Rabu, 2 Mac 2016

Tip Elak Spek Cepat Rosak (Episod 7). Elak KARAT lebih MUDARAT.



Tengah-tengah kita duduk rehat-rehat, kita pun tanggalkan spek sebab nak lap. 

Kita terperasan sesuatu pada bahagian skru spek kita.. 

ALAMAK!! Dah berkarat!!
.
.

Elak tunggu lama-lama..

Tindakan bila karat terjadi pada skru spek :

+ Letak minyak mesin jahit. Kita tak nak dia merebak dan merosakkan alur skru.

+ Jika kaki spek telah 'jammed', jangan dipaksa untuk gerakkannya.

+ Pergi ke kedai spek, minta tukarkan skru yang baru. Kalau dibiarkan, ia akan 'melekat' dan tidak boleh dikeluarkan. Risiko kerosakan bahagian alur skru akan lebih tinggi.
.
.
.
Bertindak sebelum karat melarat! 😊


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Tip Nampak Hebat Pakai Spek (Episod 6)

Di khalayak ramai, orang mahukan kita memberikan sesuatu pendapat... Ikut 8 step di bawah :
---------------------------------------

1- Duduk atau berdiri dengan kurang pergerakan. (Masa ni tarik nafas panjang-panjang).

2- Pandangan mesti mengarah ke bawah.

3- Buka cermin mata dengan memegang bahagian sisi menggunakan sebelah tangan sahaja. Ingat! Sebelah tangan sahaja!

4- Keluarkan kain...

5- Lap cermin mata anda perlahan-lahan.

6- Selepas lap, jauhkan sedikit spek ke atas, seolah-olah mencari kotoran pada cermin spek.

7- Pakai spek semula..

8- Buat keputusan atau berikan pandangan kita
.
.

Fuhhh! Bergaya sungguh tadi!! 😆

Janji Style!! 😅



Shahrizal Redwan 
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Transitions vs photokromik






CikPuan NA bertanya :

Saya nak tanya, ada promosi satu kedai ni, cermin tukar gelap, RM 150 siap dengan frame, tapi tiada warranty, ok ke?

Tahan tak cermin ni?

Biasanya berapa lama jaminan jika kanta jenis ini mempunyai warranty?

Berapakah harga kanta jenis ini sebenarnya?

Orang dekat kedai itu kata ada yang baik punya. Transitions. Apa beza dengan yang biasa?
.
.
.

1- Cermin boleh gelap tapi tiada warranty.
Sama ada ia kualiti yang sangat rendah (dibeli terus di negara China) atau pekedai ingin habiskan stok lama. Boleh jadi juga memang promosi hebat dengan kanta yang ok.. 

Cermin ini dikenali dengan nama panggilan kanta photokromik, yang mudah nampak kekuningan setelah beberapa bulan dipakai.

Kami pernah test satu produk, ia cepat bertukar kuning selepas baru 2 bulan diberi kepada staff yang mencubanya.

2- Ketahanan cermin.
Power kanta itu tidak akan berubah, tetapi cahaya yang melaluinya dan masuk ke mata tidak sebaik yang diharapkan.

Lapisan antisilaunya perlu dijaga dengan sangat berhati-hati, jika tidak akan nampak seperti calar halus yang akan mengganggu pandangan kita. 

3- Kanta boleh gelap sendiri dan berkualiti mempunyai jaminan setahun, namun ia tetap menjalankan fungsinya dengan baik, selagi mana tidak banyak calar pada permukaan kanta.

4- Kanta yang baik adalah bila ia tidak mudah cepat kuning. Warna kuning berlaku kerana serapan UV yang kuat pada kanta ini. Saya senaraikan jenis yang kebanyakan dijual di kedai Optikal :
• Jenama MSV (RM 150 - RM 200)
• Jenama Activfast (RM 250 - RM 350)
• Jenama Crizal Transitions (RM 550 hingga RM 720)

5- Transitions VS Photokromik
Transitions lebih gelap dan cepat respon kepada cahaya matahari kerana ia menggunakan konsep '2 lapisan pada permukaan depan dan belakang kanta'. 

Fotokromik bahan 'boleh gelap sendiri' dicampur sekali dengan bahan kantanya. Sebab itu Transitions, kosnya lebih mahal.

Harga bergantung kepada power juga.. 😊

Gambar : Teknologi terbaru dari Essilor.




Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...