Bila kita nak membaca sesuatu, atau pun nak study.. Banyak dah yang kita dah siapkan.
Bilik dah kemas cantik-cantik. Kalau kat opis dah susun semua kemas-kemas. Siap ada kopi kat sebelah siap untuk dihirup.
Habis je kopi tu, tak sampai setengah jam mata dah 'melambai-lambai' nak pejam.
"Rasanya tidur awal semalam! Ngantuknya!!"
.
.
Tengok peringkat jugalah, ada yang dulu-dulu belah petang sahaja rasa mengantuk. Tapi sekarang pagi pun dia dah start.
Makin kacau!
Selalu yang saya jumpa ada masalah ini (tapi kebanyakannya rasa ia bukan masalah), adalah pada orang yang banyak buat kerja dekat lama-lama. Pelajar, kerja depan komputer, dan kerja di kilang.
Ini top 3, punca yang selalu saya temui di praktis saya :
+ Sistem fokus yang tidak kuat dan tidak efisen. Kabur, imej berganda dan bergoyang-goyang.
+ Sukar untuk gunakan 2-2 mata bila melihat sesuatu.
+ Rasa penat dan sakit kepala yang semakin kerap.
.
.
Mengantuk adalah fasa pengaktifan yang dilakukan oleh otak untuk merehatkan sebahagian fungsi tubuh. Salah satunya boleh disebabkan oleh penglihatan mata kita yang cepat letih.
-Shahrizal Redwan, Optometris
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: