Khamis, 23 Jun 2016

Joint Ventures : Bukan hak milik syarikat besar sahaja.



Kalau dah tak nampak jalan mana nak pergi, kadang-kadang kita lupa, sebenarnya jalan yang kita cari itu ada didepan mata. Pandangan kita tertutup kerana kita lebih memikirkan untuk membantu diri sendiri, berbanding orang lain.

Mengapa kita perlu JV?

Atasi masalah sedia ada atau mengembangkan bisnes yang sedang dijalankan.

Sebuah syarikat yang mempunyai matlamat yang jelas, tidak akan teragak-agak untuk ber-JV dengan pihak yang dipercayainya, pada bila-bila masa bila ia memberi keuntungan yang bagus dan 'fair' pada kedua belah pihak.

Kita kena terima, ada masa kita tidak boleh terlalu ego atas pemahaman cara kita uruskan bisnes. Ini boleh, itu tak boleh, ini mustahil...... dan banyak lagi ungkapan yang menghalang kita bersedia untuk lebih berjaya.

Bentuk-bentuk JV.

JV boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ia berkenaan bagaimana sesuatu itu diaturkan untuk kedua belah pihak. Masing-masing punya 'kekuatan' yang akan digabungkan bagi menjayakan projek yang baru atau aktiviti bisnes yang baru.

Oh letih pula guna ayat definisi.

Katalah Ahmad ada duit dan idea yang best dalam bisnes Optometri. Tapi beliau tidak tahu nak uruskan bisnes. Tiada pengalaman.

Beliau berjumpa dengan Hakim, seorang Optometris yang mempunyai pengalaman bertahun dalam industri Optometri. 

Mereka bergabung atas kelebihan masing-masing. Maka wujudlah JV dengan persetujuan usaha sama.
.
.
Bukan itu sahaja.

Saya telah bertahun guna konsep yang mendorong staff menjadi pekerja bercirikan usahawan. Bila telah memenuhi segala sasaran dan roadmap yang dipersetujui, mereka juga ditawarkan untuk memiliki saham syarikat.

Kerana syarikat tidak akan dapat bergerak maju jika tiada staff yang berkebolehan.

'Syarikat ber-JV dengan staff sendiri.'
.
.
Syarikat antara syarikat sebenarnya lebih baik jika ia melibatkan projek yang besar. 

Semasa idea ber-JV dengan ABS Holdings dikemukakan, Rizal Optometris Holdings (ROH) bersetuju bukan atas keuntungan wang ringgit semata-mata, tetapi kerana faktor 'menjimatkan' fasa berkembang ROH dari 5 tahun kepada 3 tahun.

Bagaimana perkiraannya, mungkin saya akan cerita dalam post yang akan datang.

JV inilah yang melahirkan ABS Optometri. 

Masha Allah, begitu banyak ROH dapat pelajari dari ABS Holdings dari segi menguruskan syarikat yang mempunyai banyak anak syarikatnya.

Ilmu ini kalau digali sendiri, 'tidak akan tercapai dek akalmu' dalam masa yang lebih pantas.

Seperti kata Tuan Norbert Reithorfer,

"Sebelah pihak tidak perlu menjadi syarikat yang sangat besar untuk mendapat kelebihan dari 'volume' pelanggan yang besar. Ianya amat mudah di capai dengan 'Joint Ventures'."
.
.
Pelesenan adalah style JV yang lebih selamat.

Konsep menyewa sistem urus bisnes dan kelebihan istimewa lain yang ditawarkan. 

Dapat membantu sesebuah syarikat membina semula (atau mengembangkan bisnes) pada satu tahap yang lebih tinggi.

Berbeza dengan sistem Francais yang lebih bercirikan sistem yang tertutup. Tidak semua industri sesuai menggunakan sistem ini. 

Dalam industri kita, dapatkan pandangan orang yang pernah atau sedang melalui sistem Francais ini. Banyak maklumat 'dunia sebenar' yang kita akan peroleh.

Dapatkan cerita-cerita 'rahsia' ini.
.
.
Joint Ventures bukan hanya untuk syarikat yang besar-besar. Syarikat yang kecil juga mempunyai hak atas keistimewaan ini.

Cuma... adakah kita cukup bersedia mengubah cara berfikir agar bisnes kita akan lebih berdaya tahan, sehingga boleh diwariskan pada generasi yang akan datang.

Paling penting, bisnes bukan untuk bagi stress, tetapi enjoy mencabar kebolehan diri sendiri.

Insha Allah.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
ABS Optometri

Selasa, 21 Jun 2016

Bisnes selesaikan Problem.


Sebuah syarikat kerugian berjuta ringgit kerana produk makanan haiwan peliharaan (nutrisi paling lengkap), tidak mendapat sambutan.

Seorang pegawai yang menganalisisnya berkata,

"Mungkin kucing tidak sukakannya."
.
.
Cita-cita seorang usahawan adalah untuk hasilkan produk atau servis untuk beri solusi kepada problem pelanggan.

(Sebab kita tahu, untungnya besar bila diterima!).

Dapatkan 'definisi' sebenar problem itu : "Research."

Test adakah solusi itu diterima : 
"Skala Kecil."

Baru kita berjaya uruskan risiko dengan lebih baik.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Dreamers


Suatu mimpi hanya boleh dimiliki oleh seorang pemilik, pada suatu ruang masa sahaja.

Sebab itu mereka yang bermimpi akan kejayaan yang sangat besar, akan hidup,

"Bersendirian dalam mimpinya itu."

(Hanya pada permulaan.)

Mutiara Bisnes

Tambah nilai di dalam khidmat nasihat yang boleh kita lakukan, adalah dengan bercerita.

Tajuknya : Cara-cara atasi problem sedia ada.

Isinya : Ada watak biasa-biasa, watak jahat, dan ada heronya. (Normal bagaimana, kesan buruk dan cara atasi).

Penutup : Kesimpulan pandangan kita setelah mengaitkannya dengan problem beliau.

Mutiara Bisnes

Bila berguru, kadangkala kita ditunjukkan arah mana yang perlu kita lalui.

Belajar bagaimana arah itu dihasilkan.

Kerana perkara yang paling penting sebagai usahawan dalam menghasilkan idea bisnes, adalah apabila kita mempunyai pendirian dan pandangan kita sendiri.

Bina kepercayaan diri.

Tuan Fleming bertuah, jumpa antibiotik berkuasa!


Semasa perang dunia pertama, Fleming yang bertugas sebagai Doktor tentera, menyaksikan pengalaman buruk tentera yang cedera, terpaksa menggunakan ubat pembunuh kuman yang merosakkan lagi tisu luka.

Setelah peperangan tamat, beliau bekerjasama dengan seorang pakar bakteria bagi mengkaji jangkitannya terhadap manusia.

Beliau menemui Lysozyme. Antibiotik pertama. Malangnya ia adalah dari jenis yang lemah.

Sehinggalah satu hari, beliau menjumpai 'kerosakan' pada kultur bakterianya sehingga menyebabkan ianya mati.

"Kulat baru telah membunuh bakteria Fleming."

Beliau tidak membuangnya. Terus mengkaji dari sudut pandangan yang lain.

Kerana kerosakan itulah dijumpainya Penicilium Notatum, berasal dari udara makmal. Ianya tidak termasuk dalam senarai bakteria yang akan dikaji!
.
.
Bisnes juga memerlukan lebih banyak peluang untuk terus memperolehi lebih banyak tuah.

Ia tidak memerlukan kebijaksanaan yang sangat tinggi. Memerlukan kesungguhan yang tiada sifat putus asa dan kepercayaan yang kuat, 

"Telah Allah sediakan rezekiku, andai aku terus berusaha dengan berilmu."


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Seni menukar trial lens


Teknologi yang disertakan dengan seni, akan mempunyai roh jiwanya yang tersendiri.

Sepertimana yang dilakukan oleh Steve Job's pada produk Syarikat Apple.
.
.
Gambar : Kursus Seni menukar 'trial lens' gaya Profesional.

Modul Training Abs Optometri.

Mutiara bisnes

Kreatif bukan produk fizikal sahaja.

Menyusun gerak kerja agar kos efektif dengan kesan yang amat positif juga memerlukan kreativiti.
.
"Bagaimana nak teruskan projek, tapi perlu buang 50% step-step yang asal?"

Mutiara Bisnes

Bisnes emosi.

Jangkitan emosi positif bukan sahaja baik kepada bisnes (sales), ianya juga memberi kesan kepada marketing.

"Pengalaman yang beremosi akan disampai-sampaikan kepada orang lain."

Pengalaman negatif pula, akan disampaikan dengan lebih beremosi!

Hati-hati!

Optometris Cilik



Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang amat tinggi. 

Mana tahu, suatu hari nanti mereka juga ingin menjadi seorang Usahawan Optometri.
.
.
Pengalaman lebih mudah diingati, walaupuan setelah bertahun masa berlalu.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Mutiara bisnes

Ahli tim bertanya mengapa tidak dilakukan lagi cara marketing seperti dahulu yang terbukti amat berkesan?
.
.
Jawapan yang diberikan ketika meeting :

"Kelompok sasaran kita sudah tidak lagi relevan dengan cara marketing tersebut."

Mutiara bisnes

Menjual produk yang mahal. 

Pastikan setiap ayat yang kita lontarkan, pelanggan boleh terus terbayang-bayang. 

Apabila ada gambaran visual dalam fikiran, baru emosi membeli akan datang perlahan-lahan.

Mudahkan proses itu. Buat skrip bertulis.

Praktis, praktis dan praktis.

Mutiara bisnes

'Red Thin Line'

Akan wujud satu garis halus yang beri perbezaan antara taktik kita dengan pesaing.

Kita buat sale potongan 50%. Pesaing pun ikut 50%.

Tetapi kita menggunakan skrip menjual produk melibatkan emosi yang positif kepada pelanggan. 

Sehingga mudah menambah kualiti harga pembelian.

Sama. Tapi tidak serupa.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Mutiara bisnes

Design plan bukan kerana mahu pastikan ia akan diikuti 100%.

Tujuan utamanya adalah untuk meletakkan satu 'tanda' di mana kita mahu mengubahnya, apabila tiba sesuatu halangan.

"Plan boleh berubah, impian tidak sesekali akan berubah."

Tidak boleh kawal saraf : Celik sahaja, bola mata sentiasa bergerak-gerak.


Baru duduk di kerusi, si Optometris muda menghampiri saya.

"Tuan, ada kes menarik! Tuan nak lihat?"

Rupanya 'first time' Optometris Muda ni 'handle' kes mata yang bergerak-gerak tanpa henti.

Dalam medik, ia digelar sebagai Nystagmus. 

Orang yang mengalaminya, tiada kebolehan untuk mengawal pergerakan bola mata.

Saya berikan tips pada Optometris muda ini :

+ Setelah dapat power rabun beliau, dapatkan kedudukan 'Null Point'.

+ Letakkan kanta khas (prism) mengikut nota kelas yang telah diberikan beberapa minggu yang lepas.

+ Khidmat nasihat juga mengikut step skrip.
.
.
Bila kita telah mengetahui cara dan tips sesuatu keadaan di dalam bisnes, ia patut dijadikan SOP.

Agar bakal pengganti yang kita lantik, melakukannya mengikut 'legasi' yang akan kita tinggalkan.

(Sebab kita nak pi kembangkan bisnes lagi.😊)

-Training ABS Optometri.


9 kualiti yang ada pada Mentor, boleh menjadikan bisnes anda superhebat!


Satu pencapaian yang kita idamkan dalam dunia bisnes, apabila kita dapat bermentor dengan orang yang hebat dan berjaya dalam bisnes yang ingin/sedang kita ceburi.

Bertuah lagi apabila beliau mempunyai 9 ciri ini :

+ Mempunyai tenaga yang 'luarbiasa' untuk membantu. Setiap kali berjumpa, tenaga itulah yang mengecas tenaga kita untuk lebih berbisnes dengan cara yang lebih baik.

+ Daya pengaruh yang kuat untuk bekerja dalam ruang keadaan yang profesional. Tidak memburukkan diri kita dan pihak lain yang berkaitan.

+ Telah berpengalaman dan pakar dalam bidang bisnes yang kita ceburi.

+ Seorang pendengar yang baik. Sehingga memahami sesuatu perkara dan soalan, lebih baik dari kita sendiri.

+ Seorang yang sangat dipercayai, tidak berat sebelah dalam memberikan pandangan, dan seorang yang sangat beretika.

+ Keinginan yang asli untuk membantu kita secara 'personal' melalui gaya yang sangat profesional.

+ Seorang yang sangat dihormati oleh pihak lain yang seangkatan didalam mahupun di luar industri.

+ Lebih suka mengikuti cara kita memahami sesuatu, cara kita bekerja mahupun cara kita bertindak. Mereka banyak berkata, "Jadi diri sendiri."

+ Beliau mencetuskan idea bisnes yang lebih baik, dengan menggunakan daya imaginasi dan cara berfikir kita sendiri. Beliau mendorong ke arah itu.
.
.
'Mentoring' adalah sesuatu yang sangat diperlukan oleh pemain baru/sedia ada di dalam sesuatu industri. 

Selain menaikkan sales dan menambah jumlah pelanggan, mentor perlu berada di belakang kita sebagai 'rakan kongsi' untuk fasa survival/keadaan luar jangka bisnes kita.

100% yang ada 9 ciri di atas, umpama permata di dalam serakan kaca.

Kita cari dan elak sesekali melepaskannya dari genggaman!


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

2 cara, 1 pilihan yang sama.


Ketika memberi Coaching bisnes Optometri, ada 2 cara pendekatan yang syarikat Abs Optometri gunakan.

Cara A :
Perkara yang kecil digabung-gabungkan sehingga menjadi perkara yang besar.

Cara B :
Perkara yang besar, dipecah-pecahkan menjadi perkara yang lebih kecil.
.
.
Kebanyakannya lebih memahami dan terus bertindak, apabila syarikat menggunakan mentoring cara B.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
ABS Optometri

Isnin, 20 Jun 2016

Jika kita sayangi anak yang masih bersekolah, hati-hati dengan 'kecelaruan vergence' pada penglihatan. Mereka mungkin mengalaminya!

Alhamdulillah. Kita dikurniakan anak-anak yang sihat. Melihat mereka membesar di hadapan kita, adalah suatu anugerah yang tidak ternilai. 

Tetapi ada satu masa ketika, kita rasa curiga.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan anak yang kita sayangi ini. Dahulu minat membaca dan menulis, tetapi sekarang dah lain.

Totally different!
.
.
Ini apa yang dirasakan oleh Puan Aisyah terhadap anaknya, Ain, yang baru menjangkau umur 9 tahun.

Tiga kali pemeriksaan pada cara mata Ain melihat, beliau sebenarnya mempunyai kecelaruan apabila menggunakan kedua matanya ketika membaca (melihat jarak dekat).

Dengan menggunakan teknik khas, kecelaruan ini boleh diukur untuk diketahui akan tahapnya,
dan juga rawatan yang bersesuaian.

Paling banyak aduan :

+ Sakit kepala yang kerap.

+ Rasa silau yang kuat.

+ Tidak boleh bertahan dalam kenderaan yang bergerak 'huyung hayang' (motion sickness).

+ Terlalu penat pulang dari sekolah.

+ Pelajaran merosot.
.
.
Jika kita mula beranggap, anak kita ini malas, mungkin kita perlu berjumpa dengan Optometris yang menawarkan servis rawatan ini.

'Sayangi permata syurga kita."



Gambar: Ujian Saringan Cara Mata Melihat yang dijalankan di sekolah.

Optometris adalah penyiasat peribadi.

Orang yang belajar tentang Optometri - kita namakan Ejen Ali - sentiasa melakukan siasatan pada cara seseorang itu melihat.

Gadjet yang digunakan adalah mudah, jika beliau ingin tahu apa yang berlaku setelah menggunakan dua mata sama ada ketika di dalam kelas, ataupun didalam ofis.

Ali sentiasa mengambil inisiatif yang lebih, jika seseorang itu mengadu mempunyai kesan
+ Sakit kepala,
+ Lihat sesuatu dengan imej menjadi dua
+ Selalu nampak kabur tulisan yang hendak di baca.

Alat beliau yang paling popular adalah seperti Di dalam gambar.
.
.
Ejen Ali akan terus berusaha memberi kesedaran atas kecelaruan penglihatan ini. Kes mesti diselesaikan segera!

Senapang ringan (Ejen Ali guna RAF ruler).


Lightsiber Luke Skywalker (Ejen Ali guna Prism bar).


Cermin mata X-Men Cyclops (Ejen Ali gunakan Trial Frame)


Topik Hot : Mengawal power Rabun.

Soalan yang paling banyak di ajukan kepada Optometris. Sehinggakan ianya menjadi soalan wajib setiap kali menukar cermin mata baru.
.
.
Macam mana orang rabun ni ada power?

Cermin mata ni kalau mengikut FDA, merupakan salah satu alat perubatan. Ya lah, baru mereka boleh 'claim' dekat insurans. 

Hakikatnya, rabun ini bukanlah suatu penyakit. Ia hanyalah satu ralat akibat saraf mata yang tidak menerima sepenuhnya imej yang terfokus.

Cermin mata berpower dapat membetulkan semula keadaan ini.
.
.
Bagaimana untuk mengawal power rabun?

Daripada pengalaman 12 tahun di dalam memberi khidmat nasihat untuk individu yang rabun, 4 perkara ini akan dinilaikan dahulu :

+ Tahap sensitif mata.
+ Darjah keselarian mata kanan dan kiri.
+ Kekuatan dan ketahanan sistem fokus.
+ Stamina melihat untuk 16 jam sehari.

Setelah mendapat data ini daripada individu rabun, baru satu bentuk program akan di design khas. Ia meliputi menggunakan cermin mata tempahan khas dan sesi terapi penglihatan berkala.


Siapa yang paling layak untuk program ini?

Individu yang selalu rasa keletihan pada mata, sakit kepala sehingga lebih suka memejamkan mata. 

Ini tanda-tanda mata dalam keadaan yang sangat 'stress'. Boleh menyebabkan pertambahan power rabun dari tahun ke tahun.

Pelajar, pekerja yang banyak menggunakan jarak dekat seperti penggunaaan komputer, menjahit dan sebagainya adalah golongan yang berisiko untuk power rabun semakin bertambah.


Power rabun memang 'confirm tak naik?

Mengawal rabun bermakna jumlah kenaikannya tidaklah ketara sehingga naik seperti sekali ganda. Bukan langsung tidak naik dah.

Lebih baik lagi, ia memberi kesan supaya lebih pantas untuk membaca, menulis dan menyalin nota selepas suatu tahap program ini.

Daripada pengalaman kami juga, perubahan yang paling positif adalah kepada pelajar seawal 5 hingga 12 tahun.

Ada ibubapa (bercermin mata) mengambil program ini setelah dikenalpasti anaknya berpotensi untuk mempunyai keadaan mata yang penat. 
Bila dibiarkan berlanjutan, ia akan memberi satu keadaan 'ralat' kepada mata.
Semasa inilah perkembangan power rabun akan berlaku.
.
.
Tuan/Puan yang berminat untuk ketahui program ini, boleh merujuk pada cawangan Rizal Optometris Kuala Kangsar, Klebang Ipoh, dan Taiping (Kamunting).
Hubungi 019-4477963 (Puan Aida).

Gambar : Puan Yusnita bersama anaknya, Ain. Mengambil program ini dengan cermin mata tempahan khas. Matanya 'stress' sehingga kepenatan setiap kali pulang dari sekolah.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar, Klebang Ipoh, Kamunting.

Lebih Selesa Pejamkan Mata

Ketika kita mula terasa penat melihat smartphone, kita akan memejamkan mata.

Rasa lebih selesa. Sebenarnya kita merehatkan 3 komponen ini :

+ Otot di luar bola mata (sistem pergerakan bola mata).

+ Otot di dalam mata (Sistem Fokus).

+ Otak. Tidak perlu lagi menafsir imej yang dilihat.
.
.
Jika baru 30 minit dah rasa nak pejamkan mata, mungkin 3 komponen ini mempunyai kecekapan yang rendah.
Ada program rawatan untuk bantu kes seperti ini.

Kenali Optometris dari tadika lagi!

Tips yang dikongsikan oleh Speech Theraphist : Beri peluang kanak-kanak mesra dengan kita dahulu.
Caranya sangat mudah, mulakan dengan beri 'Hi 5!'
Baru mereka akan rasa seronok dan respon akan lebih baik. Beri hadiah kecil setiap kali berjaya buat sesuatu. Sticker berwarna-warni pun boleh. ðŸ˜Š
Bila kanak-kanak dah suka,
"Tugas Optometris menjadi lebih mudah untuk menilai cara melihat anak-anak ini (ditahap baik ataupun tidak) untuk membaca dan menulis."
Mata mempengaruhi 'daya bertahan' untuk melakukan aktiviti pembelajaran.
"Kejayaan Akademik dengan Penglihatan"
(Terdapat di dalam modul pelesenan Abs Optometri)
.
Gambar : Program Anak-anak Tadika bersama Optometris. Diketuai oleh Optometris muda CikPuan Hanun Nadiah Rozi dan CikPuan Ikin Amiruddin.




Power tak cukup, lagi cepat naik?


Dalam satu kajian yang dilakukan di Malaysia pada tahun 2002, seramai 94 orang yang berumur antara 9 hingga 14 tahun dibahagikan kepada 2 kumpulan : 

Kumpulan A : Guna power yang sepatutnya.

Kumpulan B : Guna power yang lebih rendah dari yang sepatutnya.

Selepas 2 tahun, pengkaji mendapati :

"Kumpulan B mempunyai peningkatan power rabun yang jauh lebih tinggi."
.
.
Kuala Kangsar.
Klebang Ipoh.
Taiping (Kini dibuka Jun 2016)

Cek otot mata anak kita : Main tangkap bola.



Cek otot mata anak kita : Main tangkap bola.

Jika perasan anak kita :
+ Tangkap bola terlalu awal.
+ Tangkap bola agak lambat.

Kemungkinan anak kita mempunyai masalah 'Convergence'.

Bila masa sepatutnya untuk buat pemeriksaan mata?

Bila masa sepatutnya untuk buat pemeriksaan mata?

+ Kanak-kanak perlu di cek matanya ketika lahir, berumur 6 bulan dan 3 tahun sebelum memasuki era persekolahan.

+ Orang dewasa : Berumur 20an setahun sekali dan 30 an setahun dua kali.

+ Umur pertengahan : 40an perlu mengikut 'follow up' mengikut keadaan kesihatan.

+ Warga emas, perlu berjumpa Doktor mata 1-2 tahun sekali.
.
.
Jika berkaitan dengan meningkatkan skill cara melihat, pemeriksaan mata akan menjadi lebih kerap.

(Cawangan Taiping kini dibuka, Jun 2016.)

Ia bagi menilai prestasi skill tersebut setelah program rawatan diberikan.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Mata : "Kejap ada, kejap tak ada."

Kanak-kanak bila mempunyai masalah bagaimana untuk mengawal penglihatan mereka, akan selalu di 'hujani' dengan pelbagai arahan.

Bila mereka 'stress', otak akan mula cari jalan untuk kurangkannya.

Tanpa disedari, juling sementara boleh berlaku.

Terutamanya ketika membaca buku.

Anak 'terkurung' kerana mata.


Masa-masa kecil dulu pesta 'fun-fair' agak meriah. Ada sekali yang masuk dalam cermin yang banyak-banyak tu.
Mula-mula rasa ok, tapi lama-lama rasa takut. Macam nak keluar cepat-cepat.
.
.
Kanak-kanak yang mempunyai Kecelaruan Penglihatan (Visual Dysfunction) tidak boleh 'melarikan diri' dari keadaan ini.
Kita sendiri (ibubapa), juga tidak tahu yang anak kita selama ini terperangkap dengan situasi tersebut.
Skill belajar mereka akan turut terkesan, dan selalunya kanak-kanak ini digelar sebagai :
"Pemalas."


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar, Klebang Ipoh, Kamunting. 

Power melengkung.

Cermin mata hanya betulkan laluan cahaya yang akan masuk ke dalam mata.

Ia bukan bagi satu kuasa pada mata kita.
(Kalau tak, power tu! ðŸ˜…)

'Power' cermin mata asas mudahnya ialah :

"Bagi melengkung permukaan kantanya."

Lagi melengkung kanta, lagi tebal kanta kita perlu pakai.

Sakit Kepala Pakai Cermin Mata

Saya nak tanya,
Apakah kemungkinan punca saya sakit kepala apabila memakai kacamata terlalu lama?
Harap boleh perjelaskan.
-Tuan P.
.
.

Kebiasaan memakai cermin mata pada tempoh yang lama, tidak menyebabkan sakit kepala.

Sakit kepala (pakai cermin mata) boleh disebabkan :

+ Power yang kurang sesuai dengan cara tindakan otot mata.

+ Aktiviti kerja yang melebihi dari kemampuan otot mata itu sendiri.

+ Kemahiran otot mata tidak berada pada tahap yang baik.

Pemeriksaan intensif perlu untuk mengetahui puncanya Tuan.
😊


-Shahrizal Redwan, Optometris.

Stamina Mata Lemah Pengaruhi Pelajaran


Apabila terasa letih, mata antara deria yang memerlukan rehat.
"Lega bila dapat pejamkan mata."
Sampai nak terlelap pun ada.😅
Seseorang yang terlalu kerap memejamkan mata, untuk fokus sesuatu imej (contoh seperti membaca berjam-jam), cara melihat perlu dinilaikan.
Mata mungkin mempunyai stamina yang lemah untuk terus guna 2 mata dalam satu masa.
Kes paling kerap : "Vergence Dysfunction."

Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Tonton Movie, 'masalah' untuk orang Vergence Dysfunction.


Minggu ini saya berjumpa dengan beberapa individu yang rasa bermasalah ketika menonton movie di pawagam.
3 aduan :
+ Tidak suka menonton filem jenis 3D.
+ Mengambil masa untuk berjalan di dalam bilik pawagam yang agak gelap.
+ Perlu kerap memejamkan mata ketika menonton.
.
.
.
Filem 3D
Filem jenis ini 'memaksa' mata untuk fokus ke hadapan dan ke belakang skrin. Sedangkan skrin berada pada kedudukan yang tetap. 
Berjalan dalam pawagam gelap.
Mata seperti sedikit sukar untuk menganggar jarak keadaan sekeliling. Otak pula seolah berfikir mata seperti di pejamkan, menyebabkan tindakan kedua-dua mata yang kurang cekap.
Kerap pejamkan mata.
Sebagai tindakan untuk merehatkan otot mata.
.
.
Dalam praktis saya, berapa kuat seseorang itu boleh mengawal pergerakan bola matanya harus dinilai untuk individu yang mempunya Vergence Dysfunction ini.
Berapa cepat dan berdaya tahan otot yang mengawal sistem fokus juga harus dinilaikan.
Baru program pemulihan dan rawatan akan diaturkan.

*Gambar : Jom Civil War!!😆

Penglihatan Punca Tiada Pendapatan: Stori Tukang Cat



7 tahun yang lepas saya masih ingat seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 30an. Asyik memejamkan kedua matanya bila bercakap!
Wajah penuh harapan ketika mula berkunjung ke praktis saya. Datang bersama isteri dan anak kecil beliau.
"Dah 3 hari saya tak bekerja. Pening ni Encik Rizal!" Kata beliau dalam bilik cek mata.
Lebih kurang 40 minit saya menilai cara beliau melihat, saya pun bertanya,
"Time bila Tuan mula sakit kepala?"
- "Masa saya mengecat dinding yang tinggi-tinggi tu!" 
Satu program pemulihan disusunatur kepada beliau.
.
.
.
Selepas 3 bulan...
Masa saya makan di sebuah gerai bersama isteri, meluru seorang wanita ke meja makan kami.
"Encik! Abang dah ok! Abang dah ok! Dah tak sakit kepala dah! Terima-Kasih! Terima kasih!"
Saya yang pada mulanya tidak memahami, baru teringat akan suami beliau yang bekerja sebagai seorang tukang cat.
"Seronok saya mendengarnya, Puan." balas saya.
.
.
Duit boleh membahagiakan. 
Tetapi ada 'part' dalam hidup kita, ia lebih berharga dari nilai duit itu sendiri.
Part 'terima-kasih' yang lahir dari hati pelanggan kita, sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Kita hanya mampu tersenyum, dan berkata,
"Alhamdulillah..."
.
.
.
-Stori yang dikongsikan semasa taklimat pelesenan ABS Optometri.

MENGAWAL POWER RABUN (Jenis bukan keturunan)

Ia melibatkan : 
+ Merendahkan penggunaan sistem fokus supaya tidak terbeban.
+ Mengurangkan bebanan otot 'External ocular muscle', yang akan memberi kesan yang lebih baik pada otot 'Internal Ocular Muscle'.
+ 'Visual Theraphy' supaya semua sistem penglihatan bertindak dalam keadaan yang harmoni.
+ Visual 'hygeine' - Keadaan persekitaran yang baik untuk penglihatan. Contohnya pencahayaan dan jarak melihat sesuatu imej.
+ Makanan yang kaya dengan Chromium. (Boleh dirujuk pada nutritionist)
.
.
.
Rabun jenis ini kebiasaannya hadir ketika berumur 5-7 tahun.
Power pula bermula dengan amaun yang rendah, semakin naik dengan pertambahan usia.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris Kuala Kangsar, Klebang Ipoh, Kamunting.

Potensi Pelajar Genius : 'Flexibility' kanta Semulajadi.


Bila kita tengah drive, dengar lagu, baru syok kan? Kalau tiba part lagu yang kita suka, kita pun kuatkan sedikit volume. Barulah tak mengantuk.

Mata juga akan ada seperti 'high volume' dan 'lower Volume.'

Ia berkenaan tebalnya kanta kristalin yang berubah-ubah kerana sifat fleksibilitinya.

Melihat pada jarak dekat ia menjadi tebal, dan nipis bila melihat sesuatu yang jauh jaraknya.

Ia suatu kemahiran yang penting pada kita untuk melihat pada sebarang jarak, dengan jelas.

Inilah yang dinamakan 'Accomodation System' atau Sistem Fokus. Skill yang penting untuk individu yang suka membaca, dan sering melakukan kerja-kerja dekat.

Boleh dinilaikan kualiti ;

+ Kepantasannya.
+ Ketahanannya.
+ Kekuatannya.
.
.
-Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Ipoh Klebang, Kamunting.

Pelajar sekolah : Lemahnya melihat 'berpindah-pindah imej.'


Ada satu skill melihat yang perlu ada pada seorang pelajar iaitu :
"Skill melihat dari imej jauh ke dekat dan kembali ke imej jauh semula (satu kitaran)."

Di dalam kelas, pelajar sentiasa melakukannya ketika menyalin nota dari papan putih.
.
.
Cara menerangkan masalah keadaan ini di praktis saya, agar ia mudah difahami :
"Katalah dalam satu sesi sekolah, biasanya pelajar melakukan 300 kitaran melihat jauh ke 
dekat dan kembali ke jauh semula."
"Daripada penilaian yang dibuat, anak puan melakukannya dengan keadaan yang terbeban dan dipaksa-paksa. Melengkapkan 300 kitaran itu, seolah-olah sentiasa berlari tanpa henti."
"Mata rasa letih, mengantuk dan hilang tumpuan bila cuba bertahan menyalin. Tidak lama selepas itu sakit kepala akan mula hadir."
"Semakin hari, semakin terasa kesannya."
"Anak puan perlukan rawatan."
.
.
Kecelaruan yang wujud pada Skill melihat yang dinamakan Accomodation Dysfunction.

"Rawat pada asas puncanya, bukan dengan bertukar-tukar cermin mata."


-Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Ipoh Klebang, Kamunting.

Menulis bukan kerana 'Like', tetapi kerana tangisan seorang ibu di bilik cek mata.

Menangis kerana telah memarahi anaknya bertahun-tahun kerana menyangkakan anaknya malas. Tetapi bukan itu puncanya!

Bila saya ceritakan satu persatu apa yang di alami kepada ibunya, tertunduk wajah anaknya sambil menahan dari menangis.

Sebak. Saya tak boleh lupakan saat itu dan ia berlaku 5 tahun yang lepas.

Bergenang air mata ibunya, sambil berkata,
"Maafkan Ummi!"

Anaknya mempunyai masalah Vergence Dysfunction. Dalam kes ini beliau tiada rabun, tetapi skill penglihatannya tidak seperti rakan yang lain.
Rawatan selama setahun dua bulan.
.
.
MOMEN INDAH SEBAGAI OPTOMETRIST.
Tidak silap saya, anaknya dah masuk ke sebuah Universiti dalam bidang perubatan.
Bila dengar berita ini dari famili pelajar ini, tuhan sahaja yang tahu, hati ini begitu sebak.

"Well done 'Adik'!" Kata saya dalam hati.

Sebab itu saya tetap akan terus menulis.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
Kuala Kangsar, Klebang, Ipoh, Kamunting.

Penglihatan Kembang Kuncup.


Kalau pelajar yang kepenatan dengan aktiviti sekolah, salah satu komponan penglihatannya mula merasai beban.

Masa Penilaian Cara Mata melihat, beberapa aduan yang sama saya dengar,

"Saya boleh baca tu, tapi kejap kembang kejap kuncup. Macam jauh, macam nampak dekat."

Dengan beberapa Ujian Khas lain, saya dapati inilah puncanya mengapa beliau tidak boleh memberi tumpuan dalam kelas.

Pelajar ini sendiri beritahu, waktu tengah hari beliau rasa RABUN! Tetapi tidak pada waktu pagi.

Ia punca mengapa pelajar ini tidak cemerlang dalam pelajaran. Perlu konsultasi dan rawatan yang telah di design spesifik untuk beliau.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
Kuala Kangsar, Klebang Ipoh, Kamunting.

Anak lambat membaca. Mungkin sebab MATA (Penglihatan)!



Bila anak kita lambat membaca, kita akan cuba pelbagai cara untuk membantu. Tapi kadang-kadang ikhtiar kita itu tidak memberi sebarang hasil. Kita 'give up' dan serah segala-galanya pada takdir.

Dengan harapan anak kita kembali cergas membaca, dengan lebih pantas dan fokus secara semulajadi!

Langkah yang sangat berisiko dan bakal memusnahkan masa depan anak kita sendiri.

Di praktis saya, bila konsultasi diberi, ibubapa banyak berikan reaksi terkejut kerana tidak sangka mata adalah penyebabnya. Lebih tepat lagi cara anaknya melihat berlainan dari rakan sebayanya.

Kaitan antara penglihatan dan prestasi belajar memang tak dapat dipisahkan. Ia diakui sendiri oleh guru yang mengajar.

Apa yang boleh kita ikhtiarkan lagi?

Beri peluang pada Optometris berpengalaman untuk menilai dahulu cara anak kita membaca. Maksudnya ketika baca, adakah semua keseluruhan sistem penglihatan bekerja dengan baik?

Umpama kereta yang kita guna nak pergi ke satu tempat. Adakah cukup laju? Adakah berdaya tahan untuk dipandu satu hari? Dan... Apa penyebab jika enjinnya jadi semput?

Rawat dari asas dan puncanya.

Sama juga seperti mata,

+ Berapa laju mata melihat dari satu jarak ke jarak yang lain dan dari satu titik ke satu titik?

+ Berapa lama boleh diguna pada jarak dekat untuk tempoh satu hari tanpa sebarang masalah?

+ Adakah anak kita punyai 'sistem' tenaga yang boleh disalurkan berterusan supaya fokus, pergerakan mata berdaya tahan, dan ingatan visual berada pada tahap optimum?

.
.
Anak kita yang masih belajar memerlukan penglihatan yang cekap. Ia akan membantu mereka supaya dapat memberi tumpuan dengan lebih baik.

Apabila tumpuan menjadi lebih baik, ingatan juga akan semakin baik.

Keputusan pelajaran?

Insha Allah tidak mengecewakan!


-Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh, Kamunting.

Fakta mengarut 4 :


Pakai spek sekejap-sejap, boleh control power rabun?
Kebanyakan kes ia tidak boleh digunapakai. Terutama sekali jika seseorang itu mempunyai rabun yang agak tinggi.
Jika fahaman ini diteruskan, mata akan :
+ Cepat letih, mata lebih kerap terpejam.
+ Mengantuk.
+ Senak dan sakit bola mata.
+ Sakit kepala.
+ Tiada tumpuan dan lambat untuk fokuskan sesuatu imej.
.
.
Jika ada tanda-tanda ini, kena mulakan balik pemakaian spek yang lebih kerap. Agar semu sistem penglihatan dapat berfungsi dengan efisen.
Kerana semua kejayaan bermula dengan penglihatan kita.


Gambar : Kalau spek retak, janganlah pula dipakai ya. Bahaya!

Rizal Optometris 
Kuala Kangsar, Klebang Ipoh, Kamunting.

Pekasam Kampung Kuak Kuala Kangsar.


Kalau lalu di Kampung ini, jangan lupa beli pekasam ikan sungai yang terkenal. Tanyalah peminat pekasam, disini rasa ikan dan berasnya lebih rangup!

Dulu-dululah, kawasan ini adalah sebahagian dari negara selatan Thailand. Diserahkan kepada British untuk menjadi kawasan jajahannya.

Asal dahulu kebanyakan penduduk disini adalah dari orang pattani. Setiap kali ingin pergi menangkap ikan, mereka menggelar aktiviti ini dengan loghat pattani, iaitu 'Kuak'.
Mungkin sebab itulah tempat ini dinamakan Kampung Kuak. ðŸ˜Š
.
.
Hari ini Team Rizal berada di Kampung Kuak. Melakukan servis dan jualan kepada penduduk sekitar. Free gift turut di sediakan pada yang berkunjung.
Terima kasih pada semua pihak yang menjayakan.
.
.








Rizal Optometris Kuala Kangsar, Ipoh Klebang, Kamunting.

Pakcik Hassan : Cermin Mata tidak dapat membantu pandangan yang telah kabur.


Dekat sejam Pakcik Hassan ini menunggu giliran untuk cek mata.
Seorang. Nampak sedikit gusar. Macam ada sesuatu yang tidak kena.
Lepas 30 minit menunggu, saya panggil nama beliau untuk cek mata.
.
.
"Pakcik ada selaput dah ni. Banyak dah ni." saya kata selepas melakukan penilaian kualiti penglihatan.

- "Kalau pakcik operate , boleh kerja lagi tak? Balas pakcik Hassan.

Saya pandang rekod, dalam ruangan pekerjaan, ditulis 'Kerja Kontraktor'. Saya pandang semula wajah yang gusar itu. 

"Kalau pakcik dah operate, biasanya tak boleh angkat benda berat-berat mula-mula.." Balas saya.

Bermulalah dengan soalan-soalan berkait rapat dengan selaput atau lebih dikenali dengan nama sainsnya 'cataract'.

Rasanya tidak kurang 10 soalan.

Cuma ada 3 fahaman tidak bertanggungjawab yang telah ditanam pada fikiran pakcik Hassan, oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Banyak pihak memberitahu beliau jika amalkan tip ini masalah selaput akan selesai (sebenarnya tidak benar) :

+ Minum jus Bilberry.

+ Guna kerusi buatan jepun yang mempunyai arus elektrik.

+ Minum air alkali jenama Ka*en.
.
.
Walaupun dah amalkan beberapa bulan, selaput beliau semakin banyak.

Mata kanan tidak lagi berfungsi (katarak 90 % penuh) manakala mata kiri telah 70% dipenuhi katarak (anggaran).

Cermin mata tidak dapat membantu untuk meningkatkan penglihatan pakcik Hassan.
Hanya melalui pembedahan, dapat membantu beliau.


-Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar, Klebang Ipoh, Kamunting.

Misi Kemasyarakatan Rizal Optometris


Bila ada ibubapa mencari sehingga 7-8 tahun, punca masalah yang dialami oleh anaknya. Beliau sihat, seperti anak-anak yang lain.

Tetapi rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. 

"Apa yang tidak kena?" Kata ibubapa bila saya saya terangkan jangkaan aktiviti/perlakuan anaknya, selepas 30 minit melakukan Ujian Cara Melihat.

Sebab hampir kesemuanya adalah betul sepertimana yang saya ucapkan.
.

TANDA-TANDA IA BERKAITAN MATA (PENGLIHATAN) :

Makin kerap sakit kepala, badan yang terlalu penat balik dari sekolah, silau yang keterlaluan, kerap tidur, lebih suka memejamkan mata dan sehingga kerap rasa nak muntah.
.

Siapalah yang dapat menidakkan suara hati seorang ayah, hati seorang ibu.

Bila di beritahu oleh saya, jika 7-8 tahun keadaan ini jika dirawat lebih awal, ia tidaklah 'terkesan' sehingga begini.
.

12 tahun saya dalam bidang OPTOMETRIS, mengajar saya sesuatu, ikhtiar lebih baik dari berdiam diri.

Tetapi gunakan medium yang betul, jika ada tanda-tanda seperti di atas, segera dapatkan rawatan.

Rawatan tidak semestinya hanya dengan ubat.





Gambar : Misi mencari pelajar yang mempunyai kecelaruan dalam sistem penglihatan. Rabun hanyalah perkara yang kedua.


-Shahrizal Bin Redwan, Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar, Ipoh Klebang, Kamunting.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...