah kena soal siasat dengan Inspektor Polis pula.

Tapi saya suka. Saya suka ibu bapa yang ambil berat akan kesihatan anaknya.

Kedua-dua anak Kak Jah mempunyai ACCOMODATIVE DYSFUNCTION.

*Bila ditanya-tanya, rupanya Kak Jah dulu memang bekerja sebagai Polis. 😅

-Shahrizal Redwan, Optometris.

Terima kasih kerana besarkan Angah. Angah nak buatkan cermin mata baruuntuk Mak dan Ayah... - Tip kanta yang sesuai untuk mereka.


Kita selalu terbayang betapa susahnya mak ayah kita di kampung membanting tulang sekolahkan kita.

Hari ini kita dah ada duit sendiri. Gaji pertama barangkali.

Terus dah niatkan untuk bagi hadiah dekat mak ayah. Teringat pula dah 5 tahun cermin mata mak ayah tak pernah bertukar.

"Mak, ayah! Tunggu Angah balik ya. Angah nak bagi hadiah!"
.
.
Sampai kedai cermin mata, kita pun seronok tengok mak ayah pilih-pilih bingkai tu.

Tersengih-sengih mereka berdua. 

Bila dah settle pilih, pekedai tu pun 'suggest' dekat kita kanta yang cantik, tak ada garis dan sedikit mahal harganya.

Kalau mak ayah kita dah biasa pakai kanta ada garis (bifokal), berpuluh tahun pula tu, sebaiknya dikekalkan design yang sama.

Kalau terus 'upgrade' multifokal, mungkin nak kena bagi biasa 2-3 minggu, atau berbulan pun mahu. Ada juga yang pakai spek lama balik.

KECUALI..

Kanta Multifokal tu dah lama mak ayah kita teringin nak pakai. Mungkin tengok rakan-rakan pakai.

Ya lah, sebelum ini tak mampu kerana duit dihabiskan untuk sekolahkan kita.

KENAPA BOLEH?

Tahap motivasi mak ayah kita pada level yang agak tinggi. Inilah antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan seseorang itu untuk mudah memakai kanta Multifokal.
.
.
Semoga usaha kita, usaha kecil kita untuk menggembirakan hati mereka... menzahirkan senyuman dari wajah mak dan ayah kita yang amat kita kasihi..

-Shahrizal Redwan, Optometris.

KANTA MULTIFOKAL : Mengapa bila saya berdiri saya nampak tinggi rendah?Aduh!! Tak boleh pakai la macam ni!


Kanta yang paling mencabar untuk disesuaikan adalah kanta multifokal. Tetapi ada sesetengah orang ianya tiada masalah, 3 hari pakai dah ok.

Ada pula yang terpaksa belajar pakai sehingga 2-3 bulan barulah rasa ok.

Senang cerita beginilah. Kalau kita tak pernah bawa kereta, tapi hari ini diberi peluang untuk test drive.

Apa akan jadi?

Nak 'parking' susah..
Nak masuk simpang susah..
Mau juga terjun dalam parit.. 😆
.
.
Tapi bila cukup lama kita berlatih, makin lama kita makin handal. 

Sama jugalah seperti kanta Multifokal. Bila melibatkan pandangan (dengan kanta Muktifokal), otak nak kena belajar macam mana nak kawal sistem fokus mata.

Bagaimana nak fokus bila berdiri, berjalan mahupun ketika duduk diam.

Rasa tinggi-rendah berpunca dari power rabun dekat yang tak pernah kita pakai sebelum ini, dan otak tak tahu nak buat apa. Kanta ini dah mengganggu cara biasa mata melihat.

Kawasan gangguan di bahagian sisi pandangan menambahkan lagi cabaran kepada individu yang memakainya.

Lama kelamaan sistem fokus dan pergerakan mata telah peroleh satu 'formula' untuk atasi masalah rasa tinggi rendah ni.

Pada masa inilah, kita akan rasa ok bila pakai kanta multifokal.

Tidak semua orang dapat mencari 'formula' ini dengan cepat.

Tetapi dengan teknologi terkini, ia boleh membantu sistem Kawalan Otak-Mata-Gerakan tubuh, beradaptasi dengan lebih cepat. 

Gambar : Teknologi terkini menjadikan kanta multifokal kurang 'gelombang' atau berombak-ombak.





Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...