Selasa, 15 Mac 2016

Sejarah bagaimana mata boleh menjadi JULING: Hati-hati kadang-kadangrasa mata lari KELUAR, tapi bila tengok betul-betul, tak ada pula.



Ada antara kita perasan keadaan seperti ini. Tapi kita cakap dalam hati, "Perasaan aku je ni."

Kalau kita tidak merawatnya dari awal, ia boleh menjadi juling yang semua orang akan nampak. Dengan kata lain, Juling NYATA.

Fasa bagaimana seseorang itu JULING, paling banyak ditemui di praktis saya, adalah dari jenis mata hitam yang bergerak keluar, iaitu yang menjauhi hidung.

Paling popular fasa bagaimana ia boleh berlaku adalah seperti di bawah :

1- Pada permulaan, mata boleh dikatakan tiada potensi untuk mendapat juling ini. 

2- Semakin hari, bebanan mula dirasai oleh sistem penglihatan akibat dari stamina mata yang lemah, aktiviti yang dilakukan dan boleh jadi kerana faktor kesihatan.

Sistem penglihatan yang saya maksudkan adalah pergerakan bola mata semasa melihat jarak dekat dan jauh, sistem fokus dan sistem yang menyatukan imej dari kedua-dua mata.

3- Bebanan yang terpaksa dipikul ini, memberi kesan pada suatu jangkamasa, sehingga otak mencari jalan bagaimana nak mengurangkan bebanan penggunaan ke dua-dua mata ini.

Penglihatan kita boleh menjadi kabur pada masa tertentu, sakit kepala dan boleh nampak imej menjadi dua. Antara tanda-tanda mata dalam keadaan terbeban.

4- Otak terpaksa mengubah cara mata dikawal akibat terlalu lama mata dalam keadaan yang penat ini.

Otak juga semakin 'penat' untuk mengawal sistem oenglihatan dan mula menghantar signal agar tubuh berehat. Kesannya, tubuh terasa lebih cepat letih, sakit kepala dan mengantuk.

5- Bagaimana caranya mata nak atasi keadaan ini dengan lebih efektif?

Salah satu caranya adalah dengan 'menutup' hubungan dengan salah satu mata. Signal imej tidak lagi diterima oleh otak dari mata yang 'telah dipilih ini'. Optometris menggelarnya sebagai 'Suppression'.

6- Bila satu mata ini tidak lagi digunakan pada masa tertentu, kedudukan/arah mata tidak lagi dikawal. Maka mulalah 'era' mata menjadi juling pada masa tertentu. 

Salah satu keadaan kes, Optometris menggelarnya "Intermittent Exotropia".

Contohnya bila membaca, hanya guna sebelah mata, bila melihat jauh pula, dua-dua mata berfungsi sepenuhnya.

Tapi AWAS! Bila dah terlalu lama keadaan ini berlaku, mata akan semakin besar sudut larinya.

Dan ia mula beri kesan 'Suppression' pada semua keadaan dan jarak penglihatan kita.

Pada Fasa ini, juling boleh dianggap telah menjadi nyata. Kebolehan menganggar jarak akan berkurangan, keluasan pandangan menjadi lebih kecil dan paling penting,

"Motivasi diri semakin berkurangan akibat dari penampilan mata yang JULING."

-Shahrizal Redwan, Optometris.

Ahad, 13 Mac 2016

TAK BOLEH PAKAI Multifokal : 7 faktor ini jika diambil kira, seseorangitu akan lebih mudah memakai kanta Multifokal.



+ Jenis rabun.

+ Tahap Power Rabun.

+ Saiz kelebaran sisi frame.

+ Jenis frame (plastik atau metal).

+ Design dan jenis teknologi multifokal.

+ Aktiviti yang akan dilakukan bila memakai kanta multifokal.

+ Konsultasi cara memakai kanta ini dan tip-tip supaya mata dapat menerima untuk memakai kanta Multifokal dengan lebih mudah.
.
.
Penggunaan kanta multifokal ada kaitan dengan bagaimana kita melatih cara otak bekerja untuk menerimanya (kawalan terhadap visual/penglihatan).

Selagi otak tidak dilatih, selagi itu kita akan sukar menerimanya.

-Shahrizal Redwan, Optometris.

9 pengalaman bila kali pertama guna CERMIN MULTIFOKAL (Kanta jauh &dekat)

Assalamualaikum Tuan Rizal,

Saya bercadang nak tempah cermin mata yang ada sekali cermin untuk jauh dan baca sekali. Rasa macam mana kalau pakai cermin ni?

-Tuan K.
---------------

Wa'alaikummussalam Tuan K.

Bagi seseorang yang baru kali pertama mencuba cermin ini, terdapat beberapa pengalaman sewaktu kali pertama mencubanya.

+ Sakit kepala yang tidak keterlaluan.

+ Mata rasa menekan.

+ Bila pakai imbangan badan rasa seperti tidak stabil.

+ Rasa 'bergelombang' ketika berdiri dan berjalan.

+ Pandangan sisi yang tidak berapa 'sharp' (kawasan ini disebut 'distortion' atau kawasan gangguan).

+ Mata tak dapat nak anggarkan jarak sesuatu objek ketika berjalan, dengan tepat.

+ Kalau pakai spek terlalu rapat dengan mata, penglihatan sedikit kabur.

+ Ketika membaca suratkhabar (bahan bacaan dengan halaman yang besar), perlu gerakkan kepala sedikit ke sisi mengikuti huruf demi huruf, bahan bacaan tersebut.

+ Koordinasi antara mata dan tangan perlu 'disetkan' semula oleh otak supaya tindakan berlaku secara automatik dengan pantas.
.
.

Gambar : Perbezaan nampak bergelombang antara kanta yang biasa dan baik. Kiri, Kanta multifokal biasa. Kanan, multifokal jenama Varilux S-series, dari Essilor.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...