Jumaat, 11 Mac 2016

Kerana Ibnu Al-Haytham, KONSEP RABUN mudah diterangkan.


Selepas saintis dahulu membuktikan pendapat Ptolemy adalah salah, mereka yakin dan telah bersetuju dengan pendapat baru : 
"Sebenarnya mata yang menerima gelombang cahaya."
Tetapi ada satu masalah.
Bagaimana imej yang besar (pantulan cahaya) boleh diterima oleh mata yang bersaiz kecil.
Tambah lagi dari objek yang lebih besar.
Ibnu Al-Haytham (Alhazen) mengemukakan teori bahawa cahaya yang masuk kedalam mata akan diubah sudut laluannya, menjadi satu titik yang terfokus. 
Keadaan inilah yang dinamakan REFRAKTIF (Refraction).
.
.
Kesalahan refraktif adalah punca seseorang itu mempunyai RABUN.

Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Selasa, 8 Mac 2016

Ptolemy


Orang dulu-dulu rasa :
Mata akan mengeluarkan satu bentuk gelombang yang tidak dapat dilihat oleh mata. 
Gelombang ini digunakan untuk proses melihat.
Teori ini dicadangkan oleh saintis dahulu, Ptolemy.
.
.
Sebenarnya mata menerima gelombang cahaya (masuk ke mata) dari persekitaran untuk melihat.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Rabun aku jenis apa ya? RAMLAL, tolong sikit.


Saya cuba terangkan secara ringkas jenis-jenis rabun yang biasa ditemui di praktis Rizal Optometris.

Kita lihat 3 cerita kat bawah :

Cerita PERTAMA :
Member duduk jauh melambai kat kita, kita tak kenal dia (Siapa lah yang duk melambai tu..?). 
Tapi bila kawan tepuk bahu kita dan kita pandang dia, 
“Heyyy… RAMLAL …”. 
Mahu dicakapnya kita ni sombong.. Hehehe.. 
(Peminat SRK tahu siapa watak Ramlal kan?)
.
.

Cerita KEDUA :
Ada pula antara kita, dia boleh nampak Puan Pogo dari jarak 2-3 batu! Power mata dia nih. ðŸ˜†
Nampak dan kenal, tapi tidak begitu jelas. Rasa macam agak berbayang-bayang. Hehehe..
.
.
Cerita KETIGA :
Apabila RAMLAL minta bantuan kita untuk tekan butang ‘washing machine’ kita tak berapa nak nampak butang tu tulis apa! 
Kena jauhkan sikit pandangan (kepala ke belakang), baru boleh nampak.
.
.
Nama-nama sains untuk Rabun :
Cerita pertama = Rabun Jauh. (Myopia atau Hiperopia)
Cerita kedua = Rabun Silau / Astigmatism


Shahrizal Redwan 
Rizal Optometris
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...