Khamis, 26 November 2015

9 SEBAB mengapa cermin mata menjadi begitu MAHAL!



Makna 'mahal' berbeza-beza untuk setiap orang. Sebab itu jika dipertemukan dengan orang 
yang berbeza 'fahaman' mahal ini, ia umpama AIR dan MINYAK yang tidak boleh 
bercampur!

Kita lihat di bawah kenapa kadang-kadang kita rasa sangat mahal, tetapi tidak pada orang 
itu.

+ Nak yang cermin tak cepat kotor sangat, lebih tahan calar dan penapis silau cahaya 
diwaktu malam yang lebih baik. Boleh mencecah atas dari RM 200. Contohnya Crizal Forte 
dari Essilor.

+ Tak nak nampak tebal. Nipis adalah KING! Bila disurvey, mereka tak kisah sedikit mahal, 
asalkan cermin mata mereka tidak menjadi tumpuan orang lain kerana TEBAL.

+ Power terlalu istimewa. Istimewa ini bermaksud jarang-jarang ada pada orang lain. 
Contohnya power astigmatisma seseorang jarang yang melebihi -200. Kalau melebihi 
power ni, ia perlu ditampah khas dan boleh mencecah sehingga RM 400 bagi yang 
berkualiti sedikit contohnya brand dari France, iaitu BBGR.

+ Ada tambahan ciri lain pada satu cermin. Ia boleh dianggap aksesori pada kanta. 
Contohnya cermin itu bila terkena panas matahari, ia akan automatik menjadi gelap. 
'Transitions' menjadi pilihan utama kerana teknologinya telah di 'upgrade' dari masa ke 
semasa. Lebih cepat gelap dan lebih cepat menjadi cerah semula.

+ Design cermin untuk orang yang ada rabun jauh dan rabun dekat sekali. Design ini 
dinamakan MULTIFOKAL. Boleh mencecah sehingga RM 5,000 untuk cerminnya sahaja!

+ Cermin rawatan bagi meningkatkan kecekapan cara mata melihat. Terutamanya pada 
pelajar yang banyak melakukan aktiviti dekat.

+ Design atau teknologi kanta yang jauh kehadapan melebihi brand yang lain. Contohnya 
cermin yang ada potection dari UV BLUE. Hanya jenama KODAK tidak memberi 
pandangan yang silau berlebihan berbanding jenama yang lain. 'Filter'nya diletakkan di 
dalam cermin. Bukan di lapisan luarnya.

+ Frame yang sangat MAHAL kerana status jenamanya yang tersangat lah 'KELAS'. 
Biasanya kedai-kedai shopping Mall yang besar-besar ada jual. Boleh mencapai ribuan 
ringgit. 

+ Antik. Jenama Ray Ban yang dikeluarkan sebelum tahun 1999, mempunyai nilai pasaran 
5 kali ganda dari harga sebenarnya. Jika lengkap dengan 'case' asal, boleh mencecah atas 
dari RM 2,000. Case dia saja pun orang sanggup beli RM 200-300.
.
.
Kita mempunyai hak untuk membeli apa-apa produk yang kena dengan budget kita sendiri.

Paling penting ia nampak BERNILAI di mata kita walau apa jua yang kita pilih.

Kerana fungsinya tetap sama, memberikan hasil pandangan yang JELAS, SELESA dan masih ada STYLE yang kita suka!

Gambar : Model Ray Ban Outdoorsman yang berkaki 'cable temples' adalah antara yang agak susah diperoleh dipasaran MALAYSIA.
.
.
.
"Kejayaan dengan Penglihatan"

Shahrizal Bin Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.

3 PERSONALITI seseorang, jika dia memilih SPEK atau KANTA SENTUH.

Orang yang pakai cermin mata kadang-kadang teringin juga nak pakai kanta sentuh. Tetapi hanya yang berjiwa KENTAL sahaja akan meneruskan niat itu. Ini kerana, rasa sakit dan pedih kali pertama pakai, tak semua orang sanggup! Jom tengok personaliti mereka.

Kalau pakai kanta sentuh, ini membuktikan anda seorang :

+ Spy yang hebat! Ala-ala macam agen perisik. Anda berjaya mengaburi orang lain yang anda sebenarnya rabun.

+ Penggemar Fesyen. Kanta sentuh pun boleh 'matching' dengan baju, tudung malah dengan kasut dan 'handbag'! Kan macam-macam warna ada untuk kanta sentuh.

+ Penyabar. Tak semua orang boleh sabar nak pakai, tanggal dan cuci kanta sentuh. Sebab itu lelaki paling kurang pakai. Adakah mereka tidak penyabar orangnya? Hehehehe...
.
.
.

Kalau seseorang itu pakai cermin mata pula, ini membuktikan dia seorang yang :

+ Berterus-terang. Dia tonjolkan pada dunia, "Aku memang RABUN yang sejati! Aku bangga!"

+ 'Sleek' dan simple. Mudah dengan mereka ni. Nak bersiap pun tup tap tup tap SIAP! Sebab itu suka cermin mata. Senang tanggal, senang PAKAI!

+ Orang yang bijak. Banyak kajian telah dibuat, orang yang pakai cermin mata akan nampak lebih pandai. Malah orang yang 'deal' dengannya juga lebih konfiden.
.
.
.
Tak kesahlah siapa diri anda yang sebenarnya, yang penting anda suka dengan cara yang anda pilih.

Kalau anda memilih style pakai spek dan kanta sentuh sekali?
Semua ciri personaliti di atas, anda yang punya!
😆😆😆

Gambar: Leonardo Da Vincci orang pertama yang mengilhamkan penciptaan KANTA SENTUH melalui idea lukisannya.
.
.

Tip kalau Kaki spek 'JEM'.


Kalau kita jenis yang kuat berpeluh, dan tak pernah pula cuci cermin mata kita dengan sabun dan air, kaki spek biasanya akan 'JEM'. Tak boleh nak gerak kaki spek tu. Boleh PATAH HATI kalau ianya rosak bila dipaksa!

Biasanya terjadi kalau seseorang itu menganggap dengan tak perlu 'tutup' kakinya (rapat kaki spek ke kanta), spek akan lebih berdaya tahan. 

Tidak berapa tepat sebenarnya. Peluh akan masuk ke bahagian 'joint' skru, dan membentuk garam yang padu. 

Lama-lama besinya akan terhakis dan menyebabkan lekatan pada bahagian yang sepatutnya boleh bergerak.

Bila dah jadi begini, buat 'step' dibawah,

1- Letak minyak mesin jahit semalaman pada bahagian yang 'JEM'.

2- Keesokannya, gerakkan perlahan-lahan. Hati-hati. Jangan dipaksa sangat. Buat sehingga 'JEM' tu dah free.

3- Lebihan minyak serapkan dengan tisu.

4- Basuh cermin mata dengan sabun dan air (suam lebih baik).

5- Lap dan keringkan guna kain mikrofiber.
.
.
.
"Kejayaan dengan Penglihatan"

Shahrizal Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.

Kalau anda BERBISNES, KAJIAN ini mungkin BERMAKNA!

Kita selalu tertanya apa kedai sebelah tu buat? Ramai sangat pelanggan dia. Padahal sama je barang dia dengan kita. Dah rasa macam kita ni ARANG yang dah lama TERBAKAR!

Tak kira lah apa bisnes kita, situasi ni seakan tidak boleh di terima oleh akal. Bila 'owner' kedai suruh dia pindah, pelanggan tetap pergi cari dia. Duduk ceruk mana pun SALE dia tetap HEBAT!

Ada kajian dibuat mengenai situasi ini pada sebuah kedai makan. 

Hasil kajian berdasarkan kesan memberi percuma gula-gula berangin kepada pelanggan. 

Bila diberi sebiji gula-gula, 3% akan beri tip pada pelayan.

Bila diberi 2 biji gula-gula, tip meningkat kepada 14%.

Tapi bila kita beri SEBIJI sahaja dan berkata "Sebab Tuan pelanggan istimewa kami, saya nak berikan gula-gula ini, khas buat Tuan." 

Tip meningkat 23% !
(Tip adalah hadiah dari pelanggan kepada pelayan dalam bentuk wang ringgit).
.
.
.
Inilah yang dilakukan oleh kedai yang ramai pelanggan yang tak putus-putus tu.

Apa mereka buat?

BERI LEBIH! Walaupun hanya dengan kata-kata pujian.

Pelanggan akan lebih memberi perhatian dan mendengar khidmat nasihat kita.

Situasi menguntungkan untuk bisnes kita ini dinamakan,
"RECIPROCITY"
Tanggungjawab seseorang itu untuk MEMBERI semula setelah MENERIMA.



Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

MANDIKAN cermin mata, bersinar hingga tak TERKATA!


Kalau kita ada kereta, seminggu sekali kita mesti nak basuh bagi kilat kan? Tapi kenapa tak buat pada cermin mata ya?

Ramai pelanggan akan kata :
"Boleh basuh ke spek ni?"
Sudah semestinya boleh! 

Malah, ia cara yang terbaik untuk mengekalkan prestasinya di wajah kita!

3 perkara yang perlu ada :
+ Air (suam lebih baik)
+ Sabun
+ Kain lap cermin mata (microfiber cloth, 'mc')

"Letakkan sedikit sabun pada hujung jari, lalu rata pada semua 'part' cermin mata yang dah dibasahkan."

"Bilas dengan air suam dan lap sehingga kering (dengan kain 'mc')."

Mudah kan? 

Ada pelanggan saya, petang-petang mandi, mesti dia 'mandikan' sekali cermin matanya. 3 tahun pakai, belum ada lumut hijau di spek lagi!
HEBAT!!
.
.
Shahrizal Redwan.
(Optometris)
Rizal Optometris Kuala Kangsar.
Rizal Optometris Klebang Ipoh.

ORANG RABUN takkan cerita dia pernah buat 10 perkara ini!


Bila dah pakai cermin mata bertahun-tahun, kadang-kadang kita saja nak 'usik' dia. Maka lahirlah idea-idea kreatif yang hanya orang RABUN sahaja tahu!

+ Mandi bersama cermin mata. Pelanggan saya dari Ipoh yang cerita tentang aktiviti ini. Hasilnya, tiada lumut hijau di cermin mata!

+ Jom gigit hujung kaki cermin mata. Berbekas gigitan kita sampai kalau pegang, hujungnya macam kena lenyek tayar atas jalan tar. Bila ditanya mengapa gigit, "Nak cari IDEA!"

+ Campak spek ke katil. Kadang-kadang bila pakai rasa rimas sangat. Gatal kat hidung, sakit belakang telinga atau cermin dah berbekas dengan cap jari. Lepas GERAM dengan campak ke tilam (tahu pula baling dekat tempat lembut ye..😆)

+ Suruh isteri tolong lapkan cermin mata kita dengan tudungnya. Isteri yang solehah menurut perintah kerana husband tengah 'drive'.

+ Marah dekat orang lain sebab tak tolong cari cermin mata yang hilang dalam rumah. Kalau spek warna hitam lagilah payah nak cari. Tup tap tup tap, baik je dia duduk kat sebelah kita. Oh! Mata dia kan rabun? Hahahaha...

+ Spek jatuh dalam lubang tandas. Kalau 'bowl' macam kat hotel mungkin berani kita nak seluk ambil. Tapi kalau yang jenis 'berkarat' power punya? Tak ramai yang berani sahut cabaran! ðŸ˜†

+ 'Drive' kereta nak pi ofis. Rasa silau sangat! Alamak! Cermin mata tertinggal dekat rumah! Nak patah balik atau terus je?

+ Tidur dengan spek. Sedar-sedar dah terkangkang dan senget-senget dah. Sampai malu nak pakai. Ok! Singgah kedai cermin mata dulu. Kasi adjust!

+ Tak sedar pakai sunglass berpower dalam rumah. Apa pasal la malap je rumah ni. Famili tegur "Kenapa pakai sunglass dalam rumah dik?"

+ Orang tengok wayang 3D, kita pun nak tengok juga. Pakailah kita dua cermin mata sekaligus. Sebab nak 'feel' 3D kena pakai cermin mata khasnya.
.
.
.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.

KEJAYAAN tidak kekal jika amalan 'COPY PASTE'.

Jika orang berniat jahat, dia boleh rampas harta kita, tapi dia tak boleh rampas 'diri kita'.

Ya, betul. Bukan semua yang kita ada pada hari ini, akan kekal menjadi milik kita.

Ianya boleh DIRAMPAS oleh orang lain.
Ianya juga boleh berlalu pergi jika ia tidak subur dibelai berhari-hari.

Dulunya perniagaan RANCAK, kini sunyi menanti RETAK.
.
.
Pelanggan sangat suka di layan dengan MESRA dengan penuh KESABARAN. Budaya inilah yang perlu diterapkan kepada semua staff yang bernaung di bawah satu syarikat.

Semua syarikat boleh melakukannya, malah ia telah menjadi STANDARD dan 'SOP'.

Tetapi, mengapa beberapa syarikat sahaja yang berjaya menggembirakan pelanggan yang sama, berkali-kali?

"Orang boleh MENIRU apa sahaja yang kita hasilkan, tetapi tidak boleh meniru BUDAYA dan NILAI yang ada pada diri kita."

Jadikan sesuatu yang baik sebagai BUDAYA. Persiapkan diri supaya dimata pelanggan, kita mempunyai satu NILAI yang susah dicari ganti.



Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris Kuala Kangsar.
Rizal Optometris Klebang Ipoh.

Pelajar SAKIT KEPALA : Ujian +100, teknik mencari RABUN TERSEMBUNYI.


Dalam praktis saya, jika ada pelanggan mengadu sakit kepala dan tidak selesa melakukan kerja dekat, ujian khas ini dilakukan supaya rabun sembunyi tak boleh la nak sembunyi sangat!

Hohoho... Sembunyi pula rabun ni ya..
Mana mau sembunyi dengan Optometris aaaaaa.... Hahahaha..

Kriteria pertama wajib untuk ujian ini dilakukan, bila matanya nampak jelas sehingga carta 'VA' dapat dibacanya huruf yang kecil-kecil tu. 

Normal. Tak nampak macam rabun.

"Tulisan kecil-kecil tu pun adik boleh baca? Mak pun susah nak baca nih."

Terus Ujian +100 ini dilakukan kerana ada mengadu sakit kepala.

Bila dibuat ujian ini, kita boleh tahu ototnya bekerja lebih atau tidak.

Jika gagal dalam ujian ini, ini memberi 'signal' bahawa otot pelajar ini akan menjadi terlalu penat kerana telah bekerja berganda-ganda, bagi menghasilkan imej yang terang dan jelas. 

Kebanyakan pelajar telah mempunyai masalah ini bertahun-tahun, sehinggakan ada yang terpaksa 'muntah' untuk merasa lega dari sakit kepalanya.
.
.
.

Beberapa respon dari pelajar yang mempunyai masalah otot yang bekerja lebih dari sepatutnya :

+ Lepas rehat di sekolah, mata terpaksa pejam kuat-kuat, baru boleh lihat jelas tulisan pada buku.

+ Mula-mula nampak kabur, lepas tu sakit dekat kening. Kalau paksa tengok juga, sakit kepala sampai rasa nak pejam ke mata.

+ Kalau dapat tidur, lega sikit mata.

+ Mata asyik berair.

+ 15 minit sahaja boleh membaca di waktu malam.

+ Mengaji selalu tak perasan ada tanda 'sabdu'.

+ Sakit dibahagian belakang pangkal atas leher.

+ Telan panadol sehari 'sepapan'.
.
.
.
Banyak lagi respon yang di ceritakan sendiri pelajar ini bila ditanya. Setiap respon di atas adalah dari kisah benar.

Optometris dapat melakukan ujian ini dengan baik.

Mereka juga dapat memberi penerangan atas keputusan ujian ini.

Masalah cara seseorang itu melihat seperti kes ini, tidak akan selesai (walaupun dah berumur 30 an), tanpa rawatan yang khusus.

Ia akan lebih banyak mempengaruhi prestasi matanya, bila masa banyak dihabiskan melihat komputer dan paparan skrin elektronik.

Jika pelajar, akademik beliau akan terjejas. 

Jika yang telah bekerja pula, hasil kerja tidak akan menunjukkan kesungguhan dan kurang produktif.
.
.
"Kejayaan dalam Penglihatan"
Shahrizal Bin Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.

Jika anak DARJAH SATU tahun depan, HATI-HATI tindakan kita. Jangan musnahkan impian mereka untuk bergelar DOKTOR!

Anak kita baru masuk darjah satu, lepas 3 bulan kita tengok dia macam baru nak sesuaikan diri dengan alam sekolah. Sehinggalah CIKGU TELEFON kita!

"Anak Puan ni tak berapa nampak bila nak salin papan putih. Harap Puan dapat cek mata beliau ya."

Bila kita bawa pergi cek mata anak kita, mereka kata tak ada power. Tak perlu pakai lagi.

Rasa-rasa kita nak salahkan siapa?

Anak kita lah kan? Mesti malas nak salin dalam kelas ni!

Parah lagi kita pula beritahu dekat cikgunya mata dia ok. Dia yang malas!
.
.
Stori dekat atas adalah dari kisah yang benar. 

Pelajar ni boleh melihat dengan terang di papan putih, tapi setelah berulang kali menyalin, penglihatanya akan menjadi kabur.

Kena paksa mata bagi nampak terang, lama-lama dah tak boleh dah. Masa ni kalau pergi cek mata baru boleh 'confirm' beliau ada masalah dengan penglihatannya.

Hanya optometris berpengalaman boleh kenalpasti masalah ini. Ia ada kaitan dengan cara otot matanya bekerja.
.
.

Sebagai ibubapa, kita boleh ambil 3 perkara di bawah sebagai panduan sama ada anak-anak kita ada masalah dengan penglihatan atau tidak.

+ Lihat jika terdapat tulisan pelik pada buku latihan anak kita. Suka tulis huruf berkali-kali pada satu tempat, tulisan jarak-jarak, atau tulisan berekor. 

+ Minta mereka baca kuat agar kita boleh dengar. Ada yang saya test di praktis saya, pelajar ini selalu tertinggal perkataan dalam satu baris ayat.

+ Lambat membaca, tergagap-gagap, seolah-olah perkataan itu perkataan bahasa inggeris yang paling susah nak sebut. Biasanya pada waktu malam. Mereka susah nak bagi nampak terang tulisan buku itu.
.
.
Anak-anak sebenarnya tidak gemar digelar pemalas. Mereka berkali-kali mencuba untuk berubah menjadi pelajar yang rajin, bersemangat dan menjadi pintar seperti rakan-rakannya.

Tetapi..

Terlalu sukar untuk dilakukannya berseorangan.

Kerana keadaan 'cara melihatnya' tidak seperti orang lain.

Kadang-kadang..

Mereka sendiri tidak tahu mempunyai masalah ini kerana beranggapan semua orang sama seperti mereka.

"Oh! Beginilah cara melihat di dalam kelas!"

Berikan 'signal' pada si manja kita, bahawa mereka tidak akan berseorangan.

"Nak, ibu nak adik berjaya. Capai cita-cita adik!"

Kenalpasti masalah penglihatan mereka lebih awal, dapatkan rawatan agar impian mereka tercapai di masa akan datang!

Mana tahu, satu hari nanti merekalah yang akan bergelar DOKTOR..
.
.

"Kejayaan dengan Penglihatan"

Shahrizal Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.

Kekuatan OTOT MATA lemah, boleh menyebabkan SAKIT KEPALA.


Encik Kamil berjumpa dengan saya semalam. Beliau pernah datang sebelum ini bersama keluarganya. Tapi kali ini datangnya berbeza, cermin mata kirinya di SELOTAPE dengan TISU!
Bila ditanya mengapa, beliau menjawab,
"Bola mata sakit, bila tengok pakai dua-dua mata, sakit sangat kepala!"
.
.
Bila penilaian dibuat ke atas mata Encik Kamil, beliau menggunakan kekuatan simpanan otot matanya melebihi dari yang sepatutnya.

Seperti seseorang yang terus berlari laju tanpa henti untuk jarak 5 km. Pasti lebih cepat penat berbanding dengan orang yang hanya 'berlari anak' kan?

Seperti itulah yang berlaku pada otot mata.

Ia terpaksa bekerja lebih 2-3 kali ganda dari yang sepatutnya.
.
.
Mata Encik Kamil perlu 'dilatih' untuk bekerja lebih cekap.
Hampir sebulan juga beliau perlu berulang datang ke praktis saya untuk dinilaikan matanya.
.
.
Alhamdulillah, cara matanya melihat semakin cekap kerana otot matanya sudah semakin kuat.

Ia berjaya dilakukan dengan kombinasi,
+ Cermin mata khas.
+ Latihan menguatkan cara otot matanya bekerja.
+ Disiplin yang sangat tinggi (kerana Encik Kamil tidak pernah terlepas setiap temujanjinya).
.
.
Cara matanya melihat semakin cekap dan Encik Kamil sudah boleh buat kerja-kerja 'Medical Assisstant' dengan mudah.



.
.
"Kejayaan dengan Penglihatan"
Shahrizal Bin Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.

Rabu, 25 November 2015

13 ciri PERSONALITI orang yang STRUGGLE sahaja dapat memahaminya.

Artikel ini mungkin hanya sesuai untuk orang yang pernah atau sedang mengalami STRUGGLE dalam hidupnya..
13 ciri PERSONALITI orang yang STRUGGLE sahaja dapat memahaminya.
--------------------------------------------

Struggle bermaksud susah, payah atau sukar. Ia boleh melemahkan semangat untuk seseorang itu berjaya. Ia juga satu KUASA DALAMAN yang boleh di 'channel' kan kearah lebih POSITIF. BERJAYA lebih 100 langkah kehadapan!
Lebih kuat lagi kesannya apabila ia berulang kali berlaku bertahun-tahun dari kecil lagi. Kita lihat apa personaliti yang ada pada mereka ini.

1- Tidak ada perkataan 'PERFECT' atau sempurna dalam kamus hidup dia.
Sentiasa mencari jalan agar kejayaannya menjadi lebih baik bila ia telah dicapai.

2- Tidak minta pertolongan berkali-kali. Selagi terdaya melakukannya, beliau akan kukuh berdiri walaupun terpaksa mengorbankan apa yang beliau ada.

3- Sentiasa rasa tak cukup dengan kejayaan yang dah diperoleh. Mereka tidak akan berhenti selepas kejayaan demi kejayaan. Bagi mereka, jika dah rasa cukup, orang lain akan mula memintas.

4- Suka memaafkan. Akibat pengalaman yang tidak dapat dilupakan, mereka jenis yang sangat cepat memaafkan orang lain. Mereka tahu nilai suatu kemaafan.

5- Tidak suka akan pujian. Mereka tahu, jika terus terleka dengan pujian, hasil kerja mereka akan jadi lambat dan tertangguh. "Aku takkan STRUGGLE lagi!"

6- Lebih suka melihat orang lain BAHAGIA. Bukanlah sesuatu yang senang untuk melakukannya, tapi mereka lebih faham erti bahagia. Bagaimana bahagia boleh memberi sesuatu erti dalam hidupnya dan orang lain.

7- Percaya JENAKA adalah antara ubat paling mujarab untuk orang lain lebih bersemangat. Tak kira berapa besar jawatan mereka, jenaka sesuatu yang mereka ambil berat.

8- Tidak kedekut ILMU yang mereka ada. Bila orang datang bertanya, merekalah yang paling seronok mengajar. Sehinggakan pelbagai teknik dan cara digunakan dalam pengajarannya.

9- Sangat HORMAT akan orang lain. Mungkin berbeza umur, latar belakang pendidikan mahupun keluarganya, mereka akan beri penghormatan yang sewajarnya. Mungkin semasa struggle dahulu, 'hormat' orang lain sukar diperoleh.

10- PERCAYA akan kebolehan orang lain. Walaupun tuan empunya badan tidak percaya, mereka yang struggle akan letak kepercayaan tinggi akan kebolehan orang lain. Ia boleh dicungkil dan diasah!

11- Suka menjangkiti orang disekelilingnya dengan AURA POSITIF. Sehinggakan bila beliau terlalu marah, beliau akan luahkan dengan menulisnya pada sehelai kertas. Berfikir rasional balik, dan beri teguran membina.

12- Lebih suka MENDORONG orang bawahannya berbanding MEMARAHI tanpa usul periksa. Mungkin dahulunya mereka sering dimarahi berkali-kali, sehingga tidak mahu orang lain merasainya berkali-kali.

13- SYUKUR dengan apa yang ada. Dapat banyak, dapat sikit atau tak dapat apa-apa hasil, ucapan pada hatinya sentiasa berkata.
"Alhamdulillah, aku akan cuba lagi."

Pengalaman STRUGGLE sesuatu yang boleh dihalakan menjadi sesuatu yang lebih baik. 
Kesannya dapat memberi erti kehidupan yang lebih baik pada orang lain, dan pada diri sendiri.
Kita sendiri yang perlu buat keputusan, selepas STRUGGLE akan lebih POSITIF atau tindakan yang lebih NEGATIF!
.
.
.
"Kejayaan dengan Penglihatan"

Shahrizal Bin Redwan.
Rizal Optometris

Pelajar TIDAK RABUN, tetapi ada masalah MEMBACA. (Tulisan kerap menjadi KABUR).


Seorang cikgu yang mengiringi saya ketika suatu program sekolah, memberitau saya, ada seorang pelajar, Anis, darjah 4, adalah seorang pelajar yang sangat pintar di dalam kelas. 

Tapi itu DULU.

Saya minta diberikan sedikit masa bertanya dengan Anis. (Kebetulan merupakan pelajar yang membuat persembahan pada hari itu).

Saya bertanya pada Anis, bagaimana keadaan tulisan pada bukunya ketika membaca pada waktu petang dan malam.

"Kadang-kadang nampak terang, kadang-kadang nampak kabur. Ada masa tu lepas 15 minit baca, dah tak boleh nak bagi terang tulisan tu."

Bersungguh-sungguh Anis bercerita. Seolah-olah sayalah orang yang pertama yang pernah diberitahunya.
.
.
Dari pengalaman saya, jika pelajar itu dahulunya pintar dan rajin, tetapi sejak beberapa ketika, beliau menunjukkan prestasi akademik yang merosot dan berlarutan, kemungkinan besar adalah kerana CARA MELIHATNYA.

Daripada kajian yang Rizal Optometris lakukan di sebuah sekolah di Kuala Kangsar, sebanyak 67% pelajar menunjukkan potensi mempunyai kemahiran membaca yang KURANG CEKAP.

Kurang cekap bukan kerana tidak pandai membaca, tetapi kerana ototnya yang bertindak tidak mengikut 'standard' yang normal.

Cara melihatnya LETIH sehingga pandangan menjadi KABUR.

Aktiviti menyalin nota, ulangkaji pelajaran di rumah dan membaca lebih lama akan terjejas.

Secara tidak langsungnya, mempengaruhi keputusan akademiknya.
.
.
Beberapa minggu yang lepas Anis telah datang ke praktis saya. Setelah dilakukan UJIAN KHAS, kemahiran membacanya sangat lemah.

Setelah berbincang dan diberi khidmat nasihat pada Ibubapanya, satu keputusan telah dibuat,

ANIS PERLUKAN RAWATAN!

Nota: Video di bawah menunjukkan gambaran apa yang berlaku bila membaca dalam keadaan yang sangat letih.

Klik video.
.
.
"Kejayaan dengan Penglihatan"

Shahrizal Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar & Klebang Ipoh.

Penilaian CARA MELIHAT pelajar

Penilaian CARA MELIHAT amat penting bagi pelajar sekolah.

Jika ianya CEKAP, lebih lama mereka dapat melakukan aktiviti,
+ Menyalin Nota
+ Membaca
+ Kokurikulum
+ Sukan

Ini memberi kesan yang positif pada AKADEMIK dan MODAL INSAN yang baik kepada pelajar.
Adakah Tuan/Puan pasti anak kesayangan kita ini mempunyai penglihatan yang baik?
.
.

"Kejayaan dengan Penglihatan"
.
.
Rizal Optometris
Kuala Kangsar.
Ipoh Klebang.

Pembahagi jalan GHAIB!


Seorang Ustaz datang berjumpa saya. 
Sembang punya sembang, beliau cerita sesuatu yang menarik minat saya.
"Kalau saya nak masuk sesuatu simpang jalan, saya kena drive slow-slow... Tapi selalu juga nak terlanggar 'pembahagi jalan'."
.
.
Daripada ceritanya saya dah syak sesuatu yang tidak kena dengan penglihatannya.
Saya lakukan beberapa test, buat ukuran berkali-kali, dan nilaikan keadaan cara Ustaz melihat ketika letih.
Jauh tersasar hasil penilaian 'cara melihatnya', jika nak dibandingkan dari tahap yang sepatutnya.
.
.
Beliau memilih bingkai plastik dari jenama CHEETAH bersaiz 51mm. 
Kantanya pula dari TEMPAHAN KHAS, istimewa untuk mengurangkan masalah yang Ustaz hadapi.
.
.
Semua orang boleh memakai cermin mata yang biasa-biasa. 
Tetapi....
Ada masa dan ketika, dengan sedikit 'adjustment', kualiti penglihatan seseorang dapat dipertingkatkan.
Ia dapat memberi 1001 makna pada kehidupan seseorang.
.
.
Shahrizal Redwan.
Optometris.

Mata PEMBURU bersinar bila BERGELAP!!


Bila kita memandu kereta di waktu malam yang gelap, ada daripada kita pernah terlihat sepasang mata bercahaya mengalihkan padangannya ke arah kita! MEREMANG BULU KENING!

Bila kereta makin dekat ke arahnya, barulah kita nampak ia haiwan comel berbulu lebat yang baru terjaga dari tidurnya. 

"Oh! Kucing!" Lega.... Hehehehe..

Mengapa matanya bersinar terang tidak seperti manusia diwaktu malam? (tak sama ya dengan 'red eye' manusia bila kena flash kamera).

Kucing adalah pemburu yang hebat!
Mereka boleh menangkap tikus dalam keadaan gelap gelita tanpa ada masalah.

Mereka sangat cekap kerana matanya mempunyai 'design' mata sebagai pemburu!
(Kalau kucing yang makan friskies tu mungkin slow sikit jadi pemburu nih..kih kih kih..)
.
.
.
Pada matanya terdapat satu lapisan istimewa yang dinamakan TAPETUM LUCIDUM.

Bila dalam keadaan yang sangat gelap, tidak semua sumber cahaya akan terjatuh pada saraf mata kucing (pada fotoreceptor). 

Dengan adanya lapisan Tapetum Lucidum ini, cahaya tadi dipantulkan agar mengenai semula pada saraf reseptor buat kali kedua.

"Haiwan yang aktif pada waktu malam, mempunyai mata yang bersinar. Ini terjadi kerana terdapat satu lapisan boleh pantul di belakang retinanya." Kata Dr Cynthia Powell, Veteranary Ophthalmologist, di Colorado State of University.

Warnanya yang bersinar juga dipengaruhi oleh pigmen yang terdapat pada mata haiwan tersebut.

Walaupun pada spesis yang sama, jenis kucing juga memberikan warna bersinar yang berlainan. 

Kucing biasa mempunyai warna bersinar kehijauan, manakala kucing SIAM warna bersinarnya lebih kekuningan.
.
.
Walaupun mata manusia tiada lapisan ini, kepentingan melihat pada waktu telah dikaji sehingga menghasilkan pelbagai alat dan teknologi seperti kamera Infrared dan Night Vision Goggles.

Pada waktu panas yang terik pula, penciptaan lapisan cermin mata polarize sangat membantu mengurangkan silau yang berlebihan. Contohnya Kanta XPERIO POLARIZED CRIZAL dari Essilor.
.
.
"Pemburuan dengan Penglihatan"


Shahrizal Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar.
Rizal Optometris Klebang Ipoh.

Jumaat, 20 November 2015

Kasihnya SUAMI pada yang sudah pergi...


Masuk sahaja ke praktis saya di Kuala Kangsar, sudah menunggu seorang pakcik dengan kopiah putih, kemas di atas kepalanya. Raut wajah yang bersih dan tenang mengingatkan saya pada arwah ayah saya. "Pak cik ada masalah ni, dah JADI DUA!"
Beliau angkat cermin matanya dengan kedua-dua tangan. Tersenyum menampakkan giginya yang telah berusia.
Saya duduk di sebelahnya, hampir bertemu lututnya dengan saya. Saya capai cermin mata lusuh itu dari genggamannya. 
Saya kira amat berusia 'teman hidupnya' ini. Badannya banyak 'terluka' sehingga menampakkan warna kulit asalnya.
"Haji, patah dekat tengah-tengah ni. Saya cuba dulu apa yang boleh dibuat."
Berlalu saya pergi membawa cermin mata yang terpisah itu bersama saya.
.
.
.
Saya tahu ia tidak boleh dibaiki lagi...
Saya tahu ia amat berharga buat dirinya..
Saya juga tahu banyak kenangan dan memori indah yang tercalit pada 'temannya' itu....
.
.
.
"Haji, saya dah cuba, dah tak boleh dibaiki lagi cermin mata ni." kata saya.
Tertunduk wajahnya sehingga mata dipejamkan perlahan-lahan...
Sedihnya tidak tertahan sehingga sayu nada suaranya,
"Inilah cermin mata yang terakhir yang pakcik beli bersama-sama dengan arwah isteri dulu. Takkan sama dengan yang lain..."
Saya hanya mampu diam menghormati kata-katanya.
.
.
.
Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris
Kuala Kangsar.
Klebang Ipoh.

Mata penat: silau memandu malam


Mata yang sangat penat boleh menyebabkan pemanduan (kereta) pada waktu malam, menjadi SILAU yang berlebihan. 

Antara ciri-ciri yang menjadikan mata anda sangat penat :
+ Guna paparan skrin LED (komputer, tab, smartphone) lebih dari 5 jam sehari secara berturutan.
+ Guna 'microscope' berjam-jam.
+ Berumur lewat 30 an.
+ Mempunyai rabun dari jenis 'Hiperopia Facultative'
.
.
.
Shahrizal Redwan.
Rizal Optometris Kuala Kangsar.
Rizal Optometris Klebang Ipoh.

Rabun Kanak-Kanak : Jika anak-anak mengadu SAKIT KEPALA, tanya 3 SOALAN INI.


Sakit kepala suatu perkara yang biasa dialami oleh semua orang.
Tetapi jika ia terlalu kerap, lebih dari 3 kali dalam seminggu, segera berikan rawatan.

Cuba tanya 3 soalan ini,
+ Sakit tak pada BAHAGIAN KENING?
+ Bila MEMBACA dan MENYALIN NOTA, kadang-kadang tulisan jadi kabur tak?
+ Ada tak bila tengok jauh, ada masa nampak terang, ada masa nampak kabur?
.
.
Jika semua soalan itu jawapannya adalah YA,
anak-anak kita mungkin mempunyai masalah dengan 'CARA MELIHAT'. 
.
.
Mereka mungkin mempunyai,
"HIPEROPIA FACULTATIVE."
.
.
Bahasa mudahnya RABUN yang TERSEMBUNYI.
Ujian khas perlu dilakukan kerana keadaan ini boleh mempengaruhi KEPUTUSAN AKADEMIK mereka.
.
.
"Kejayaan dengan Penglihatan"
.
.
Shahrizal Bin Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar.
Rizal Optometris Klebang Ipoh.

Penyakit Diabetes (Kencing Manis) mempengaruhi POWER cermin mata.


Kalau bacaan diabetes naik, kita akan rasa 

+ Power cermin mata dah kurang.
+ Power rabun dah naik.
+ Rasa sekejap mata terang, kejap tak rasa terang.
+ Mata rasa penat bila membaca pada jarak dekat.

ELAK BUAT CERMIN MATA pada masa ini.

SAKIT KEPALA : Jurutera BINA TEROWONG terpaksa bercuti 2 MINGGU!


Pagi-pagi lagi datang seorang lelaki kurus, tinggi, dan berumur lewat 30an. Bila bercakap dengannya, saya terkejut, dia BERMATA SATU!

Belum sempat Encik Zul duduk, dia terus mengadu,

“Saya dah MC 2 minggu dah ni. Sakit kepala sangat! Dah 2 minggu saya terbaring dekat rumah. Kalau saya tutup sebelah mata, baru tak sakit sangat kepala ni. ‘Drive’ tadi pun saya tutup je mata sebelah ni.”

Dari riak wajahnya saya tahu, berat sungguh 'bebanan' yang beliau tanggung.

Saya pun nilaikan kualiti penglihatan beliau.
.
.
.
Setelah hampir 40 minit penilaian,saya pun terangkan masalah yang beliau hadapi secara mudah,

“Encik Zul ada masalah dengan mata yang TIDAK BOLEH bekerja sebagai SATU PASUKAN.”

“Seorang nak pergi ke kanan, seorang lagi nak pergi ke kiri. Macam dah TAK SEHALUAN.”
.
.
.
Habis KHIDMAT NASIHAT tentang rawatan yang sesuai untuk beliau, saya pun bertanyalah pada Encik Zul,

“Besar juga keluarga Encik Zul ni ya?”

“Ini semua 4 orang isteri saya.” Balasnya.

OPPPSSS!! Saya sangka lain tadi. Ingat satu isteri dan 3 anak perempuannya...

Mata... Oh mata... ðŸ˜‚😂😂
.
.
.
Selepas 2 seminggu, saya TELEFON kembali Encik Zul tentang perkembangannya,

“Alhamdulillah! Saya ada dalam TEROWONG ni. Dah kerja semula dah. Sakit kepala pun dah tak ada!”

"Esok saya nak pergi bercuti! Nak makan angin dengan 4 isteri saya tu... Hehehehe..." 

Pandai pula 'Jurutera beristeri 4' ni berseloroh..😆😆😆
.
.
Sebagai Optometrist inilah jawapan yang sangat kami nantikan. Bukan mengharapkan pujian, tetapi peningkatan kualiti hidup bagi mereka yang memerlukan.
.
.
Kadang-kadang kita rasa SAKIT KEPALA itu biasa-biasa. Tetapi TIDAK pada individu tertentu.
.
.
"KEJAYAAN bermula dengan PENGLIHATAN."


Shahrizal Bin Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar.
Rizal Optometris Klebang Ipoh.

Selasa, 17 November 2015

Cermin mata 'UP to Date', PENYELAMAT NYAWA!

Pakai dah dekat 4 tahun,
"Tak apalah, boleh pakai lagi ni. Rugi beli yang baru." bisik hati kecil seorang ayah. Beliau akan memandu jauh ke Melaka bersama isteri dan 4 anaknya. Tiba di satu selekoh, beliau PITAM!

Beliau terasa panas dan sakit pada kedua belah kakinya. Mata terasa seakan peluh masuk ke mata. Tangannya berlumuran darah selepas kelopak matanya diusap. Beliau terus memandang ke sisi isterinya,

"SAYANGGGGG! Bangun!!!!"

Tiada gerakan tubuh walau sedikit pun..

Anak! Anak aku dekat belakang!

"HAKIM! ALYA! IKMAL! HANIS!"

Mereka seolah-olah 'tidur' nyenyak diwaktu malam selepas penat bermain.
"Ya ALLAH!!!!!"
.
.

Bila berjam-jam kereta dipandu...

Mata terpaksa membuat gerakan tumpuan mata yang lebih dan kemahiran menganggar jarak dilakukan setiap masa.

Memang mata akan letih..

Tetapi keletihan itu BERGANDA bila sudah lama cermin mata TIDAK DINILAIKAN tahap kecekapannya.

Mungkin power sebelah mata perlu di UPGRADEKAN..

Mungkin juga SILAU dan KABUR dialami kerana cermin yang sudah rosak dimamah CALAR yang bertindih-tindih.

Nilaikan PENGLIHATAN dan KUALITI cermin mata kita kepada OPTOMETRIS yang berpengalaman.

"Cermin mata juga seperti KERETA, perlu di SERVIS. Sampai masa, ia perlu ditukar baru. PENYELAMAT NYAWA semasa memandu."

Shahrizal Redwan.
Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar.
Rizal Optometris Klebang Ipoh.

EMERGENCY : Bingkai patah bahagian 'SPRING', DIY guna 'SHRINK TUBE'

Inilah bahayanya kalau ada satu je cermin mata. Power pula tinggi, bila patah kakinya (pada spring), alamat meraba lah kita seperti mencari barang dalam GELAP GULITA!
Teringat saya seorang pelanggan yang berusaha nak cepat-cepat siapnya tempahan cermin mata isteri.
Buat yang baru pun sebab kakinya dah patah.
Esoknya, En Azlan (suami) menelefon, 
"Tuan, isteri nak pergi kursus esok. Hari ini boleh siap tak?"
Saya beritahu tidak sempat. 
Teringat saya, pernah tengok dalam youtube, ada sorang Mat Saleh ni guna sejenis bahan dipanggil 'SHRINK TUBE' untuk baik pulih cermin matanya.
Bila lalukan dibawah haba panas ia akan mengecut 50% dari saiz asalnya.
Ok! Saya nak try cara ni!
"Tuan, saya cuba bantu, malam ni Tuan datang ke kedai, bawa spek yang patah tu."
Beliau bersetuju dengan penuh harapan pada nada suaranya.
Ye la! Siapa tak sayang BINI kan? Hehehe...
Petang tu saya minta sahabat saya, Tuan Zamani, cari dan beli 'Shrink tube' ini dikedai borong menjual wayar-wayar dan akaesori elektrik. 
Alhamdulillah! Ada jual terus 'tangkap' 3 saiz warna hitam.
Malam tu, saya balutkan dahulu dengan selotape pada bahagian spring yang patah, agar ia kemas terlekat dengan badan spek. Sarungkan 'shrink tube, dan,
Walla !!!!!
Boleh la isteri Encik Azlan pakai sementara untuk 'drive' esok!
MISI telah BERJAYA!!
*Perkhidmatan yang diberi pada En Azlan adalah PERCUMA!! 







Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
Kuala Kangsar
Klebang Restu


😊

Projek 'INTERN' : Mencari calon PELAPIS sebagai PAKAR JUALAN OPTIK & PAKAR REFRAKSI MATA!

Nama hebat dan serius kan? Tapi kami memang maksudkannya.
Sehingga hari ini dah 12 orang kami INTERVIEW, masih tiada calon yang sesuai.
Saya nak cerita bagaimana Tuan Fendy adalah calon yang telah lulus dengan jayanya sehingga pendapatan beliau menghampiri RM 2000. 
Orangnya biasa-biasa, bekerja kampung dan kini seorang yang LUARBIASA!
Beliau berjaya lakukannya dalam tempoh setahun sahaja!

Tuan Fendy:

Baru berusia 22 tahun. Berkelulusan hanya SPM, beliau telah berjaya mengubah hidupnya sehingga memegang jawatan sebagai PLANNER EXECUTIVE ( dan pakar jualan optik).

Beliau lulus dalam 3 ujian khas yang menjadi syarat UTAMA untuk menjadi Executive di Rizal Optometris.

Beliau seorang yang :
+ Rajin, kuat berusaha.
+ Berdisiplin (tak pernah lewat tanpa sebab yang kukuh)
+ Bersungguh-sungguh belajar subjek 'OPTIK'.
+ Minat menjadi USAHAWAN.
+ Mempunyai skill ramah, sopan dan tutur bahasa yang baik bila bercakap.
+ Tidak kisah gaji permulaan RM 600 sebulan, asalkan dapat belajar selok belok perniagaan cermin mata.
+ Boleh bekerja dalam satu pasukan.
+ Bukan 'pembodek', tidak suka menghina orang dan bersikap sangat profesional dengan pelanggan dan pekerja lain.
+ Jujur dan AMANAH semasa bercakap yang selari dengan perbuatan.

Bila ditanya, mengapa beliau kata pekerjaan sekarang ini adalah yang PALING BEST, beliau nyatakan sebabnya :
+ Suka suasana kerja yang sentiasa positif,
+ Training & Planning mencungkil bakat sedia ada untuk menuju KEJAYAAN HIDUP!
+ Tiada BUDAYA MARAH, Tutur bahasa KESAT antara pekerja dan majikan.
+ Kelas MOTIVASI dan TRAINING setiap minggu yang santai sehingga satu hari pun tak bosan!
+ Ada pelan Kenaikan PANGKAT dan GAJI yang jelas.
+ Terlalu banyak yang positif......... Hehehehe..
.
.
Kami mencari calon pelapis yang BETUL-BETUL ingin ubah HIDUP sekarang.
'KAMI AMAT MENANTI KEDATANGAN ANDA'
"CALON-CALON PROJEK INTERN!"
Tempat adalah AMAT TERHAD!
.
.
Puan Zuraida Ahmad Shahime.
COO Rizal Optometris Holdings Sdn Bhd.
Telefon : 019-4477963.


Gambar : 

Tuan Fendy
"Nak BBQ ayam pun kena teratur, mesti ada PLAN! Hehehehe.." Pandai beliau berseloroh.😆
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...