Jumaat, 30 September 2016

Bila tahu pihak lain berbisnes lebih baik, belajar dan aplikasi pad bisnes sendiri.

Bila tayar dah dicipta, buat apa mahu cipta roda yang berbentuk baru? 

Cukup dengan jadikannya lebih baik. Ia adalah perumpamaan untuk menjadikan bisnes kita lebih baik.

Lihat apa yang ada pada pesaing, dan lihat juga pada yang bukan pesaing. Industri lain mungkin.

Contoh 1
---------
Saya pernah bertanya akan sistem komisen yang pihak ABS gunakan. Saya belajar dan terus ikut dan aplikasi pada syarikat.

Ia sistem yang lebih baik. Tim menjadi satu unit dalam menjual dan lebih fokus semasa training dibuat.
.
.
Contoh 2.
----------
Semasa pergi ke Melaka tahun lepas (family day syarikat), ada satu ruang masa semua tim pergi ke kedai cermin mata dan test cara layanan mereka. 

Apa yang mereka suka dan tidak suka cara customer service mereka.

Perkara yang baik diaplikasi, yang kurang baik dijadikan batu ukur untuk tidak mengulangi pengalaman itu pada pelanggan syarikat.

Contoh 3.
---------
Saya menerima coaching bisnes dari Puan Irnee Ismail (Pakar Kewangan ABS), Puan Armiati Mohd Ismail (Pakar Persyarikatan ABS) dan Tuan Hir Effendy Md Tahir (CEO ABS).

Saya suka cara mereka beri coaching. Lebih banyak saya yang bercerita dari mereka.

Di akhirnya mereka tunjukkan arah hanya dengan bertanya-tanya soalan (ini yang saya kagum).

Saya terus gunakan teknik mereka untuk beri coach pad pelapis leader syarikat. 

Termasuklah cara menjual yang banyak menggunakan soalan. Proses menjual lebih mudah dengan kualiti jualan yang lebih baik.
.
.
Banyak perkara yang boleh kita belajar dari keadaan sekeliling jika kita mahu memajukan bisnes yang kita ceburi

"Seseorang itu hanya akan lihat apa-apa yang mahu dilihatnya sahaja. Tetapkan kita mahu belajar sesuatu dari semua keadaan yang berlaku."

"Terutamanya yang melibatkan cara bisnes yang lebih baik."

Shahrizal Redwan
ABS Optomedik.

Jumaat, 9 September 2016

6 tip ke arah jualan bisnes yang lebih baik.

Faktor kuasa membeli dalam keadaan ekonomi yang mencabar, adalah sesuatu yang perlu dilalui oleh semua usahawan. Ada yang sehingga berfikir untuk tutup bisnes, tetapi ada juga yang salesnya makin hebat! Apa tipnya?

Saya kongsikan di sini :

1- Cara marketing mengarah kepada matlamat jualan yang kita mahu capai.

Kita perlu ada kaedah untuk membaca 'pattern' jualan. Kalau kita perlu berjumpa dengan 200 orang, untuk hasilkan 50 orang yang membeli, perlulah cari marketing yang berkesan supaya dapat berjumpa dengan 200 orang tersebut.

2- Kenalpasti pelanggan kita yang terbaik.

Ia boleh jadi pekerjaan, tempat tinggal, status berkeluarga atau tidak, dan ciri-ciri yang telah kita kenalpasti. Designkan promosi dan marketing mengarah kepada mereka. Pelanggan terbaik, kebiasaannya membawa kepada jualan yang berkualiti dan menguntungkan. Fokus pada mereka.

3- Banyakkan berkomunikasi dengan pelanggan.

Bila bisnes dah baik sedikit, kita mula menjauhkan diri dari pelanggan. Ia tindakan yang agak merugikan. Howard Schultz, pemilik kedai kopi Starbucks, sentiasa melawat kedai cawangannya dan bercakap dengan pelanggan yang datang. Ia membantu untuk memahami apa yang pelanggan mahu. Barulah mudah untuk merancang strategi bisnes yang berkesan.

4- Elak 'pejamkan mata', apa yang pesaing sedang buat.

Kita bukan mahu meniru. Tetapi untuk tahu di mana tahap bisnes kita. Dari marketing, sales, customer service mahupun 'reward' kepada staff. Jika tahu kita sudah jauh ketinggalan, mula buat penambahbaikan. Berlumba-lumba menjadi yang terbaik.

5- Sampaikan mesej bisnes yang 'fresh'.

Bukan dari dahulu lagi, asyik perkara yang sama sahaja yang kita buat (contohnya asyik promosi 70%). Pelanggan suka perkara yang baru. Iklan yang lebih matang, servis yang baru mahupun nilai yang baru bisnes kita bawa. Jika mesej yang sama, guna 'story' yang baru. Seperti Milo. Jalan cerita tetap sama mengenai kejayaan, tetapi 'watak' dalam iklan akan berubah dari masa ke semasa.

 
6- Matlamat kejayaan yang dizahirkan dalam bentuk fizikal.

Pakar banyak mengatakan, dalam melatih diri kita percaya sesuatu itu boleh dicapai, berikan visual fizikal kepada mindset. Lekat gambar kedai impian, kereta impian, rumah impian, tempat percutian, atau jumlah jualan setiap bulan. Nampak kecil, tapi kesan psikologinya amat besar.
.
.
.
Orang yang telah berada pada satu tahap kejayaan yang luarbiasa sering mengatakan frasa ayat di bawah,

"Jangan biarkan keadaan yang mengawal masa depan kita. Kita sendiri yang akan mengawal keadaan untuk terus berjaya."

Shahrizal Redwan.
ABS Optomedik.

"Recession (Gawat), Marketing"

Bertahun saya taip keyword tersebut dalam Google. Masa tu betul-betul hujung tahun ke tiga fasa survival bisnes. Ayat ni asyik bermain dalam fikiran, "Aku kena cari jalan!"

Saya salin poin-poin penting dalam satu buku nota. Setiap hari. Kemudian saya test pada bisnes Optometri yang dijalankan. Saya akan tulis semula dalam nota, apa pandangan dan kesimpulan, setelah ia dilakukan.

Barulah saya boleh melihat secara big picture apa yang berkesan, apa yang patut dimulakan dahulu dan 'planning' yang baik dan berkesan.

Pada masa gawat, tahun 2008, saya banyak berkata pada pasukan saya, jika ianya berlaku sekali lagi, adakah kita boleh mengelak dari ia memberi kesan pada bisnes kita seperti yang berlaku sekarang?

Kami tiada jawapan pada masa itu. Tapi kami temui formatnya.

Saya ringkaskan apa yang telah saya dan pasukan bisnes buat :

1- Baiki cara menjual dengan lebih baik.
Semuanya tentang jualan. Dari cara menjual, cara 'closed' sehinggalah kepada psikologi menjual dipraktikkan, dan diperbaiki dari masa ke semasa.

2- Marketing ikut kekuatan 'dalaman'.
Dahulu marketing hebat yang dibuat, memberi kesan kepada tempoh promosi itu sahaja. Kami putuskan, ia perlu diubah kepada satu bentuk 'growth' yang lebih stabil. Bahagian sales perlu kuat dahulu sebelum 'marketing' hebat dilancarkan.

3- Jadi seorang Leader yang mempunyai pasukan sendiri.
Ditetapkan berapa jam dalam seminggu supaya Leader dapat berlatih bercakap dengan gaya yang berpengaruh. Kerana bila kami susun strategi, untuk beri impak yang baik, pasukan yang kuat juga perlu ada. Skill lain ditambah dari masa ke semasa.
 

4- Strategi Laut Biru.
Antara isu yang dibawa dalam 'brainstorming', syarikat pada masa itu tidak mempunyai sebarang 'nilai' yang ketara pada sudut pandang pelanggan. Kami berjaya membinanya setelah 'bereksperiman' untuk satu tempoh yang agak mencabar. (Usahawan yang sertai Kumpulan Bisnes Optometri ABS Optomedik akan peroleh 'Nilai' ini).

5- Mempunyai 7 model bisnes yang berperingkat.
Jika ada orang yang tanya saya, inilah yang akan saya ceritakan, saya mempunyai 7 model bisnes dalam tempoh 2 tahun. Tiada rahsia. Ia juga adalah kunci kepada pemilik bisnes yang mempunyai 'sumber' yang terhad. Mula dengan apa yang ada, dan 'upgrade' bila masanya telah tiba. 

6- Sistem yang baik ikut keadaan semasa.
Sehingga hari ini kami masih memperbaiki sistem, agar kedai Optometri kami dapat beroperasi dengan baik. Paling penting, pengalaman pelanggan hampir sama jika berkunjung pada mana-mana cawangan kedai.

7- Penekanan kepada pentingnya memiliki 'Growth Mindset'.
Senang cerita, ia berkenaan pemikiran yang lebih positif. Tidak berhenti apabila telah bermula, bagi mencari solusi yang lebih baik untuk sesuatu cabaran. Ia suatu perubahan budaya yang sangat mencabar. Tapi kesan positifnya, tidak terkata!
.
.
.
Makluman pada pembaca, di atas adalah apa yang dilakukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan atas faktor pelbagai cabaran, seperti gawatnya ekonomi.

Ia bukan copywriting dari mana-mana buku. Ia satu bentuk ringkasan pengalaman yang apabila dikenangkan semula, lebih berharga dari nilai wang ringgit.

"Kejayaan bermula dari cara kita bercakap pada diri sendiri."

Shahrizal Redwan.
ABS Optomedik.

Selasa, 6 September 2016

Bisnes Optometri : 'Tidak semua orang mampu.'

Bila baca tajuk di atas,  kita bayangkan orang yang tidak cukup modal, perlu ada kelulusan Optometris, dan banyak lagi bayangan berat. Mengeluh...

Seorang jurulatih kehidupan, Marie Forleo berkata, "Kunci kepada sebuah kejayaan, adalah terus mula ketika kita belum bersedia lagi.."

Bila kenangkan semula 7 tahun yang lalu, banyak perkara yang syarikat saya belum mampu. Nak capai sale tahap gaji pegawai kerajaan U52 pun jauh sekali.















 
 
Pada fasa itu, kami sering bertanya, "Mampu atau tidak kami buat sebarang perubahan dengan apa yang kami ada."

Saya bersama pasukan buat sesuatu yang tidak pernah kami fikir sebelum ini. 

Mencapai satu target yang sepatutnya hanya orang yang 'mampu' sahaja capai, tetapi orang seperti kami yang 'tidak mampu', telah mula susun cara-caranya, bereksperimen dan ambil sisi sudut pandang yang berbeza.

Kesimpulannya, bermulalah dengan apa yang kita ada. Susun strategi dan taktik agar kita dapat mencapai apa-apa yang kita idamkan didalam bisnes mahupun peribadi.

Sabtu, 3 September 2016

Cermin mata 'customize' memberi masa yang lebih untuk mata bekerja.

Tahun 2010 bermulanya lagak 'Einstein'. Keadaan saya yang tidak boleh membaca buku lebih dari sejam, buatkan saya komited, pasti ada cara untuk membaca lebih lama!

Setelah habis fasa survival 3 tahun dalam bisnes (sangat mencabar sehingga 3 outlet kedai ditutup), saya belajar sesuatu, membaca lebih banyak, membuatkan kita usahawan yang lebih berpandangan jauh.

Cara sistem baru dan lama cara berbisnes sehinggalah psikologi ketika pelanggan membeli saya selidiki dengan membaca.

Tetapi tahun pertama fasa membaca, saya ada satu halangan, hanya mampu berterusan membaca dalam sejam. Jika diteruskan, bola mata rasa senak dan kening mulai rasa sakit.
.
.
Semangat diteruskan.

Habis saya selongkar kembali nota-nota belajar yang lama, buat sedikit kajian dari artikel-artikel Optometris di blog, dan terus bereksperimen pada diri sendiri.

Hasilnya, 5-6 jam saya boleh membaca berterusan. Bayangkan berapa banyak 'helai' ilmu yang dapat dibaca dalam tempoh itu.

Saya juga perasan ada kelebihan lain apabila dapat membaca dengan lebih lama : Daya Tumpuan yang lebih! Saya lebih faham dan tidak perlu berulang kali membaca.
.
.
Pasti ada pelajar sekolah yang 'kurang bijak' kerana mata yang cepat letih.

Saya tubuhkan satu tim yang berperanan mencari pelajar sekolah yang mungkin mempunyai masalah untuk membaca dengan lebih lama. Tim saya menjumpai suatu 'pattern' yang mengejutkan :

+ Hampir ke semua pelajar yang menghabiskan masa bermain gadjet, mempunyai masalah untuk bagi jelas tulisan buku ketika di waktu malam.

+ Fenomena 'mata kejang' (terlalu lama melihat jarak dekat).

+ Mata tiada rabun, tetapi pada waktu tertentu, mereka akan nampak kabur di dalam kelas.

Masalah ini bukan berlaku pada saya sahaja. Ia lebih meluas apabila saya dan tim mencari golongan pelajar ini.

Ujian khas untuk pelajar oleh Tim ABS Optomedik. 

Di praktis ABS Optomedik, ujian khas menjadi wajib untuk semua pelanggan yang mengadu sakit kepala, sakit di kening atau mempunyai masalah melihat sesuatu yang dekat dengan lama.
.
.
Rawatan.

Bertahun syarikat cuba mencari kaedah berkesan, praktikal dan membawa hasil yang positif.

Kesimpulannya, ia perlu di-design secara individu, ikut penilaian akan sistem penglihatan seseorang dan cara beliau menggunakannya dalam aktiviti seharian.

Latihan pada otot mata dan cermin mata 'custom' menjadi pilihan utama.
.
.
Jika kita, atau ahli keluarga mempunyai simptom seperti di atas, penilaian dari Optometrist ABS Optomedik akan dapat memberi gambaran yang lebih jelas. 

Pertanyaan boleh terus hubungi Puan Zuraida 019 4477963.

Shahrizal Redwan.
ABS Optomedik.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...