Jumaat, 1 April 2016

Optometris : The POWER of DIAM SEJENAK!




Sebagai Optometris, khidmat nasihat adalah perkara yang sangat penting peranannya. Hati akan BERGETAR jika teknik yang betul digunakan!

Sama ada kepada pelanggan, mahupun pada profesion itu sendiri.

Adakah selepas cek mata kita hanya menerangkan berapa power naik dan berapa yang kurang? Kita memberitahu sebab itulah beliau nampak kabur dan silau. Lepas itu 'suggest' produk yang sesuai.

Adakah itu sahaja?

Penanda aras khidmat nasihat yang baik adalah, apabila kita sendiri memahami makna 'khidmat nasihat' itu sendiri.

Di sebabkan kita adalah pakar dengan penglihatan, maka kita sememangnya layak memberi nasihat berkenaan dengan apa-apa jua mengenai penglihatan.

Berkali-kali kita cakap,

"Optometris adalah PAKAR penglihatan."

Betul tak?

Dah tiba masa untuk kita tonjolkan siapa diri kita dan apa yang kita boleh lakukan!

Kalau kita adalah seorang ayah, dan anak kita melakukan kesalahan, sudah tentu menjadi tanggungjawab kita untuk menasihati mereka.

Caranya pula, haruslah sesuai dan bermakna, agar nasihat itu dapat diterima dengan baik dan terus dijadikan panduan. Bukannya dianggap sebagai paksaan.

Bila perasaan merasakan ada 'paksaan' itu dan ini, hasilnya bukanlah seperti yang kita harapkan.

Mereka mula menjauhi kita..
.
.

Apa pula yang pesakit/pelanggan mahukan?
Berbelas tahun bila kita melakukan khidmat nasihat, kita akan jumpa satu 'pattern' yang agak sama. 

Mereka memerlukan nasihat yang bermakna dari kita! 

Apa jalan yang terbaik?
Apa tindakan nak buat dahulu dan turutannya.
Apa sebenarnya keadaan/masalah yang dihadapi?
Apa kesan pada kehidupan mereka?
.
.
Khidmat nasihat memerlukan 2 arah komunikasi yang baik. Optometris yang cekap dalam memberi khidmat nasihat, pada pandangan saya adalah seorang yang :

+ 'Duduk sama rendah' dengan pesakit. Tutur bahasa yang mudah, dan penggunaan ayat yang tidak terlalu sains.

+ Dapat mengaitkan masalah penglihatan dengan aktiviti harian.

+ Dapat menjawab semua soalan dengan jawapan yang sangat mudah untuk difahami.

+ Nada suara yang penuh empati. Nanti saya cerita sikit empati ni bagaimana dalam artikel akan datang.

+ Bercakap tidak terlalu laju, ada masa terhenti dan wujudkan DIAM SEJENAK 

+ Memahami 'style' seseorang itu, dan ikut rentaknya. 

+ Pandai menjawab soalan. Dan jawapan pula perlu diberi perumpamaan yang mudah. Kaitkan dengan aktiviti harian seseorang itu.

+ Mempunyai sekurang-kurangnya 2-3 versi cara penerangan mudah kepada pelanggan atas tajuk yang sama. Contohnya seorang Atuk dan cucunya, mereka berdua pula datang dengan ayah kepada cucunya (Saja saya bagi keliru sikit. Hehehe). Terang kat atuk style lain, terangkan cucu lain, dan terang kat ayah pada cucunya juga lain. Sebab cucu ada masalah Convergence Insufficiency. 
.
.
Diam sejenak terhasil daripada pesakit/pelanggan, apabila mereka telah mula faham dan berada pada fasa untuk lebih memahami.

Fasa ini memerlukan skill untuk diwujudkan dengan latihan demi latihan.

Anak yang selalu dimarahi, ibunya akan mula bergenang air matanya. Penyesalan yang penuh bermakna. Puncanya, anak beliau tidak boleh membaca lama-lama seperti rakan sebaya. Ibunya pula 'menuduh' anaknya adalah seorang yang pemalas. 

Pada fasa ini, terangkan satu persatu, dan diam sejenak. Mereka akan cuba memahaminya satu persatu juga.

Selepas inilah mereka akan banyak bertanya soalan dan cuba meminta nasihat daripada kita.

Apabila mereka meminta nasihat, jangan sia-siakan 'moment' anda untuk menjadi OPTOMETRIS yang 'melekat' dihati.

Perjuangkan profesion ini ke satu level yang lebih tinggi, kerana ia hanya bermula atas diri kita sendiri.

Gambar : "Latihan demi latihan, menjadikan kita semakin mahir."

-Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris, Kuala Kangsar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...